Lately banyak review mama buat..Bukan apa, sekadar berkongsi sebab hotel2 ni tak mahal, so, sesuai sgt kalau you all nak plan bawak anak2 bercuti...
So, Untuk kali ni, Hotel Ipoh City....
Terletak d Jalan Dass, Bandar Ipoh, Senang sangat nak cari sebab kat sini memang banyak hotel2 yg menarik tapi murah..
Macam yg ni satu bilik dengan katil Queen, perabot seperti meja tulis, almari 2 kerusi malas, meja tv, dan meja kopi semuanya dari kayu jati.
Owh, ada satu cermin jati yang besar. Ruangnya memang luas, maknanya, korang boleh tambah satu katil extra untuk anak. TV CRT 21 inci, ok lah...takde astro tapi kalau setakat nak tido, tv tak penting sangat...
Complimentary nescafe, teh,gula,krimer dan 2 botol air mineral....
Cek kat dalam peti ais dalam kabinet tv ada 2 botol mineral...
Then, toilet yang luas.Lagi satu yg org mesti suka ialah free WiFi utk semua bilik....
Ok lah kan?
Satu malam cuma RM94.00 Bagi mama berbaloilah...
Jom tengok sikit gambar2...









