Jom Menabung Untuk Anak-anak!

I Support Breastfeeding!

Lilypie Breastfeeding tickers

nuffnang i like!

Menabung Demi Pendidikan!

Showing posts with label movie review. Show all posts
Showing posts with label movie review. Show all posts

Saturday, April 2, 2011

Hop- Movie Review

Semalam, mama ajak En Ayah bawak Afzal pi tengok wayang. Biasalah baru gaji banyak je idea nak spend duit..Haha!
Actually mama lebih suka GSC sebab twin seat dia besar dan selesa and ruang depan kaki lebih luas. Sebab kitorang beli twin seat boleh duduk bertiga...Syukur En Ayah dan Afzal slim2 orangnye...Lagipun twin seat kat GSC cuma RM11 compare to TGV RM14. Kekurangan TGV pada ruang yg sempit, sofa yang kecik dan pop corn dia tak sedap tapi mahal....:o(

Tapi nak buat macamana, GSC kat area rumah mama tak tayang citer HOP. Mama dah janji dapat gaji nak bawak Afzal tengok rabbit and candies, so mama mesti tunaikan sebelum outstation next Monday.

So, malam semalam lepas Isyak, kitorg berduyun2 lah 3 beranak pi Jusco. Elok2 je seat yg mama cuba reserve kat website kosong. One more thing, e-ticketing TGV adalah sangat poor....cubalah sendiri!

Ok, berbalik kepada cerita.....
Cerita dia memang menarik dan can absoluely tickle your funny bones!

Especially dengan adanya James Marden yg cute tapi joker...!
Cerita mengenai E.B yang terpaksa menggantikan ayahnya sebagai Easter Bunny for that year. Tapi dia ada impian sendiri untuk menjadi drummer yg fames dan kaya....

So, dia larikan diri ke Hollywood. Kat situ, James Marden aka Fred O'Hare terlanggar dan terpaksa bawak balik rumah yg besar. Tapi bukan rumah Fred. Fred cuma jaga rumah bos kakak dia g pi Holiday...
Fred ni nobody yg takde keje and still living with his family...Tp Family dia tak suka and nak dia berdikari...
So many things happen...

EB berjaya dalam ujibakat dengan David Hoffman dalam Hoff Knows Talent and kena pi buat show on the Friday. Tapi hari tu jugak Pink barret a.k.a comando rabbit betina (that's why pink) datang untuk bawak dia balik. Tapi dengan kebijaksanaanya, dia berjaya lari masuk Limo The Hoff dan tinggalkan Fred yg jd mangsa keadaan....

Fred kena tangkap sebab disyaki membunuh EB. So, masa ni la si Ayam ni buat onak...Apatah namanya...dia nak rampas kuasa Ayah EB. So, tangkap Ayah EB dan Fred...Masa ni, EB rasa bersalah tinggalkan kawan dia. Dia balik tengok Fred dah akde meaning Pink Barret berjaya tangkap Fred.

Atas dasar persahabatan, dia balik untuk jernihkan keadaan...Tapi tak sangka Si Ayam dah tangkap semua orang...So, masa ni cam biasa lah. Ada gaduh2 sikit...Dan berjaya...

Akhirnya, EB minta Ayahnya lantik Fred sebagai co Easter Bunny...Oklah sebab Fred kan penganggur yg tak tahu apa dia nak jadi..

So, on the Ester morning, dia balik rumah to have breakfast with his family...Mula2 ayahnya sarcastic skit dengan costume dia...Tapi bila Easter Bunny datang jemput fred dengan Egg Cart, barulah dia sedar yang anak dia berjaya dalam sesuatu dan dia bangga dengan Fred Finally....

Yang kelakar:
1. Masa EB berak jelly bean candies
2. Masa kakak Fred makan jelly beans tu
3. Masa EB berlakon jd patung rabbit...Sangat cute tau!
4.Masa Fred dan EB buat kacau kat pemenasan Alex (anak angkat family Fred)
5. Banyak sangat part kelakar dalam cerita ni...
Rate: 5 star for funny

Actually cerita dia bukan apa pun, just sekadar cerita ringan yang mempunyai maksud yg simple. Biasanya, Si Ayah akan tunjuk rasa kecewa especially bila anak lelaki dia macam takde masa depan atau at the age of late 20's masih takde buat sesuatu yg boleh dibanggakan...So, mulalah si ayah akan pressure anak ni to do something even if he don't like it...So, anak akan rasa mcm tak best dan cuba buat sesuatu tapi masih tak mencukupi utk Si Ayah...Moral of the story, even how much you want your son to be somebody, kita sebagai parent must be with them. Jangan perlekehkan mereka, jangan membanding2kan mereka. Tapi show that you care is actually more than enough... Memang benar anak2 ni, at the age of 20's diorg tak tau apa diorg nak jadi and tend to do stupid2 thing...But, dgn memperlekehkan mereka takkan membawa apa2 yg baik. Hanya doa dan dorongan menjadi perangsang dan petunjuk buat mereka....Sebagai ibu kepada seorg anak lelaki, mama akan ingat perkara ni sebab mungkin mama akan alami perkara yg sama lagi 15-20 tahun. Who knows?

Monday, March 21, 2011

World Invasion : Battle Los Angeles- Movie Review

Sabtu lepas, mama amik peluang pergi dating dengan En Ayah. Biasalah, dating kitorang mesti tak lepas dari tengok wayang cerita action punye. So, En Ayah ajak tengok cerita yg dah lama diidamkannya: World Invasion: Battle Los Angeles.
Ceritanye memang best giler!
Seriously, memang action pack. Penuh dengan adegan yang mendebarkan. Memang tak sesuai untuk budak2. So, kalau nak tengok, jangan bawak anak2. Sebab lepas mama tengok, tekanan darah mama naik sampai pening kepala. Tapi memang tak dapat lupa jalan cerita dia sentiasa fast pace. Never once you will feel bored or sleepy. Betul ni...

Ceritanya pasal serangan alien untuk menakluki bumi bagi mendapatkan air yang digunakan sebagai bahan api di planet mereka. So, serangan mereka memang dahsyat sangat. Bunuh segala manusia yang diorg jumpa. Tapi luckily, satu platun ni ada sorang sarjan yang berpengalaman. Sarjan ni actually pernah dapat pingat sebab berjaya bunuh 10 musuh dan survive. Tapi disebalaiknya, ada adik anggotanya  yang berdendam dgnnya sebab salah sorang anggota sarjan yg terkorban adalah abang kepada satu mamat ni.
Misi diorg adalah untuk evacuate all the civillian keluar dari kawasan yang akan dinuklearkan.
So, masa platun dia dikumpulkan, Leftenan baru ni, quite risau sebab sarjan tu join platun dia and sound baik2 sarjan tu jangan sampai anggota2 platun dia mati pulak...
Aduyaiii! Poyo je ko mamat!

So, bermulalah aksi bila diorg mula encounter alien2 ni. Satu persatu gugur berjuang. Sampai satu masa tu, diorg nak selamatkan civillian tapi chooper tak muat, so, cuma angkut anggota yg injured. tapi belum sempat terban, alien dah letupkan chopper tu. Sedihlah Leftenan dan sarjan tu sebab kehilangan anggota yg injured tadi....Then, they firgured out yang ruang udara mereka dah di konker oleh drone2 alien yang melambak.

Dengan penuh tekad, dia nak selamatkan civillian tadi. Salah sorang civillian tu adalah veterinar (of course la wanita yg cun). So, doc ni tolong sarjan figure out tang mana jantung menatang alien tu. Dengan Koperal Imlay yang terer dan comey (keciknye orgnya..) kerja diorg beraya settle. tapi masa sampai kat Front operational base (FOB), FOB dah diserang cuma tinggal base lagi satu. so diorg cuba ke base lagi satu tu,tapi diorang kena serang lagi sampai mengorbankan sorang civillian yg cuba menyelamatkan anggota sarjan ni dan juga Koperal Starvou yg cuba selamatkan Koperal Harris. Yang turut terkorban adalah Leftenan diorg yang sanggup korbankan diri sebab itu saja cara yang dia boleh buat utk pastikan semua civillian tu selamat. (Bagusnye...)

Disebabkan kematian civillian ni, diorg jadi makin bersemangat. So, diorg berjuang mati-matian sampai dapat chopper untuk selamatkan civillian. Bila civillian selamat, Sarjan dengan machonya cakap nak letupkan control centre alien tu. So, disebabkan semangat berpasukan semua anggota dan anggota baru join sarjan tu. So, berhempas pulas la diorang cari dan cuba sedaya upaya musnahkan pusat kawalan alien tu. Akhirnya, berjaya mereka memusnahkan pusat kawalan. So bila pusat kawalan dah musnah, diorg tak dapat lagi kawal ruang udara, ini membuka peluang untuk manusia kembali mengusai ruang udara dan menghapuskan mereka...itu sahaj ceritanya. Mama tak retila nak cerita, korang kena tengok sendiri. Kalau korang suka cerita askar2 atau perang2 ni, ni la cerita yang betul2 up to our imagination. Best tau!

Sunday, March 13, 2011

Rango- Movie Review

Jumaat hari tu, mama balik dari outstation kat Johor, terus mama call ayah cakap nak bawak Afzal pi tengok Rango. Dari iklan nampak macam fast pace story sesuai untuk budak yg fast pace tu...
So, pukul 11.30mlm kami tiga beranak pi la tengok Rango kat Cheras Leisure Mall. Biasala, budak i tido pukul 12-1am, so no problem bawak dia tengok midnite.
Dari awal lagi, dah ada petanda something tak best gonna happen.
Mula2 kitorg parking kat tempat yg tangga semua dah kunci, so, kelam kabut jugak cari tangga yang boleh access ke panggung.
Then, masa kat dalam panggung, almost 30 minutes tunggu utk diorg start. padahal tiket 11.30 tapi kat pukul 12mlm baru start all the promo trailer tu..
Bila start, awal2 ok masih ada lawak yg boleh digelakkan. Tapi bila start crite, tak tau nak gelak kat mana...

Ceritanya pasal sekor cicak yg tercampak kat desert and to survive , dia kena pegi ke Dirt town (cowboy town). Kat situ dia jumpa cicak betina yg nampak psycho. Pastu kat town tu ada masalah kemarau dan gengster. So, si Rango yg penakut ni, buat2 la crite yg dia ni lawan 7 ekor penjahat dgn sebutir peluru. So, semua respek la. Sekali masuk gengster, semua harap dia pi lawan. So, secara kebetulan dan nasib berpihak sebelah dia, semua penjahat larik...bukan sebab dia, tapi sebab nampak ada burung helang datang. Then secara tak sengaja dia terbunuh burung helang tu...So, makhluk2 yg nampak pun respect abis kat Rango and Rango dinaikkan pangkat jadik Sheriff. Tapi of course sheriff yang hampeh....

All the jokes macam 'lame' sangat. Johnny Depp tak sekelakar macam pirate of the carribean. Of course la sebab dia just suara je kann...hehe
So, sepanjang crite tu, Afzal tak paham...so, dia pun dah start buat movie sendirik. Nasib baik amik couple seat so, takde le menggangu orang. Mama dah nak bwk budak ni kluar. Tapi tak sampai hati sebab Ayah beli tiket...

-sambung crite...-

So, sampai part Rango nak fight Jake the Rattlesnake tu, mama tak boleh nak criter lebih lanjut sebab bila mama terpandag sebelah kiri, couple sebelah kitorg dah lena dibuai mimpi, mama pun menguap dah kami dua beranak tido dgn nyenyaknye despite all the bising2 soundeffect....
Ayah masih setia menonton....
Bila dah abis, mama perasan betapa ramainya penonton yg tertido....So, mama cakap kat Ayah "sori tertido, tak larat nak tunggu part nak gelak"
Dia plak cakap..."Abang ingat nak keluar balik je tadi..tapi sebab sayang yang cakap nak tengok, abang stay je la"....hehe, haah mama tengok dlm mimpi je la....

So, korang jangan bazirkan duir korang tengok criter ni kecuali korang ada masalah tak boleh tido, baru korang pi tengok gerenti boleh tido..hehe
muka confuse mama bila tak tau nak gelak tang mana...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...