Jom Menabung Untuk Anak-anak!

I Support Breastfeeding!

Lilypie Breastfeeding tickers

nuffnang i like!

Menabung Demi Pendidikan!

Thursday, August 14, 2014

Days Hotel At Zhongshan Park, Jalan Rajah, Singapore

 So untuk trip kali ni mama dok kat Days Hotel. Very convinient. Ada shuttle ke MRT station Novena. Kat sebelahnya pulak ada shopping mall so untuk kita yang muslim boleh beli apa2 makanan yang no pork no lard kat mall tu la. Untuk malam pertama sebab dah sampai lambat and mama berpuasa, beli sushi dan buah plum je untuk berbuka dan sahur. Bila on the way balik hotel baru ternampak rupa2nya, restoran hotel tu ada sijil halal..Hahahaha!

Hotel ni baru so nampak kemas sangat dengan staf dia yang sangat cekap dan professional..Suka senyu pulak tu...Namanya Madeline...




Yang bestnya ada pulak hotel ni sediakan arah kiblat untuk kita yang muslim n solat. Internet plak laju dan free, buleh je download jadual solat tu...

Ni shopping mall dia... beli sushi dan buah kat sini le...

air mineral 1.5L SGD0.60, Buah plum SGD 3.25 for 8 pcs dan sushi SGD7.00
syokkan tengok price dia?  yg lain mahal jugak...haha!


Kampung Glam, Bussorah Street, Singapura 2014






 Alhamdulillah, rezeki Allah SWT, mama dapat ke Singapura untuk berkerja sebenarnya. Tapi since berpuasa ni, mama teringin sangat nak makan NAsi Briyani dan Murtabak Singapore. So habis kerja tadi, mama minta tlg Raymus hantarkan ke Arab Street. Sampai je memang sengih je la kerjanya...Berjalan dan snap gambar banyak2. First destinasi ialah Masjid Sultan yang paling famous di Singapura. So, apalagi amik kesempatan solat di sana. Cantik...bersih dan doa yang dibaca oleh imam sangat merdu..Alhamdulillah...



 Pastu solat dah sudah..phew lega lah sikit nak berjalan2...So, mama round area tu je..Ye lah..sorang2, takut juga..



.Pastu dah 6pm, mama nak beli makanan untuk berbuka dan bersahur di bilik hotel..puasa Qada...hehe..So pegi le ke Zamzam Restaurant yang famous dengan nasi briyani dan murtabak singapore. Silalah jamu mata ye...hehe
restoran zamzam
Murtabak Kambing Singapore SGD 6.00

Briyani Kambing SGD 6.50


Monday, August 11, 2014

Anak Suka Mengamuk Bila Bawak Keluar Berjalan?

Ok, memang ramai yg ada masalah anak mengamuk bila kat luar ni. Bukan perkara pelik sebab mereka hanya kanak-kanak yang menggunakan isyarat badan untuk ekspresikan perasaan mereka.
So, sebagai ibu bapa, kita tengok mereka buat perangai kita marah or cubit mereka. Jadi hati mereka tercalar dan akan meraung-raung yang bukan sekadar bingit tetapi memalukan.

So, mama nak share sikit la pengalaman mama sepanjang 7 tahun bergelar ibu kepada sepasang anak ni.
Biasanya mama dan En Ayah akan keluar awal pagi sebab anak2 ni masih lagi segar dan baru je bangun tidur. After breakfast tu memang masa yang sesuai la untuk keluar berjalan. Tapi untuk anak yang masih menyusu badan biasanya dalam pukul 11 tu dia akan mintak dah habuannya!

Tapi jika nak bawa anak2 keluar pada waktu petang, kenalah kita bersiap sedia sebab petang adalah masa tidur anak2. So apa yang perlu kita titik beratkan adalah masa rehat anak yang cukup. So, apa yang mama dan En Ayah amalkan ialah, tutup langsir dan tutup segala tv dan hiburan yang ada dan ajak semua tidur sekali. So depends on anak2 tu la. Ada yang tidur kejap je, ada yang tidur sejam dua. So, pepandailah setkan masa.

Macam mama buat, mama akan paksa diorg tiso macamkat nursery kan. Selepas tu, mama kejut after an hour and let them relax first and hydrate diorg dgan any juice or just water. 

Then kita dah ready untuk berjalan2 dengan gembira! yeay!



Monday, June 30, 2014

Wildlife Sydney 2013



Lama betul tak hapdet blog ni. Since hari  ni saya kat Kulim sensorang, terasa rindu kat family. Dok le tengok gambar2 lama yg ada kat dalam lappy ni. Tertengok balik gambar2 lama ni. ni masa trip kami ke Sydney Oktober tahun lepas.. Seronok plak bila ingat balik kenangan ni. Sebenarnya, masa ni attend ISUOG 2013. Since dapat aprtment for a week, apalagi panjangkan langkah, bawak askar2 dan kapten sekali..hakhak! Pengalaman kat sini, agak unik sebab kitorg tak prepare pun, Semua last minute sebab takut company tak bagi budet untuk attend. So bila dah dapat tiket dan apartment, baru beli tiket utk family and pejam mata je la, keluarkan simpanan untuk ke sini...First time in my life spend duit this much without a proper planning but, it's worth it!
Sydney Wildlife ni tak mahal kalau beli online. kalau ada masa dan ongkos lebih sikit, beli terus full access since memang murah la...jangan convert, kalau convert apa pun korg takleh nak enjoy sebab currency is 3.23 masa tu. So merasa la tengok koala, kangaroo dan banyak lagi haiwan yg ada di Australia..tau kan Australia sangat famous dengan haiwan liar dan berbahaya? so, kalau datang Sydey jgn lepaskan peluang ke Zoo Taroonga which saya tak sempat pi. Thats why pi wildlife...Wildlife ni kira mini zoo yg berada di Darling Harbur which situated up north of the city. Kalau nak pi Taroonga Zoo kena naik bot bagai tak silap..ok, nanti kita sambung Sealife Sydney plak. NAk gi berbuka rumah kawan sat. :o)

Wednesday, June 25, 2014

BANGSA INTERNET BANGSA YG MUDAH MENGHUKUM

Terbaru kita dikejutkan dengan penemuan seorg remaja OKU bernama Muhammad Firdaus yg dikurung di dalam sebuah bilik Di Nilai.
Beliau merupakan anak Cerebral Palsy yg ditinggalkan oleh ibunya yg katanya sangat susah dan sibuk dgn kerja demi sesuap nasi untuk mereka 3 beranak.
Pada mulanya, saya terlihat video penemuan ini, saya menangis dalam kereta apatah lagi bila terdengar adik Firdaus memanggil “mak...”
Tersentuh hati keibuaan saya melihatkan anak yg dikurung begitu mengensot keluar mencari ibunya...masih dia tidak faham akan apa yg dilakukan terhadapnya oleh ibunya sendiri.

Lantas dgn itu saya menjatuhkan hukum ke atas ibunya. Saya katakan di hadapan suami, apa jenis ibu macam ni? Tak kesian kat anak2? Pandangan saya kpd anak2 juga berubah...bimbang kalau saya menyakiti batin mereka tanpa diseedari..

Namun keesokan harinya, seperti biasa utk jln perjalanan yg jauh saya akan mendengar IKIM.fm.
Mereka membincangkan hal yg sama. Pian salah seorg penyampai radio yg saya minati ada mengatakan lebih kurang begini bunyinya “ jgnlah kita menghukum...kita tidak tahu apa yg sebenar berlaku...dia telah dinilai (oleh JKM dan Polis) kita org ramai, perlu fikir apa yg sepatutnya dilakukan utk mengelakkan perkara sama berlaku..
Mereka juga menjemput seorg tak silap Presiden persatuan anak cerebral palsy..saya simpulkan begini.. “ bukan mudah menjaga anak CP. Perlukan ketabahan, tenaga, mental dan kewangan yg kuat. Kalau di luar Negara, mereka diberi bantuan yg cukup besar dan ibu atau bapa disarankan berhenti kerja untuk focus terhadap rawatan dan terpi anak2 ini. Bukan mudah kerana bukan sahaja itu, ia menelan belanjan ribuan ringgit..sedangkan di Malaysia  bantuan yg ada agak terhad dan ibu bapa akan rasa amat tertekan”
Jadi, saya rasa malu...malu dengan diri yg mudah menghukum...malu kerana sebagai masyarakat, saya tidak pernah membuka internet untuk memahami ibu bapa yg mempunyai anak OKU...walaupun saya mempunyai kawan dgn anak CP, saya hanya member sokongan kata2 tetapi tidak pernah memahami kepayahan mereka.
Saya juga rasa malu, dgn mempunyai anak2 yg sihat walafiat, sedikit kenakalan mereka kononnya membuatkan saya stress...Sesungguhnya AllahSWT tau apa yg bermain dalam hati saya...berkecamuk dgn perasaan bersalah...bersalah dgn Allah...bersalah dgn anak2...dgn ibu firdaus...

Biarpun kisah yg dipaparkan dianggap oleh kebanyakan masyarakat hanya sebuah dongengan untuk menyelamatkan diri, namun saya tidak berani membuat andaian dan konklusi hanya berdasarkan cerita akhbar yg sedia maklum lebih sensasi dr isu sebenar.

Mungkin kisah nya benar atau mungkin diada2kan. Tetapi siapa kita untuk menghukum? Siapa kita untuk mencerca? Adakah kita sebagai masyarakat yg kononnya prihatin pernah menghulurkan bantuan tenaga dan kewangan? Mungkin yang paling bising menghukum paling bagus dia hanya LIKE page or status berkenaan OKU. Menghulurkan bantuan? Ermm Wallahualam..

Sudah2lah kita mencemuh...cemuhan kita tak membantu Adik Firdaus menjadi normal apetah lagi menjadi sihat seperti sebelumnya...cercaan kita tidak menyenyangkan mana2 anak CP...makian kita hanya mengeringkan pahala kita..

Jangan nanti bila dihisab, timbangan kita ringan tanpa disedari dek kerana mulut yg begitu mudah menghukum...gunakanlah internet sebaiknya...gunakanlah ia untuk mencari info mengenai golongan kurang bernasib baik...gunakanlah untuk buka online banking kita dan salurkan sedikit duit gaji kita...Takkan miskin kita denagn menderma malah, menjadikan kita lebih kaya di SANA...jangan risau duit tidak cukup hanya kerana RM10 kita dermakan...Percayalah, sentiasa ada rezeki dari Allah SWT pabila kita yakin bersedekah untuk hari kita di sana.. Dengan hati ikhlas kitamohon sedekah kita membantu org yg memerlukan...buka mata pandanglah dengan mata hati...In Shaa Allah tak susah pun menderma :o)

Wednesday, February 5, 2014

Potty Train Anak...

Hihi mama paling suka bab ni..bukan apa, sebab agak kelakar dalam proses potty train ni..
Sampai tahap mama and En Ayah kena dok cangkung kt potty tu baru dia paham nak guna potty...

Tapi, daam kes Afzal, mama gunakan pendekatan slow talk..

mama cakap kat dia,
"Afzal, pampers dah abis, mama takde duit nak beli pampers lagi...afzal pakai seluar je..nanti nak kencing atau berak bgtau mama ye.."

So memang dia akan angguk la sebab dia bukan tau sgt maksud kita kan...So bermula lah episod kencing dalam seluar..Tapi disebabkan takut kena marah, dia kencing sikit2...sampai mama naik risau kot kena infection plak anak mama yg sowang nih...

SO, mama dapat idea, pakaian seluar dalam..yg ni kebetulan nenek dia bg seluar dalam gambar Chugginton kartun kegemaran dia..tapi tak penah pakai before that..

SO, mama cakap kat dia
" Afzal nak tak pakai seluar ni..mcm pampers jugak cuma...Afzal tak boleh kencing atau berak sebab kesian kat chugginton..nanti kena kencing atau berak..busuk la dia..."

SO, dia pun berhati2 dalam menjaga chugginton dia tu..hahaha! so dia hanya akan terkencing sket kat seluar tp tak lepas habis..dia cepat2 lari ke toilet...

bab uk-uk plak, dia tahan tak buang sebab tak biasa...so, mama bg dia makan yougurt dan vitagen byk2...dia tak boleh tahan, dia pi jugak toilet...settle masalah...dlm seminggu je kot, dia bejaya pampers free siang mlm dan terus hantar pi masuk preschool!...tp lpas tu ada le sekali sekala dia melepas  masa tidur.lupa tak pkai pampers dah..pastu yg ter-uk-uk dlm seluar hanyalah disebabkan malas nk ke tandas sb asyik bermain...=_='

Macamana nak kuatkan badan anak supaya tak kerap demam?

Ok, bukan mudah nak menjaga anak2 demam..oleh itu, patutle kita sebagai ibu bapa tau apa yg seorg perlukan utk kekal sihat...

AIR...AIR..AIR dan AIR...

yang paling penting ialah air...

kenapa?? sebab dari hasil pembacaan mama selama ini, air penting untuk mecairkan kadungan garam dlama badan. Jadi apa berlaku bila kurang air? garam akan jd pekat dlm badan dan menggangu sistem dalam badan..mama lupa perkataan yg sesuai..senang citer utk kita yg bukan dokter ni, sistem perkumuhan kot..
so, bayangkan nak2 kita ni, makan soej ke...burger ke..jajan ke..fast food ke...junk food ke....semua tu banyak kandungan garam...atau sodium...atau natrium...

So, garam ni akan mengganggu sistem badan anak kita jika sekiranya kita tak bagi dia minum air secukupnya...ini utk anak2 yg dah pandai makan ye...kalau baby baru lahir yg cuma susu badan, hang jgn bagi air plak..nanti garam yg secukupnya dlm badan dia terlalu cair, dah jadi penyakit jugak...kandungan garam mesti ada dlm badan tp tidak kurg tidak lebih...FAHAM?

Skang mama cerita pasal anak2 yg dah pandai makan memacam ni..psl yg bf tu nanti mama cover..jgn konfius,

Ok, so anak2 mama memang mama jaga pengambilan air..so memasing yg 2 tahun dgn yg 6 tahun mmg akan sentiasa ada botol air berdekatan...separate la..jgn share takut sorg selsema abis jangkit..so better beli sorg satu..tk mahal pun rm8 je satu..

Afzal memang nenek dah train minum air masak byk2...so dia kurang sket air manis...Kalau AIsyah, dia memang si tembam so dia suka air manis...tapi mama dan En Ayah memang tegas...bg dia air masak.So skang dah pandai minum air masak...

So, apa jadi bila anak rajin minum air masak??
Alhamdulillah, demam diorg tak pernah teruk or prolong(berpanjangan)...
Boleh nampak beza kat Aisyah..sebab masa dia kerap demam dia mmg jenis nk nenen je..air lain tak nak...now nampak jrg sgt dia demam..
Afzal dulu plak walaupun rajin minum air masak, kerap jugak demam sebab dia ada isu sensitif sb dok dgn nenek persekitaran nenek terlampau bersih sampai bila dia ke tempat yg ada habuk sket, dia sakit...Aisyah mama jaga stail org kampung mcm mama...bersih tp bukan dettol lantai everyday la...so that dia ada ketahanan sendiri kpd kuman lemah2 tu...

itu sekadar pengalaman mama, tak semestinya betul or sesuai dgn semua org tp hasil yg mama dapat Alhamdulillah...lg pun semua tu kuasa Allah SWT...kita hanya berusaha yg terbaik...




Penjagaan anak demam...bagaimana? sukar ke?

Ok, since mama dah ada anak 2 ni...dan Ajaja pun dah menjangkau umur 6 thun..manakala Ecah dah pun 2 tahun, mama nak le share sedikit pengalaman menjaga anak2 demam.
Sekadar share..bukan nak cakap diri bagus cuma ni ilmu yg diperturunkn oleh mak mertua masa dia jaga En Ayah kecik2 dulu...

Ok, rasanya korg pun dah penah kot baca kat fb..Dr Nurul Yusuf pun berpesan menda yg sama..

Bila anak demam mama or ayah, jangan ingat mudah je buleh tido2...haa....ni la kesilapan besar ibu bapa..
Bila anak demam, kita kena monitor suhu dia...beli satu termometer..kalau mampu beli le yg beso..mama kurg mampu mama beli kat cosway je RM9.90. buleh le, bukan nak jd doktor bagai kan..sekadar nak monitor suhu..

suhu badan normal sekitar 35-36 celcius so kalau panas sikit melebhi 37 celcius, patutlah kita amik langkah berjaga2...

1)pastikan persekitaran rumah bersih

2) pastikan anak memakai baju cotton yg selesa dan sesuai utk pengaliran haba keluar badan...yg tebal2 or lengan panjang tak mau ye..sian budak tu...dia sejuk dalam sebab sistem badan dia tak stabil.

3)kerapkan basah kepala dia...biasanya mama buat apa tau...mama basahkan kain dan alas tempat tidur dia. pastu mama letak dia kat ruang tamu sebab ruang tamu pengaliran udara lebih lancar berbanding bilik..
mak mama selalu pesan air asam jawa..itu petua org dulu2..kalau tak pecaya, buleh sekadar air paip je..takde masalah..yg penting kita elakkan dia dehydrated...

4)mama kerap2 lap badan dia. memang dia menggeletar tapi itulah cara menjaganya...sebab suhu yg terlalu tinggi akan menyebabkan bayi/budak sawan..

5) masa afzal dah setahun lebih, mama bagi dia makan ais krim vanilla...utk sejukkan mulut dia..kalau panas takut keluar ulcer plak...

6) Afzal pernah masa baby kerap demam.mama sampai kena panggil megadap bos sebab kerap emergency leave jaga Afzal..mama jenis susah nk pecaya org.so, bila anak demam it's either mama or En Ayah je yg jaga.. so, pernah sekali suhu Afzal 39 celcius...mama dgn En Ayah masukkan ais dlm bath tub nenek..then tadah air...mama dan Afzal sama2, masuk bath tub..make sure korg dah basahkan kaki dia dulu..takut keutan suhu plak kan..dia memang la melalak sebab sejuk..tapi lepas tu pakaikan baju kering and letak tuala basah atas kepala, dia boleh tido lena dan esoknya, sembuh.Alhamdulillah..ni mak mertua mama belajar masa dia dok Aberdeen dulu..Doktor kat sana ajar dia. masa tu tahun 1980an...

7) Ok, lagi satu...korg mesti wonder mama tak bagi ubat ke? ok, sebenarnya mama kasik..tapi budak2 kan..mesti dia muntahkan ubat tu...so after 4 hours, kalau panas makin naik, mama terus je sumbat PCM supp...mama kerja spital so, kawan farmasis mama dah bekalkan sepapan supp utk mama bila dengar Afzal demam. So, Supp tu wajib ada dalam fridge as well as PCM syrup. KAlau pakai supp tu lepas lepas 6 jam la utk dose kedua..tp mama tgok gak...kalau pastu suhu tak membimbangkan, mama bg syrup je la..

8) TIDO MALAM adalah dilarang...mama jaga anak2 ni memang tak cukup tidur.tapi mama puas hati sebab demi keselamatan anak2. so, mama akan siapkan kopi segelas besor tau...pastu mama tgok video..sebab budak demam tu mama letak kt hall kan..buleh la tgok tv..idok le kome ngantuk and tidur lebih lena berbanding anak kamu yg demam tu... =_='

Jadi mak bapak ni bukan sekadar hiasi facebook wall dgn gambar anak2 yg berpakain comel dan kiut..tapi lbih besar dari tu...tanggungjawab yg diamanahkan amat besar..mama pun kekadang naik stress jugek tapi, itulah mak bapak kita dulu dlm membesarkan kita...asalkan kita rajin menimba ilmu parenting,In Shaa Allah, kita akan mampu membesarkan amanat Allah SWT menjadi sebaik2 ummah Muhammad...Amin...

Bila Jari mengetuk kibod...

Ermm..minggu ni mama a bit relex sebab cuti CNY kan..Next week bermula la kehidupan normal mama yang mana mama kena outstation meninggal En Ayah, Ajaja dan Ecah...So, mama pun mulalah rajin membuka blog mama yg bersawang nih...Hai sian ko blog...diabaikan sejak mama ada 2 anak nih..nasib ko le labu..

Mama ni kalau dah dapat kibod, haram le mama nak berentinya..mama takeh membebel kat umah nanti En Ayah pening..So, mama membebel kat korg la yek..sudi2 le mendengorkannye..

Friday, January 10, 2014

Macamana Nak Buat Anak leka Ketika Sibuk Tanpa Menyakiti Hati Mereka?

Saya suka nak cerita part ni..Buakan sebab saya pandai sangat jaga anak...Tapi saya nak share pengalaman.Harapnya boleh la memanfaatkan orang lain sebab hidup kita biarlah digunakan untuk memanfaatkan orang lain bukan hanya sebaliknya.. First of all, saya ni ibu kepad 2 orang putera dan puteri. Sorang putera umurnya dah 5 tahun setengah..Sorang lagi puteri baru je 1tahun 3 bulan... So, dengan adanya sepasanag anak ni, memang banyak perkara yang saya belajar daripada diorg ni..Nak pulak perangai diorg totally different.. Sorang terlebih aktif, sorang lagi maatlah pasif..dok bertepek je dengan mama...
So, baru2 ni saya busy sikit la sebab nak pindah rumah kan..Since saya nak berjimat2...so, saya ajak cik abang cat sendiri rumah.. Tapi ada ahad lepas saya mengecat terpaksa bawak 2 beradik ni sebab takd eorg nak jaga..nursery pulak mana buka ahad kan.. So, bawak jela..Masuk je rumah, yg abang dah merengek mintak nak kaler..ewh...dia ingat cat hall tu macam akler buku coloring dia ke?? sesedap hati nak mintak2..Saya tak bagi la..tapi biasalah sebagai budak yang terlebih aktif dan tenaga, dia pujuk jugak saya...So, untuk tidak mengecewakan dia, saya cakap kat dia, saya perlukan bantuan untuk vacuum lantai sebab nak ngecatkan..Dia pun dengan rela hati la vacuum..sampai berpeluh2..penat dia..sian..so, untuk seketika senyap le dia...
Pastu bising balik...saya bagi plak dia tugas, tlg main dengan adik...saya letakkan adik kat basikal, minta dia tolakkan..dia pun tolak la..agaknya dalam hati masih harapkan mama bagi dia kaler dinding... Tak lama, bergaduh pulak...si adik dah mengamuk2 minta mama dukung..imagine ek, sebelah tangan pegang berus cat, sebelah tangan dukung si tembam amat tu.. Dah beberapa kali stop ngecat untuk nenengkan si tembam, tak jugak tidor..Pastu baru la perasan hari makin pansa cuacanya,
"ting" dapat idea..."apakata kamu main air dlm swimming pool?" ayah terus pusing tengok sedangkan sebelum ni buat2 tak dengar je adik nages (nages mama tau!) Saya buat2 tak nampak, saya pi amik and tiup sebab pam yg dibeli tu tak mampu nak pam pool tu secepat tiupan mulut saya...huish...kejap je dah terbentang indah pool tu.. Melompat diorg..tadah air takat buku lali, saya pun masukkan adik and abang dia masuk...mulanya adik nages takut saya tinggal dia..aduih...macamana nak siapkan cat hall tu...saya dah le tak nyabor nak tengok hasil kaler yg cik abang pilih..cantik ke idok kaler tu...
"ting" dapat idea lagi...amik botol air lemon tea, cuci..and bagi adik..seronok adik dapat botol..dia pun apa lagi dok le mainmasuk air buang air..masuk air..buang air..begitulah seterusnya... Si abang pun layanlah adik dia main air..samapi siap cat hall baru diorg merengek sejuk..Alhamdulillah...plan ana berjayalah!
Moral of the story, being a parent needs you to be calm and kreatif..janagn cepat marah2...saya pun kekadang terlajak jugak marah2..especially bila badan dah penat..telinga jadi nipis...cepat je hangin satu badan...Tapi memikirkan saya ni jarang bersama diorg sebab nature of work saya, saya cuba bertabah dan being as much creatve as I can...So, do you guys...jadi lebih kreatif untuk anak2 yg bahagia..Moh le kita!

Tuesday, January 7, 2014

Strecthing your wallet!

Sempena tahun inflasi dan tahun harga barang naik ni, saya nak cerita sikit la macamana nak mencukupkan duit gaji kita untuk meneruskan hidup tanpa stres..Ye lah, kita yg ada anak ni tak boleh selalu stres...kesian kat anak2..diorg ni dapat sense apa perasaan kita tanpa kita perlu bagitau diorg pun...
So, toksah susah2 pening kepala pikir dan merungut, jom kita usahakan apa yg patut..
1)Makan di luar...Sekarang dengan segala benda naik harga, harga makanan di restoran pun dah naik lagi2 di mamak..Saya dah kena dah..tosai dah pun naik 20sen, teh tarik dah rm2.20...uish, sakit jugak kan? So, mungkin dah sampai masa kita makan di rumah je.masak le apa yg patut...beli barang dapur kat tempat tertentu agak murah sebenarnya..jangan pi Jusco or Giant, memangla mahal...nanti saya share dalam post seterusnya..
2)Sentiasa buka mata untuk melihat2 di mana sales...Hehehe...yg ni saya suka sangat..Walaupun tengah outstation, kat mana ada sales saya akan pi...bukan untuk beli sangat, tapi taknak ketinggalan if ada special offer yg menguntungkan... cthnya mcm hari tu saya ke JB. pastu ternampak signboard JPO, apa lagi, saya stop by la kejap..saya round window shopping sampai le ke SWATCH store, rupa2nya tengah sale 70%...Kebetulan saya memang tengah berhajat nak beli swatch skin..dari bulan October lagi..bila after discount jadi RM108..maunya tak amik...mestilah sambar sebijik...dalam hati macam nak borong 2-3..tapi tarik nafas dalam2...cuba fikir berapa banyak jam awak nak pakai dikk oiii! satu swatch, satu casio..cukuplah...bukan nak pakai dua2 tangan kan..So, saya pun pulang dengan hati yg amat gumbira patah lagi kat resit tunjuk YOU SAVE RM252.00! suka tak? suka tak? mestilah sukeeee...
3)Bercuti...kita semua suka bercuti ye dok? Saya pun suka tapi saya tak selalu ada masa, so apa yg saya buat, saya bawak anak2 jalan2 dalam malaysia je..Teringin nak gi pantai, saya bawak anak2 balik kampung..mak dok tepi pantai...rasa nak swimming, saya gi la memana hotel cap local yg ada swimming pool..makan di restoran biasa2 tepi jalan..cukup la 2 hari satu malam..Actually anak tu bukan apa, dia nak kita spend masa dengan diorg je..bawak gi main kat playgorund pun diorang dah hepi..budak2..
4)Petrol? Yang ni susah sikit la nak jimat apatah lagik kalau dok KL yg jem semacam je kan. Takpe yg ni, korg agak2 la..yg mana boleh jalan kaki cam pi kedai depan umah tu, jalan je la...dapat jugak keluar peluh..saya pun dah lama amalkan ni tapi esok pindah umah yang jauh dari kedai, saya naik kereta jugak la..motor saya takde lesen..penakut..hehe..
5) Bil elektrik dan air...Haa..yang ni saya memang pakar sebab saya paling yang bayar bil letrik dan air, so saya agak strict. Bab ni, saya train anak saya yang berumur 6 tahun tu sejak 4 tahun supaya buka lampu bila perlu..begitu jugak dengan kipas. Saya belikan kerusi kecik untuk dia buka dan tutup sendiri lampu dan kipas. Alhamdulillah, sekarang tak payah suruh, dia tau sendiri. So, untuk 3 kipas, lampu untuk 3 bilik tidur, dapur dan hall..serta lampu dibuka setiap kali kitorg keluar sampai malam, hanyalah RM35 (paling mahai dah ni)
Setakat ni dulu ye..banyak lagi..kang korang nyampah plak nak baca saya membebel macam mak minah ni..hehe..ok babai you all! mmuah!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...