Jom Menabung Untuk Anak-anak!

I Support Breastfeeding!

Lilypie Breastfeeding tickers

nuffnang i like!

Menabung Demi Pendidikan!

Friday, December 4, 2015

Day 1 Melbourne trip

seperti dijanjikan, nak le share apa yg kami buat on the first day kat Melbourne itu hari..Kut boleh jadi panduan untuk sesapa nak bercuti dengan family di sana.

Ok, since hari tu kita amik tiket malam kan...10.35pm hari Isnin. So, naik je kapa gebang bak kata si bambam. Diorg dua beradik kemain excited. Before boarding tu kak long, kak zie, syu, kak ain and abg oboy hantarkan ke KLIA2.. Seronok dapat kumpul dgn dorg sambil ngeteh sementara nak tunggu masuk boarding hall. Masa nak check kemain penuh. Ramai dah start bercuti..musim kan...

Dah ngeteh, dinner bagai, kami pun masuk boarding hall. Walaupun dah malam, anak2 tetap ceria dan aktif. Mana taknya, kita janji nak bawak naik kapa gebang. 2 tahun kut diulang2 bila nak naik kapa gebang. Baru tahun ni rezeki ada lebih sikit. Maka bawak la sebagai reward for being soooo understanding dengan kerja mama dorg ni. So dorg siap nak bergambar dgn patung Yoda kat kedai toys. Hehe lucu pun ada dorg ni..

Naik je flight, masing2 macam biasa sangat dgn flight. Siap buka menu dah and tanya, bila nak makannn?
Aikk? Bukan tadi kita dah dinner ke? Owh, dorg kalau excited memang makan banyak. So malam tu, order la mini burger RM15 for two. Makan dengan lahapnye okeh! Naik malu kita tengok macam kelaparan sangat..haha! Abis makan, suasana terus sunyi. Dorg dah tidur. Bagusnya dorg ni, pandai adjust diri dgn keadaan.kejap je dorg bising sebab. Takleh tidur baring. Bila kita dah adjust sikit kedudukan, elok 2 beradik ni tidur. Tapi Aisyah ada juga ngigau sikit. Kita memang tak lelap kalau tidur tak baring. So apalagi, mengaler lah kejenye..

Esok paginya, pukul 7 am masa Australia, kami dihidang big breakfast. Kita pre book 3 set sebab Aisyah boleh share je..banyak kut..kenyang giler.. Yg ni rm 20/set.

Tepat pukul 9.30am, kami mendarat di Tullamarine Melbourne Airport. Bahagianya hati hanya Allah SWT yg tahu. Bayangkan, kita plan ni bulan Sept lepas. Bimbang takut2 ada aral melintang mengganggu perancangan. alhamdulillah, Allah bagi peluang kami membawa diri merantau dan peluang untuk kami berempat menghabiskan masa bersama. Kita happy sangat!

Sesampai, kami carik sim card mulanya tapi leceh ramai org. So kami pi naik Skybus dulu untuk ke CBD. skybus kita dah prebooked online AUD41 one way untuk satu keluarga. Budak bawah 4 thun free ride. Kita tak beli return sebab kita bimbang leceh nak amik bus dr hotel so boleh amik cab je. Cuma cab mahal sikit lbh kurang AUD68 termasuk tax.

Dalam masa setengah jam je, kitorg sampai ke CBD Melbourne... CBD tu maknanya Centre Business District. Skybus akan bawa kita ke Southern Cross Station yg menempatkan semua airport trasfer bus dan train yang keluar ke district yg jauh la... Yg berdekatan CBD ni kita boleh amik train yg fipanggil metro di Flinders Station atau tram yg byk stopnya di sekitar city centre. Daripada Southern Cross Station, kita boleh naik free hotel transfer kalau kita amik skybus tadi. Tapi kitorg tak sabar nak tengok sekitar Melbourne dan cuaca sangat menarik untuk sight seeing. So kitorg menapak je sebab hanya 15 min ke hotel. So dalam perjalanan mata ni tak lepas meninjau restoran halal. Di Little Collins Street ada satu kedai halal Sambal Kampung dekat dengan hotel kami.

sampai di hotel Ibis Budget Hotel CBD, kitorg apalagi, dalam hati ni berdoa supaya dibenarkan check in awal. So kitorg tebal muka pi kaunter dan Alhamdulillah, emang dorg bg kitorg check in awal dan biliknya MasyaAllah sangat selesa dan luas. Berbaloi amik package dengan AirAsiago ni sebenarnya.. RM660 untuk 4D3N.
Masuk hotel, kami pi toilet, bersihkan diri supaya segar. Dan kami pun pergi la menapak ke Sealife Melbourne yang terletak bersebelahan Yarra River. Kita pun memang nak sangat tengok Yarra River, so merasalah amik family potrait kat situ tapi tak jadi..ahaks!
Masuk SEALife, anak2 bukan main gembira. alhamdulillah.. Terasa segala perancangan sangat berbaloi.

Sesudah SEAlife, anak2 macam dah lapar, kebetulan ada bekal roti2. So kitorg pun makan roti dulu sebab nak oatah balik ke restoran Sambal Kampung agak jauh and kitorg masih ragu2 nak simply makan kat kedai kedai2 yg ada sebab takde tanda halal.

Tapi ikut jadual kitorg nak ke St Kilda. Palnna, ke sana and makan fish and chips. Kalau terjumpa yang halal atau sekurg2nya tak bercapur dgn bahan yg dilaranag oleh syarak.

Nak ke St Klida agak confusing sebab kena pakai Myki but where to get Myki sebab yg ni kita tak buat perancangan dgn betul. Pusing punya pusing sampai anak pun dah penat, kita pun dah ahngin. cik abang, beli sim card and cuba nak guna inetrnet. Walawehh inetrnet amik masa nak activate.lawak betul.so, kita  lepak dgn anak2 amik gambar posing bagai. Then kitorg patah balik ke Flinders Station and beli Myki AUD10 adult and AUD5 for Afzal.

So dari situ, we all naik free tram ke H&M at Bourke Street and take another tram kat Collins Street to St Kilda. Lega dapat naik.tapi kita dan Afza terpisah sikit dgn hubby and gegel. Dia turun kat Esplanade, kita and Afzal turun kat Luna Park. phew, berasap telinga sat. Tapi, kita tegok pemandangan di Luna Park sangat cantik MasyaAllah. Maka, kita takde nak panik. Kita dgn Afzal pi je selamba amik pbotos byk2 and dah rasa enough baru kita ke jalan besar and jalan cari hubby. Sian dia dari jauh dukung gegel yg 15kg tu. Rajin sangat anak bertuah tu..hahaha!

Dah jumpa, we all lepak tepi pantai esplanade menikmati sunset. Kita tanya hubby nak tak makan kat situ. Kita beli fish n chips. Pejam mata je la makan. Dah lapar. Tapi hubby taknak. So, at first kita nak ajak ke luna Park balik sebab tepi jalan tu ada kedai Malaysian Delight ke apa namanya.. Tapi risau anak penat nak menapak ke sana. Kita dewasa ni memang lah.. Dah le sejuk below 20 degree.
So we decided to go back to hotel and pi restoran berdekatan. Sudahnya, hubby sampai hotel tidur. Dah macamna ni?. Anak2 lapar. So, kita pun keluar round malam2 cari dinner. Kita lupa Little Collins Street kat mana. Tapi kita terjumpa restoran indian food halal. Baru nak order, dorg kata kitchen dah tutup. Rasa nak nages je fikirkan anak2 tak sentuh nasi lagi. So, kita pun jalan keluar ke Collins Street. Masa tu dah 10.30pm. Kedai semua dah tetutup kecuali Foodworks. Supermarket. So kita belilah apa yg oatut, roti, sardin, susu and juices. Balik, kita buat sandwiches utk anak2. Lahap dorg makan, kesian betulanak2 mama ni. Tapi alhamdulillah, dorg mmg tak byk ragam, buat aoa disuruh, makan apa dihidang. Ras seronok sangat.

Dah makan, apalagi..tidur saje la labu....

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...