Jom Menabung Untuk Anak-anak!

I Support Breastfeeding!

Lilypie Breastfeeding tickers

nuffnang i like!

Menabung Demi Pendidikan!

Tuesday, November 27, 2012

Burger Bakar Afzal Aisyah

Korang suka makan burger bakar? Haa...since mama ikut sama memboikot barangan Israel, mama pun berusaha menggoogle resipi beef patty. So inilah hasilnya...agak menarik? Hehe...

Wednesday, September 12, 2012

Free Canon Pixma MG2270 AIO Inkjet Printer


Hehe... Alhamdulillah dalam sakit sarat mengandng ni, dapat pulak rezeki yang bertimpa2...Last week dapat call dari company diorang nak tukarkan laptop mama kepada yg baru. Mama ok je tapi tak expect la dapat lappy yg high end. Sekali bila datang nak tukar yg lama tu, IT guy bagi spec...What??? Core i5?? 4Gb RAM?? That's more than i need for my job actually tapi dalam hati Syukur sangat2! Pastu mama memang ada terima sms mengatakan mama menang printer tapi mama tak amik prot sangat sebab kadang2 menda ni just scam je kan... Tup2 balik petang tadi En Ayah cakap, dia belikan printer untuk mama..Ishhh...suspicious amat! Pastu mama tengok le printer tu dalam stor, haah betul la ada printer tapi dari AmIslamic Bank Credit Card sempena kejayaan mama dalam menswipe card hutang masa raya hari tu...Tapi bukan utk raya je, kebetulan masa tu mama banyak outstation so guna utk bayar bil hotel la...itu boleh claim..no problem. yg penting kehadiran printer dan lappy baru ni betul2 buat mama bersemangat sikit lah since mama baru je jadi agen part time untuk CWA a.k.a Cimb Unit Trust..Sesapa yg nak belaja unit trust boleh le contact mama kat blog ni. :o)

Monday, August 6, 2012

Lee Chong Wei Kecundang?

credit : daylife.com
         Apa yang mama tertunggu-tunggu dah pun selesai. Semalam selepas solat Isyak and tadarrus, terus mama buka tv nak tengok perlawanan final antara Lee Chong Wei dan Lin Dan. Maaf ye, mama tak pi Terawikh bukan sebab nak tengok game ni tapi memang this year tak dapat la nak pegi since tengah memboyot bawak perut ni dan at the same time nak jaga si abang since En Ayah dah pi Surau. Perlawanan mereka ni bukan calang2. penuh dengan debaran apatah lagi game pertama dimenangi oleh LCW dan game kedua dimenangi oleh Lin Dan. Begitulah adat bila world No 1 bertemu world No 2. Pelbagai kejutan ada. Nasib baik mama tak semput...
         Tapi nasib lebih berpihak kepada Lin Dan dalam mengekalkan kejuaraan 4 tahun dulu di Beijing dan LCW terpaksa akur akan kehebatan Lin Dan walaupun mama bajet LCW boleh menang sebab dia main dengan lebih tenang berbanding Lin Dan yang nampak sedikit tertekan dan adakala melakukan kesilapan. 
         Apapun, mama tetap salute atlet kita Dato' Lee Ching Wei kerana kekalahan rubber setnya hanyalah berbeza 2 point. Menunjukkan betapa sengit perlawanan ini yang pastinya Lin Dan takkan pandang mudah kepada LCW.
           Sedih jugak mama tengok LCW mengalirkan air mata dan mintak maaf di twitternya kepada seluruh warga Malaysia kerana gagal menyumbang satu pingat emas pertama buat Malaysia yang terlalu dahagakan emas sejak awal penglibatan dalam Sukan Olimpik. Kiranya kalau dia menang, memang masuk buku Sejarah Malaysia sebagai atlet pertama menyumbang pingat emas olimpik buat Malaysia. Tapi, percayalah, kami rakyat Malaysia tidak sekali-kali menyalahkan LCW malah bangga dengan usahanya hingga ke pukulan bulu tangkis terakhir kerana kita semua boleh nampak akan kesungguhan dia. Yang terang dan nyata, LCW tetap disokong oleh kami rakyat Malaysia dan kami bangga dengannya. 

credit : u2consultant.blogspot.com



Friday, February 24, 2012

Pullman Hotels & Spa, Bangkok Thailand

Rabu lepas mama berkesempatan merasa kemewahan hotel lima bintang di Bangkok, Thailand. Ni sedikit sebanyak gambar dan pada pandangan mama memang satu pengalaman yang hebat dan of course layanan hotelier sangat2 mesra terutama Jin, gadis Siam yg cantik dan peramah.

Ni la biliknya, 3,884.00baht per nite. But this is business rate. 


Facilities lengkap, TV banyak channel sesuai untuk mama yang selalu susah nak tidur kat katil selain dari rumah.

 Pandangan Bilik Air dari katil. Ada sliding door antara bilik air dan tempat tidur

mini bar, fridge, safety box, torch light, iron, sleeping robe, bath robe, hair dryer semua ada tersedia. 

Sudut pandangan katil dari bilik air .

Nampak exclusive kan?


 Berendam dalam air panas memang soothing...:)
Ruang kerja mama. Apalagi dengan wifi yang laju, mama berjaya upload semua gamba bangkok trip and download a lot of youtube oldies mtv's


 Sambil2 berchatting dgn hubby, uploading photos, and downloading videos, mama lepak dulu kat sofa sambil hirup coffee...relaxing after a busy day.
Cosy bed dengan feather pillow mama rasa macam nak bawak balik je satu katil ni ke Malaysia...

My rate: 10 stars! plus Pullman Hotel ni ada King Power Shopping Complex sebelah je dgn hotel ni. Duty Free! So cuma tunjuk passport and register, then shop till you drop! Don't worry ada perkhidmatan percuma penghataran barang2 shopping korang ke airport. Just pergi booth King Power di Suvarnabhumi Airport to claim your things. Too bad trip mama cuma 1 malam. Banyak lagi yg belum dijelajah. Will come back very soon!

Sunday, February 19, 2012

Samsung Galaxy Tab 7.7 Now In Malaysia!

It's been a while since I last peeking on Nuffnang website. What I've got? This superb Samsung Galaxy Tab 7.7! This is really awesome!
This adorable tab is getting smaller and handy which is 7.7 inch! The display is 1280x800 which is combined with the super AMOLED Plus panel gives you a detailed images and bright, rich colours. The thickness is just dropped my jaw wide open! it is 7.89mm! The slimmest in the world!

With its elegant brushed-steel finish and small, sleek body, ready to slip into my cute little backpack and is a real bliss for a traveller like me!

Wait a minute! Owh, the back camera is only 3-megapixel?  How can I live with that? My Galaxy S 2 is 8Mp! And furthermore, the front shooting camera is only 2Mp...I'm a photo shooter (not yet photographer) so, my requirement must at least 5Mp.  But anyway, they still have something better which it has a 5100mAh battery which delivers up to 10hours of non stop video playback! You can just sit, relax and enjoy your photos or videos you have captured on it!

What's more, this tab runs on a 1.4GHz dual core processor with the gorgeous Super AMOLED Plus panel giving you a great contrast, vivid colours and better power efficiency. Enjoy a wider viewing angle with a pixel density around 200PPI.

Just like Ipad, there are a range of internal storage – 16GB, 32GB and 64GB, with Micro SD card support for up to 32 GB for you to choose. It comes with the latest Android OS, version 3.2 (Honeycomb).

Something you should consider !


Monday, January 30, 2012

Hafiz Juara AJL 26- Awan Nano

Akhirnya berakhirlah sudah apa yang ditunggu-tunggu... Hafiz akhirnya menyandang Anugerah Juara Lagu melalui lagu Awan Nano ciptaan Lirik oleh Buddhi, Musik dikompos oleh Sifu. Lagu tu bila dengar betul2 baru terasa best. Tapi mama konfius nih...pakcik yg buat gimik sbg ayah Hafiz dlm persembahan tu bapak Hafiz betul ke?? Macam Hermantino jek...Sori lah mama ni bukan pengikut industri tanah air mahupun antarabangsa. Mama kurang arif sangat bab2 artis. kalau tanya jenama dan harga pampers, susu, baju dan mainan untuk anak2 memang mama lebih arif sebab mama ni terlalu obses dengan Afzal Akhtar..hihi..Oklah, berbalik kepada AJL..
rentakartis.com
Juara Lagu- Hafiz ( Awan Nano)
Tempat Kedua- 3 Suara-Ning Baizura, Jaclyn Victor, Shiela Amzah ( Beribu Sesalan)
Tempat Ketiga- Faizal Tahir

Vokal Terbaik- Hafiz (Awan Nano)
Persembahan Terbaik- Alyah (Kisah Hati)
gua.com.my
Kalau ikutkan minat, mama suka kalau Alyah menang sebab lagu dia best and suara dia mantap. Tapi Hafiz lebih bertuah sebab lagu dia memang best dari segi lirik dan muzik serta pembawaan Hafzi memang sempurna.... Walaupun investment Hafiz paling rendah malam ni, tetapi dia berjaya membuktikan dia sememangnya berbakat. Syabas Hafiz! Kepada yang lain-lain, teruskan mewarnai industri muzik tanah air! 

Monday, January 23, 2012

Macamana Nak Stop Anak Pakai Pampers/ Diapers/ Nappy?

Post kali ni specially for kawan blogger mama Wan Nurul Hezrina  dan semua ibu2 yang cuba untuk potty train your child for the first time!

How to potty train your child?? Hmm..Panjang ceritanya..mula2 mama slow talk dgn afzal. lagipun afzal dah 3 tahun so mama rasa dia boleh faham walaupun tak pandai cakap lagi. then mama cakap "mama nak tengok afzal tak pakai pampers.kalau afzal sayang mama, afzal tolong mama ye.." Then dia pun setuju tapi ada masa2 dia akan mintak "mama nak pipers.." mama cakap pampers dah abis, mama takde duit nak beli.." dia pun ok je. Pastu slowly drp siang je, mama cakap lagi kita cuba satu hari...then mama up sket kita cuba tido tanpa pampers pulak dgn syarat tempat tido kita alas kain byak2. afzal kencing tak byk so ok la..Awal2 cuba memang dia akan terkencing dlm seluar sb tak perasan. So, after a few days mcm tu mama akan cuba marah atau cubit just to make him more alert bila nak terkencing (dlm hati niat dgn penuh ikhlas, kita cubit utk buat dia cepat faham bukan saje nak sakitkan.jgn cubit kuat sgt sekadar bg dia tau kencing dlm seluar salah..) Mama ajar dia during weekend je..3 weekends, then the fourth week, mama terus sorok segala saki baki pampers and beli child toilet seat yang cute utk attract. Alhamdulillah minggu kedua dia dh pndai kencing sendiri, n letak toilet seat sendiri bila nak melabur. pendapat mama, kita cuba slow talk biar dia faham, then cuba implement slowly tanpa marah, last baru kita cuba ajar hard way (cubit klau dia lambat improve potty skill). InsyaAllah...Yg penting anak kita pandai communicate...bercakap tak semestinya pandai communicate..Communicate tu bila dia pandai cakap dia nak kencing, dia sakit, dia lapar, itu communicate...Meaning dia tau meluahkan perasaan dia, then try tanya soalan, "afzal nak kencing?" every 5 minutes to remind him that he is not wearing diaper, so he HAVE to tell if he needs to go. InsyaAllah, within few days dia akan cepat belajar. Cubalah! Any queries or kejayaan share dgn mama ok?

Saturday, January 14, 2012

Towards Better Mama Part 2

Hari ni hari Sabtu. Cutiii!!!!
YAhuu....
Owh, lupa nak cakap Afzal dah berjaya berpisah dengan diapers. Caranya? tak susah sangat sebab every weekend mama akan cuba ajar tak pakai pampers. Sampai dah beberapa kali nampak dia dah ok, baru lah implement sepenuhnya. Alhamdulillah dah 2 minggu dia tak pakai pampers.

Hari ni, mama bangun pagi buatkan breakfast kesukaan Afzal. Pancake! Dia memang akan makan 2 keping dengan syarat biar dia sendiri yang picit chocolate atas pancake dia...Macam2 kan? Habis makan pancake dia dok layang vcd cerita ice age. Abis ice age, Garfield, abis garfield, ice age 3 pulak..Lantok le asalkan kamu happy.

Tengahari mama teringin nak makan ala2 jepun. So, masak nasi dengan miso sup. Lauk simple je.Mama masak chicken crunchy macam kat domino pizza tu...Dia makan semangkuk. Then dah abis makan, dia tolak kerusi kat sinki. Katanya nak basuh pinggan. Mama bagi dia bekas2 plastik. Haa basuh le. Muka dia serius buat kerja. Mama saja biarkan. Nak bagi dia rasa macam orang besar. LAgipun budak jenis dia ni memang suka try apa yg org dewasa buat. Asalkan tak merbahaya, mama bagi lah dia buat tapi mama memang ada kats sebelah takut dia jatuh kerusi...

Petang, masa mama tertido depan tv, tiba2 Afzal kejutkan. katanya lapar nak makan roti. Alamak roti pulak takde. Nampak dia mencari2 makanan. So, mama bagi dia biskut. Suka sangat dia. Abis makan biskut mama ajak dia makan buah. Tapi dia nampak dah layu je mata. Tak sampai seminit, Dia dah tarik bantal and tido depan tv. Now dia tido dengan lenanya. Kesian tengok dia. Dah la takde adik beradik nak main, mama plak busy. Next week nak kena outstation. Nak ajak dia, kut dia penat. Jauh sgt...

Towards A Better Mama part 1

Semalam, mama cuba sedaya upaya untuk meluangkan masa untuk Afzal. Bukan apa, Afzal makin membesar dan mama makin busy dengan kerja. So, mama nampak Afzal makin nakal maybe sebab cuba tarik perhatian mama. So, sempena tahun baru mama ingat nak cuba luangkan masa untuk Afzal apatah lagi mama pun plan nak dapatkan anak no 2. So, before tambah lagi sorang biarlah yang ada ni happy dan dapat perhatian yang secukupnya.

So semalam, balik kerja, mama cakap En Ayah, kita makan kat luar je.So, semalam makan je kat Jusco and then sambil tu biarkan dia main kat playground.
Dah makan, mama bawak Afzal main bowling kat arcade. Nampak dia happy sangat. Dah habis semua coins, Kiotorang pun balik le ke rumah.
Kat rumah mama nampak dia acam dah ngantuk, so mama bacakan buku cerita chugginton sambil teka2 color. tapi dia jadi segar balik. So, mama ajak dia kira syiling. Mama bagi dia sepuluh keping syiling and suruh dia kira. Laju je dia kira 1-10. Lama2 dia pun masuk bilik amik bantal dan tertido sebelah ayah depan tv.
Nampak muka dia happy and tido pun awal...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...