Jom Menabung Untuk Anak-anak!

I Support Breastfeeding!

Lilypie Breastfeeding tickers

nuffnang i like!

Menabung Demi Pendidikan!

Tuesday, December 22, 2009

lagi lagi afzal....

Khamis lepas, kami balik Klang sebab nenek Afzal dah rindu sangat dengan cucu kenit ni. Sampai Klang, dia buat monyok je...Lembik je... Nenek hulur tangan nak dukung pun dia bolayan... Pastu nenek dia give up, nenek pun keluar dari bilik kami. Afzal angkat kepala senyum2 pergi kat ayahnya. Tiba2 nenek buka pintu balik, Afzal cepat2 buat lembik tapi disebabkan tak sempat nak cari port bagus, dia melepek kat tepi katil...kelakar sangat tengok gelagat dia. Bila nenek panggil lagi, dia buat2 merajuk. Aku cakap kat mak, dia buat2 je mak. Cuba mak acah dia pulak. Nenek pun buat2 keluar bilik.Afzal terus merengek nak kejar nenek. Nenek masuk bilik balik and gelakkan Afzal. Terus dia dukung and bawak Afzal turun ke dapur. Apalagi, aktiviti favourite Afzal dengan nenek....MAKAN..hehe...yang penting rindu nenek terubat tengok gelagat si Afzal. akmi dok sampai Sabtu petang. Sempat la keluar tengok wayang dengan Farul.

Monday, December 7, 2009

anak mama....

Dah lama tak menaip kat blog ni. Sedar tak sedar Afzal dah besar. Dah boleh berjalan and semalam to my surprise, dah pun boleh berlari. Masa tu baru habis solat. Ayahnya bawak dia keluar dari bilik supaya tak kacau mama tengah solat. Dia main kat luar tapi masa dah sudah solat, tiba-tiba je, dia berlari laju masuk bilik and bila ayah dia panggil, lagi laju dia lari macam tak cukup jalan...hahaha, gelak besar tengok gelagat budak sorang ni. Tapi Afzal ni dah develop perangai nakal. hmm, pening jugak memikirkan macam mana nak jaga supaya tak jadi budak yang degil. kadang- kadang babap jugak. Sekadar untuk bagi dia tahu there are things that he cannot do or dangerous. Tapi Afzal macam tak kisah pun. Dia menangis pun kejap je and dia akan datang senyum dan cium orang yang marah dia. Bila macam tu, rasa tak sampai hati pulak. betul-betul dalam dilemma la....Apa pun berharap sangat Afzal akan membesar sebagai insan yang baik budi pekerti macam ayah. Ayah nakal jugak masa kecik (according to nenek la...).
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...