Jom Menabung Untuk Anak-anak!

I Support Breastfeeding!

Lilypie Breastfeeding tickers

nuffnang i like!

Menabung Demi Pendidikan!

Friday, February 6, 2015

thaipusam, kuda, nasi arab dan basikal

Alhamdulillah, masih berpeluang mencoretkan sedikit sebanyak pengalaman membesarkan anak-anak.. saya memang suka share pasal anak2 sebab itu harta dunia akhirat saya yang paling berharga. Tapi kesibukan saya menghalang untuk saya menumpukan sepenuh jiwa raga mendidik mereka. Namun, tidak menjadi alasan untuk saya tidak cuba buat yang terbaik untuk mereka. Masak bukan kepandaian saya tapi Allah kurniakan kreativiti untuk saya sentiasa ada aktiviti yg menarik untuk dilakukan bersama anak2. Semoga mereka menikmati saat kecil mereka denagn bahagia seterusnya mendidik mereka menjdai insan yang sentiasa positif dan berdaya maju.

Minggu lepas, kami berjaya mencari tempat yg dikenali sebagai DARC atau Denai Alam Recreational Centre. Kerja saya yg agak tak tentu jadual mengekang saya daripada menyusun percutian jarak jauh. Maka, dengan kelab ini, sekurang2nya kami masih boleh bercuti bak kata org kampung "short getaway".. Ahaks!

So, sesampai di sini, saya memang dah baca pasal kelab ni dah lama cuma tak sempat nak join ahli. Maka hari Thaipusam lepas, kami tidak melepaskan peluang mendaftarkan keluarga kami sebagai ahli. Mulanya teringin nak enroll Afzal for horseriding class tapi kena tunggu hingga petang sebab jadual penuh di waktu pagi dan tengahari. Jadi nak tak nak, hanyalah joyride yg kami mampu buat hari tu. Lagi pula hari jadi Ayah. Jadi tak sesuai pula nak tunggu sampai petang. Walaupun Ayah tak kisah sambutan harijadinya asalkan anak2 happy. Mestilah sebagai isteri kita nak meraikan dia dengan anak2.

So dengan 4 tiket percuma, kami beri Aisyah dahulu naik sebab itu pengalaman pertamanya. Pengalaman pertama Afzal, saya dah bawak masa outstation di Taiping. Sian Ayah sedih terlepas peluang melihat anak pertamanya dgan first ride. jadi untuk Aisyah, saya biarkan Ayahnya yg pakaikan helmet untuk Aisyah. Aisyah baru 2 tahun setengah tapi keberaniannya, MasyaAllah buat mama dan Ayah ni kagum. Muka dia sangat determine dan happy. Hinggakan tak mau turun dari kuda. haha!
Afzal pula macam biasa, dia memang suka naik kuda. So masing2 dapatlah 2 kali joyride. Selepas itu kami balik sambut birthday Ayah di Aroma Hijrah nasi arab..

Lepas dah penat melekit2, kami balik untuk mandikan anak2 dan rehat sejam dua sebelum keluar bawa mereka bersiar. Kami sewa basikal dan bubble stick. Happy sangat nampaknya... Bila dah nak maghrib, hujan pula tu, kami pun balik dengan happynya.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...