Jom Menabung Untuk Anak-anak!

I Support Breastfeeding!

Lilypie Breastfeeding tickers

nuffnang i like!

Menabung Demi Pendidikan!

Friday, August 13, 2010

Terkenang Raya Tahun Lepas...

Tiba-tiba terasa banyak pulak masa nak tengok gambar2 lama yang hampir lebih 30Gb kat dalam external HDD ni. Tertengok pulak gambar masa raya. Seronokkan? Sampai ada yang siap tunggu depan pagar malam2 pun ada...
Pastu siap pulak berebut tenong yang dibekalkan dek kerana kesian kot lapar masa balik nanti....
Apalagi, terkejut lah Afzal melihat beberapa orang abg2 dan kakak2 ni sedang berebut...
 
Untuk menyelesaikan masalah tersebut, kitorang buatlah BBQ untuk bebudak kurang matang ni supaya tak berebut lagi dah...

Bila dah kenyang mereka pun bersalam-salaman, bercium-ciuman (di pipi ye..) memohon maaf...


Akhirnya, setelah dinihari barulah mereka pulang ke katil masing2 untuk tido....

Thursday, August 12, 2010

Dalam Dilema...

Mama tengah penin ni. Senior mama ajak mama kerja dengan dia. Gaji lebat jugak. Mama ni suka sangat kerja kat sini tapi disebabkan ketidak tetapan ni le yang membuatkan mama rasa amatlah sedih. Dah 4 tahun berhempas pulas tapi takde rezeki. Kat tempat baru ni private sector. Kerja kat sini lebih mencabar sebab jumpa client instead of pesakit. I don't know...Dua2 best tapi kalau fikirkan untuk kebaikan anak, kerja baru tu lebih baik. Kepala pun pening, tidur pun tak lena fikirkan apa yang terbaik. Nak kena buat solat istikharah jugak ni....

Wednesday, August 11, 2010

Perfume-A-Holic Contest

Saya sangat sukakan perfume kerana ia menceriakan hidup saya!

Nak join? klik sini

Mix & Match- The way You Like It! -Bahagian 5

Ni kalau dah tak tau lagi nak gayakan, pakaikan aje dengan apa2 seluar yang ada...



Ok tak? Ni la sebahagian wardrobe Afzal untuk this coming raya. Mama memang hantu bab gaya anak ni. Walaupun mama bukan stylo or fashionable tapi anak mesti pakai yang sesuai dan kena tema dan warna....Tapi yang paling penting raya ni adalah untuk kita menikmati dan menyelami maksud sebenar Ramadhan dan Aidilfitri....

Selamat Menjalankan Ibadah Berpuasa. Semoga kita semua mendapat keberkatannya...:o)

Mix & Match- The way You Like It! -Bahagian 4

 
T-shirt belang dengan seluar denim short. Memang nampak tomey sangat bila anak kita pakai. Tapi kalau nak nampak gaya yang lebih macho, pakaikan kemeja yang sedondon. Tak sabar nak tengok Afzal bergaya raya tahun ni..:p

Tuesday, August 10, 2010

Mix & Match- The way You Like It! -Bahagian 3

Nak lagi gaya menarik?


Macam ni pun ok. Korang perasan tak mama guna seluar yang sama? Jimat kan?

Mix & Match- The way You Like It! -Bahagian 2

Baju berkolar pulak memang cantik pakai dengan khakis long pants. Tapi dengan denim short pun nampak bergaya!
Ni dah dapat 2 pasang!

Mix & Match- The way You Like It! -Bahagian 1

Pening kepala nak beli baju raya anak tapi perlu berjimat?? Senang saja. Ni mama tunjukkan...


Baju yang sama tapi kita tukarkan je seluar tu...Dah nampak gaya yang berbeza...Seluar tu tak semua yang baru. Dah dapat 3 pasang. Masih nampak bergaya kan??

Monday, August 9, 2010

Raya Sakan Sambil Berjimat? -Tips Berguna

Senang je. Tadi kita belajar macamana nak jadi Super Sales Shopper kan? Yang ni pulak macamana nak berjimat tapi anak2 masih boleh beraya sakan.

1)Tahu mana lokasi sales berdekatan (Jauh2 tu tak payah la pergi..petrol mahal..tak berbaloi...)
2)Ada ciri2 Super Sales Shopper..
3)Kreatif 
Tak semestinya kena beli semua baru. You all boleh mix and match. Ala, budak kecik bukan kisah sangat baju baru atau tak asalkan baju tu cantik dan bersih serta selesa dipakai...
(Esok, entry saya pasal being kreatif..Jangan ketinggalan!)

Member's Sale @Sogo/Jusco- Tips Berguna


 V/S


Ni mama nak kongsi sikit. Korang semua mesti pernah pergi member's sale kan? Seronok? Atau susah? Kena beratur and bersesak-sesak kan? Memang very the penat!

So, entry kali ni adalah khas untuk berkongsi tips macamana nak jadi Super Sales Shopper yang berjaya...

1)Berbadan kuat dan tegap
Senang nak merempuh atau senang bertahan bila dirempuh....

2)Pantas
Senang sikit korang nak berebut...

3)Berani bersuara
Haha...Ni kalau orang terambil baju yang korang dah pilih, korang boleh mintak balik...eh, time sales everything limited tau!

4)Sanggup berebut
Sama seperti di atas...:o)

5)Sanggup beratur panjang
Beratur panjang jangan cakap la...mama sendiri penah beratur 2jam untuk bayar baju RM50 je. Tapi sanggup...

6)Peramah
Yang ni memang mama selalu buat bila shopping sorang atau kawan2 dah tinggalkan kita. Buat2 la borak. Pastu mintak tolong cop kejap sebab nak gi cari lagi baju...kehkehkeh..pandai tak?



Ok? Haa...kalau ada sebahagian dari kebolehan di atas, memang korang bole jadi Super Sales Shopper! Selamat Mencuba dan Selamat Berjaya!

Bday Celebration @ Taman Tasik Permaisuri

08.08.2010 genaplah Afzal berumur 2 tahun. So, mama and ayah plan for close celebration sebab nak lebih masa untuk layan Afzal. So, kami pilih buat kat taman sebab bagi peluang Afzal main kat playground sampai penat.

Bday Celebration @ Rumah Umi

Sabtu lepas, Afzal sambut pre-birthday kat rumah umi. Since Tok Cik And Ateh's family ada sampai mlm Sabtu je, kita pi sambut awal ngan diorang. nak sambut raya nanti lewat sangat. Not fair to Afzal. So bersiap2 la kita pi Jln Duta.
 Dah bersiap tu, kek hasil tajaan Achik dah tersedia. Kami terlambat sampai sebab jam teruk GILER sepanjang ke KL...

Nasib baik kek cantik dan sedappp...nyum!nyum! (jgn risau..fat free...katanya la...)

Masa nak potong, Afzal moody sebab dah terlelap dalam kete sebelum sampai. So, takde dlm gamba....
 Ni Ateh tengah bagi hadiah kat Afzal. Happy sakan dia...
Afzal, senyum Afzal...."cenyum..." Nampak hadiah terus pandai bercakap.hehe..Ni Kak Ain tolong Afzal bukakan hadiah. Baikkan Kak Ain? 
Masa ni Tok Cik and Ateh's family dah pun balik. Nangis Najwa and Najla tak puas main. Ye la, ramai kawan..Yang penting kita semua happy!








Friday, August 6, 2010

Sogo Sale!!!!

Hahahahaha! Senangnya rasa hati, dapat shopping baju Afzal...lalalla~ Dah settle shopping baju si budak, baju bapak budak ngan mak budak je belum. Silap2 tak shopping, pakai baju yang ada jek...Bukan apa, sejak ada anak ni, selera shopping untuk baju sendiri dah kurang, asal gi shopping mesti gi children dept. Yang penting raya Afzal tahun ni biar sakan sket. Dia pun pantang mama beli baju baru. Kalau nampak confirm dia pakai dan2 tu jugek... Mat smart le katakan...pstt..pstt...tu anak ayah....hiks!

Mana Nak Klik?

Hari ni mama ada pot luck kat scan room. Siap tapau nasi lemak.kihkihkih! Haaa...ada lagi satu cerita kawan mama ni. Dia terbaca n3 mama pasal dia. So, dia nak komen. Mama cakap komen je la...Dia pun dengan semangat waja menaip komen tapi pastu tanya mama balik, "Ni mana nak klik ni?" hehe..Dia nak post pun tak tau mana nak klik post! Kah Kah Kah! Gelak besar lagi hari ni...

Thursday, August 5, 2010

Orang Blogger, Dia Pun Nak Jadi Blogger Jugek...

Mama ada kawan sorang ni. Bila tengok blog mama dah ok, dia pun nak blogging gak. Mama happy sebab dapat ajak kawan buat sesuatu yang boleh membantu kawan2....Ye la, dia ni suka bisenes. so, melalui blog lagi senang nak build network. So, mama tolong la dia...Sejak dari hari tu, hidup mama tak penah kering gusi kat office ni dah. Asyik tergelak je. Bukan apa, kawan mama ni kurang pengalaman. Banyak yang nak kena tunjuk. Sampaikan nak buka blog dia sendirik pun dia tak tau. Gelabah! Ni mama taip kat sebelah dia je. Dia tak tau kot...Heheh!

Wednesday, August 4, 2010

Negaraku.......

Semalam Afzal bangun semula pukul 10 mlm. Apalagi, mama amik kesempatan untuk suapkan makan. 3 cucuk sate and ikan goreng. Nasi dah abis so, makan je la lauk2..dia bukan makan nasi pun. Dah kenyang, dia menyibuk kat laptop ayah. Ayah tengah busy dgn 2nd jobnya. Tapi dek kesiankan dia, ayah pasang lagu negaraku. Masa tu mama nak solat isyak, dengar je lagu tu, Afzal dengan penuh bersemangat nyanyi lagu negaraku version pelat pekat dia. Dari mula sampai abis dia nyanyi. Kehkehkeh...mama jujur cakap la, tangguh sat solat sebab nak amik video dia nyanyi lagu Negaraku dengan semangat yang waja!

"CUTIEST Stripe & Line Contest"



AFZAL AKHTAR
2 Y.O

"Gorgeous Baby In Shirt @ Skirt"



http://solovelycollection.blogspot.com/
http://cutiesgorgeous.blogspot.com/
http://mamapapaaqish.blogspot.com/2010/08/gorgeous-baby-in-shirt-skirt.html



AFZAL AKHTAR
2 Y.O
08.08.08

kenapa saya suka blog mama aqish? sebab saya suka GA and suka tengok gamba Balqis masuk GA. very the cute. pandai posing!! tapi secara jujurnya, baru jadi follower...:o)

Tuesday, August 3, 2010

Posh76 GiveAway Anniversarry 2010

Dalam busy2 tu, sempat mama terbaca Posh76 punya GA. Slogan yang mama buat, ni lah:

"SAYA INGINKAN ANNIVERSARY saya disambut dengan penuh ceria untuk membangkitkan memori masa bercouple dulu2. Pergi berdating di Sunway Lagoon or Cameron Highland. Jalan2 pegang tangan sambil bermanja2 gitu bagaikan hero dan heroin cerita korea. Malam pulak sambut dengan suasana yang romantik dengan candle light dinner kat hotel, berpakaian ala2 Cinderella and Prince (anak tu confirm la tinggal kat nenek kan..hiks!) diiringi alunan lagu instrumental yang amat romantik dan disusuli tarian mat saleh yang sungguh awww!!!! Lepas tu....Apalagi aktiviti wajib untuk anniversary! :o)

my referral: blog owner sendirik
tag:  iman's umi

korang nak join jugak? jom klik sini

p/s: harap2lah hubby baca blog mama nih, kasi hint untuk our 3rd anniversary...hiks!

Afzal Muntah2...

Sabtu lepas, maybe sebab penat sangat Afzal tido awal. dari petang sampai ke pukul 10-11mlm baru bangun. Maybe sebab hujan and cuaca sejuk. Tapi bila dah bangun tak mau makan pulak...Tetiba je muntah. Ingatkan tercekik pasta tapi mama belum suap lagi. Start daripada tu la, dia termuntah2 setiap kali makan atau minum. Habis tilam, carpet towel semua kena muntah dia. Sian Afzal lembik dah mama tengok. Ingatkan esok jadi ok. Bangun pagi tu, mama bagi roti and nutrigen. Elok je makan tapi habis je, semua tu keluar. Dia minum je. Mama bagi air ribena. Tapi apakan daya, air tu jugak keluar mcm paip. What's wrong with you? Mama and ayah bawak pi jumpa pakar tapi dia cakap takde apa2. Kat dalam  kereta, afzal muntah kat atas mama, lepas tu masa mama pi beli sarapan, Afzal muntah kat atas ayah pulak. Kain towel mandi pun tak dapat tampung. Banyak gila lah tu! Hmm... Tapi hari ni dah ok...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...