Jom Menabung Untuk Anak-anak!

I Support Breastfeeding!

Lilypie Breastfeeding tickers

nuffnang i like!

Menabung Demi Pendidikan!

Showing posts with label Luahan rasa. Show all posts
Showing posts with label Luahan rasa. Show all posts

Friday, October 22, 2010

Hari Ni Mama Kecik Hati...

google image

Tadi mama buat farewell untuk kawan sekerja.
Hari ni pulak last mama kat sini sebagai pekerja,
mulai minggu depan mama dah start cuti and get ready untuk ke Abex
So, buat makan2 jamuan kecik je
dengan budget ciput ni ha..

Dengar2 gaji pun masuk lambat
cett! "sini" dengan *A**B sama je
kuku besi betul!

Mama kerja gila2 last month mama kat sini pun
Gaji nak bagi lambat 
Alasan mama diberhentikan
Padahal mama bagi sebulan notis
Cettt poddaaah!!!!!

Dah la masa nak jamuan tadi ada yg sakitkan hati mama
Kotnye last day bior le elok sikit bercakap
Awak tu budak muda cakap biarlah berbahasa
Mama mintak tolong amik troli, buat muka
Mama mintak tolong mama sama2 angkat periuk kuah bakso, buat muka
dengan percakapan yang cukup buat mama sedih
Adusss! mintak TOLONG dik oiii!
Mama cakap "susahnya nak bercakap dgn budak ni, takpe lah akak angkat sorang..."
Last2
Mama buat preparation berdua dgn kawan mama
Yang lain cuma tanya bila boleh makan?
Dah start ke?
Boleh aku panggil budak2 lain? Kesian dirog ...
Kesian??
Mama dgn kawan baik mama tu tunggang langgang amik makanan
Korang kesiankan org2 yang tgah tunggu makan?

Sungguh kecik hati!
Tapi mama diamkan je sebab 
hari terakhir biarlah kita pergi cara baik

Korang, biarpun kawan kita cakap nak buat jamuan
Nak jamu kawan2 makan,
Adakah kita sebagai kawan tak boleh dtg tolong
Bukan suruh masak
tolonglah bancuhkan air ke atau susun atas meja
Yang lain dah diaturkan
Mintak tolong sikit je....
Jamuan sedikit delay, komplen
abih, mama berdua nak angkat makanan, nak beli ais
nak amik jeli kat supplier
nak bancuh air,
nak masak air,
tak terkejar diri ni...sungguh tak terkejar

Nasib baik tetamu2 lain yang datang ramai2 dgn  happy
makanan sedap2 and cukup
Rata2 datang mengucapkan selamat berjaya kat tempat baru
Yang sakitkan hati mama tadi,
jangan kata nak wish,
salam pun idok...
siap makan blah macam tu je...
Kita bukan nak org puji, tapi adat bila buat jamuan farewell,
kita akhiri dgn salam dan bermaafan,
itu lah tujuan kita berjamuan farewell,
tak gitu?

Maaaflah korang terpaksa dengar keluhan mama,
Mama nak pergi dengan gembira,
Yang penting kawan baik mama masih bersama,
kawan2 lain masih baik terhadap mama,
Itu lebih penting,
Setakat lalat sekor, mama diamkan je la
Cuma bercerita dengan korang
Supaya lega sikit hati yg sedih ni....
google image

Wednesday, September 15, 2010

I'm Officially An Abex on 1st Nov 2010

Mama dah sign offer letter tadi. Alhamdulillah offer yg cukup menarik. Mama tau salary yang macam tu, mesti dtg dengan kerja yang berat. Tapi mama akan cuba buat yang terbaik dengan niat untuk mencari rezeki untuk anak dan untuk membantu suami. Korang doakan yang terbaik untuk mama ye?

Raya Sakan Ke Korang?

Masih lagi N3 about raya... Sakan ke? Meriah ke? Baguslah macam tu. As for me, raya tahun ni cukup hambar. Tak sangka perasaan membuak2 nak balik kampung tu, hilang macam tu je. Mama balik raya pertama, ingatkan raya kedua dapat pi beraya. Tapi family mama nak sambut kat rumah, tunggu sanak sedara datang... Tapi tak ramai datang sebab ramai yang tak dapat cuti balik Kuantan. So, esoknya, plan nak gi beraya ke rumah sedara mara pulak...Eh, ada yang ke Kelantan, ada yang bekerja, ada yang macam2...Akhirnya, kitorg pi pantai berkelah..seronok jugak. Tapi tak rasa raya lah. Raya ke empat, mama dah balik KL. Raya kelima? ermm..kitorang beraya kat Midvalley. Beli baju kerja baru untuk masuk kerja tempat baru. Tapi baru selai mama pilih, Afzal si bubu dah buat perangai otomen dia. Terpaksa la, balik dalam keadaan bengkak hati...Malam tadi cukup stress sebab mama kena demam selesema, dan batuk Afzal pulak tak abis lagi dgn perangai otomen mengamuk....So, hari ni, mama antar dia ke nursery and mama dok opis sorang2 walaupun masih dalam cuti raya, tapi, mama need some space. Yg penting Afzal terjaga kat nursery tu. Ayah plak keje. Sorry ye sayang, mama tanak stress sampai marah anak. So, ini yang terbaik...:o)    

Monday, September 6, 2010

Alhamdulillah...Berjaya Interview...

Pagi tadi mama pi interview kat (nama company dirahsiakan). Interview berjalan lancar. Yang seronoknya, interviewer tu boss nye sendiri, Mr Teoh. Baik orangnya and very casual. So, lebih kepada berborak la. Habis interview terus dia tanya so, macamana? boleh? Are you happy with the salary offered? (of course tapi takde la mama nak menggeletis melompat kegembiraan) cover macho la sket..Mama cakap nak fikrkan dulu tapi akan bagi jawapan secepat mungkin sebelum raya. Apalagi, keluar je terus call Mr Hubby,Kak Anson & Kak Long (Pu3 Lagenda). Alhamdulillah rezeki anak di bulan puasa. Malam ni, mama nak belanja Mr Hubby and afzal makan apa yang diorang suka la...Mama rasa la..Papa john la tu (faveret Mr Hubby) sempena kejayaan mama mendapat position yang mama teringin nak apply dari dulu tapi tak penah berani cuba.Gaji?? ish..rahsia la...yang penting sedap telinga mendengar sedap lagi tangan yang menerima.Ye dak? Apa2 pun korang doakan ye kejayaan dan kebahagiaan mama dalam menempuh dunia pekerjaan baru. InsyaAllah Nov ni la kot...

Thursday, September 2, 2010

Jahat Tak Mama?

Tadi mama scan one patient. Foreigner la. Dia tak pandai cakap malaysia. Masa mama suruh dia baring, dia macam terpinga2. So, mama tanya, "paham melayu?" geleng "paham English" pun geleng...."Takpe lah, kita cakap macam ayam itik lah"...sambil senyum.Dia pun senyum...hehe...paham ke apa mama cakap. Pastu masa scan, mulut mama yang memang suka berceloteh ni, explain la kepala, kaki bagai...pastu teringat dia bukan paham pun. Mama pun wat la macam bahasa isyarat. Tu pun dia macam blur. Budak pratikal cakap, "kak, dia bukan paham pun" ish..selamba nor kamu cakap kuat2.Mentang2 orang tu tak paham. Tapi mama pun 2x5 jugek. almaklumlah orang tak paham pulak tu mata ngantuk. Mulalah wat joke bukan2 depan patient yang tak paham hanya tersenyum....Ya Allah, ampunkanlah hambamu yang nakal sampai ke tua nih...Amin.....(tetiba rasa bersalah pulak...)

Wednesday, September 1, 2010

Whack It!

Sempena Merdeka nih, ada lah satu yang mama nak kongsi. Joke la..apa lagi....Last week amam tengok whack it. Seronok juga tengok budak2 kena sembur air and macam2. Teringat masa kat Maktab dulu (MRSM)...Kalau sambut birthday je kena la macam dalam whack it tu. Dalam TV show tu, ada segment IQ. Soalannya ialah...................."Who is our 2nd Prime Minister?"

The first contestant jawab
.
.
.Tun Hussein Onn................ekkk...wrong!
.
................................The secong contestant jawab...........
.
.
.
.
........................."Tuanku Jaafar?"
.
.
.Kah!Kah!Kah! kalau la mama cekgu sejarah dia, memang mama datang kat studio tu, mama whack montot dia....Mana pulak datangnya Tuanku Jaafar????? Ayoooooo.....Tun Abdul Razak la weii! Bapa kepada our Prime Minister! Adussss!

Nanny 911....apa ke hal nye bela $%^&??

Last week, mama tengok Nanny 911. Berkisarkan kisah di Amerika, seorang ibu muda dengan 3 anaknya..err...2 actually tapi lagi satu tu sekor %^&*. Ada ke si mak tu cakap "They are like my own children"??? Apa kejadahnya! Yang 2 org girl tu memang anak dia. Lagi sekor tu khinzir ternakan dia yang dia bela dalam rumah. Tapi instead of samakan khinzir tu dengan anaknya, dia samakan anak2 dia dengan khinzir tu...Nauzubillah....Pulak tu, dia cakap dia tak suka anak2 dia perfect. Dia lebih suka anak dia minum air dari bekas minum khinzir, makan makanan yang diletak atas lantai and anak2 dia siap celup buku dalam mangkuk tandas and jilat balik buku tu! That is totally gross!!! Sungguh tak bertamadun. Bila nanny nak betulkan dia marah and cakap nak kick out that nannny. Manusia ke apa tu? Mama rasa "V" yang alien tu lagi smart pemikiran daripada manusia tu...Khinzir tu siap ada bilik yang diletakkan sampah untuk khinsir tu rasa SELESA...Anak2 dan suami pulak terpaksa duduk dalam rumah yang ada taik khinzir bersepah atas lantai sampai anak dia kaut masuk dalam mulut. Tu pun dia biarkan and boleh tersengih macam kerang busuk. Konolah kaum dia bertamadun tapi tahap pemikiran kalah monyet si Darwin tuh...Panas hati kalau ingatkan cerita tu. Cerita benar tuh. Sian anak2 dia dididik oleh orang yang takde akal...Panas.....

Thursday, August 26, 2010

Dapat Duit Raya? Yesss!

Last week, my sis sibuk cakap dapat sms yang ceupacs cakap kakitangan gov dapat RM1500-RM2000. Kira bonus raya la tu. Punye la mama happy. Siap plan nak buat apa kalau dapat duit tu. Tapi Yang Terindah Hanya Sementara, kawan mama cakap "ko tak baca habis sms tu, sebenarnya ada lagi ayat kat bawah tu..." "Pranggg!" jatuh gugur satu persatu harapan mama. Sedihnya nak raya tahun ni...huhu...Tapi semalam dapat berita yang benar2 sahih. Dapat RM500 untuk semua kakitangan and pesara gov. Haaa! Barulah mama melonjak balik kegembiraan. Walaupun sikit, ada lah jugak.Tapi sepatutnya dapat lebih sikit pun ok gak sebab dah lama tak merasa bonus lately nih...(Ni yang buat nak pi private nih..kehkehkeh!). Anyway, terima kasih lah kepada Ceupacs yang berjaya memujuk supaya kami semua diberi wang bantuan khas untuk kami yang memerlukan ni....:o)

Wednesday, August 25, 2010

Kuatkan Hatimu Ibu...

Pagi tadi masa mama scan satu patient ni, mama tanya ni kandungan ke berapa. Dia cakap ke tiga tapi anak ada sorang. Yang sorang lagi stillbirth. Mama tana apa masalahnya. dia ceritakan seringkas mungkin. Tapi lama kelamaan mama terperasan, suara dia makin sebak. Mama terkesima sebab mama memang tak boleh tengok orang nangis. Takut nanti mama pun nangis jugak. kesian, anak dia meninggal masa dilahirkan disebabkan masalah uri yang tak normal.

"Tabahkan hatimu wahai kaum ibu. Sesungguhnya kau diuji oleh Allah SWT. Di sana nanti anakmu itu akan menanti mu untuk membantumu. Ketahuilah olehmu bahawa engkau beruntung di sana kelak..."

Komputer crash....huhu....

Sori la kawan2. dari semalam lagi tak dapat menjenguk blog korang. Bukan apa, komputer mama dah crash. Tak tau le nape jadi cenggitu...
adekah disebabkan si meow bergolek atas keyboard maka computer mama alergik kat bulunye?
Kalau ikutkan hati panas nih, mau jek mama ketuk
Tapi mama pose...kena banyak bersabo..lagi pulak, komputer tu hak kerajaan Malaysia. Tak baik Membazirkan duit gomen...So, pagi tadi mama call PTM mintak diorg buat apa yang patut. Nak clearkan pun takpe. Senang keje mama nih...Tapi sedih la...
macamana nak hidup tanpa komputer nih...Pening...

Friday, August 20, 2010

Korang Perasan Tak??

Last month mama reg ads lain selain nuffnang. Kurang bijaknya tindakan mama ni menyebabkan iklan2 yang masuk berduyun2 tu dpt sikit je sebab dah dikira non executive.  Takde akalkan? Hubby cakap apsal tak baca policy?? Biasa la..mama ni buat dulu baru baca.  Pastu mulalah terkial2 padam iklan lain2 tu. Tapi tunggu2 tak jugak tukar status and mama perasan nuffnang xchange pun takde. Cek2 punye cek rupenya, mama tak delete n3 iklan dari company *tut* (dirahsiakan). Bila dah delete. Barulah nampak tenggelam timbul menda tuh...Fuh...Lega..Mama teringin gak nak dapat metered earning atau yang seangkatan denganya...(sebenarnye tak tau pun ape benda tu...sape boleh xplen. Angkat tangan!

Dah Settle Bab Interview BP....


Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar. BP dah lepas. Tunggu from another company pulak. Interview hari ni memang best sebab apa, sampai2 je tersedia sebijik parking untuk mama. Betul2 depan BP Healthcare tu. Tapi tunggu punyalah lama sampai mama tertidur. Kalau bukan time posa lama dah mama melepak kat kedai mamak layan teh tarik ngan roti telur. Apakan daya...Dugaan tu bulan posa2 nih...Masa interview tadi, interviewer tu berkenan pulak dengan experience mama dalam cytogenetics. So, dia kalau boleh nak mama buat kerja multitasking la. Well, tengoklah nasib ye dak? Ni pun belum tentu lagi sebab experience mama dalam O&G ultrasound. Tapi sonographer yang dia nak kena boleh buat semua..general... Abdomen kenalah belajar dulu....Gaji?? Ermm..susah jugak nak dapat apa yang kita nak. Tapi kenalah jual experience yang ada. Itu pun belum finalised sebab next week, there will be a second interview. Agak2 ok ke ha?

image source: http://www.acetheinterview.com/interview/

Thursday, August 19, 2010

Esok interview!

Esok mama ada interview kat BP healthcare. Entahlah.Dah lama sangat tak interview nih.mahu tergeliat lidah nak berspeaking bagai...korang doakan lah mama yang terbaik k?

Thursday, August 12, 2010

Dalam Dilema...

Mama tengah penin ni. Senior mama ajak mama kerja dengan dia. Gaji lebat jugak. Mama ni suka sangat kerja kat sini tapi disebabkan ketidak tetapan ni le yang membuatkan mama rasa amatlah sedih. Dah 4 tahun berhempas pulas tapi takde rezeki. Kat tempat baru ni private sector. Kerja kat sini lebih mencabar sebab jumpa client instead of pesakit. I don't know...Dua2 best tapi kalau fikirkan untuk kebaikan anak, kerja baru tu lebih baik. Kepala pun pening, tidur pun tak lena fikirkan apa yang terbaik. Nak kena buat solat istikharah jugak ni....

Friday, August 6, 2010

Sogo Sale!!!!

Hahahahaha! Senangnya rasa hati, dapat shopping baju Afzal...lalalla~ Dah settle shopping baju si budak, baju bapak budak ngan mak budak je belum. Silap2 tak shopping, pakai baju yang ada jek...Bukan apa, sejak ada anak ni, selera shopping untuk baju sendiri dah kurang, asal gi shopping mesti gi children dept. Yang penting raya Afzal tahun ni biar sakan sket. Dia pun pantang mama beli baju baru. Kalau nampak confirm dia pakai dan2 tu jugek... Mat smart le katakan...pstt..pstt...tu anak ayah....hiks!

Mana Nak Klik?

Hari ni mama ada pot luck kat scan room. Siap tapau nasi lemak.kihkihkih! Haaa...ada lagi satu cerita kawan mama ni. Dia terbaca n3 mama pasal dia. So, dia nak komen. Mama cakap komen je la...Dia pun dengan semangat waja menaip komen tapi pastu tanya mama balik, "Ni mana nak klik ni?" hehe..Dia nak post pun tak tau mana nak klik post! Kah Kah Kah! Gelak besar lagi hari ni...

Thursday, August 5, 2010

Orang Blogger, Dia Pun Nak Jadi Blogger Jugek...

Mama ada kawan sorang ni. Bila tengok blog mama dah ok, dia pun nak blogging gak. Mama happy sebab dapat ajak kawan buat sesuatu yang boleh membantu kawan2....Ye la, dia ni suka bisenes. so, melalui blog lagi senang nak build network. So, mama tolong la dia...Sejak dari hari tu, hidup mama tak penah kering gusi kat office ni dah. Asyik tergelak je. Bukan apa, kawan mama ni kurang pengalaman. Banyak yang nak kena tunjuk. Sampaikan nak buka blog dia sendirik pun dia tak tau. Gelabah! Ni mama taip kat sebelah dia je. Dia tak tau kot...Heheh!

Thursday, July 29, 2010

Penting Sangat ke Main Ping Pong tu??

Aduss...petang2 ni la nak buat mama pening. Mana la mama tau yg student utk workshop petang ni ramai. Mama just set upkan dlm bilik mesyuarat. Tuo2 diorg terpaksa guna meja ping pong sb takde maja spare. Sudahnya org yang nak main ping pong bising. Dan2 tu semua tunding kat mama. Ternaik juga suara mama masa nak explain tadi. This is my first time jaga wokrshop family planning...Sori la kalau tersilap. Just give me good suggestion and I will do as you guys said. End of misery and what so ever. Kerja pun settle. Tak perlu la bising2...Nasib la kita ni pegawai muda...Nasib badan....

Wednesday, July 28, 2010

Mama rindu sangat kat Tok Ki....hwaa..

Malam tadi mama tido awal sebab terlampau penat dek kerja kat bilik scan yang melambak. Tu pun mama dah tolak dua kes detail scan ke hari ni. Maknanya, petang ni mama busy! Hmm...Dalam tidur semalam mama mimpi arwah Tokki (ayah mama la...). Mimpi masa dia masuk spital dulu. Dia dah koma. Masa mama cium2 pipi dia, doktor cakap dia dah pergi. Sama macam masa dia pergi dulu cuma keadaan mama dlm mimpi tak sama. Mama dulu kuat. Tapi dalam mimpi semalam mama menangis macam baby. Terisak2 sampai bila tersedar pun mama masih lagi terisak2 menangis. Nasib baik ayah tak sedar. Maybe sebab contest father figure tu kut. Mama terlalu fikirkan kebaikan Tokki. Rindu sangat nak peluk dia, cium pipi dia, berborak dengan dia masa mama muda2 remaja dulu. Semoga Arwah Tokki sihat di sana. Berada di kalangan hambaNya yang beriman dan bertaqwa kepadaNya. Amin...

Monday, July 26, 2010

Gelfren...?

Tadi masa mama tengah buat kerja kat fetomat unit. Doktor sorang ni tergesa2 keluar jawab call. Lepas tu dia masuk sambil tersenyum2..."Hehe, gelfren call....lebih 3 kali sehari dia call.sekarang dia dah tak busy dia akan call macam biasa..." Happy je muka dia. Gelfren tu maksudnya isteri kesayangan dia tu la... Dia ni memang sayang sangat isteri dia. Suka mama tengok doktor sorang ni. Walaupun anak dia dah 4 and yang sulung pun dah PMR, dia still excited dengan love life dia. Tak pernah pun cerita yang tak best. Cayalah doc! Tetiba mama teringat pulak kat Ayah ni...Hehe...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...