Jom Menabung Untuk Anak-anak!

I Support Breastfeeding!

Lilypie Breastfeeding tickers

nuffnang i like!

Menabung Demi Pendidikan!

Friday, February 6, 2015

thaipusam, kuda, nasi arab dan basikal

Alhamdulillah, masih berpeluang mencoretkan sedikit sebanyak pengalaman membesarkan anak-anak.. saya memang suka share pasal anak2 sebab itu harta dunia akhirat saya yang paling berharga. Tapi kesibukan saya menghalang untuk saya menumpukan sepenuh jiwa raga mendidik mereka. Namun, tidak menjadi alasan untuk saya tidak cuba buat yang terbaik untuk mereka. Masak bukan kepandaian saya tapi Allah kurniakan kreativiti untuk saya sentiasa ada aktiviti yg menarik untuk dilakukan bersama anak2. Semoga mereka menikmati saat kecil mereka denagn bahagia seterusnya mendidik mereka menjdai insan yang sentiasa positif dan berdaya maju.

Minggu lepas, kami berjaya mencari tempat yg dikenali sebagai DARC atau Denai Alam Recreational Centre. Kerja saya yg agak tak tentu jadual mengekang saya daripada menyusun percutian jarak jauh. Maka, dengan kelab ini, sekurang2nya kami masih boleh bercuti bak kata org kampung "short getaway".. Ahaks!

So, sesampai di sini, saya memang dah baca pasal kelab ni dah lama cuma tak sempat nak join ahli. Maka hari Thaipusam lepas, kami tidak melepaskan peluang mendaftarkan keluarga kami sebagai ahli. Mulanya teringin nak enroll Afzal for horseriding class tapi kena tunggu hingga petang sebab jadual penuh di waktu pagi dan tengahari. Jadi nak tak nak, hanyalah joyride yg kami mampu buat hari tu. Lagi pula hari jadi Ayah. Jadi tak sesuai pula nak tunggu sampai petang. Walaupun Ayah tak kisah sambutan harijadinya asalkan anak2 happy. Mestilah sebagai isteri kita nak meraikan dia dengan anak2.

So dengan 4 tiket percuma, kami beri Aisyah dahulu naik sebab itu pengalaman pertamanya. Pengalaman pertama Afzal, saya dah bawak masa outstation di Taiping. Sian Ayah sedih terlepas peluang melihat anak pertamanya dgan first ride. jadi untuk Aisyah, saya biarkan Ayahnya yg pakaikan helmet untuk Aisyah. Aisyah baru 2 tahun setengah tapi keberaniannya, MasyaAllah buat mama dan Ayah ni kagum. Muka dia sangat determine dan happy. Hinggakan tak mau turun dari kuda. haha!
Afzal pula macam biasa, dia memang suka naik kuda. So masing2 dapatlah 2 kali joyride. Selepas itu kami balik sambut birthday Ayah di Aroma Hijrah nasi arab..

Lepas dah penat melekit2, kami balik untuk mandikan anak2 dan rehat sejam dua sebelum keluar bawa mereka bersiar. Kami sewa basikal dan bubble stick. Happy sangat nampaknya... Bila dah nak maghrib, hujan pula tu, kami pun balik dengan happynya.

Ke Mana Halatuju Akidah Anak Kita?

Semalam, seperti biasa aku akan berborak dengan doktor sambil2 dia habiskan patient yg ramai kat luar tu.Then, satu keluarga masuk untuk berjumpa doktor, sepsg suami isteri muda dgn 2 wanita yg aku kira pangkat ibu kepada psgan tersebut. Sang suami masuk dan berkata "kitorg dah bincang. Kitorg sepakat nak gugurkan baby ni!"
Aku nampak muka doktor tu berubah "kita sini tak buat itu gugur kandungan, i am sorry" jawabnya masih cuba berbudi bahasa walaupun jelas si suami agak kurg sopan dgnnya yg sudah berumur lebih setengah abad.
Aku tersandar di belakang. Tak tahu macamana nak react. Ni bukan kali pertama. Setiap kali aku dtg untuk visit, mesti ada je org Islam dtg jumpa doktor ni untuk gugurkan kandungan. Yg memalukannya, doktor yg bukan Islam pulak yg cakap dosa buang bayi.. Bayi dah ada life tak boleh buang...i tak nak buat kerja macam tu...
Sebagai seorg Islam yg diajar betapa pentingnya nyawa anak kecil kpd Rasul junjungan kita, aku setuju dgn doktor tu. Semua agama pun mengajar kita menghargai nyawa setiap yg bernyawa. Dan kita yg menyanjungi rasulullah takkan tak boleh buat sedemikian? Lebih menyedihkan org tua pun bersekongkol dgn psgan ni. Aku tak tau apa cerita di sebalik. Walaupun hati ni nak tau tapi aku tak sanggup nak tanya takut tak dapat terima kenyataan betapa rosaknya akidah masyarakat Islam di Malaysia sekarang. Balik hotel, aku tergerak nak buat research. Rupanya, tak susah pun anak2 kita nak terjebak kat kancah maksiat. Kat youtube bersepah video2 lucah yg mampu buat anak2 muda jadi tak keruan. Taip satu perkataan je, kita boleh tengok macam2 video pendek yg meloyakan. Hinggakan kartun anime Jepun berkenaan remaja sekolah yg melakukan perkara memualkan pun ada. Tak payah yg 15min, yg 2 min pun dah cukup memualkan!
Aku tidur dengan hati yg gundah gulana. Aku ada  2 org anak yg sedang membesar. Sorg lelaki, sorg perempuan.. Maunya tak bimbang dalam hati bagaimana esok mereka membesar dalam dunia tanpa hijab ni..semua info di hujung jari, tak kira yg bermanfaat atau yg merosakkan. Hanya iman di dada dapat menyelamatkan mereka. Hanya agama yg dapat melindungi mereka... 
Hari ni buka paper nampak pulak berita baby kena buang. Hati ini remuk lagi. Aku memang dilahirkan dengan jiwa yg halus bila dengan budak. Walaupun aku ni garang dan hot temper, dengan budak2, aku mudah lembut hati. Aku rasa semua budak dalam dunia deserve to be loved. Bukan di campak di tepi jalan, di dalam tandas, di dalam longkang... Sepatutnya psgan terbabitlah yg lebih hina dan patut dicampak ke tempat kotor dan jijik. Bukan anak itu. Mereka ini kain putih yg perlu kita corakkan dengan penuh warna warni kehidupan yg sihat. Bukan dengan hitam masa depan...nauzubillah.. 
"Ya Allah, semoga engkau mendengar rintihan hambaMu ini, bantulah kami dalam meneruskan hidup ini di jalan yg diredhaiMu, mudahkanlah kami dalam mendidik zuriat kami agar utuh bernaung di bawahMu, lindungilah kami dari kemaksiatan, kefakiran, kemurkaanMu dan kehinaan di dunia dan akhirat. Jadikanlah kami hambaMu yg menghuni jannahMu. Sesungguhnya Engkaulah Yg Maha Agung lagi Maha Mengasihi. amin..Ya rabbal alamin..."

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...