Bukan mama ada buat salah besar, cuma mintak maaf kepada semua yang rajin dtg menjenguk tapi mama belum membalas kunjungan. Nak cakap busy tu takde la sangat,
cuma lately rasa macam tak sempat nak spend masa dengan Afzal.
Lagi2 pulak bila ukur ketinggian dia, dah pun cecah 90cm ni, mama terfikir, adakah mama menghayati dan memahami anak mama sepenuhnya?? Dari tapak kaki sebesar 2 jari tup2 sekarang dah sebesar tapak tangan mama, adakah mama betul2 kenal anak mama? mengenali segenap inci tubuhnya, memahami gerak gerinya? atau setidak2nya, memahami perasaan dan kehendaknya?
Sejak dah putus susu badan, Afzal susah nak tidur malam. Mata pun dah macam panda bear maybe tak cukup tido. Kalau dulu 9pm dah tido, sekarang, mama tido dulu sedar2 dia tido kat sebelah. Ayah cakap pernah beberapa kali dia tersedar pukul 4-5pagi ternampak budak tu baru panjat katil tido sebelah mama.
Kadang2 kesian bila fikirkan. Pagi2 lagi mama dah pergi kerja, balik petang, pergi pulak treatment London weight Management sampai pukul 8-9mlm. Balik rumah siap2 barang2 dia, mama terus masuk tido. Kadang2 tak sempat pun peluk dia cuma dalam tido.
Owh, one more thing, lately suka benor dia panggil mama dgn panggilan 'baby'....
"baby....." "baby....."
Mulanya tak perasan, bila ayah cakap, baru mama perasan, dia start panggil mama baby sekarang...owh..cukup kasanova anak mama nih...
geli jugak telinga sebab ayah pun tak penah panggil macam tu...maybe ayah tak cukup romantik macam Afzal.
Jadi, mama kurangkan masa depan lappy. Malam bila balik kerja, mama bukak drawing block dan pencil colors dia and mama lukis sambil warna. Mama buat depan dia untuk encourage dia luahkan perasaan atau idea dia melalui drawing or lebih tepat contengan dia.
Dia suka tapi kadang2 kurang fokus.
Bila mama buat macam tu, bukan sahaja menjadi satu aktiviti bersama dengan Afzal, tapi jugak satu stress buster untuk mama. Mama rasa relax as well as puas dapat spend masa berkualiti untuk anak mama. Tapi mama akan sedaya upaya update blog walau tak sehebat blogger lain tapi cukuplah untuk tatapan korang dan Afzal bila dia besar nanti...:o)
2 comments:
so sweet=)
kann?
Post a Comment