Jom Menabung Untuk Anak-anak!

I Support Breastfeeding!

Lilypie Breastfeeding tickers

nuffnang i like!

Menabung Demi Pendidikan!

Sunday, November 20, 2011

10 Perkara Yang Penting Ketika Mengandung

Dah lama tak mengupdate blog mama ni. Bukan apa, lately tenaga tak berapa mengizinkan. Terlampau berat tanggungjawab sebagai seorang isteri, ibu, anak, kakak, adik, pekerja dan juga seorang hamba Allah SWT. Tapi  mengenangkan minat terhadap blogging, mama cuba cari masa walaupun anak susah betul nak berenggang dengan mama dia ni..So hari ni mama nak share dengan you all berkenaan 10 perkara penting yang korang perlu tau untuk mengahrungi tempoh mengandung tanpa masalah.

1-Vitamin Pranatal
Vitamin Pranatal akan memastikan anda dan kandungan anda mendapat nutrien penting  yang diperlukan ketika mengandung dan ia bergantung kepada anda dan doktor anda unutk memilih apa yang terbaik untuk anda. Apa yang paling penting ialah anda perlu mengambil asid folik yang mencukupi di dalam diet seharian anda untuk mengellak berlaku ketidaknormalan pertumbuhan bayi di awal kandungan.


2-Baju Mengandung
Ketika mengandung, apa yang berlaku adalah perubahan hormon yang ketara. Maka badan anda akan berasa panas dan mudah berpeluh. Oleh itu pakaian mengandung dari fabrik yang selesa dan saiz yang sesuai mampu menyelesaikan masalah ini.

2-Coli Pranatal
Memilih bra yang sesuai adalah perkara yang penting yang perlu dilakukan untuk memastikan payudara yang membengkak dan membesar ketika mengandung sentiasa dalam keadaan selesa. Dengan memakai bra yang mampu menyokong berat payudara, dapat mengelakkan payudara anda hilang keanjalan. Terdapat beberapa jenama yang boleh anda pilih seperti Avon, Mothercare, Modernmum dan sebagainya.


3-Seluar Panjang Yang selesa
Seluar yang selesa amat diperlukan ketika mengandung. Pastikan anda membeli seluar mengandung daripada fabrik cotton yang menganjal kerana perubahan saiz akan berlaku sepanjang mengandung. Denagn ini anda tidak perlu terpaksa membeli seluar mengikut perubahan saiz dan berat badan terutama di trimester terakhir anda.

4-Kasut
Ketika mengandung, anda tidak lagi dapat menyarungkan kasut-kasut tinggi. Ini bagi mengelakkan berlaku perkara yang tidak diingini seperti jatuh. Ketika ini juga kaki anda akan mudah berpeluh dan membengkak. Oleh itu pilihlah kasut yang bertapak rata serta mempunyai pengudaraan yang baik untuk memberi keselasaan sepanjang mengandung.


5-Produk Kecantikan Yang Selamat
Kebanyakan produk kecantikan mempunyai kesan sampingan untuk bayi yang anda kandungi. Sebaik-baiknya elakkan daripada memakai sebarang produk kecantikan kecuali dipastikan ianya selamat untuk ibu mengadung.


6-Bantal
Nampak remeh, tetapi menggunakan bantal yang sesuai mampu memberi tidur yang mencukupi serta sokongan yang baik untuk badan anda yang membesar terutama diakhir trimester.


7-Produk Cucian Yang Selamat
Kehadiran bayi dalam rumah anda seharusnya disambut dengan keadaan rumah yang bersih dan selamat. Namun tidak semua bahan cucian yang kita gunakan adalah selamat. Maka pastikan detergen atau produk cucian yang digunakan selamat terutama untuk mencuci botol susu dan peralatan bayi. Baca label dan anda boleh juga mencari maklumat di website-website penguna untuk kepastian

8-Buku Kelahiran Bayi
Walaupun terdapat banyak maklumat di internet, tetapi membaca buku pranatal sambil berehat merupakan satu perkara yang boleh menenangkan diri anda serta dapat memberi maklumat terutama bagi anda yang amat tertunggu-tunggu kelahiran si comel. Banyak perkara yang dapat anda perlajari dengan membaca buku pranatal. Terdapat banyak buku-buku prantal yang dijual dipasaran. Pastikan ianya berbaloi!

9-Losyen Kulit
Perut yang kian membesar akan membuatkan kulit anda menegang dan berasa gatal. Dengan menyapu losyen dapat membekalkan kelembapan bagi kulit seterusnya mengurangakn rasa gatal. Terdapat juga losyen pelembap yang dapat mengelakkan 'strecth mark' hadir dalam kidup anda. Anda mungkin boleh memilih losyen dari jenama berikut : pureen, palmer's, bio oil dan lain-lain.

10-Dokumentasi Atau Diari Ketika Mengandung
Mungkin idea ini nampak kurang penting berbanding vitamin pranatal, baju dan buku pranatal. Tetapi dengan mendokumenkan tempoh mengandung anda, anda dapat mengingati kembali saat-saat manis tersebut terutama apabila anak anda sudah besar nanti. Anda akan bersyukur anda pernah mempunyai diari ini.











No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...