Inilah perkara yang mama akan siapkan sebulan sebelum bersalin. Memang susah nak pastikan apa yang penting untuk dibawa terutama bagi yang pertama kali menjadi ibubapa. So kali ni mama nak share dengan korang : Hospital Bag Checklist.
1-Berus gigi, ubat gigi, sabun, syampu
Bagi yang suka mandi.
2-Diapers saiz newborn
10-15 keping.
3-Baju bayi
Baju mengikut berat jangkaan bayi. Bawalah 3-4pasang. Baju newborn tidak perlu disediakan banyak kerana berat badan bayi akan cepat meningkat selepas sebulan kelahirannya.
4-Maternity Pad
Pastikan pad ibu bersalin kerana pad biasa tidak dapat menampung.
5-Seluar dalam
6-Bra Menyusu
Yang ini penting untuk memudahkan anda menyusu ketika di dalam ward. Susu ibu adalah yang terbaik untuk bayi.
7-Flask Air Panas
Ini penting untuk memudahkan anda membancuh air untuk sang isteri yang baru sahaja menjalani proses bersalin. Bancuhlah air milo atau nestum untuk membekalkan tenaga yang hilang di saat kelahiran bayi anda dan sekaligus dapat menambah bekalan susu ibu.
8-Baju Si Ibu
Inilah perkara yang paling mama lupa nak bawa ketika lahirkan Afzal. Makanya terpaksa lah mama pakai sweater yang sendat mendat. Pastikan pakaian yang dibawa mengikut saiz ketika mangandung kerana selepas bersalin anda tidak serta merta turun ke saiz sebelum mengandung (pstt..inilah yang berlaku kepada mama...)
9-Wet wipes
Ini digunakan untuk mengelap badan bayi atau ketika menukar lampin sekiranya anda berseorangan dan tidak mampu berjalan jauh.
10-Kain Napkin
11-Selimut bayi
Bayi ketika di dalam kandungan sentiasa berada dalam suhu yang sederhana dan apabila lahir, keadaan persekitaran mungkin asing baginya. Dengan membalut badannya dengan selimut, kita dapat menyediakan persekitaran yang hangat dan selesa. Selain itu dengan membalut badan bayi, bayi akan mudah tidur lena dan tiada masalah kembung perut.
12-Minyak Yuyi atau Minyak Telon
2 Jenis minyak ini penting untuk memastikan bayi sentiasa selesa dan mngelakkan kekembungan.
13-Bantal dan tilam bayi
Ini penting untuk bayi tidur lebih selesa dan lena.
14-Bakul/ Baby seat
Perkara ini juga penting apabila anda ingin membawa bayi pulag ke rumah selepas keluar daripada wad.
15-Kamera
Bagi setiap ibu bapa, perkara pertama yang ingin dilakukan ialah merakamkan saat-saat pertama kehidupan bayi. maka jangan lupa untuk membawa kamera dan pastikan anada mengambilnya dalam keadaan menutup langsir kerana di sesetangah hospital kerajaan, kamera adalah tidak dibenarkan.
Berkongsi pengalaman membesarkan anak lelaki yang energetic, lasak dan banyak akal serta si gegel bambam yg sangat kelakar!
Showing posts with label parenthood. Show all posts
Showing posts with label parenthood. Show all posts
Tuesday, November 22, 2011
Friday, April 1, 2011
Hari ni Hari Untuk Afzal!
Hari ni penagsuh Afzal terpkasa balik kampung. So, mama amik leave utk jaga dia... Dah lama tak spend banyak masa dgn dia. balik keje pun dah penat. Kadang2 asyik kena marah je bila dia ajak main.. Budak ni lasak so, boleh imagine la mcmaa dia punya main...Sakit jugak la satu badan kalau melayan...Agaknya dia ingat mama dia raksasa dia kamen rider n kot..ntah la...hehe
Dah lama jugak mama tak bercerita perkembangan Afzal. Skang selain dah pandai buat "witt...witt!!" kat sesapa yg dia rasa nak ajak berkawan (termasuklah budak2 nursing yg tinggal kat area rumah kitorg) dia dah pandai cakap "abis dah..." So, perkataan baru, kerap le telinga ni dok mendengornye...Kelakar and cute je dgar suara dia...Kalau nak suruh tukar pampers kotor, dia akan cakap "mama, lilak....ma..ma...ni..lilak" Anak mama ni dah besar sebenarnya, tapi mungkin sebab dia boy yg lasak, doktor cakap normal la kalau dia lambat boleh bercakap compare to his cousins yg girls, dah pun boleh bercakap. Lagi satu budak2 tu siap boleh nyanyi lagu Maher Zain...Alhamdulillah syukur mama untuk anak2 kakak mama... Afzal ni, mungkin kurang perhatian dari mama n ayah. Kitorg dua2 in business line. Ayahnya dok depan komputer almost 24 hours. And mama banyak outstation pulak tu. Kesian betul...
Sekarang pulak susah benor nak tido awal sejak2 dah stop breatsfeeding. Dah macam2 cara, tapi tak berjaya. Mama bimbang kot mengganggu pertumbuhan dan perkembangan dia pulak... Hish mintak dijauhkanlah...
Korang ada idea pasal nak tidurkan anak awal tak??? Kongsi la...:o)
Friday, February 18, 2011
Minta Maaf kepada Semua...
Bukan mama ada buat salah besar, cuma mintak maaf kepada semua yang rajin dtg menjenguk tapi mama belum membalas kunjungan. Nak cakap busy tu takde la sangat,
cuma lately rasa macam tak sempat nak spend masa dengan Afzal.
Lagi2 pulak bila ukur ketinggian dia, dah pun cecah 90cm ni, mama terfikir, adakah mama menghayati dan memahami anak mama sepenuhnya?? Dari tapak kaki sebesar 2 jari tup2 sekarang dah sebesar tapak tangan mama, adakah mama betul2 kenal anak mama? mengenali segenap inci tubuhnya, memahami gerak gerinya? atau setidak2nya, memahami perasaan dan kehendaknya?
Sejak dah putus susu badan, Afzal susah nak tidur malam. Mata pun dah macam panda bear maybe tak cukup tido. Kalau dulu 9pm dah tido, sekarang, mama tido dulu sedar2 dia tido kat sebelah. Ayah cakap pernah beberapa kali dia tersedar pukul 4-5pagi ternampak budak tu baru panjat katil tido sebelah mama.
Kadang2 kesian bila fikirkan. Pagi2 lagi mama dah pergi kerja, balik petang, pergi pulak treatment London weight Management sampai pukul 8-9mlm. Balik rumah siap2 barang2 dia, mama terus masuk tido. Kadang2 tak sempat pun peluk dia cuma dalam tido.
Owh, one more thing, lately suka benor dia panggil mama dgn panggilan 'baby'....
"baby....." "baby....."
Mulanya tak perasan, bila ayah cakap, baru mama perasan, dia start panggil mama baby sekarang...owh..cukup kasanova anak mama nih...
geli jugak telinga sebab ayah pun tak penah panggil macam tu...maybe ayah tak cukup romantik macam Afzal.
Jadi, mama kurangkan masa depan lappy. Malam bila balik kerja, mama bukak drawing block dan pencil colors dia and mama lukis sambil warna. Mama buat depan dia untuk encourage dia luahkan perasaan atau idea dia melalui drawing or lebih tepat contengan dia.
Dia suka tapi kadang2 kurang fokus.
Bila mama buat macam tu, bukan sahaja menjadi satu aktiviti bersama dengan Afzal, tapi jugak satu stress buster untuk mama. Mama rasa relax as well as puas dapat spend masa berkualiti untuk anak mama. Tapi mama akan sedaya upaya update blog walau tak sehebat blogger lain tapi cukuplah untuk tatapan korang dan Afzal bila dia besar nanti...:o)
Subscribe to:
Posts (Atom)

