Berkongsi pengalaman membesarkan anak lelaki yang energetic, lasak dan banyak akal serta si gegel bambam yg sangat kelakar!
Monday, June 30, 2014
Wildlife Sydney 2013
Lama betul tak hapdet blog ni. Since hari ni saya kat Kulim sensorang, terasa rindu kat family. Dok le tengok gambar2 lama yg ada kat dalam lappy ni. Tertengok balik gambar2 lama ni. ni masa trip kami ke Sydney Oktober tahun lepas.. Seronok plak bila ingat balik kenangan ni. Sebenarnya, masa ni attend ISUOG 2013. Since dapat aprtment for a week, apalagi panjangkan langkah, bawak askar2 dan kapten sekali..hakhak! Pengalaman kat sini, agak unik sebab kitorg tak prepare pun, Semua last minute sebab takut company tak bagi budet untuk attend. So bila dah dapat tiket dan apartment, baru beli tiket utk family and pejam mata je la, keluarkan simpanan untuk ke sini...First time in my life spend duit this much without a proper planning but, it's worth it!
Sydney Wildlife ni tak mahal kalau beli online. kalau ada masa dan ongkos lebih sikit, beli terus full access since memang murah la...jangan convert, kalau convert apa pun korg takleh nak enjoy sebab currency is 3.23 masa tu. So merasa la tengok koala, kangaroo dan banyak lagi haiwan yg ada di Australia..tau kan Australia sangat famous dengan haiwan liar dan berbahaya? so, kalau datang Sydey jgn lepaskan peluang ke Zoo Taroonga which saya tak sempat pi. Thats why pi wildlife...Wildlife ni kira mini zoo yg berada di Darling Harbur which situated up north of the city. Kalau nak pi Taroonga Zoo kena naik bot bagai tak silap..ok, nanti kita sambung Sealife Sydney plak. NAk gi berbuka rumah kawan sat. :o)
Wednesday, June 25, 2014
BANGSA INTERNET BANGSA YG MUDAH MENGHUKUM
Terbaru kita dikejutkan dengan penemuan seorg remaja OKU
bernama Muhammad Firdaus yg dikurung di dalam sebuah bilik Di Nilai.
Beliau merupakan anak Cerebral Palsy yg ditinggalkan oleh
ibunya yg katanya sangat susah dan sibuk dgn kerja demi sesuap nasi untuk
mereka 3 beranak.
Pada mulanya, saya terlihat video penemuan ini, saya
menangis dalam kereta apatah lagi bila terdengar adik Firdaus memanggil
“mak...”
Tersentuh hati keibuaan saya melihatkan anak yg dikurung
begitu mengensot keluar mencari ibunya...masih dia tidak faham akan apa yg
dilakukan terhadapnya oleh ibunya sendiri.
Lantas dgn itu saya menjatuhkan hukum ke atas ibunya. Saya
katakan di hadapan suami, apa jenis ibu macam ni? Tak kesian kat anak2?
Pandangan saya kpd anak2 juga berubah...bimbang kalau saya menyakiti batin
mereka tanpa diseedari..
Namun keesokan harinya, seperti biasa utk jln perjalanan yg
jauh saya akan mendengar IKIM.fm.
Mereka membincangkan hal yg sama. Pian salah seorg penyampai
radio yg saya minati ada mengatakan lebih kurang begini bunyinya “ jgnlah kita
menghukum...kita tidak tahu apa yg sebenar berlaku...dia telah dinilai (oleh
JKM dan Polis) kita org ramai, perlu fikir apa yg sepatutnya dilakukan utk
mengelakkan perkara sama berlaku..
Mereka juga menjemput seorg tak silap Presiden persatuan
anak cerebral palsy..saya simpulkan begini.. “ bukan mudah menjaga anak CP.
Perlukan ketabahan, tenaga, mental dan kewangan yg kuat. Kalau di luar Negara,
mereka diberi bantuan yg cukup besar dan ibu atau bapa disarankan berhenti
kerja untuk focus terhadap rawatan dan terpi anak2 ini. Bukan mudah kerana
bukan sahaja itu, ia menelan belanjan ribuan ringgit..sedangkan di Malaysia bantuan yg ada agak terhad dan ibu bapa akan
rasa amat tertekan”
Jadi, saya rasa malu...malu dengan diri yg mudah
menghukum...malu kerana sebagai masyarakat, saya tidak pernah membuka internet
untuk memahami ibu bapa yg mempunyai anak OKU...walaupun saya mempunyai kawan
dgn anak CP, saya hanya member sokongan kata2 tetapi tidak pernah memahami
kepayahan mereka.
Saya juga rasa malu, dgn mempunyai anak2 yg sihat walafiat,
sedikit kenakalan mereka kononnya membuatkan saya stress...Sesungguhnya
AllahSWT tau apa yg bermain dalam hati saya...berkecamuk dgn perasaan
bersalah...bersalah dgn Allah...bersalah dgn anak2...dgn ibu firdaus...
Biarpun kisah yg dipaparkan dianggap oleh kebanyakan
masyarakat hanya sebuah dongengan untuk menyelamatkan diri, namun saya tidak
berani membuat andaian dan konklusi hanya berdasarkan cerita akhbar yg sedia
maklum lebih sensasi dr isu sebenar.
Mungkin kisah nya benar atau mungkin diada2kan. Tetapi siapa
kita untuk menghukum? Siapa kita untuk mencerca? Adakah kita sebagai masyarakat
yg kononnya prihatin pernah menghulurkan bantuan tenaga dan kewangan? Mungkin yang
paling bising menghukum paling bagus dia hanya LIKE page or status berkenaan
OKU. Menghulurkan bantuan? Ermm Wallahualam..
Sudah2lah kita mencemuh...cemuhan kita tak membantu Adik
Firdaus menjadi normal apetah lagi menjadi sihat seperti sebelumnya...cercaan
kita tidak menyenyangkan mana2 anak CP...makian kita hanya mengeringkan pahala
kita..
Jangan nanti bila dihisab, timbangan kita ringan tanpa
disedari dek kerana mulut yg begitu mudah menghukum...gunakanlah internet
sebaiknya...gunakanlah ia untuk mencari info mengenai golongan kurang bernasib
baik...gunakanlah untuk buka online banking kita dan salurkan sedikit duit gaji
kita...Takkan miskin kita denagn menderma malah, menjadikan kita lebih kaya di
SANA...jangan risau duit tidak cukup hanya kerana RM10 kita
dermakan...Percayalah, sentiasa ada rezeki dari Allah SWT pabila kita yakin
bersedekah untuk hari kita di sana.. Dengan hati ikhlas kitamohon sedekah kita
membantu org yg memerlukan...buka mata pandanglah dengan mata hati...In Shaa
Allah tak susah pun menderma :o)
Subscribe to:
Posts (Atom)