Jom Menabung Untuk Anak-anak!

I Support Breastfeeding!

Lilypie Breastfeeding tickers

nuffnang i like!

Menabung Demi Pendidikan!

Showing posts with label london weight management. Show all posts
Showing posts with label london weight management. Show all posts

Wednesday, March 2, 2011

Alhamdulillah, It Paid Off So Far!

Alhamdulillah..... Selepas beberapa treatment, makanya berat ni dah kembali menurun kepada sepatutnya....Mana taknya sejak mengandung  20 kg naik cuma turun 10kg je....Abis semua baju from s melonjak ke L and XL....Sedihkan???susah gile nak carik baju...Mesti sangkut kat bumper punye...

So, bila pi treatment yg terlebih charge tu..(Rasanya tak perlu byk tu tapi biasa la depa buat hard sell on me and I'm too bongok to say no kan...Melayang puluh K ok!

So, sekarang berat dah jadi 56kg...Not bad..Tapi diet plan kena lah ikut...So, korang nasihat mama kalau nak pi buat treatment to lose weight, first of all, jangan cakap keje bagus2...and jangan cakap korg ada byk kad kredit and jgn bagi sesuka hati kad kredit sebab diorg akan swipe before you say anything...Tapi kalau depa dah swipe, as long as you'all tak sign dia takleh amik duit korang..So kena beringat tu...Pengalamn mama, mama share kat sini supaya org lain tak terkena dgn mama. Since mama ada extra income, tak le terasa sgt nak membayor. Tapi kalau gaji cukup2 makan, nanti korg kurus bukan sebab treatment tapi sebab susah hati nak membayor...Owh, tempatnya? mama terkena di London Weight Management kat Mid Valley. Cakap free treatment tapi before bagi free treatment dia mintak kad kredit untuk swipe awal2...Betul ke macam tu? Penipu kan?

... Tapi Semua Slimming centre macam tu, Slimming Sanctuary dikatakan suka buat sales masa korang tgah buat treatment. Daripada nak relax dah jadi stress sebab dgn mulut potpet diorg suruh you'll bayar...Hampeh je kan..So far, kat London tu takde la kacau macam tu, cuma diorg akan jual kat u plan yg paling mahal and cakap takde yg lagi murah, lepas tu suruh swipe kat kredit, tak de kad kredit diorg bagi u borang apply kad kredit. sekali dia bagi 3 kad kredit. Kalau diorg pegang abis limit korang diorg akan swipe. And then, kalau tak layak kad kredit dia suruh korang buat personal loan esp RHB easy..Korang kena la berjaga2...Mama ni banyak jugak baca pasal loan so, mama smash balik la kat dia pasal interest, pasal term and all that la...Sampai dia tak tau nak jual cerita lagi dah. Pastu Dia suruh u beli kopi, beli fiber drink and then, Kalau korg selalu pening sebab panas sauna nanti dia akan buka cerita korang byk toksik and akan mintak lagi kad kredit untuk swipe sesuka hati depa utk treatment detox plak...Nasib baik treatment menjadi tapi tak perlu pun amik sampai 60 session...Korang kalau nak amik je 5-10 session cuma RM1900-3500 tak silap...Apa2 pun jangan tunjuk muka byk duit, dia akan charge gile2 ok...

Friday, February 18, 2011

Minta Maaf kepada Semua...

Bukan mama ada buat salah besar, cuma mintak maaf kepada semua yang rajin dtg menjenguk tapi mama belum membalas kunjungan. Nak cakap busy tu takde la sangat,
cuma lately rasa macam tak sempat nak spend masa dengan Afzal.
Lagi2 pulak bila ukur ketinggian dia, dah pun cecah 90cm ni, mama terfikir, adakah mama menghayati dan memahami anak mama sepenuhnya?? Dari tapak kaki sebesar 2 jari tup2 sekarang dah sebesar tapak tangan mama, adakah mama betul2 kenal anak mama? mengenali segenap inci tubuhnya, memahami gerak gerinya? atau setidak2nya, memahami perasaan dan kehendaknya?
Sejak dah putus susu badan, Afzal susah nak tidur malam. Mata pun dah macam panda bear maybe tak cukup tido. Kalau dulu 9pm dah tido, sekarang, mama tido dulu sedar2 dia tido kat sebelah. Ayah cakap pernah beberapa kali dia tersedar pukul 4-5pagi ternampak budak tu baru panjat katil tido sebelah mama.
Kadang2 kesian bila fikirkan. Pagi2 lagi mama dah pergi kerja, balik petang, pergi pulak treatment London weight Management sampai pukul 8-9mlm. Balik rumah siap2 barang2 dia, mama terus masuk tido. Kadang2 tak sempat pun peluk dia cuma dalam tido. 
Owh, one more thing, lately suka benor dia panggil mama dgn panggilan 'baby'....

"baby....." "baby....."
Mulanya tak perasan, bila ayah cakap, baru mama perasan, dia start panggil mama baby sekarang...owh..cukup kasanova anak mama nih...
geli jugak telinga sebab ayah pun tak penah panggil macam tu...maybe ayah tak cukup romantik macam Afzal.

Jadi, mama kurangkan masa depan lappy. Malam bila balik kerja, mama bukak drawing block dan pencil colors dia and mama lukis sambil warna. Mama buat depan dia untuk encourage dia luahkan perasaan atau idea dia melalui drawing or lebih tepat contengan dia. 
Dia suka tapi kadang2 kurang fokus. 
Bila mama buat macam tu, bukan sahaja menjadi satu aktiviti bersama dengan Afzal, tapi jugak satu stress buster untuk mama. Mama rasa relax as well as puas dapat spend masa berkualiti untuk anak mama. Tapi mama akan sedaya upaya update blog walau tak sehebat blogger lain tapi cukuplah untuk tatapan korang dan Afzal bila dia besar nanti...:o)


Sunday, January 23, 2011

LWM part 1. Betul ke Cara Kita Diet?

Last week mama pi London,
Mulanya just nak try free trial.
Tapi bila berborak2 pasal masalah berat mama ni, mama rasa,
ni masa terbaik untuk mama invest duit untuk kesihatan diri dan kecantikan diri (apalagi untuk menambat hati suami la kannn...)

Ha..pastu mulala, dia buka cerita pasal lemak, selulit, toksik, kolestrol bagai...
Baru lah mama tau...
So, meh dekat2 sikit mama nak share...

Hari ni, mama nak share ngan korang.

Berdiet dengan tak makan pagi memang boleh kurus. Tapi sebenarnya, kita kurus sebab kelaparan. 
Dengan makan pagi sebanyak 200kcal, kita meningkatkan 1% metabolisme rate.
TETAPI! kalau kita TAK MAKAN PAGI,
metabolisme rate kita akan turun 3%.
Maknanya? Takde maknanya!
Kalau nanti kita rasa boring ikat perut, kita makan macam biasa,
badan kita akan lebih cepat naik sebab metabolsme rate dah rendah dan badan kita tak tau nak buat apa dgn makan2 tu, so, dia tak buang tapi store as fat.
Lama2 badan makin kembang seperti apa yg berlaku pada mama ni!
Kalau korang nak first trial free, korang cakap kat mama, mama mintak consultant mama call korang.
Tapi untuk Klang Valley je tau...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...