Jom Menabung Untuk Anak-anak!

I Support Breastfeeding!

Lilypie Breastfeeding tickers

nuffnang i like!

Menabung Demi Pendidikan!

Showing posts with label Parenthood in Malaysia. Show all posts
Showing posts with label Parenthood in Malaysia. Show all posts

Saturday, January 14, 2012

Towards Better Mama Part 2

Hari ni hari Sabtu. Cutiii!!!!
YAhuu....
Owh, lupa nak cakap Afzal dah berjaya berpisah dengan diapers. Caranya? tak susah sangat sebab every weekend mama akan cuba ajar tak pakai pampers. Sampai dah beberapa kali nampak dia dah ok, baru lah implement sepenuhnya. Alhamdulillah dah 2 minggu dia tak pakai pampers.

Hari ni, mama bangun pagi buatkan breakfast kesukaan Afzal. Pancake! Dia memang akan makan 2 keping dengan syarat biar dia sendiri yang picit chocolate atas pancake dia...Macam2 kan? Habis makan pancake dia dok layang vcd cerita ice age. Abis ice age, Garfield, abis garfield, ice age 3 pulak..Lantok le asalkan kamu happy.

Tengahari mama teringin nak makan ala2 jepun. So, masak nasi dengan miso sup. Lauk simple je.Mama masak chicken crunchy macam kat domino pizza tu...Dia makan semangkuk. Then dah abis makan, dia tolak kerusi kat sinki. Katanya nak basuh pinggan. Mama bagi dia bekas2 plastik. Haa basuh le. Muka dia serius buat kerja. Mama saja biarkan. Nak bagi dia rasa macam orang besar. LAgipun budak jenis dia ni memang suka try apa yg org dewasa buat. Asalkan tak merbahaya, mama bagi lah dia buat tapi mama memang ada kats sebelah takut dia jatuh kerusi...

Petang, masa mama tertido depan tv, tiba2 Afzal kejutkan. katanya lapar nak makan roti. Alamak roti pulak takde. Nampak dia mencari2 makanan. So, mama bagi dia biskut. Suka sangat dia. Abis makan biskut mama ajak dia makan buah. Tapi dia nampak dah layu je mata. Tak sampai seminit, Dia dah tarik bantal and tido depan tv. Now dia tido dengan lenanya. Kesian tengok dia. Dah la takde adik beradik nak main, mama plak busy. Next week nak kena outstation. Nak ajak dia, kut dia penat. Jauh sgt...

Towards A Better Mama part 1

Semalam, mama cuba sedaya upaya untuk meluangkan masa untuk Afzal. Bukan apa, Afzal makin membesar dan mama makin busy dengan kerja. So, mama nampak Afzal makin nakal maybe sebab cuba tarik perhatian mama. So, sempena tahun baru mama ingat nak cuba luangkan masa untuk Afzal apatah lagi mama pun plan nak dapatkan anak no 2. So, before tambah lagi sorang biarlah yang ada ni happy dan dapat perhatian yang secukupnya.

So semalam, balik kerja, mama cakap En Ayah, kita makan kat luar je.So, semalam makan je kat Jusco and then sambil tu biarkan dia main kat playground.
Dah makan, mama bawak Afzal main bowling kat arcade. Nampak dia happy sangat. Dah habis semua coins, Kiotorang pun balik le ke rumah.
Kat rumah mama nampak dia acam dah ngantuk, so mama bacakan buku cerita chugginton sambil teka2 color. tapi dia jadi segar balik. So, mama ajak dia kira syiling. Mama bagi dia sepuluh keping syiling and suruh dia kira. Laju je dia kira 1-10. Lama2 dia pun masuk bilik amik bantal dan tertido sebelah ayah depan tv.
Nampak muka dia happy and tido pun awal...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...