Jom Menabung Untuk Anak-anak!

I Support Breastfeeding!

Lilypie Breastfeeding tickers

nuffnang i like!

Menabung Demi Pendidikan!

Showing posts with label Jalan-jalan Cari Makan. Show all posts
Showing posts with label Jalan-jalan Cari Makan. Show all posts

Wednesday, November 17, 2010

New Friends, Training, Makan2, Goodbye~

Seminggu ni, mama banyak belajar and make new friends. Seronok jugak walaupun dalam hati ada rasa rindu untuk scan fetus ni. Tapi mama cuba sesuaikan diri dan belajar secepat mungkin. Kerja ni tak terlalu berat buat masa ni. Mama rasa kerja ni yang paling mama kuat makan. Pastu free pulak tu. Our senior belanja kaw2 punye. Panmour, KFC, Pizza Hut, Briyani, Italian Food. Dasyat tak? Daripada turun 1 kg, dah naik 2 kg.kihkih...apalagi, balik tadi mama pun panjat le tangga dr ting 5 ke ting seploh. Risau beb, tadi mama entertain Carla (sila baca post sebelum ni yek..hehe). Jess nak bawak dia pi makan seafood kat airport subang. 
Mulanya tanak ikut tapi Jess cakap kat situ ramai Malay makan. Ok lah. Hmm...awal2 lagi mama cakap kt En Ayah, malam takyah beli sbab mama nak diet. Last2 tukaq plan, mama pi makan seafood dgn Carla and other colleagues (tapi mama dh mintak kebenaran utk balik lewat dr En Ayah~kebenaran suami ni penting okay!)
Tapi yang bagusnya, Carla tak minum so, mama rasa amatlah selesa dgn makcik ni.
Sebenarnye byk gambar nak tunjuk kat korang tapi dgn berukbeng ni mama rasa later la mama upload some pics (mcm2 gambar nak upload utk share ng korang...tungguuu~). 
Sebelum berpisah tadi, mama bagi sesuatu kat Carla. Mama beli balik keje smalam. Berpusing kat BMC tapi cuma ada satu kiut miut je. Yang penting dia happy. Carla happy sebab sesuatu tu ada tulis malaysia and ada beberapa gamba tourist spot yg fames kat sini. Mama happy dpt bagi sesuatu sebagai tanda penghargaan mama sebab dia betul2 care about me ( siap bagi basic on cardiac ultrasound utk mama baca dan belajar. niceee kan?)

Anyway, anyhow, still hoping that our senior will have a GOOD reason to make her come back here again sebab banyak lagi mama nak belajar dgn dia.
Thanks Carla. It is nice knowing you and I learn a lot from you!
Till we meet again
Have a nice trip back to Netherland!

Wednesday, September 22, 2010

Mama Fobia Nak Ajak Afzal Makan Luar!

Korang yang dah ada anak pun mesti pernah alami kan? Mama dan En Ayah dah takut a.k.a FOBIA nak ajak Afzal makan kat luar. Last bawak makan kat restoran, Dia mengamuk sebab tak dapat tuang air dalam pinggan mama. Adehhh! Pastu baru2 ni bawak pi main kat Jusco. Elok je perangainye tapi once dia nampak mama beli ABC, terus tanak main playgorund. Dia mintak sudu, kuis2 ABC yang mama tengah makan sampai meja penuh warna warni kehidupan (kehidupan la sangat~). Orang keliling tengok sambil gelak2. Adusss! Malunye tak hengat! ABC tu tinggi kat setengah kaki, Azfal apalagi geram la nak tumbangkan. Bila tak bagi kuis menjerit! ARghhhhh! Mama kontrol cun tapi dalam hati hanya Allah SWT sahaja yg tahu. Sabarrrrrrrr..........Cuba korang cerita pengalaman korang dgn budak kecik plak. Kasi mama sedap hati sikit....Heiii...
image source: google image
ABC kat atas ni korang cakap besar? Haa..yang mama beli kat Jusco Bandar Mahkota Cheras laaaaaagiiiii besssarrrrrrrr punyeeee! (takde gambar sebab afzal dah terkam sebelum letak atas meja..huhu)

Wednesday, September 8, 2010

Berbuka Puasa @ Pu3Lagenda

Last weekend mama lepak umah pu3lagenda aka Kak long. Sedang elok encek hubby terpaksa berkerja di Klang. So, dia hantarkan kami ke sana.Fuhh! 2jam merangkak dalam jam. Barulah sampai. Bukan jauh nor umahnya tapi dah kat kl tak sah kalau tak jam. Tapi sempat juga la tolong dia masak sikit...Makan ape? huishh...sedapp2 semuanya...


















Ha...sedapkan? ada ayam goreng berempah, pari bakar, butter prawn, tomyam campur (tiada dalam gambar-dah kena bedal), pucuk jambu golok (ulam), tembikai sebagai desert and air jus tembikai home made yang memang slurppp!
 Mama makan sampai tak hengat diet....Sedap la kak long. Nanti kita wat lagi kat kampung ek...

Friday, September 3, 2010

Restoran Cerana

Ni kira hampir basi la jugak. Tapi ni baru mama free untuk berkongsi cerita berbuka puasa dengan family di Restoran Cerana.
family mama besar. Ni pun baru separuh je. Ada yang kerja and ada yang kat Kuantan. So, takleh le join. Yang mana ada je. Ni meja yang mama duduk.Meja lagi satu takde gambar yang clear untuk di share kat sini...
Punye la ramai berpusu-pusu amik makanan. Biasalah time lapar sume nak taruk dalam pinggan...

Tapi mama makan tak banyak. Nasi kat atas ni dengan sup ekor. Mama kan tengah diet....

Nah ko...penuh atas meja...Itu anak2 sedara mama punya selera. Orang posa la katakan...
Aicheh, air oren ngan teh tarik pun nak tayang. Sedap ni! (model sambilan kat belakang tu anak sedara sulung mama)
Haa...Thanks to my sis. Banyak duit dia, Dia blanja kitorang sume..Kitorang datang bawak perut kosong je.

Tengok si comot Afzal. Kalahkan orang posa.Aiskrim tu dia rembat Abg Boboy punya. Terkulat2 abang tu. Terpaksalah mama gi beli aiskrim baru utk abang Boboy. Eh, Sama plak rambut Afzal ngan Bapak...Kira korang dah geng la ye?

Berapa satu kepala buffet kat sini?? RM45 untuk dewasa and RM25 untuk bebudak kecuali Afzal (tak sunat lagi takyah bayar..kehkehkeh..)

Tuesday, August 24, 2010

Mc D Pun Dah Tak Halal Lagi....

Ermm... Nasib baik last week tak berbuka kat Mc D. Kalau tak sia2 jelah posa aku...aku terbaca kat satu blog ni. Ni lah buktinya..katanya la...

Siap ada surat dari Jakim mengatakan Mc D tak halal. So, betul lah kot....
* Ini isi kandungan drp blog tersebut : http://azilas.blogspot.com

Sebagai seorang pengguna Islam, aku rasa bertanggungjawab untuk sebarkan kepada semua pembaca. Anda juga digalakkan untuk menyebarkan berita menggemparkan ini pada semua pengguna Islam.

‘Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayah, sesudah Kami menerangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk. Kecuali orang-orang yang bertaubat, dan memperbaiki (amal buruk mereka) serta menerangkan (apa yang mereka sembunyikan); maka orang-orang itu, Aku terima taubat mereka, dan Akulah Yang Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani’. (Al-Baqarah: 159-160)

Maklumat tentang Mac Food

Bagi yang tak percaya Mac Food Services supplier McDonald boleh rujuk ni (direct daripada laman web McDonald Malaysia):
http://www.mcdonalds.com.my/abtus/corpinfo/76.pdf
Terang-terang tulis..Mac Food Services supplier UTAMA McDonald!!

Info lanjut:

Address :
7 Jalan SS 13/5
45700 Subang Jaya
Selangor Darul Ehsan
Malaysia

Tel : 603-5633 0222
Fax : 603-5634 0189

Contact for Sales/Export :
Mr Bob Chan
(Managing Director)

Present Market :
Malaysia, Brunei Darussalam, Hong Kong, Singapore, Middle East, Vietnam

Product Manufactured :
Chicken (Bone-in), Patties (Chicken), Fish Portions,
Chicken Nuggets, Fish Nuggets, Beef Patties, Beef Nuggets

Brand Names :
FIRST PRIDE, MCDONALD’S

dan

Kenyataan akhbar yang merujuk Mac Food Services adalah supplier UTAMA McDonald (direct daripada laman web McDonald Malaysia: http://www.mcdonalds.com.my/abtus/corpinfo/76.pdf

Kepada semua pembaca, tolong sebarkan informasi ini pada semua saudara seIslam. Moga dengan perkongsian ini, kita akan lebih berwaspada dan di ampunkan oleh Allah.

Thursday, July 1, 2010

Antara Pizza Hut, Dominos dan Papa John....

Terpanggil lak untuk komen ketiga2 pizza segera kat Malaysia ni. Banyak lagi restoran2 pizza yang ada. Tapi so far 3 tempat ni yang sesuai saya comparekan kat sini. Actually, fot almost 10 years, saya memang setia dengan Pizza Hut. Memang suka sangat dengan pizza Hut ni. Tapi for the last 3 years ni, rasa macam kualiti dia teruk sangat. Dengan topping yang sikit and cheese yang makin menipis, dah macam makan pizza bun kat kedai bakery pulak. Contohnya Chunky Loaded tu. Saya beria ajak husband pi makan yg tu. Hmm...tapi kecewa sangat bila 'loaded' tu hanya pada nama je. Bukan pada hakikatnya. Then, kitorang berpaling arah ke Dominos. Sedap jugak tapi selepas mintak extra cheese baru la pizza dia rasa best sangat! Tambah pulak spagetthi dia Afzal suka sangat. Tapi yang paling best pizza Papa John! Memang best sangat. Rasa betul2 makan pizza. Dengan topping yang cukup. Cheese yang cukup and side dishes yang best. Contohnya, roti yang dicicah dengan garlic butter. Nyum!Nyum! Then baked rice with cheese pun sedap. Afzal pun suka! Sampaikan Farul buat declaration Papa John is officially our family Pizza Place! Haha lawak betul!

Tuesday, May 4, 2010

Ichiban Ramen @ Jusco BMC

Ini bento apa ke nama ntah tapi memang best dan presentation dia sungguh menarik! Ayah punya tapi ayah kan suka kongsi dengan mama, so, udang tempura tu mama habiskan...Ayah suruh...
Ini pulak Unagi. Mama punya simple je tapi memang kenyang sebab unagi (ikan belut) tu besar jugak...
Yang ini untuk Afzal as his first bento. Untuk kanak2 satu set bersama denagn air jus oren. Baguskan??
Tapi budak bertuah ni tak mau minum air jus oren. instead he finished up ayah punya Matcha with Milk...Nak tahu apa dia tu?? Green tea pekat dengan fresh milk. Actually nak elakkan dia minum air green tea sejuk mama sebab dia selsema. So ayah bagi air dia yang pahit tu. To our super duper surprise, dia boleh habiskan sehingga menjilat bibir and terpana sekejap kitorang...Afzal tetap Azfal....memang funny....
Total?? Rm 82++....kcing!kcing!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...