Jom Menabung Untuk Anak-anak!

I Support Breastfeeding!

Lilypie Breastfeeding tickers

nuffnang i like!

Menabung Demi Pendidikan!

Tuesday, November 22, 2011

Perkara Penting Untuk Saat Kelahiran!

Inilah perkara yang mama akan siapkan sebulan sebelum bersalin. Memang susah nak pastikan apa yang penting untuk dibawa terutama bagi yang pertama kali menjadi ibubapa. So kali ni mama nak share dengan korang : Hospital Bag Checklist.


1-Berus gigi, ubat gigi, sabun, syampu
Bagi yang suka mandi.

2-Diapers saiz newborn
10-15 keping.

3-Baju bayi
Baju mengikut berat jangkaan bayi. Bawalah 3-4pasang. Baju newborn tidak perlu disediakan banyak kerana   berat badan bayi akan cepat meningkat selepas sebulan kelahirannya.

4-Maternity Pad
Pastikan pad ibu bersalin kerana pad biasa tidak dapat menampung.

5-Seluar dalam

6-Bra Menyusu
Yang ini penting untuk memudahkan anda menyusu ketika di dalam ward. Susu ibu adalah yang terbaik untuk bayi.

7-Flask Air Panas
Ini penting untuk memudahkan anda membancuh air untuk sang isteri yang baru sahaja menjalani proses bersalin. Bancuhlah air milo atau nestum untuk membekalkan tenaga yang hilang di saat kelahiran bayi anda dan sekaligus dapat menambah bekalan susu ibu.

8-Baju Si Ibu
Inilah perkara yang paling mama lupa nak bawa ketika lahirkan Afzal. Makanya terpaksa lah mama pakai sweater yang sendat mendat. Pastikan pakaian yang dibawa mengikut saiz ketika mangandung kerana selepas bersalin anda tidak serta merta turun ke saiz sebelum mengandung (pstt..inilah yang berlaku kepada mama...)

9-Wet wipes
Ini digunakan untuk mengelap badan bayi atau ketika menukar lampin sekiranya anda berseorangan dan tidak mampu berjalan jauh.

10-Kain Napkin

11-Selimut bayi
Bayi ketika di dalam kandungan sentiasa berada dalam suhu yang sederhana dan apabila lahir, keadaan persekitaran mungkin asing baginya. Dengan membalut badannya dengan selimut, kita dapat menyediakan persekitaran yang hangat dan selesa. Selain itu dengan membalut badan bayi, bayi akan mudah tidur lena dan tiada masalah kembung perut.

12-Minyak Yuyi atau Minyak Telon
2 Jenis minyak ini penting untuk memastikan bayi sentiasa selesa dan mngelakkan kekembungan.

13-Bantal dan tilam bayi
Ini penting untuk bayi tidur lebih selesa dan lena.

14-Bakul/ Baby seat
Perkara ini juga penting apabila anda ingin membawa bayi pulag ke rumah selepas keluar daripada wad.

15-Kamera
Bagi setiap ibu bapa, perkara pertama yang ingin dilakukan ialah merakamkan saat-saat pertama kehidupan bayi. maka jangan lupa untuk membawa kamera dan pastikan anada mengambilnya dalam keadaan menutup langsir kerana di sesetangah hospital kerajaan, kamera adalah tidak dibenarkan.

4 comments:

mummyrinazone beauty said...

mmg brg2 kt ats penting..nurul brujer deliver 4 buln lepas.kalu tak sedia brg kelm kbut nnt

MalizaMah said...

entry dan tips yg baik...
utk masa depan saya...
saja2 marayau singgah2...
sama2 jana tabung...
jom usha iklan...
Moga berjaya dgn nffng...
Salam perkenalan

Mamaafzal said...

WNH: thanks sebab rajin dtg visit sini. yup, memang penting. my first delivery very chaos.that's why mama share list ni.tanak org lain jd macam mama...anyway, congrats for your new arrival ye!..walaupun wan dah abis pantang...:o)

Mamaafzal said...

Alieza: hehe..learn from mistake and experience...salam perkenalan..:o)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...