Jom Menabung Untuk Anak-anak!

I Support Breastfeeding!

Lilypie Breastfeeding tickers

nuffnang i like!

Menabung Demi Pendidikan!

Showing posts with label Melbourne. Show all posts
Showing posts with label Melbourne. Show all posts

Thursday, December 3, 2015

Kejayaan? Apa maksud disebaliknya?

Dulu, kejayaan bg saya ada duit banyak..a friend of mine tegur. Betul jugak..doesn't have to be rich and wealthy utk rasa berjaya...berjaya dalam erti kata, kita happy, family kita happy dan mempunyai satu visi yg sama, citarasa dan halatuju yg sama..

Berjaya tu, akan hadir bila kita berjaya mengerti erti redha, erti kecukupan segala rezeki. Biarpun gaji tak besar kecukupan tu buat kita tenang..tak gusar hujung bulan cukup ke duit...

Macamana nak redha? Macamana nak rasa cukup? Satu amalan yg saya belajar ialah bersedekah... Biarpun sikit tapi niat kita utk share rezeki Allah.

Lagi satu keberkatan. Macamana dpt berkat? Harus pastikan, rezeki kita bukan dari menganiaya atau menindas kaum yg lemah.. Biarpun projek kita juta2, takde makna kalau duit tu berlandaskan penindasan ke atas org lain...kita akan rasa TAK CUKUP...

Bila cakap pasal sedekah, harus ingat ibu bapa kat rumah. Usah kita sedekah sana sini, hakikatnya, mak bapak di rumah pun tak pernah rasa duit gaji kita...Maka, di mana keberkatannya?

Saya tak sempurna. Saya tak kaya (belum lagi, kalau diberi peluang saya bersyukur)..Mungkin tak layak nak post perkara ni. Tapi saya hanya nak share my 5 cents opinion.

Satu saya nak share pengalaman bawak anak berjalan last month.

selama 5 tahun travel sana sini, tak pernah saya nak spend duit pi bercuti. Sebab asyik fikir tak cukup duit. Sekadar bawak pi outstation. Padahal kerja saya ke sana ke sini, saya mohon suami dan anak2 faham tuntutan kerjaya saya. Kerjaya yg bawa saya ke serata negara kita. Tapi semakin jauh dgn keluarga. Termasuk mak saya di kampung. Macamana nak happy?
Setelah dinasihati kawan sekerja ketika outstation ke utara negara, saya terdetik, apa salahnya bawa mereka ke bercuti. Biarlah jauh sikit supaya masa hanya utk mereka tanpa gangguan.

Tiket dibook. Tengok savings, cukup2 je.. Tapi Allah itu Maha Besar, sepanjang 3 bulan sebelum berangkat, rezeki datang tanpa disangka. Agak busy tapi anak2 semua Allah permudahkan. Penat memang penat tapi fikirkan rezeki tak dtg selalu, bila datang amik peluang dan kena bijak susun masa.
Tiba hari berangkat, alhamdulillah, semua sihat dan program berjalan lancar. Pulang dari sana, saya dapat lihat, kami lebih akrab, anak lebih ceria dah mudah disuruh. Itulah kejayaan saya, rasa tenang dan bahagia...walaupun saya masih dgn kereta viva hitam tu, dan tinggal di kampung. Saya rasa saya berjaya. alhamdulillah! (Jgn salah faham.bukan dgn spend byk duit tu saya bahagia..tapi dgn berbelanja duit yg saya syg nak berpisah utk keluarga..belanja dorg sekali sekala tu yg buat sy bahagia)

Benarlah, berjaya tak semestinya duit melimpah ruah. Asalkan kita dapat rasa kecukupan itu memadai.

Dan kalau kita nak berjaya, harus usaha dengan minda yg tenang. Walaupun hasil tak serancak usaha, namun harapan masih ada. Usah digusar rezeki Allah. Itu urusan Allah. Urusan kita adalah usaha. Janji Allah adalah pasti..

Tuesday, December 1, 2015

Melbourne Trip- Tips Nak Melancong Bajet Ciput

Hai, lama beno rasanya tak mengetuk jari di sini. Almaklumlah busy dengan keje, second job bagai kan..
So, hari ni ada kelapangan sikit. Nak la share pasal trip bajet kami ke Melbourne.
Actually kami tak plan ke mana2 tahun ni sebab cuti kita dah nak habis..ada 8 hari je sampai Mac depan. Tapi tu lah, Air Asia ni sangat jahat..dia bagi special rate haruslah kita tergoda lantas swipe kad kredit yg sekian lama disimpan tak digunakan. Jimat habaq ang!
Masa nak book tu 2-3 hari jugaklah searching for info.. best ke Melbourne?? kita tak pernah tau..kita pernah ke Sydney je sebelum ni. Tu pun dasar kerja..Jalan pun 2-3 hari je lainnya kerja..Dah balik rasa nak lagik...Mulanya plan next year kalau tak dpt gi Krabi this year, haruslah bawak diri ke Gold Coast. Tapi, Nampak good offer, kita pun secara separa sedar book 4 tiket ke Melbourne.. RM1151 per person termasuk hotel. Pahtu apa kita buat, kita tak add lagi hat lain2 mcm meals, insurans, baggage, seat dulu... Haa..ni kita nak cakap, korg kalau pakai kad kredit haruslah bijak ye. Ok, before kita sambung lebih detail, ni kita nak ajar jd pengguna berhemah tanpa dibebani hutang.

1- Korang nak berlajan ke oversea, tak salah. Malah jauh perjalanan laus pemandangan...cehh..kelass kan mak?
2-Nak ke oversea, tak perlu kosongkan akaun bank atau keringkan poket. haa..seronok ke seronok?
3-Guna kad kredit biarlah bijak.. kan ke kita ada tempoh tanpa interest selama 30 hari? gunakanlah sebaiknya.. okeh meh kita explain further..
korang perasan tak bila dapat statement, Nampak tak tarikh statement tu?
haa...due tu maknanya, korg kena bayar before that. baru tak kena interest.
then korg perasan tak kat date of transaction tu korg boleh Nampak last tarikh transaction yg dia record stp blan. Maknanya any transaction selepas tu akan masuk ke statement bulan depan. So, interest free sehingga sampai next statement. amacam? ada paham??
So cthnya, kad kredit kita last transaction yg direkod ialah stp 16hb..so kita dah beli tiket 3 Sept kan? kita tangguh pembelian insurans, meals dan seat sehingga selepas 16hb since kita nak travel 23 November cuti skool. So byk giler lah masa yg hada..faham?
Ok, so sebelum sampai statement, kita call customer service. "helo, saya nak buat easy payment la utk transaction air asia tu" ok sett! kita bayar instalment selama 6 bulan tanpa dikenakan interest and gst. Kita guna Ambank Islamic kad.so boleh dpt 6 blan EPP with 0% interest. So duit simpanan dalam ASB ke Tabung Haji ke usah diusik... Seronok ke seronok?
4- owh utk hotel berbaki rmXXX tu kita bayar habis la..kita cuma buat instalment utk flight ticket je..sebab cash kita mmg cukup untuk byr semua tu cuma kita nak invest duit tu kat ehem...rahsia..ahha..!
5- selepas 16hb, kita pun teruslah buat purcashing yg lelain tu..haruslah, 7 jam kut flight.. jgn kedekut sgt...nak bercuti biarlah perut kenyang...
6-Kita beli tiket zoo Melbourne, Sealife Melbourne and skybus airport transfer semua online.murah dan jimat. swipe kad lagik sebab cash tadi dah diberanak pinakkan...sempat le balik Melbourne tu, semua bill kad kredit mampu dibayar habis.. balance kad kita mesti 0 at the end of the month sb kita takut nanti takleh buat loan sekiranya diperlukan..kita mesti jaga financial statement kita mesti sihat walafiat gituh.
okeh, kita dah penat..nak gi kelas horseriding pulak kalau tak ujan...kita sambung on tips nak bawak anak kecik tanpa ragam..owh kita suka bab ni..syok anak2 sporting abis sepanjang trip. chow uols!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...