Jom Menabung Untuk Anak-anak!

I Support Breastfeeding!

Lilypie Breastfeeding tickers

nuffnang i like!

Menabung Demi Pendidikan!

Monday, June 13, 2011

Macamana nak kuruskan badan tanpa senaman?



Senang je, kira kalori yg korang ambil setiap hari. Contohnya, hari ni:

Pagi (8am)
100ml choc milk-75kcal
2/3 cup cornflakes-70kcal
plain water

Tengahari (1.00pm)
1/2 plate brown rice-83kcal
1 senduk vegetarian chicken-200kcal
1 wantan goreng-40kcal
1 glass chinese tea-10kcal

Tea break(4.30pm)
1 glass mocha with equal-55kcal
1 slice choc cheese mousse-200kcal
1/2 fried chicken breast-150kcal
plain water

Dinner(6.30pm)
1/2 roti pita-125kcal
1/2 roasted chicken breast-100kcal
1 salad-50kcal
plain water

Total Calories untuk hari ni= 1158kcal

ni dari: www.cekodok.com a.k.a kevin zahri yg encem tu..


BASAL METABOLIC RATE (BMR)

The BMR is the amount of energy you need to sustain your life. This includes your breathing, organs and everything else you need to keep alive:
Men: BMR = 66 + (13.7 x wt in kg) + (5 x ht in cm) - (6.8 x age in years)
Women: BMR = 655 + (9.6 x wt in kg) + (1.8 x ht in cm) - (4.7 x age in years)

DAILY CALORIE REQUIREMENT (DCR)

Next, we factor in how active the person is, by using the Activity Multiplier:
  • Sedentary = BMR x 1.2 (little or no exercise, desk job)
  • Lightly active = BMR x 1.375 (light exercise/sports 1-3 days/wk)
  • Moderately active = BMR x 1.55 (moderate exercise/sports 3-5 days/wk)
  • Very active = BMR x 1.725 (hard exercise/sports 6-7 days/wk)
  • Extra active = BMR x 1.9 (hard daily exercise/sports & physical job or 2xday training)

DAILY CALORIE REQUIREMENT (DCR)

You are a 30 year old female, 30 years old, 5' 6 " tall (167.6cm) and weigh 120 lbs (54.5 kg).
  • Your BMR = 655 + 523 + 302 - 141 = 1,339 calories/day
Your DCR = 1.55 x 1339 = 2,075 calories/day






so contohnya mama la;

BMR==>>655+(9.6x51.5)+(1.8x155cm)-(4.7x31)
                 =655+494.4+279-145.7
                 =1282.7

untuk mama yg malas exercise ni kena la darab 1.2

DCR mama= 1282.7x1.2
                       
                     =1539kcal

so, selagi kita makan kurang dari DCR, maka automatiknya berat kita akan menurun.tapi yg penting pemakanan mesti seimbang....setakat ni dgn diet plan yg teratur dan treatment berat mama dah turun 10kg dlm masa 3 bulan.sekarang mama tak gi treatment dah.mama jaga makan.tapi sekali sekala makan juga sedap2 sebab husband nak makan satu family sama2. Tapi mama tetap makan ikut sukatan 1/2 portion dr biasa kecuali butk sayur2 dan fiber. Korang cubalah...insyaAllah...:o)

Saturday, June 11, 2011

Piala FA- Kelantan v/s Terengganu

Masa tengah menaip nih, mata mama tengah tengok Terengganu lawan Kelantan...
Mana mama sokong??
soccernet.com

Hmm...susah jugak...Terengganu negeri arwah ayah mama, Kelantan pulak negeri Arwah Ayah Mertua mama...

petehterengganu.blogspot.com

superwarriors.com

Tapi mama lebih minat team Kelantan sebab diorg main dgn cemerlang..hehe...
First gol, Kelantan mendahului dengan hasil 'chip' dr player yg mama tak kenal. Cantik je gol tu. 
Tapi sayangnye, saat2 akhir, player Kelantan sendiri tersilap tanduk bola masuk gawang sendiri...Sekarang tengah masa tambahan kedua....Apa keputusannya? 

TERENGGANU MENANG!!!!!!

Tahniah kepada Team Terengganu kerana berjaya menggondol Kejuaraan Piala FA 2011!


Friday, June 3, 2011

Terima Kasih....

Sekarang ni mama kerja kat Penang. Ada event kat Equatorial. Yang paling
mama tak sangka, mama jumpa pediatrician yg selalu mama jumpa bila check up Afzal kat KK Klang....Dr Mimita. Memang mama takkan lupa lah muka dia and kebaikan dia sepanjang mama pi folow up Afzal.
Lagi satu, mama perasan ada satu muka familiar sangat. Mama senyum dia pun balas senyum tapi tak penah tegur. Mama pikir maybe mama pernah jumpa or kawan sekolah tapi try2 ingat tak dpt jugak...

Kebetulan kawan dia pregnant. Dia dtg bertiga tanya if kitorg boleh scan baby kwn dia. Since mama in charge
bab images, mama mintak tolong Kak Anson scankan. Masa tu la mama borak2 and dpt tau dia kerja kat KK Klang jugak. Then barulah mama ingat.....
Dia ni S/n yg cek mama! S/N yg buat home visit masa mama baru 3 hari bersalin...Dia yg detect Afzal kena demam kuning. Then mama demam, dia jugak yg cek kat umah...Nama dia Nurse Zainab! Dia memang ikhlas buat keje. Senyum je sepanjang buat keje.
Yg kelakarnye, dia boleh ingat tu rumah kitorg kat Jalan mana. Bila dia sebut je, mama terkejut. Betul la tu! Anak saya kena kuning, saya pulak demam. Dia cakap dia ingat..Haha! Siap ingat lagi mak mertua mama yg jaga mama masa tu....

Kuasa Allah SWT...Walaupun Afzal dah nak masuk 3 tahun, mama boleh ingat lagik muka diorg and the SN boleh ingat lagi umah mama kat mana...

Mama nak ucapkan terima kasih kepada Dr Mimita, Nurse Zainab dan semua nurse2 yg bertugas kat KK Klang...Mama doakan mereka yg terbaik dalam hidup mereka. Amin... 

Monday, May 30, 2011

Mama Akan Terus Berusaha Untuk Yang Terbaek!

Lately Afzal lasak sangat. Nak cakap mama dia nak dpt baby, takde le pulak.Kalau kat rumah, konfem, mama takleh nak blogging. Ni pun kat spital tengah demo machine baru le dapat berblogging kejap.
Makin besar Afzal punye energy mengalahkan energy org dewasa.
Last time mama n En Ayah bawak dia pi zoo, konon nak buat dia penat. Kitorang pusing zoo on foot je tau. Kat 3 jam pusing zoo, dia balik tido sat dlm kete and kat rumah carry on melasak. Yg pengsan?? Mama dgn En Ayah... Haha!hambik...lain nak buat lain yg terkena!

Dalam dia melasak, of course kita yg kepenatan kerja akan cepat naik hangin. Mama pun tak terlepas dr dgaan dan godaan utk babap budak ni. Nak suruh dok diam payah. Pastu, mama tak bleh dok sorg2 atau dekat En Ayah. Mesti budak ni dtg melekat sambil melompat2 atas mama.

Semalam memang dah tak tahan. Pastu kitorang ada 2 kenduri to attend. Masa keluar kete mama sound Afzal. Tolong jgn buat nakal tau. Mama nak jumpa kawan2. Nanyi malu mama kalau kamu buat nakal. Dia angguk.
So, first kenduri dia okay sangat. Makan nasi minyak satu pinggan habis. Sampai mama cuma dpt makan lauk je.Nak amik lagi segan..hehe..
Dah makan, energy dah generate, dia dah start tersengih2 sambil egur2 anak kwn mama. Budak2 tu semua dok diam. Mama pun ajak Ayah gerak sebab nak ke kenduri ofis mate plak.

Kat sana, mama reward dia dgn freedom untuk main dlm dewan sebab, kenduri almost over and orang tak ramai.
Balik tu pi rumah mertua. Lama tak jumpa dia. Afzal pun happy lah. berlari keliling rumah.
Petang tu, Nenek peluk dia, gosok2, dodoi2..walaupun dh nak masuk 3 tahun, budak ni manja sgt dengan neneknya. Suka beno le nenek dodoi. Tertidor le sampai malam..

Mama tanya nenek, macamana nak buat dgn Afzal makin lasak? Cakap saja mcm tak boleh jalan. Dia cakap, takpe cubit untuk mengajar. Lagipun lain budak lain caranya. Macam Afzal, cubit hanya bila dia buat salah dan tempat yg patut. Supaya mesej sampai. Betul juga. Then, tanya nenek (mak mertua mama) kalau susah nak tido macamana? Dia ada explain tapi panjang. Cuma mama perhati cara dia tidokan Afzal.

Balik tu, mama n Ayah dok bincang apa yg terbaik utk Afzal. Ye lah, budak lasak, selalu kena marah. Mama taknak menda ni effect dia sampai besar. Dia je anak kitorg so, kena didik dgn baik spy besar esok, kami boleh harapkan Afzal.

Balik tu, dia bangun tido, lepas tukar baju mama ajak tido. mama peluk macam nenek, usap pipi dia, usap kepala dia, sayang dia. Tak sampai 5 minit, dia pusing and tido sendiri sebelah mama.

Keajaiban sentuhan parents. Barulah mama faham, apa yg anak mama ni perlukan.Rupa2nya, dia rasa mama jauh agaknya dengan dia. Mana taknye, sejak kerja baru ni, mama banyak travel sampai mama lupa nak belai anak mama. Sekarang mama dah faham.

Saturday, May 28, 2011

Naik! Naik! Naik!


Mama tak tahu nak cakap apa lagi ni...
Dengan kemeriahan pak-pak buncit menaikkan harga sana sini, apa yg rakyat dapat???

Korang tahu tak all the bullshit they said?

1)yg duduk flat tu pakai letrik sikit2, yg dok banglo takpe pakai letrik byk2- sebab diorang nak naikkan tarif eletrik yg surely membebankan golongan berpendapatan rendah.

2)Harga gula naik sebab nak turunkan bilangan pesakit diabetes kat Malaysia- tak semua sebab gula. Banyak lagi sebab genetik. Napa tak buat kempen cegah diabetes? kita ada ramai graduate medikal and paramedikal yg takde kerja, bagilah diorg buat kerja tu. takkan nak bayar gaji pun gomen dah takde duit...cuba cek gaji2 ahli parlimen U...mesti masyuk..kalau tak takkan si toyol cakap rumah rm24juta hasil usaha dia sendiri....

3)Harga petrol naik sebab nak kurangkan kes penyeludupan poetrol ke negara jiran- Hello......Adakah semua rakyat Malaysia yg menyeludup petrol sehinggakan semua rakyat Malaysia yg terpaksa menanggng akibatnya...????Musykil!

4)Selagi kerajaan Selangor bagi air percuma kepada rakyat, dalam tahun 2012, kita akan mengalami masalah air habis di Malaysia.Jadi sokong lah U untuk memegang kembali tapuk pimpinan Selangor..Kuang!KUang!Kuang! Agaknya kalau Afzal pandai bercakap nescaya Afzal pun akan keluarkan kata2 yg sama macam mama dia....Nonsense lagi bullshit!
Takkan lepas ni hujan takkan turun??Dengan hujan yg dah tak kira musim tak kira musim tengkujuh di Pantai Timur di KL, dengan Indah Water yg boleh merawat air untuk diguna semula, takkan la air akan habis...Bukan ke kita sampai eksport air ke Singapore sehingga 2021 (sila search "kontrak air singapura-Malaysia"). Macam mana boleh kontrak sampai 2021 tapi kata air nak habis 2012??? Lagi musykil??? Afzal, sila gelak...HAHAHAHA! nak cakap biar dengan akal, bukan dengan perut buncit. Sebab dalam Islam ada cakap, terlebih makan, otak jadi apa Afzal?? LEMBAB....Pandai anak mama...

Mama dok kat S dan nak besarkan family kat S. Jadi janganlah U cuba nak memburukkan kerajaan S sebab setakat ni banyak peningkatan especially dari segi hubungan antara kaum. Mama suka bila dpt berkawan dgn semua kaum tanpa rasa curiga atau tak puas hati....

Sebagai seorang ibu yang berkerja, mama sentiasa berhati2 dalam menyimpan untuk kegunaan Afzal kot2 dia bejaya masuk U. Tapi kalau semua barang naik, INFLASI akan naik juga. So, cukup ke 8% profit yg kita dapat drp ASB. Menimpan, kena tahu. berapa profit dapat berapa pula inflasi yg kita hadapi?

ok, 8% profit tolak 6%inflasi = 2%nett profit. Cukup ke nak bagi anak masuk U? even Masterskill diploma pun cecah RM60k utk 3 tahun. Sedangkan mama amik degree kat IPTA baru RM21K utk 3 tahun...akan datang berapa agaknya kita kena ada utk hantar anak masuk U? nak masuk IPTA buka mudah sekarang. Kena menyimpan untuk fee IPTS untuk langkah yg lebih selamat.

P/s: tahun 2004, degree in medical di IMU RM150k
sekarang tak silap kakak mama cakap more than RM300k. gila lah wei!
INFLASI tu!

image sources: google images

p/s: Ini pandangan seorang ibu yang panik dengan inflasi. Suka baca, tak suka jgn baca. Bagi fanatik U, jgn mencarut di sini sebab blog saya, saya bebas utarakan pendapat saya.

-Saya yang berakal-

Tuesday, May 24, 2011

Hari ni Afzal Nak Post N3

hai, saya afzal.mama ajar saya taip kt blog mA ,MA.7ui]mm  vikoofgg.hbcmldlcclllfd;;d;;[ddddd;;;;p;;;;;;;;
hhhhhhhh;;[lzz;\
]    nkoi90=9oiutr.,xuuuuuuuu6fjjknkoih,,iki9887yip[[llkhk88-887888koryang pahamkdjiir5 hsie9..

korang paham ker??hmm...layannn....

lppppppppppppppppppppbbbbbbbbbbbbbbbbbbb
tt

Tuesday, May 17, 2011

Hadiah Untuk Mama! Alhamdulillah Syukur...:o)


Dah lama tak post anything in my blog. Hari ni mama cuti sambil ditemani Afzal. En Ayah kena kerja. Takpelah, mencari rezeki yang halal...:o)

Mama takde apa nak membebel, cuma nak memanjatkan rasa syukur di atas khabar2 gembira sempena hari ibu, hari bapa, hari guru..:o)

1) En Ayah dapat anugerah pekerja cemerlang untuk tahun 2010. Alhamdulillah, abang deserve it!

2) Afzal dah mula pandai bercakap, dia lambat sikit bercakap maybe sebab terlalu lasak dan kurang fokus. Sekarang dah pandai bila suruh buat kerja sikit "Oh, man....." pernah dengar???Tak pernah dengar pi tengok citer Dora, korang akan dengar frasa tu...:o)

3)mama dah confirm kat tempat baru.Alhamdulillah....


4) En Ayah dapat bonus! kuikuikui! apalagi, Ayah dapat bonus, kira mama pun dapat bonus le ye tak?

Jadi, sekarang banyak menda positif yang mama lalui, mama rasa bersyukur dan akan cuba untuk kekalkan aura positif ni. Sebab bila kita kekal dalam aura yang positif, lebih banyak perkara yg baik2 akan berlaku pada kita...InsyaAllah....
Kita merancang, Allah SWT yang menentukan...

chewah, macam Adam dalam Nur Kasih plak...chiow!

opps: terjumpa gambar ni....betul isteri org ada intan berlian, isteri abang yang ni ada abang di sisi dah cukup..:o) (bersyukur atas apa yg Allah SWT kurniakan-pesanan untuk diri mama sendiri supaya sentiasa dalam keadaan Redha dan bersyukur...)

credit: google images

Tuesday, May 3, 2011

“I’m a Pirate, Take Me To Stranger Tides!”

Pirates of the Caribbean 4

3 Best things about being a pirate are:

Jeng! Jeng! Jeng!

1)GOLD!!!
why? simple, I can have them without have to buy them but just rob them! No one ever dare to fight you because you are pirate lah!

2)NO LAW NEEDED
of course being a pirate means outlaw. Who cares? 

3)ADVENTUROUS
Robbing, fighting, killing! What an adventure no ordinary people will ever dare to do!

Wednesday, April 27, 2011

Afzal Oh Afzal!

Semalam, mama baru balik dari outstation kat Melaka. This month alone mama outstation 4 kali utara ke selatan. So, mama bawak adik mama untuk temnakan dan tengokkan Afzal. Mama bawak si kenit sekali sebab risau dia rasa mama kurang bagi perhatian kat dia. Mama ni memang woraholic tapi bila dah ada keluarga, mama letakkan kerja no 2. Jadi bila selau sangat kena outstation, mama buat plan baik2 supaya dapat buat kerja as well as spend masa dengan anak. Of course tak boleh bawak En Ayah sebab dia kerja...:o)

So, Last week, mama bawak dia pi JB tapi tak banyak yg menarik di JB. Even KFC and McD drive tru pun mama tak jumpa..hikhik..

Tapi trip ke Melaka is mind blowing. Kerja settle and dapat lagi bawak Afzal main layang2 kat tepi pantai Klebang. Actually the main plan is for horseriding. Mana le tau, kudanye dah takde. So, beli le layang2 RM5 tu main. Tapi last2 mama yg main. Budak tu sibuk main pasir. Org Key El....Kat umah tak jumpa pasir..Ahaks!

Masa balik semalam, mama lalu la kat Dataran Merdeka sebab nak hantar my lovely sister balik umah dia. Kat Dataran Merdeka tu kan ke banyak lampu yg meriah2. So, Afzal pun excited la "Wau....Cantik la....! Ma...Cantik la..Mapu...." Hahaha! Gelak mama dan Mok Su dia....Mapu tu lampu....Siap lagik dia nyanyi2 lagu untuk lampu2 yg meriah tu....Sian, lahir kat KL, dok kat Cheras, tapi macam tak penah tengok lampu kat Dataran Merdeka tu..Apa la Afzal...

Pastu sepanjang jalan, non stop pulak dia menceceh dgn bahasa pelat pekat tu...Bila kitorang tak layan dia pun panggil..."Ma....Ma...." Bila tak dilayan...."Ma...Iya....Ma...Iyaaaa....!" Dia ajuk pulak mamanye nih..Hish...baru 2 tahun dah pandai buat kelakar...Takpe yg penting kamu dah buat mama segar walaupun seharian kerja and drive jauh...:o)

Masa berenti makan dekat rumah adik mama tu, dia sibuk nak bagi keropok lekor dia kat kucing...Mama biarkan jelah...Biar dia belajar untuk sayang haiwan and biar suatu hari nanti, dia faham, Bila kita hidup senang, ada yang hidup susah, jadi makanan yg kita ada baiklah dikongsi tak kira manusia atau haiwan.. Sebab semuanya, makhluk Allah SWT....Semoga anak mama jadi insan yang baik dan berjaya di dunia dan akhirat..Amin...


Sunday, April 24, 2011

I Met Prince William In Person!!!!

Hahaha! Poyo je kan tajuk mama kat atas nun? Takde apa, sekadar nak bercerita masa mama ke Scotland 6 years ago....

Masa tu mama muda dan bujang trang tang tang lagik.... Pi sana menghabihkan duit simpanan... So, masa kat sana, mama tak lepaskan peluang untuk pergi Loch Ness, Scotland. Korang pernah dengar Loch Ness? Ala, yang konon2 ada Nessie tu... Takpe lenkali mama cerita. So, masa mama tengah tunggu bot datang, mama dok videocamwhoring ler sekeliling pier tu...Sekali, mama tertangkap gambar mamat ni. Mama punye le excited sebab mama ingat dia Prince William...! Mama ni dah la peminat Prince William dari kecik lagik...Klaka ko! Takkan la Prince William keje part time kat pier plak kan...Nak tengok gambar dia??







Haaa? Ensem tak?maybe sekarang dah separuh botak cam William tuh..kehkehkeh! Ala, ni kenakalan masa tak cukup umur lagik...En Ayah sedia paham perangai mama...

Monday, April 4, 2011

Hotel Ipoh City-Hotel Review

Lately banyak review mama buat..Bukan apa, sekadar berkongsi sebab hotel2 ni tak mahal, so, sesuai sgt kalau you all nak plan bawak anak2 bercuti...

So, Untuk kali ni, Hotel Ipoh City....
Terletak d Jalan Dass, Bandar Ipoh, Senang sangat nak cari sebab kat sini memang banyak hotel2 yg menarik tapi murah..
Macam yg ni satu bilik dengan katil Queen, perabot seperti meja tulis, almari 2 kerusi malas, meja tv, dan meja kopi semuanya dari kayu jati.
Owh, ada satu cermin jati yang besar. Ruangnya memang luas, maknanya, korang boleh tambah satu katil extra untuk anak. TV CRT 21 inci, ok lah...takde astro tapi kalau setakat nak tido, tv tak penting sangat...
Complimentary nescafe, teh,gula,krimer dan 2 botol air mineral....
Cek kat dalam peti ais dalam kabinet tv ada 2 botol mineral...
Then, toilet yang luas.Lagi satu yg org mesti suka ialah free WiFi utk semua bilik....
Ok lah kan?

Satu malam cuma RM94.00 Bagi mama berbaloilah...
Jom tengok sikit gambar2...








Saturday, April 2, 2011

Hop- Movie Review

Semalam, mama ajak En Ayah bawak Afzal pi tengok wayang. Biasalah baru gaji banyak je idea nak spend duit..Haha!
Actually mama lebih suka GSC sebab twin seat dia besar dan selesa and ruang depan kaki lebih luas. Sebab kitorang beli twin seat boleh duduk bertiga...Syukur En Ayah dan Afzal slim2 orangnye...Lagipun twin seat kat GSC cuma RM11 compare to TGV RM14. Kekurangan TGV pada ruang yg sempit, sofa yang kecik dan pop corn dia tak sedap tapi mahal....:o(

Tapi nak buat macamana, GSC kat area rumah mama tak tayang citer HOP. Mama dah janji dapat gaji nak bawak Afzal tengok rabbit and candies, so mama mesti tunaikan sebelum outstation next Monday.

So, malam semalam lepas Isyak, kitorg berduyun2 lah 3 beranak pi Jusco. Elok2 je seat yg mama cuba reserve kat website kosong. One more thing, e-ticketing TGV adalah sangat poor....cubalah sendiri!

Ok, berbalik kepada cerita.....
Cerita dia memang menarik dan can absoluely tickle your funny bones!

Especially dengan adanya James Marden yg cute tapi joker...!
Cerita mengenai E.B yang terpaksa menggantikan ayahnya sebagai Easter Bunny for that year. Tapi dia ada impian sendiri untuk menjadi drummer yg fames dan kaya....

So, dia larikan diri ke Hollywood. Kat situ, James Marden aka Fred O'Hare terlanggar dan terpaksa bawak balik rumah yg besar. Tapi bukan rumah Fred. Fred cuma jaga rumah bos kakak dia g pi Holiday...
Fred ni nobody yg takde keje and still living with his family...Tp Family dia tak suka and nak dia berdikari...
So many things happen...

EB berjaya dalam ujibakat dengan David Hoffman dalam Hoff Knows Talent and kena pi buat show on the Friday. Tapi hari tu jugak Pink barret a.k.a comando rabbit betina (that's why pink) datang untuk bawak dia balik. Tapi dengan kebijaksanaanya, dia berjaya lari masuk Limo The Hoff dan tinggalkan Fred yg jd mangsa keadaan....

Fred kena tangkap sebab disyaki membunuh EB. So, masa ni la si Ayam ni buat onak...Apatah namanya...dia nak rampas kuasa Ayah EB. So, tangkap Ayah EB dan Fred...Masa ni, EB rasa bersalah tinggalkan kawan dia. Dia balik tengok Fred dah akde meaning Pink Barret berjaya tangkap Fred.

Atas dasar persahabatan, dia balik untuk jernihkan keadaan...Tapi tak sangka Si Ayam dah tangkap semua orang...So, masa ni cam biasa lah. Ada gaduh2 sikit...Dan berjaya...

Akhirnya, EB minta Ayahnya lantik Fred sebagai co Easter Bunny...Oklah sebab Fred kan penganggur yg tak tahu apa dia nak jadi..

So, on the Ester morning, dia balik rumah to have breakfast with his family...Mula2 ayahnya sarcastic skit dengan costume dia...Tapi bila Easter Bunny datang jemput fred dengan Egg Cart, barulah dia sedar yang anak dia berjaya dalam sesuatu dan dia bangga dengan Fred Finally....

Yang kelakar:
1. Masa EB berak jelly bean candies
2. Masa kakak Fred makan jelly beans tu
3. Masa EB berlakon jd patung rabbit...Sangat cute tau!
4.Masa Fred dan EB buat kacau kat pemenasan Alex (anak angkat family Fred)
5. Banyak sangat part kelakar dalam cerita ni...
Rate: 5 star for funny

Actually cerita dia bukan apa pun, just sekadar cerita ringan yang mempunyai maksud yg simple. Biasanya, Si Ayah akan tunjuk rasa kecewa especially bila anak lelaki dia macam takde masa depan atau at the age of late 20's masih takde buat sesuatu yg boleh dibanggakan...So, mulalah si ayah akan pressure anak ni to do something even if he don't like it...So, anak akan rasa mcm tak best dan cuba buat sesuatu tapi masih tak mencukupi utk Si Ayah...Moral of the story, even how much you want your son to be somebody, kita sebagai parent must be with them. Jangan perlekehkan mereka, jangan membanding2kan mereka. Tapi show that you care is actually more than enough... Memang benar anak2 ni, at the age of 20's diorg tak tau apa diorg nak jadi and tend to do stupid2 thing...But, dgn memperlekehkan mereka takkan membawa apa2 yg baik. Hanya doa dan dorongan menjadi perangsang dan petunjuk buat mereka....Sebagai ibu kepada seorg anak lelaki, mama akan ingat perkara ni sebab mungkin mama akan alami perkara yg sama lagi 15-20 tahun. Who knows?

Friday, April 1, 2011

WAY WAY Q6031

Early this month mama beli GPS since itu merupakan kepentingan utama bila kerap outstation. Imaging nak pergi klinik2 kat ceruk2 ni.Mana ada kat google maps. So, spent la duit sikit...

Mama rasa berbaloi jugaklah 2-3 hari jalan2 tengok the less price for more..Of course lah, bila menda2 camni, kita takyah cari yg mahal2. sebab function dia sama je tetap utk GPS...

So, mama pi Low Yatt kat  kedai Apaq. Dia cakap ada offer for Garmin and Way Way. Papago takde offer masa tu. So, tolak tepi Papago, mama compare those 2. Yang tu cuma 3.5 inch and harga dia RM499 for Garmin nuvi205w and Way Way Q4331. Then dia cakap actually ada yg offer baik punyer...

Way Way Q6031 which is 6 inch, ada junction view baru RM499. Katanya nak habiskan stok. Mama cek2 ada segala basic yg diperlukan so, mama nak la....
Tapi have to wait one week to get new stock since stok yg ada cuma kat Berjaya Time Square. Maleh le pulok nok ke situ...So, the next week, mama call dia cakap ok, stok dah sampai. Mula2 ragu2 jugak kot kena ketuk...you know la Low Yatt ni...

Tapi bile dapat pegang and test button and all that,rasa macam wahhh! not bad! Cakap kat Ayah, I want this!
Ayah cakap ok lah. berbaloi apa, RM499 and boleh dapat this big. Masa ni lupa dah GPS, apa yg terbayang kat otak ni, boleh lah Afzal tengok tv kalau jalan jauh2....sebab dia boleh jadi media player and some more ada calculator, e book reader which mama tak penah pakai pun....Ok tak??

So, these 2 week, mama tryGPS ni bawak keliling KL...the result? Worth It! Seriously Worth It!!
Nak tengok? Ni..



Hari ni Hari Untuk Afzal!

Hari ni penagsuh Afzal terpkasa balik kampung. So, mama amik leave utk jaga dia... Dah lama tak spend banyak masa dgn dia. balik keje pun dah penat. Kadang2 asyik kena marah je bila dia ajak main.. Budak ni lasak so, boleh imagine la mcmaa dia punya main...Sakit jugak la satu badan kalau melayan...Agaknya dia ingat mama dia raksasa dia kamen rider n kot..ntah la...hehe

Dah lama jugak mama tak bercerita perkembangan Afzal. Skang selain dah pandai buat "witt...witt!!" kat sesapa yg dia rasa nak ajak berkawan (termasuklah budak2 nursing yg tinggal kat area rumah kitorg) dia dah pandai cakap "abis dah..." So, perkataan baru, kerap le telinga ni dok mendengornye...Kelakar and cute je dgar suara dia...Kalau nak suruh tukar pampers kotor, dia akan cakap "mama, lilak....ma..ma...ni..lilak" Anak mama ni dah besar sebenarnya, tapi mungkin sebab dia boy yg lasak, doktor cakap normal la kalau dia lambat boleh bercakap compare to his cousins yg girls, dah pun boleh bercakap. Lagi satu budak2 tu siap boleh nyanyi lagu Maher Zain...Alhamdulillah syukur mama untuk anak2 kakak mama... Afzal ni, mungkin kurang perhatian dari mama n ayah. Kitorg dua2 in business line. Ayahnya dok depan komputer almost 24 hours. And mama banyak outstation pulak tu. Kesian betul...

Sekarang pulak susah benor nak tido awal sejak2 dah stop breatsfeeding. Dah macam2 cara, tapi tak berjaya. Mama bimbang kot mengganggu pertumbuhan dan perkembangan dia pulak... Hish mintak dijauhkanlah...
Korang ada idea pasal nak tidurkan anak awal tak??? Kongsi la...:o)

Monday, March 21, 2011

World Invasion : Battle Los Angeles- Movie Review

Sabtu lepas, mama amik peluang pergi dating dengan En Ayah. Biasalah, dating kitorang mesti tak lepas dari tengok wayang cerita action punye. So, En Ayah ajak tengok cerita yg dah lama diidamkannya: World Invasion: Battle Los Angeles.
Ceritanye memang best giler!
Seriously, memang action pack. Penuh dengan adegan yang mendebarkan. Memang tak sesuai untuk budak2. So, kalau nak tengok, jangan bawak anak2. Sebab lepas mama tengok, tekanan darah mama naik sampai pening kepala. Tapi memang tak dapat lupa jalan cerita dia sentiasa fast pace. Never once you will feel bored or sleepy. Betul ni...

Ceritanya pasal serangan alien untuk menakluki bumi bagi mendapatkan air yang digunakan sebagai bahan api di planet mereka. So, serangan mereka memang dahsyat sangat. Bunuh segala manusia yang diorg jumpa. Tapi luckily, satu platun ni ada sorang sarjan yang berpengalaman. Sarjan ni actually pernah dapat pingat sebab berjaya bunuh 10 musuh dan survive. Tapi disebalaiknya, ada adik anggotanya  yang berdendam dgnnya sebab salah sorang anggota sarjan yg terkorban adalah abang kepada satu mamat ni.
Misi diorg adalah untuk evacuate all the civillian keluar dari kawasan yang akan dinuklearkan.
So, masa platun dia dikumpulkan, Leftenan baru ni, quite risau sebab sarjan tu join platun dia and sound baik2 sarjan tu jangan sampai anggota2 platun dia mati pulak...
Aduyaiii! Poyo je ko mamat!

So, bermulalah aksi bila diorg mula encounter alien2 ni. Satu persatu gugur berjuang. Sampai satu masa tu, diorg nak selamatkan civillian tapi chooper tak muat, so, cuma angkut anggota yg injured. tapi belum sempat terban, alien dah letupkan chopper tu. Sedihlah Leftenan dan sarjan tu sebab kehilangan anggota yg injured tadi....Then, they firgured out yang ruang udara mereka dah di konker oleh drone2 alien yang melambak.

Dengan penuh tekad, dia nak selamatkan civillian tadi. Salah sorang civillian tu adalah veterinar (of course la wanita yg cun). So, doc ni tolong sarjan figure out tang mana jantung menatang alien tu. Dengan Koperal Imlay yang terer dan comey (keciknye orgnya..) kerja diorg beraya settle. tapi masa sampai kat Front operational base (FOB), FOB dah diserang cuma tinggal base lagi satu. so diorg cuba ke base lagi satu tu,tapi diorang kena serang lagi sampai mengorbankan sorang civillian yg cuba menyelamatkan anggota sarjan ni dan juga Koperal Starvou yg cuba selamatkan Koperal Harris. Yang turut terkorban adalah Leftenan diorg yang sanggup korbankan diri sebab itu saja cara yang dia boleh buat utk pastikan semua civillian tu selamat. (Bagusnye...)

Disebabkan kematian civillian ni, diorg jadi makin bersemangat. So, diorg berjuang mati-matian sampai dapat chopper untuk selamatkan civillian. Bila civillian selamat, Sarjan dengan machonya cakap nak letupkan control centre alien tu. So, disebabkan semangat berpasukan semua anggota dan anggota baru join sarjan tu. So, berhempas pulas la diorang cari dan cuba sedaya upaya musnahkan pusat kawalan alien tu. Akhirnya, berjaya mereka memusnahkan pusat kawalan. So bila pusat kawalan dah musnah, diorg tak dapat lagi kawal ruang udara, ini membuka peluang untuk manusia kembali mengusai ruang udara dan menghapuskan mereka...itu sahaj ceritanya. Mama tak retila nak cerita, korang kena tengok sendiri. Kalau korang suka cerita askar2 atau perang2 ni, ni la cerita yang betul2 up to our imagination. Best tau!

Friday, March 18, 2011

Hop Movie Trailer




Mama tengok trailer ni kat Nuffnang.Harap2 dapat le premier screening tickets..Dapatlah tengok awal..Boleh share the review with you guys nanti..Doakan ye?

Sunday, March 13, 2011

Rango- Movie Review

Jumaat hari tu, mama balik dari outstation kat Johor, terus mama call ayah cakap nak bawak Afzal pi tengok Rango. Dari iklan nampak macam fast pace story sesuai untuk budak yg fast pace tu...
So, pukul 11.30mlm kami tiga beranak pi la tengok Rango kat Cheras Leisure Mall. Biasala, budak i tido pukul 12-1am, so no problem bawak dia tengok midnite.
Dari awal lagi, dah ada petanda something tak best gonna happen.
Mula2 kitorg parking kat tempat yg tangga semua dah kunci, so, kelam kabut jugak cari tangga yang boleh access ke panggung.
Then, masa kat dalam panggung, almost 30 minutes tunggu utk diorg start. padahal tiket 11.30 tapi kat pukul 12mlm baru start all the promo trailer tu..
Bila start, awal2 ok masih ada lawak yg boleh digelakkan. Tapi bila start crite, tak tau nak gelak kat mana...

Ceritanya pasal sekor cicak yg tercampak kat desert and to survive , dia kena pegi ke Dirt town (cowboy town). Kat situ dia jumpa cicak betina yg nampak psycho. Pastu kat town tu ada masalah kemarau dan gengster. So, si Rango yg penakut ni, buat2 la crite yg dia ni lawan 7 ekor penjahat dgn sebutir peluru. So, semua respek la. Sekali masuk gengster, semua harap dia pi lawan. So, secara kebetulan dan nasib berpihak sebelah dia, semua penjahat larik...bukan sebab dia, tapi sebab nampak ada burung helang datang. Then secara tak sengaja dia terbunuh burung helang tu...So, makhluk2 yg nampak pun respect abis kat Rango and Rango dinaikkan pangkat jadik Sheriff. Tapi of course sheriff yang hampeh....

All the jokes macam 'lame' sangat. Johnny Depp tak sekelakar macam pirate of the carribean. Of course la sebab dia just suara je kann...hehe
So, sepanjang crite tu, Afzal tak paham...so, dia pun dah start buat movie sendirik. Nasib baik amik couple seat so, takde le menggangu orang. Mama dah nak bwk budak ni kluar. Tapi tak sampai hati sebab Ayah beli tiket...

-sambung crite...-

So, sampai part Rango nak fight Jake the Rattlesnake tu, mama tak boleh nak criter lebih lanjut sebab bila mama terpandag sebelah kiri, couple sebelah kitorg dah lena dibuai mimpi, mama pun menguap dah kami dua beranak tido dgn nyenyaknye despite all the bising2 soundeffect....
Ayah masih setia menonton....
Bila dah abis, mama perasan betapa ramainya penonton yg tertido....So, mama cakap kat Ayah "sori tertido, tak larat nak tunggu part nak gelak"
Dia plak cakap..."Abang ingat nak keluar balik je tadi..tapi sebab sayang yang cakap nak tengok, abang stay je la"....hehe, haah mama tengok dlm mimpi je la....

So, korang jangan bazirkan duir korang tengok criter ni kecuali korang ada masalah tak boleh tido, baru korang pi tengok gerenti boleh tido..hehe
muka confuse mama bila tak tau nak gelak tang mana...

Saturday, March 5, 2011

NOKIA E7

Wahhh!!!! Cantiknye! Cantik kan?? Dengan body yg licin dan menarik. Qwerty keypad and 8MP camera! All in one yg amat menarik hati mama....Tapi reganya tak pasti pulak. Yg pastinya, kita boleh sambung ke TV untuk view photos or video yg kita amik. Ni kira wish list mama bila dapat bonus nantilah ye..hehe

Melepas Lah Lagi- Beastly

Last week, masa mama tgah busy pegi assist customer, mama terbukalah Gmail yg dah jarang dibuka since tak berapa aktif blogging ni. Ternampak invitation ke Beastly Premier Screening! Yahuuuuuu!
Tapi tetiba pulak, doktor panggil assist dia buat scan. Lepas tu, abis scan cepat2 lah mama nak confirm. Tengok2 dah ditutup 5 minit lepas and bila call, nuffnang dah bagi tiket kat blogger lain...Sedihnye....huhu...
Nak sangat tengok citer tu dgn hubby......Tapi takpe lah.maybe bukan rezeki mama. And maybe blogger yg dpt tu dah rezeki dia...Takpe lah....Tapi bila cuba lain2 contest for other movies, tak dapat lah pulak...Hmmm....Sabar.....:o)


Wednesday, March 2, 2011

Alhamdulillah, It Paid Off So Far!

Alhamdulillah..... Selepas beberapa treatment, makanya berat ni dah kembali menurun kepada sepatutnya....Mana taknya sejak mengandung  20 kg naik cuma turun 10kg je....Abis semua baju from s melonjak ke L and XL....Sedihkan???susah gile nak carik baju...Mesti sangkut kat bumper punye...

So, bila pi treatment yg terlebih charge tu..(Rasanya tak perlu byk tu tapi biasa la depa buat hard sell on me and I'm too bongok to say no kan...Melayang puluh K ok!

So, sekarang berat dah jadi 56kg...Not bad..Tapi diet plan kena lah ikut...So, korang nasihat mama kalau nak pi buat treatment to lose weight, first of all, jangan cakap keje bagus2...and jangan cakap korg ada byk kad kredit and jgn bagi sesuka hati kad kredit sebab diorg akan swipe before you say anything...Tapi kalau depa dah swipe, as long as you'all tak sign dia takleh amik duit korang..So kena beringat tu...Pengalamn mama, mama share kat sini supaya org lain tak terkena dgn mama. Since mama ada extra income, tak le terasa sgt nak membayor. Tapi kalau gaji cukup2 makan, nanti korg kurus bukan sebab treatment tapi sebab susah hati nak membayor...Owh, tempatnya? mama terkena di London Weight Management kat Mid Valley. Cakap free treatment tapi before bagi free treatment dia mintak kad kredit untuk swipe awal2...Betul ke macam tu? Penipu kan?

... Tapi Semua Slimming centre macam tu, Slimming Sanctuary dikatakan suka buat sales masa korang tgah buat treatment. Daripada nak relax dah jadi stress sebab dgn mulut potpet diorg suruh you'll bayar...Hampeh je kan..So far, kat London tu takde la kacau macam tu, cuma diorg akan jual kat u plan yg paling mahal and cakap takde yg lagi murah, lepas tu suruh swipe kat kredit, tak de kad kredit diorg bagi u borang apply kad kredit. sekali dia bagi 3 kad kredit. Kalau diorg pegang abis limit korang diorg akan swipe. And then, kalau tak layak kad kredit dia suruh korang buat personal loan esp RHB easy..Korang kena la berjaga2...Mama ni banyak jugak baca pasal loan so, mama smash balik la kat dia pasal interest, pasal term and all that la...Sampai dia tak tau nak jual cerita lagi dah. Pastu Dia suruh u beli kopi, beli fiber drink and then, Kalau korg selalu pening sebab panas sauna nanti dia akan buka cerita korang byk toksik and akan mintak lagi kad kredit untuk swipe sesuka hati depa utk treatment detox plak...Nasib baik treatment menjadi tapi tak perlu pun amik sampai 60 session...Korang kalau nak amik je 5-10 session cuma RM1900-3500 tak silap...Apa2 pun jangan tunjuk muka byk duit, dia akan charge gile2 ok...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...