Jom Menabung Untuk Anak-anak!

I Support Breastfeeding!

Lilypie Breastfeeding tickers

nuffnang i like!

Menabung Demi Pendidikan!

Thursday, February 11, 2010

Bolehkah Semua Wanita Menyusukan Bayinya?

Secara lumrahnya setiap wanita dikurniakan dengan kebolehan untuk menyusui bayinya. Dengan adanya keyakinan dan pengetahuan setiap wanita mampu melakukannya.
Saiz Payudara tidak boleh dijadikan ukuran sebanyak mana susu boleh dihasilkan. Tetapi bergantung kepada kekerapan bayi menghisap kerana ia akan merangsang penghasilan susu ibu dengan banyak, mengikut keperluan bayi. Masalah puting payudara yang leper atau tenggelam juga bukanlah satu halangan. Mereka yang mempunyai masalah ini seharusnya mendapatkan nasihat profesional untuk mengatasinya.

  • Persedian Semasa Hamil
Tempoh kehamilan sebaiknya diisi dengan aktiviti mempelajari dan menambah pengetahuan ilmu keibubapaan. Dapatkanlah sebanyak mungkin maklumat mengenai penyusuan susu ibu serta hal-hal penjagaan anak. Jika berpeluang, luangkan masa untuk menghadiri klelas antenatal bersama suami anda. Payudara anda biasanya akan membesar sedikit semasa hamil kerana pembesaran kelenjar-kelenjar susu. Untuk menampung payudara, pastikan anda memakai baju dalam yang sesuai. Gunakan air biasa sahaja untuk mencuci payudara dan elakkan penggunaan sabun kerana ia boleh mengeringkan dan merengsakan kulit.
Pastikan payudara diperiksa oleh doktor untuk memastikan anda tidak mempunyai masalah. Ikuti kelas-kelas atau ceramah mengenai penyusuan susu ibu yang terdapat berhampiran tempat anda untuk membantu meningkatkan pengetahuan anda mengenai penyusuan susu ibu.
Pada bulan-bulan terakhir, pelajari cara-cara memerah susu. Ini sangat berguna selepas kelahiran bayi, sekiranya perlu.

  • Selepas Melahirkan Bayi.
Hari-hari pertama selepas kelahiran memang meletihkan. Kuatkan semangat dan susui bayi anda secepat mungkin selepas dilahirkan. Pengalaman menyusui bayi yang baru lahir adalah satu pengalaman indah bagi seorang ibu.
Susui bayi anda dengan kerap mengikut permintaannya dan bukan mengikut jadual yang tertentu. Jika bayi anda lebih suka tidur, bangunkan dan galakkan dia menyusu lebih kurang setiap 2 jam.
Hari-hari pertama merupakan waktu-waktu yang penting. Payudara mungkin belum dipenuhi susu, namun susu ini sangat penting. Susu awal ibu tidak banyak tetapi ianya pekat dan berwarna kekuningan. Susu ini dinamakan kolostrum dan kaya dengan protein serta antibodi yang boleh melindungi bayi dari penyakit. Kolostrum ini sudah cukup untuk mengenyangkan bayi anda. Bayi tidak perlu diberi susu botol atau air masak.
Buat permulaan, bayi anda mungkin akan menghisap selama beberapa minit sahaja. Biarkan dia menghisap lebih lama jika mahu. Keperluan seseorang bayi adalah berlainan daripada bayi lain.

  • Kedudukan Menyusukan Bayi.
Susui bayi anda dengan kedudukan yang selesa samada duduk atau berbaring. Gunakan bantal untuk mengampu tangan atau belakang jika perlu. Pastikan bayi mengiring rapat menghadap anda agar dia dapat memasukkan sebanyak mungkin kawasan aerola (tampuk hitam sekeliling puting) ke dalam mulutnya. Posisi penyusuan yang baik akan dapat mengelakkan masalah seperti sakit puting atau kurang susu.
Jika anda menghadapi masalah, kami syorkan anda mendapat bantuan dari mereka yang mahir.

  • Petua Penyusuan Yang Berjaya.
Amalan Positif:
  1. Persediaan mental sebelum kelahiran adalah penting. Dapatkan maklumat-maklumat berguna mengenai penyusuan susu ibu semasa hamil.
  2. Yakinkan diri yang susu anda mencukupi untuk bayi anda.
  3. Susui bayi dalam keadaan tenang dan banyak berehat pada minggu-minggu awal selepas kelahiran bayi.
  4. Pastikan penyusuan dilakukan dengan posisi yang baik dan selesa supaya tidak terasa lenguh dan mengelakkan masalah kepada puting.
  5. Makan makanan yang seimbang dan minum air yang mencukupi.
  6. Perlu diingatkan bahawa bekalan susu ibu bergantung kepada rangsangan. Lagi kerap bayi menyusu, semakin banyak susu akan dihasilkan.
  • Amalan Negatif
  1. Jangan terpengaruh dengan kata-kata bahawa susu anda tidak mencukupi untuk bayi anda. Jika anda berupaya melahirkan seorang bayi ke dunia ini, anda sudah pasti mampu memberikannya susu yang terbaik.
  2. jangan berikan bayi anda susu botol tambahan atau air masak. Bayi tidak perlu diberikan makanan atau minuman lain kecuali susu ibu sehingga berusia 4 hingga 6 bulan.
  3. Cara menghisap puting botol dan puting payudara adalah berbeza. Ini boleh mengelirukan bayi dan ibu tidak akan berjaya menyusukan bayi.
  4. jangan menyusu dalam keadaan terburu-buru. masa 6 minggu pertama adalah masa latihan untuk ibu dan bayi. Ketenangan dan kesabaran akan menyelesaikan banyak masalah.
  5. Jangan risaukan kekerapan bayi membuang air besar. Ini merupakan perkara biasa bagi bayi yang diberi susu ibu. Najis biasanya cair sedikit dan berwarna kekuningan. Adakalanya bayi tidak membuang air besar beberapa hari lamanya. Ini juga perkara biasa.

p/s: source dari: KKM

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...