Jom Menabung Untuk Anak-anak!

I Support Breastfeeding!

Lilypie Breastfeeding tickers

nuffnang i like!

Menabung Demi Pendidikan!

Sunday, December 18, 2011

Kasih Ibu Bawa Ke Syurga

Mama baru je balik dari rumah Kak Long di Jalan Duta. Saja nak berkumpul satu keluarga. Kami kalau cik (mak) datang KL mesti amik kesempatan berkumpul ramai2. Seronok. Masa tu la kita banyak je idea nak masak apa untuk jamu sekeluarga... Lagipun sebulan dua ni memang mama kerja penat sangat. Sampaikan rumahtangga pun dah sedikit terabai, badan lagi penat, otak pun dah beku sebab kelesuan. Mulalah fikiran sentiasa negatif dan cepat sangat moody. Kesian Afzal dan En Ayah. So, bila kakak mama cakap nak bawa cik datang KL. Mama ajak En Ayah pi kumpul dgn diorang. Seronok sangat! Kami buat Apam Polkadot yang gebu dan sangat sedap! Afzal sorang makan sampai berbelas bijik...Akhirnya, tak sempat nak bawak balik, dah licin...Pastu Pak Teh And Kakak buat cheese cake pulak. Tapi tak sempat merasa sebab Afzal dah ngantuk so kami pun beredar le balik...Tapi tak lupa kesedapan makan Laksa Johor, Nasi berulam petai lauk Ikan goreng mabung dan sambal bilis tempe termasuk all time favourite En Ayah SAMBAL BELACAN!! Perghh!! Memang nasi seperiuk besar pun habis...Before balik Kak Long pasang cerita Toyol...HAHAHA! gamat Apartment Kak Long dengan kami berbelas orang gelak... Yang kecik2 mula lah dok tiru gaya si toyol tu...Memang happening and stress mama yang berbulan tu memang gone with the wind lah bak kata Mat Saleh...Now kat umah...Diorg berdua dah tido tinggal mama yang mengantuk tapi tak lena...Kekadang teringat insiden kat tempat customer tempoh hari, kadang2 teringat macamana mama boleh kerja kat tempat ni...Banyak la yang dok terjah otak ni. Tapi mama malas nak fikir. Mama nak kembali ceria dan positif macam beberapa bulan lepas...Mama nak lupakan perkara2 yang tak best yang boleh mengganggu      momentum mama sempena tahun baru yang tak sampai 2 minggu lagi...Azam mama macam tahun2 lepas, untuk buat yang lebih baik dari tahun sebelumnya. Alhamdulillah, setiap tahun mama capai peningkatan so janganlah tahun 2012 ni tak berjaya ye tak. Okay lah, mama kena paksa diri untuk tidur untuk bergerak lebih aktif dan berfikir lebih positif dan proaktif! Balik tadi mama peluk mak mama kuat2. Rasa macam tanak lepaskan dia. Rasa macam nak tido je kat sana dengan dia. Sebab apa? sebab bila peluk dia, terasa tenang dan jauh dari segala masalah dan stress. Dia dokan mama murah rezeki..Mama happy masih dapat kasih sayang seorang ibu yang tak mungkin dapat mama balas hingga akhir hayat mama. Cuma mama doakan semoga Allah SWT sentiasa melindungi cik dan kurniakan kesihatan tubuh badan cik serta kuatkan kasih sayang kami sekeluarga supaya kami terus dapat menjaga cik dengan lebih baik. Amin.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...