Jom Menabung Untuk Anak-anak!

I Support Breastfeeding!

Lilypie Breastfeeding tickers

nuffnang i like!

Menabung Demi Pendidikan!

Monday, August 6, 2012

Lee Chong Wei Kecundang?

credit : daylife.com
         Apa yang mama tertunggu-tunggu dah pun selesai. Semalam selepas solat Isyak and tadarrus, terus mama buka tv nak tengok perlawanan final antara Lee Chong Wei dan Lin Dan. Maaf ye, mama tak pi Terawikh bukan sebab nak tengok game ni tapi memang this year tak dapat la nak pegi since tengah memboyot bawak perut ni dan at the same time nak jaga si abang since En Ayah dah pi Surau. Perlawanan mereka ni bukan calang2. penuh dengan debaran apatah lagi game pertama dimenangi oleh LCW dan game kedua dimenangi oleh Lin Dan. Begitulah adat bila world No 1 bertemu world No 2. Pelbagai kejutan ada. Nasib baik mama tak semput...
         Tapi nasib lebih berpihak kepada Lin Dan dalam mengekalkan kejuaraan 4 tahun dulu di Beijing dan LCW terpaksa akur akan kehebatan Lin Dan walaupun mama bajet LCW boleh menang sebab dia main dengan lebih tenang berbanding Lin Dan yang nampak sedikit tertekan dan adakala melakukan kesilapan. 
         Apapun, mama tetap salute atlet kita Dato' Lee Ching Wei kerana kekalahan rubber setnya hanyalah berbeza 2 point. Menunjukkan betapa sengit perlawanan ini yang pastinya Lin Dan takkan pandang mudah kepada LCW.
           Sedih jugak mama tengok LCW mengalirkan air mata dan mintak maaf di twitternya kepada seluruh warga Malaysia kerana gagal menyumbang satu pingat emas pertama buat Malaysia yang terlalu dahagakan emas sejak awal penglibatan dalam Sukan Olimpik. Kiranya kalau dia menang, memang masuk buku Sejarah Malaysia sebagai atlet pertama menyumbang pingat emas olimpik buat Malaysia. Tapi, percayalah, kami rakyat Malaysia tidak sekali-kali menyalahkan LCW malah bangga dengan usahanya hingga ke pukulan bulu tangkis terakhir kerana kita semua boleh nampak akan kesungguhan dia. Yang terang dan nyata, LCW tetap disokong oleh kami rakyat Malaysia dan kami bangga dengannya. 

credit : u2consultant.blogspot.com



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...