Jom Menabung Untuk Anak-anak!

I Support Breastfeeding!

Lilypie Breastfeeding tickers

nuffnang i like!

Menabung Demi Pendidikan!

Thursday, January 6, 2011

Bila Orang Tanya Bila Nak Kawin?

Hmm...mama yakin ramai yang mula rimas bila org dok tanya bila nak kawin kan?
Actually, mama ada cerita nak share dgn korang semua.
Dulu masa mama kat U, mama pernah le kapel for 6 months. Then, mama putus sebab nak blaja (alasan...)
Then, mama tak penah lagi kapel sampai la dah berumur 25. Masa tu mama keje kat HKL.
Masa ni mama kapel la dgn kwn kat U. Tapi tak lama sebab tangan dia suka nak peluk and cakap benda2 lucah.
Terus mama putus jek.
Then, masa tu rasa macam takde harapan untuk berkenalan dgn lelaki yg layak buat suami.
maka, mama pun membawa hati ke Scotland.
Apalagi perabiskan duit simpanan ASB.
Dari London ke Scotland
Scotland ke London
Then balik ke London
London ke Paris pulak
balik semula ke London,
Then barulah balik Malaysia....
23 hari bertapa ke sana,

Maka balik lah mama dengan hati yg melonjak riang nak jejak kaki ke Malaysia.
Sebab apa, best mana pun, tanah tumpah darah tetap menyelesakan..:o)
Then, balik je, mak mama selalu cakap dia segan bila adik2 dia tanya, anak2 dara dia taknak kawin ker? atau memilih, atau tak laku?
(itu mama yg tambah ye..)

Then, mama pun mulalah berdoa semoga Allah SWT tunjukkan jalan yang terbaik.
google image

"Ya Allah, sekiranya ada lelaki yang mampu menyayangi ku sepenuh hatinya, menjagaku, menghormati kewanitaanku serta mampu membawa aku lebih dekat padaMu, maka dekatkanlah dia kepadaku.
Namun sekiranya dia bakal membawa keburukan bagiku, jauhilah dirinya dariku. Kuatkanlah keimanan ku, tabahkan lah hatiku, jauhilah aku dari kemaksiatan dan kehinaan. Sesungguhnya, Engkau Yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untukku. Amin."

Setiap kali mama amalkan selepas solat. Alhamdulillah. tak lama, mama bertemu dgn En Ayah kat Friendster. Kami satu kelas dulu tapi tak pernah bercakap.
Seterusnya...korang tau je la ye..

8 comments:

Iman's Umi said...

Btl tu Mama, sy dlu pn cam Mama gak...risau je, apalagi anak sedara lelaki yg sebaya ngan sy dh kawin, lg la terasa...rezeki, jodoh, ajal maut semua kuasa Allah...Dia tentukan semua, lambat atau cepat je.

Mamaafzal said...

betul tu.doa je byk2.Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..:o)

none said...

ma.. eri sayu la baca entry mama ni.. =(

shahraily said...

betul2, memang rimas. :)

Mamaafzal said...

eri: nape sayu...amalkan doa mama tu yek...insyaAllah..:o)

shahraily: been there. done that! takpe amalkan doa tu, nanti dpt jodoh jgn lupa ckp yek...:o)

indera inn said...

hahaha baca kisah mama cm kisah inn... tp tk ler merantau sampai tempat org.... cinta paling lama 3 tahun... last2 tau he cheated on me... wah,, marah masa tue... kita habis masa 3 tahun tue... rugi masa abis kat org cam tue... salah sendiri.. hehehe masa tue umur dah 25... lama tk ada bf .. dok solo2 ... adik dah kawen... mak start bising.. kita malas nk fikir pasal kawen nie..muda lagik seri tue tk ler..... mak dok kenal2 kan ngan orang tue nie.. tk jalan.. jugak.. then masa umaur 28 ada 2 org jejaki.. satu jauh n satu dekat... so minta petunjuk ngan Allah.. buat istikharah... alhamdulillah yg dekat diberi petunjuk untuk menjadi raja kat hati.. La nie dah jadi en.suomi.. n ain pun dah 7 month...

Mamaafzal said...

inn: tu la kan?bila sampai seru, kita doa byk dan yakin Allah akan perkenankan, insyaAllah, tak lama bukan sorang 2-3 Allah bagi nak tgok macamana pulak kita buat keputusan. memandang rupa, harta atau hati budi pasangan.Yang peting, mesti balik kepada Allah SWT.

Anonymous said...

Mama,

Pengalaman hidup, memang tak boleh ditukar ganti.....
Segala pahit manis, akan menjadi memori selamanya... (tambah lagi pengalaman first time 'couple'. betul x?).

Pasni mama buat entry "Bila Orang Tanya, Bila Nak Tambah Anak" plak....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...