Jom Menabung Untuk Anak-anak!

I Support Breastfeeding!

Lilypie Breastfeeding tickers

nuffnang i like!

Menabung Demi Pendidikan!

Wednesday, February 24, 2010

Klinik Desa Sg Sekamat.

Semalam mama bawa Afzal pergi check up untuk setahun setengah. Sepatutnya dah bawa last 2 weeks tapi mama banyak kerja so, mama ambil cuti untuk fokus Afzal saja. Pukul 7.30am kita dah sampai tapi parking yang terdekat penuh. So, kita pergi cari parking and jumpa yang dekat dengan warung. Mama risau kot Afzal lapar, so, kita breakfast dulu. Mama order satu roti telur and milo suam. Tapi Afzal, makan berselera sangat mama beli lagi satu. Afzal makan satu biji roti telur, mama makan satu. Then mama dukung Afzal ke klinik tu. Bila berjalan punyalah jauh tempatnya...mama stop sekejap untuk beli air mineral. Semua ni penting untuk jaga moral dan mood Afzal sebab mama tahu, Azfal mesti boring and buat perangai kalau tunggu lama sangat.
Dah berpeluh satu badan, kita sampai jugak ke klinik tu. Terkejut mama, still ada lagi klinik daripada rumah papan. Honestly, mama terkejut! Bukan apa, mama biasa duduk rumah papan, tapi klinik rumah papan ni, baru first time mama masuk. Siap lagi, kena tanggal kasut and dok bersila menunggu giliran. Berbeza dengan pengalaman mama di Klang.
Dah ambil no giliran, mama bawak Afzal main kat laman klinik. Seronok tak terkira Afzal. Siap menjerit yeay! yeay! Orang2 kat sekeliling sampai tersenyum and cuit2 Azfal sebab Azfal budak paling ceria kat situ( tak tahu lepas ni nak kena inject!). Afzal sibuk mengira two!three!...Three! two!...itu je la yang Afzal tau..hehe...tergelak mama tengok gelagat Afzal. Matahari makin terik, Afzal still ok lagi dengan berpeluh2, main kereta mainan pulak. Mama dah terkulai layu dah...Dah la tak cukup tido, dok mengikut bontot si Afzal ni jalan sana sini...Last2 mama dukung afzal pergi ke kereta. Cari parking dekat sikit and kita dok dalam kereta (ada air cond~).
Dah sejam menunggu kita masuk dalam pulak. Kat situ mama biarkan Afzal main dengan Eric (budak sebaya Afzal). mula2 main elok je. Pastu Afzal dah mula babap orang and gigit orang. Mama cuba halang tapi Azfal makin mengganas (sigh~). So, mama bagi afzal main botol air mineral, si Eric ni pulak berebut dengan Afzal sampai menangis korang berdua ni. Then mama simpan botol mineral, pujuk Afzal dengan kunci kereta, hmm...berebut jugak.Last2 mama Eric bawak dia keluar. Masing2 dah boring menunggu kot...Mood swing....
Pukul 11 baru la sampai giliran Afzal. Berjaya la mama injec t Afzal macam yang mama janjikan kalau Afzal nakal mama bagi upah.. So, menangis la anak bujang mama ni...sampai ngamok dalam kereta....Mama ingat nak upah la, so bawak pi makan kat Carrefour. Then balik, kita settlekan hal rumah and pukul 1.15 kita sampai rumah. Kita berdua penat yang amat sangat sampai tertido... Sedar2 dah pukul 3.20pm. kelam kabut mama pi mandi and solat. Tapi Afzal dok merengek je...rupa2nya kesan dari inject tu yang buat Azfal lemah dan sakit kaki.
Pukul 4.30 kita ambil ayah balik kerja and gi makan kat KFC. Ayah upah chicky meal and mainan untuk Azal. Nampak macam dah ok. Tapi malam merengek lagi...dekat pukul 2pg baru afzal tido.
Pagi ni, nak pergi kerja Afzal nampak lemah balik. badan suam2. Mama dah ready ubat, nanti kalau teruk lagi, mama pergi maik Afzal kat nursery.....Hope Afzal kuat ye, jangan demam...

Friday, February 19, 2010

Jahit Manik baju Nikah



Bagaimana Untuk mendapatkan anak?

Teringat saya, ramai yang bertanyakan saya, macamana untuk mendapatkan anak. Maknanya untuk get pregnant. Saya ni bukanlah pakar tapi saya bekerja di Jabatan O&G bahagian ultrasound, jadi banyak pengetahuan saya adalah berdasarkan pengalaman pesakit yang datang (saya ni suka berborak dengan patients ketika menjalankan ultrasound). Kawan2 saya pula ada yang daripada embriologist. Daripada diorang ni, saya banyak belajar tentang macamana nak susunatur masa pengovulan kita untuk mengira tempoh kesuburan kita.
Sebenarnya, memang ada di antara kita yang sukar untuk mengandung disebabkan masalah PCOS dimana, telur yang dihasilkan oleh ovari kita banyak tetapi lambat matang disebabkan oleh ketidakseimbangan horman. Tapi masalah ni boleh diatasi dengan pengambilan ubat yang betul. Silap2 boleh dapat anak kembar...macam beberapa patients yang bertuah kat klinik O&G kami.
Ada juga yang disebabkkan oleh lebihan lemak di bahagian perut. Lemak ni akan menghalang telur kita keluar ke tempat sepatutnya. So, masalah ni, just buat exercise untuk buang lemak berlebihan tu, insyaAllah akan ada rezeki. Ni pun ada kawan saya yang berjaya selepas beli Qaseh Kekanda (minuman kesihatan dari Anaedar) dari kami.
Selain daripada itu, stress memainkan peranan penting dalam menghalang ibu muda untuk mengandung. Biasalah, ramai antara kita bekerja. Nak pergi kerja mengadap jem, pergi kerja kena buat kerja yang overload, kadang2 kena marah dengan bos dan macam-macam lagilah. Jadi jiwa yang memberontak dan keletihan ni akan membuatkan kita tertekan. Bila tertekan memang akan membawa kepada kesukaran utnuk mengandung. Penyelesaiannya? Bawa2 la bercuti untuk diri sendiri dan suami. Buatlah macam honeymoon juga. InsyAllah...
Ada yang pernah kata kat saya, 5bulan tak pregnant tak awal sangat ke untuk risau? Jawapan saya mudah saja. Tepuk dada tanyalah selera. Yang macamana kita nak? Sekiranya kita yakin kita bersedia untuk berkahwin dan melahirkan zuriat dan bersedia untuk memegang tanggungjawab sebagai ibu dan bapa, adakah terlalu cepat untuk kita mengandung pada bulan pertama perkahwinan? Bagi saya, terlalu cepat atau lewat adalah bergantung kepada kita sendiri. Jangan kerana orang sekeliling kita cakap kita ikut. Yang ingin membina keluarga adalah kita dan tanggungjawab tu adalah tanggungjawab kita. Jadi baiklah kita berbincang suami isteri dan decidelah sendiri.
Ingat, tanggungajwab menjaga dan mendidik anak adalah tanggungjawab bersama. Maka suami tolong isteri, isteri tolong suami. InsyaAllah, bahagia dunia akhirat. Anak pun membesar jadi insan positif...Amin...

breastfeeding.........baik atau buruk??

Saya terbaca satu blog tentang breastfeeding mum. tak silap mamasalsabila. Perkara biasa bagi ibu yang cuba untuk breastfeed anak, akan rasa tertekan dan penat untuk melayan kehendak anak yang masih kecil. Biasalah, dalam menyusukan anak, kita perlu ikut keperluan (demand). Baby ni, cara menyusunya sekejap sahaja tapi lebih kerap bagi yang menyusu susu ibu. Bagi yang menyusu formula milk, takde masalah. Makanya, sesetengah ibu akan merasa bosan kerana terpaksa kerap melayan anak kecil ini untuk menyusu. Saya pun pernah mengalami masalah yang sama. Afzal kerap kali menyusu membuatkan saya rasa penat, bosan dan fed up. Tapi, berkat sokongan dan dorongan suami terchenta, berjaya juga saya menyusukannya sampai sekarang. Tapi tak fully breastfeed lagi sebab Afzal dah pandai minum dengan cawan so, saya pelbagaikan minuman yang berkhasiat untuknya sejak berumur setahun bagi memudahkan urusan apabila perlu. Afzal cuma dapat fully breastfeed sampai umur 3 bulan sahaja. Since saya masuk kerja,tak dapat lagi nak fully breastfeed atas masalah yang tak dapat dielakkan. Sepanjang menyusukan Afzal, banyak dugaannya. Pertama sekali, semasa Afzal lahir, susu memang tak banyak keluar sedangkan sejak 8 bulan mengandung, susu saya memang dah keluar dan kerap basah baju. Tapi bila dah lahir takde pulak. So, tanpa segan silu saya minta tolong ketua jururawat di HUKM yang juga kawan saya, KJ Fazilah. Tepaksa tebalkan muka bila dia pegang and cuba ajar anak saya menyusu denagn betul. Tapi tetap tak membuahkan hasil.
Alhamdulillah bila keluar ward saja, mak mertua saya bawa nenek tukang urut datang untuk urut bagi membanyakkan susu. Katanya tersumbat. So, berjaya la saya menyusukan Afzal selepas tu. Cuma, kadang2 penghasilan susu kurang membuatkan saya rasa stress especially bila si Afzal menangis merengek2 tak cukup susu. Banyak petua saya ikut tapi ada masanya berjaya, ada masanya takde hasil langsung. Walaubagaimana pun, segalanya dapat diatasi dengan baik.
Selepas lahir, Afzal kena demam kuning. So, saya usahakan menyusukan Afzal sebab doktor dan nurse cakap, dengan breastfeed kita dapat kurangkan demam kuning. Lagi satu, saya ni menghidap eczema sejak kecil so, risiko untuk anak saya menghidap eczema adalah 40% . Tapi bagi yang sudah merasa penangan eczema semestinya taknak anaknya kena eczema sebab hidup amatlah sengsara terpaksa menanggung gatal yang amat. So, breastfeed adalah satu cara yang berkesan untuk elak anak kena eczema. Alhamdulillah setakat ni nampak berhasil dengan mengikut nasihat mereka yang berpengalaman.
Lagi satu, bila menyusukan anak ni, yang paling best adalah apabila dapat tengok terus ke mata dia. Biasanya anak kita akan pandang straight ke mata kita dan kemudian senyum. Masa tu, cakap dengan dia apa yang kita nak out of him (tapi jangan over ye...anak tu kecik lagi...). Contohnya: "Afzal baik2 ye..". "Jangan nakal2...". "Mesti dengar cakap mama ayah...". "Jadi budak baik..". "Mama sayang Afzal, Ayah pun sayang Afzal...". Kalau pandai nyanyi,boleh juga nyanyikan untuk dia lagu kanak2... Dari sini, kita akan dapat mengikat pertalian anak dan ibu. InsyaAllah, anak kita ni akan rapat dengan kita. Akan dengar cakap kita..tapi jangan expect terlalu tinggi takut kita terlalu menekan anak. Yang penting apa sahaja yang kita buat untuk anak biarlah dengan hati yang ikhlas dan dengan penuh kasih sayang agar anak akan membesar dengan kasih sayang dan keredhaan ibunya. Dan kita sebagai ibu mendapat keredhaan Allah SWT. Amin....

Wednesday, February 17, 2010

Contest Seiras Wajah Kembali!

Kategori ibu dan anak
Panggilan ibu: mama
Panggilan Anak: Afzal
Nama Anak: Afzal Akhtar
Tarikh Lahir: 080808
Persamaan: mata, hidung, dagu dan rambut.

http://mayaqarmyla.blogspot.com/2010/01/contest-seiras-wajah-kembali.html

'MOBS & Gift That Angel Send : Showers of Love Contest'


Your name: Nor Amizu Jusoh
Baby's name: Afzal Akhtar b Mohamad Farul Akmal
Baby's age:1 year 6 months
Baby's gender: Male
Your email address: mizujusoh@gmail.com
and tell us a bit about your baby.: he is a very energetic and notti boy. Very easy to get along with people. Always smiling and loves to dance!

" Contest Aksi Gigit si Manja "


Nama Anak: Afzal Akhtar b Mohamad Farul Akmal
Tarikh Lahir: 080808
Nama Ibu: Nor Amizu Jusoh
Gambar ni nampak notti sangat sebab ni masa pegi makan. Afzal dah lapar sangat, dia nampak menu tu ada gambar makanan, dia terus ngap jek....

Friday, February 12, 2010

Donkey For Sale!!


Product code: DD1
Dancing Donkey
Dance to Britney's song
Soft and furry fabric
Safe for children

RM45
+ RM5 for delivery

Rabbit For Sale!!


Product code: DR1
Dancing Rabbit
Dance to Britney's song
Soft and furry fabric
Safe for children

RM45
+ RM5 for delivery

Giraffe For Sale!


Product code: DG1
Dancing Giraffe
Dance to Britney's song
Soft and furry fabric
Safe for children

RM45
+ RM5 for delivery

Lion For Sale!


Product code: DL1
Dancing Lion
Dance to Britney's song
Soft and furry fabric
Safe for children

RM45
+ RM5 for delivery

Tiger For Sale!



Product code: DT1
Dancing Tiger
Dance to Britney's song
Soft and furry fabric
Safe for children

RM45
+ RM5 for delivery

Thursday, February 11, 2010

Bolehkah Semua Wanita Menyusukan Bayinya?

Secara lumrahnya setiap wanita dikurniakan dengan kebolehan untuk menyusui bayinya. Dengan adanya keyakinan dan pengetahuan setiap wanita mampu melakukannya.
Saiz Payudara tidak boleh dijadikan ukuran sebanyak mana susu boleh dihasilkan. Tetapi bergantung kepada kekerapan bayi menghisap kerana ia akan merangsang penghasilan susu ibu dengan banyak, mengikut keperluan bayi. Masalah puting payudara yang leper atau tenggelam juga bukanlah satu halangan. Mereka yang mempunyai masalah ini seharusnya mendapatkan nasihat profesional untuk mengatasinya.

  • Persedian Semasa Hamil
Tempoh kehamilan sebaiknya diisi dengan aktiviti mempelajari dan menambah pengetahuan ilmu keibubapaan. Dapatkanlah sebanyak mungkin maklumat mengenai penyusuan susu ibu serta hal-hal penjagaan anak. Jika berpeluang, luangkan masa untuk menghadiri klelas antenatal bersama suami anda. Payudara anda biasanya akan membesar sedikit semasa hamil kerana pembesaran kelenjar-kelenjar susu. Untuk menampung payudara, pastikan anda memakai baju dalam yang sesuai. Gunakan air biasa sahaja untuk mencuci payudara dan elakkan penggunaan sabun kerana ia boleh mengeringkan dan merengsakan kulit.
Pastikan payudara diperiksa oleh doktor untuk memastikan anda tidak mempunyai masalah. Ikuti kelas-kelas atau ceramah mengenai penyusuan susu ibu yang terdapat berhampiran tempat anda untuk membantu meningkatkan pengetahuan anda mengenai penyusuan susu ibu.
Pada bulan-bulan terakhir, pelajari cara-cara memerah susu. Ini sangat berguna selepas kelahiran bayi, sekiranya perlu.

  • Selepas Melahirkan Bayi.
Hari-hari pertama selepas kelahiran memang meletihkan. Kuatkan semangat dan susui bayi anda secepat mungkin selepas dilahirkan. Pengalaman menyusui bayi yang baru lahir adalah satu pengalaman indah bagi seorang ibu.
Susui bayi anda dengan kerap mengikut permintaannya dan bukan mengikut jadual yang tertentu. Jika bayi anda lebih suka tidur, bangunkan dan galakkan dia menyusu lebih kurang setiap 2 jam.
Hari-hari pertama merupakan waktu-waktu yang penting. Payudara mungkin belum dipenuhi susu, namun susu ini sangat penting. Susu awal ibu tidak banyak tetapi ianya pekat dan berwarna kekuningan. Susu ini dinamakan kolostrum dan kaya dengan protein serta antibodi yang boleh melindungi bayi dari penyakit. Kolostrum ini sudah cukup untuk mengenyangkan bayi anda. Bayi tidak perlu diberi susu botol atau air masak.
Buat permulaan, bayi anda mungkin akan menghisap selama beberapa minit sahaja. Biarkan dia menghisap lebih lama jika mahu. Keperluan seseorang bayi adalah berlainan daripada bayi lain.

  • Kedudukan Menyusukan Bayi.
Susui bayi anda dengan kedudukan yang selesa samada duduk atau berbaring. Gunakan bantal untuk mengampu tangan atau belakang jika perlu. Pastikan bayi mengiring rapat menghadap anda agar dia dapat memasukkan sebanyak mungkin kawasan aerola (tampuk hitam sekeliling puting) ke dalam mulutnya. Posisi penyusuan yang baik akan dapat mengelakkan masalah seperti sakit puting atau kurang susu.
Jika anda menghadapi masalah, kami syorkan anda mendapat bantuan dari mereka yang mahir.

  • Petua Penyusuan Yang Berjaya.
Amalan Positif:
  1. Persediaan mental sebelum kelahiran adalah penting. Dapatkan maklumat-maklumat berguna mengenai penyusuan susu ibu semasa hamil.
  2. Yakinkan diri yang susu anda mencukupi untuk bayi anda.
  3. Susui bayi dalam keadaan tenang dan banyak berehat pada minggu-minggu awal selepas kelahiran bayi.
  4. Pastikan penyusuan dilakukan dengan posisi yang baik dan selesa supaya tidak terasa lenguh dan mengelakkan masalah kepada puting.
  5. Makan makanan yang seimbang dan minum air yang mencukupi.
  6. Perlu diingatkan bahawa bekalan susu ibu bergantung kepada rangsangan. Lagi kerap bayi menyusu, semakin banyak susu akan dihasilkan.
  • Amalan Negatif
  1. Jangan terpengaruh dengan kata-kata bahawa susu anda tidak mencukupi untuk bayi anda. Jika anda berupaya melahirkan seorang bayi ke dunia ini, anda sudah pasti mampu memberikannya susu yang terbaik.
  2. jangan berikan bayi anda susu botol tambahan atau air masak. Bayi tidak perlu diberikan makanan atau minuman lain kecuali susu ibu sehingga berusia 4 hingga 6 bulan.
  3. Cara menghisap puting botol dan puting payudara adalah berbeza. Ini boleh mengelirukan bayi dan ibu tidak akan berjaya menyusukan bayi.
  4. jangan menyusu dalam keadaan terburu-buru. masa 6 minggu pertama adalah masa latihan untuk ibu dan bayi. Ketenangan dan kesabaran akan menyelesaikan banyak masalah.
  5. Jangan risaukan kekerapan bayi membuang air besar. Ini merupakan perkara biasa bagi bayi yang diberi susu ibu. Najis biasanya cair sedikit dan berwarna kekuningan. Adakalanya bayi tidak membuang air besar beberapa hari lamanya. Ini juga perkara biasa.

p/s: source dari: KKM

Wednesday, February 10, 2010

Penjagaan Slepeas Bersalin.

Seorang ibu yang baru melahirkan anak haruslah menjaga kesihatan diri dan bayi dengan sempurna dan teratur. Penjagaan kesihatan penting agar ibu tetap sihat dan sentiasa ceria selepas bersalin.

  1. KEBERSIHAN DIRI.
  • Amalkan mandi sekurang-kurangnya sekali sehari.
  • Pakai pakaian bersih dan selesa dan ditukar setiap hari.
  • Tukar tuala wanita kerap.
  • Pastikan luka akibat bersalin atau pembedahan di dalam keadaan bersih dan kering.


2. PEMAKANAN.
  • Makan pelbagai jenis makanan berasaskan piramid makanan.
  • Minum 6-8 gelas air.
  • Banyakkan pengambilan serat seperti sayur-sayuran dan buah-buahan.
3. PENYUSUAN IBU.
  • Bersihakn payudara setiap hari.
  • Gunakan coli yang bersih dan selesa.
  • Susukan bayi dengan kerap.
4. REHAT DAN SENAMAN.
  • Lakukan senaman ringan mengikut kemampuan.
  • Rehat yang secukupnya.
5. AMALAN BAHAYA DAN PANTANG LARANG.
  • Elakkan amalan pantang larang yang bahaya seperti sengkak dan salai.
6. TANDA-TANDA BAHAYA.
  • Demam panas.
  • Pendarahan berlebihan dan berlarutan.
  • Anemia.
  • Pening/ sakit kepala.
  • Sakit kaki atau bengkak.
  • Sakit betis.
  • Sesak nafas dan sakit dada.
  • Meroyan.
  • Sukar buang air kecil.
  • Sakit dan keluar nanah dari luka kesan bersalin atau pembedahan.
7. PERANCANGAN KELUARGA.
  • Amalkan kaedah perancang keluarga yang sesuai untuk menjarakkan kehamilan.
8. RAWATAN LANJUT.
  • Dapatkan rawatan lanjut 6 minggu selepas bersalin dari klinik atau hosipital yang berhampiran.
SILA MAKLUMKAN KE KLINIK KESIHATAN SEBAIK SAHAJA SELEPAS BERSALIN.


P/S: diterbitkan oleh bahagian pendidikan kesihatan, KKM.

Tuesday, February 9, 2010

Training Punya Pasal...

Last week, mama pergi training wataniah. Since kawin, memang dah tak berapa aktif wataniah. So, tetiba mama teringat ROD mama dah nak expired. So, mama kena aktif balik untuk renew ROD. Tapi bad news, it is too late. Tapi mama masih ada peluang untuk 'recom'. Tapi still boleh training until may 2010. So, mama pun macam biasa la. Training sabtu dari pukul 2.30ptg-11.00mlm maknanya mama kena tidur kat kem sebab ahad ada training dari pukul 7-5ptg. Terpaksa la Afzal tidur kat rumah Umi malam sabtu tu. Mama ingatkan ok, tapi Afzal ok, mama yang tak ok. Mama tak boleh tidur and lama-lama breast mama dah makin membengkak sebab tak breastfeed Afzal. Esoknya, nasib kurang baik, mama kena masuk kawad untuk pembukaan latihan. Dengan tak cukup tidur dan sakit kerana bengkak susu, mama tetap teruskan. Ingatkan nak balik lepas tu, tapi kena pulak masuk meeting. 2 meeting2 in a row! Mula-mula boleh tahan lagi. Lama2 sakit dah sampai sebelah badan. sakit kepala, tangan kebas and kaki macam nak krem. Dada lagi sakit sebab bengkak tu menekan dada. Pukul 5ptg Afzal dengan ayah sampai untuk ambil mama. Cepat2 mama breastfeed Azfal. Kita singgah minum petang dengan Umi. Sampai rumah je, mama dah tak boleh nak buat apa. Berat sangat kepala ni. Dah tidur pun masih sakit lagi. Esoknya memang terpaksa ambil EL sebab tak boleh bangun. Sepanjang hari dok tidur je. Lepas telan beberapa biji PCM baru la ok. Tapi sampai sekarang masih terasa sakit on Lt breast. Rasanya, macam ada lump. Kejap lagi nak jumpa doktor. Nak buat Check up sikit...

Saturday, February 6, 2010

Latihan Tempatan 2010

Hari ni mama ikut latihan tempatan. The first day of training untuk tahun 2010. Mama hantar AFzal ke rumah Umi sebab mama kena berada sampai pukul 11 malam dan esoknya, pukul 6 pagi mama dah kena masuk training sampai pukul 5 ptg. So, mama akan ambil Afzal esok petang. Mama baru call Umi dan dia cakap Afzal ok je. Afzal happy sebab kat sana ada Kak Ain. Azfal sayang sangat kak Ain dan Abg Boboy. Yang penting Afzal happy. Umi cakap Afzal asyik main dgn gelak2 and berjoget je. Bila Umi balik rumah tadi, Afzal berlari kat Umi. Mama happy Afzal boleh get along dgn Umi macam tu. Umi nak mama balik tidur dgn Afzal tapi mama taknak susahkan org lain untuk hantar mama pagi esok. Mama akan sama2 kawan mama. Mama rindu sgt kat Afzal. Kalau boleh nak bawa Afzal dtg training sekali. Boleh Afzal jadi askar kecik. Afzal baik2 kat rumah Umi. Esok mama akan datang ambil Afzal. Thanks for being such a nice son and being very understanding. MMMuah!

Friday, February 5, 2010

Afzal dan Kerenahnya

Semalam balik dari kerja, terus pergi makan. Just makan kat kedai sebab tak sempat nak masak. Ayah kena kerja malam. So, order la air bandung suam and nasi goreng ladna untuk dimakan bersama. Ntah apa anginnya, taknak makan. Just nak main sudu. Air sirap bandung pun tak diminumnya. Cuma kuis-kuis dengan sudu. Tengah main, tetiba sudunya terjatuh. Mama ambil la nak cuci. Boleh kat tengah-tengah kedai( kami dok meja tengah sekali) tu dia menjerit macam kena tinggal sebab ingatkan mama nak buang sudunya. Hishhhh, budak ini la....Bila sampai nasi goreng, mama cuba suapkan si Afzal, tapi dia merengek nak suap sendiri. So, terpaksa la tolak pinggan depan dia. To my surprise, dia elok je boleh cedok nasi and suap mulut sendiri. Walaupun tak laju macam kita, still a good development. Sejak ada kehadiran Afzal, banyak perkara baru yang mama belajar. 'Miracle' atau kata lainnya, Kuasa Allah SWT. Cukup indah bila kita tengok bayi yang pernah satu ketika dalam perut kita, sekarang dah boleh berlari, menari, melompat, bercakap dan ketawa. Tambah lagi bila dia cukup suka ikut perlakuan orang dewasa. mandi sendiri, makan minum sendiri, pakai kasut sendiri. Cukup berbesar hati dapat saksikan sendiri pertumbuhan anak. Alhamdulillah mama panjatkan arsa syukur kepada Allah SWT kerana mengurniakan anak yang sihat dan bertenaga macam Afzal.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...