Jom Menabung Untuk Anak-anak!

I Support Breastfeeding!

Lilypie Breastfeeding tickers

nuffnang i like!

Menabung Demi Pendidikan!

Tuesday, June 29, 2010

Chef At Home 10

Pasta Aglio Olio ala Malaysia
Jeng! Jeng! Jeng! Dah lama tak masak western ni. So, semalam disebabkan kesilapan teknikal yang tak dapat nak dielakkan, terpaksa lah jadi kreatif. Nak buat pasta Aglio Olio ni kena ada Capsicum, Olive Oil, mussels and mushroom. Tapi all these thing takde. So, gantikan lah dengan bahan yang ala Malaysia...So, jadilah Pasta yang kat atas ni....

Al Fatihah untuk Arwah Kak Mazidah...

Semalam kecoh dengar kawan2 bercerita. Rupa-rupanya Arwah Kak Mazidah dah pulang ke Rahmatullah Jumaat lalu. Walaupun baru je kenal arwah, terasa jugak kehilangan dia. Meninggal disebabkan kanser serviks. Semalam saya tanya kawan2, arwah tak nampak sakit pun...Diorang cakap memang nampak macam tu sebab arwah sorok sakitnya. Biasanya, kanser serviks ni akan terasa sakit di serviks esp bila bersama and ada bleeding selain daripada masa period. So, untuk confirmkan lagi sama ada bleeding biasa or kanser selalu2lah pergi buat pap smear. Kalau sexually active biasanya doktor akan sarankan 6 bulan atau 1 tahun sekali. Mencegah lebih baik daripada merawat!

Friday, June 25, 2010

Korang Kenapa ek?

Yeay! Hari ni aku bercuti. Ingat nak settlekan hal2 rumah. Then kalau dah siap nak pi shopping kat Mid Valley la kejap. Biasala baru dapat gaji and allowance..kihkihkih...Tapi hari bahagia aku awal2 pagi lagi dah ada makhluk yang rosakkan. Tadi masa nak menuju ke nursery Afzal, ada la satu minah ni drive slow je. Pastu dia belok kanan without signal. Nasib baik aku tak laju sangat sebab bila aku nak terus ke depan dia boleh tiba2 belok kiri sebab nak masuk parking dia. Bodoh ke apa?? Aku terpaksa brek mengejut. Walaupun slow aku bawak, anak aku tu baru setahun konfem la tersorong ke depan budak tu. Ikutkan baran aku nak je pi maki tapi, aku tanak rosakkan mood aku hari ni. So, aku jalan..........Tapi hari bahagia aku tergugat lagi sekalik bila ada pulak Si Joyah nih...Heei rasa nak cili je mulut #$^&... Boleh cakap aku pakai baju mengandung. Kuat pulak tu... Diorang ni memang tak pandai jaga mulut ke???...hello, in what world are you in rite now??? this is fashion! and let me TELL YOU, ikut peredaran zaman sket la joyah.... Tapi all in all aku still kagum dengan diri aku sendiri sebab berjaya mengontrol tamper. Aku cuma buat muka series and cakap, " Nape? Tak penah tengok baju macam ni?" Aku ni bukan jenis mencarut walaupun aku ni baran. Tapi maybe dah tua aku nye baran tu dah kendur dah. Penat nak marah...Tapi itu lebih baik kan?? Hmm..bila dah meluahkan kat sini, lega la sikit...

Thursday, June 24, 2010

Boleh ke Macam ni??

Gambar ni diambil masa baru balik dari Carefour. Tetiba je ayah cakap, "ha...sayang suka la tu..cepat2 ambil gambar masuk facebook!" Mama ingat apa la...rupa2nya, ayah perli mama sebab mama and kawan2 mama suka post gambar2 macam ni kat fesbuk..kehkhekeh! Naasib baik la mama ni kamera 24/7 ada dalam handbag.cepat2 mama amik. Giler kan? macam ni punya iklan pun berani diorang letak kat kawasan public?? Takpe ke?? Boleh ke?? Patut la sana sini kes rogol, sumbang mahram, buang anak...Heiii... takut mama nak membesarkan anak dalam dunia serba dihujung jari nih!

My First 3D Giveaway!

Bila tengok ramai orang buat Giveaway ni, teringin pulak nak buat giveaway jugak! Tapi giveaway pertama kita ni berkaitan dengan ibu-ibu yang sedang pregnant. senang je...


Ini syarat2 contest. Mudah je:
  1. Anda cuma perlu buat satu entry dengan gambar anda berbaju mengandung. Kalau boleh biarlah yang masih mengandung sebab hadiah dia special sangat...
  2. Jadi follower blog Malaysian Breastfeeding Mum
  3. Tepek banner Malaysian Breastfeeding Mum beserta dgn link http://breastfeedingmum.blogspot.com di sidebar anda. 

  1. Sila tinggalkan jejak anda di bahagian komen entry ini so that saya boleh terjah n check entry contest anda. Jejak yg ditinggalkan di tempat lain spt shoutbox takkan dilayan... Format ikut yg kat bawah ni:
Nama:
URL contest:
ID Follower:
Email:


Contest ini berakhir pada 15 July 2010

Pemenangnya akan dipilih mengikut gambar yang paling menarik dan kreatif!


Contest ni takde tempat pertama or whatsoever...Tapi saya akan pilih 3 orang untuk menerima hadiah berupa.......


Pekej 3D scan still and video berserta VCD!!!
contoh hasil kerja boleh jenguk di blog malaysian sonographer

p/s: penyertaan yang LENGKAP sahaja akan diadili!!

Cabutan bertuah Mama Syafi

http://babykidmatters.blogspot.com/http://mama-syafi.blogspot.com/2010/06/cabutan-bertuah-mama-syafi.htmlYeay! saya nak masuk contest ni pulak.mana la tau rezeki afzal dapat hadiah ni..


Ditaja oleh:

Jamuan!!!

Hari ni Dr Yuli and Dr Suraya buat satu jamuan makan tengahari untuk the whole department sempena meraikan kejayaan diorg dalam MOG yang melayakkan diorang jadi Pakar O&G. Alhamdulillah, makanan semuanya sedap2...Lauk ayam goreng rempah, sayur pucuk paku lemak, sayur goreng ikan masin, ikan taucu and sambal belacan. Memang best sampai bertambah2 makan..Terima kasih daun keladi, kalau ada mesti la nak lagi...Tahniah juga untuk kedua-dua doktor kita yang berjaya jadi pakar. Semoga berkhidmat dengan penuh jayanya!

Wednesday, June 23, 2010

Lawak si Afzal....

Dua minggu lepas, mama saja la ajak Afzal mengeja..Afzal, A...Ayah...nak tau apa jawap Afzal?? A..Ayah...Ma..mama...mama and ayah gelak...pandai.....anak mama....Last week, dia demam..siang ok lagi tapi bila malam, melepek dengan merengek, kesian betul tengok. Mama nak tidur pun risau tajut tak sedar kalau Afzal bangun mintak air...Tapi semalam, bila dah sembuh. Mama ajak Afzak baring sama2 atas katil. Mama cakap "Jom Afzal kita mengeja... A..Ayah...." Hmmm budak nakal ni jawap..."A..Ayah...Nen..Nenen!" terus pusing badan dan mintak nenen! bertuah punya anak...buat lawak pulak dengan mama...

Sunday, June 20, 2010

Afzal Demam Lagi...

Hari ni dah masuk 3 hari Afzal demam. Siang hari dia nampak ok tapi bila malam je, melepek and suhu badan pun naik. Susah hati mama. Ubat supp paracetamol and bye-bye fever tu la peneman Afzal. Mama tak boleh nak tido malam takut Afzal apa2...Esok, mama terpaksa amik EL. Mama nak jaga sendiri anak mama ni. Mama harap Afzal cepat sembuh. Mama nak main bola dengan Afzal, mam nak bawak Afzal main layang2 kat taman mcm yang Afzal selalu nak...Mama sayang Afzal!

Thursday, June 17, 2010

Mencandat Sotong Trip 2010

Rasanya belum basi lagi cerita mencandat sotong ni. Last week, kami sekeluarga berjaya jugak pergi family trip ke Terengganu. The tajuk is Mencandat Sotong 2010.



Tapi bukanlah semua pi candat sotong sebab kaum2 ibu kena jaga anak. so, kaum2 Adam je la yg pi. Bak kata my mum, pergi cari rezeki...kehkehkeh...Seronok memang seronok. 


 
Kami pi 23 orang termasuk cik, adik beradik dan anak2 sedara...Kami dok kat D'Niq Homestay betul2 depan Pantai Batu Buruk. Yang bestnya, rumah tu rumah papan. So, merasa la mcm dok umah sendiri yg dah lama ditinggalkan mereput kat Kampung Gebeng tu...Sebelah rumah tu pulak warung yg memang glamer dgn nasi dagang dia...tapi sempat makan sepinggan je sebab terlampau la laku samapi cepat habis...



Kami sempat juga naik bot. Untuk sejam RM40 tu kira ok la kan....Tengok permandangan masjid mini dari dalam bot.best sangat..



Cantikkan masjid ni?


Lepas Ayah bertolak ke laut utk mencari rezeki tu, si mama ni bawak lah si Afzal main tepi pantai. Nampak pulak ramai orang main layang2. Achik belikan satu untuk Afzal, satu untuk Najwa. Si Afzal apalagi dh memang lama nakkan layang2 tapi mama tak beli sebab kecik lagi. Tapi sekali dapat, etrus Afzal dgn gaya mcm org pandai sangat main..hehe..sweet...


Pastu dah boring, Azfal main pasir pulak...Ermm dah tanak balik pulak dah...Yelah..rumah kita takde tanah...dok kat atas langit...Malam tu kami pi makan sate (Moksu belanja). 6 cucuk sate dengan sebiji nasi himpit berjaya dibelasah si Afzal dengan air bandung...Puas hati mama tengok anak makan macam tu...

 Esoknya, ayah balik penat...So, mama bawak Afzal gi Pasar Payang instead of biarkan dia mengacau ayah...Petang tu kita balik selepas kenyang makan nasi gulai kawah kat umah Sepupu Pak Teh...Rasa macam cepat masa berlalu.Mama plan nak pi lagi Terengganu sebab banyak lagi yang tak sempat pergi..mini masjid, taman tamadun Islam, kilang batik, kilang kpok lekor...Besttt!

Tuesday, June 8, 2010

Kita Menang Seiras Wajah Contest!! No 4

Hehe, last week Yan from http://mayaqarmyla.blogspot.com
bagitau Mama and Afzal menang no 4 dalam contest seiras wajah..Ni first time menang.seronok jugek masuk blogger contest nih. Thanks Yan from http://mayaqarmyla.blogspot

ni la gambar yang kami pertaruhkan...

Chef At Home 9

Mama suka sangat masak2..especially bila mama tengah lapang masa weekend. Biasala, mama Afzal kan suka makan...So, pagi Sabtu mama buatlan Ommelette with sausage untuk Afzal and Western Breakfast untuk ayah.just a simple breafast tapi sedapkan Afzal??hehe...* tarikh on the photo tu disebabkan tersilap setting..it's actually on 4/6/2010.

Chef At Home 8

Ni masa tengah mc lepas oral surgery. Teringin nak buat Steak.So, berjaya jugak akhirnya. Tapi tak boleh makan sebab mulut still bengkak...

Monday, June 7, 2010

Chef At Home 7

SSpagetthi Bolognaise

Futsal Remaja Bakti 2010

 Semalam kami ada Futsal Remaja Bakti. Ni program anjuran keluarga Bakti (keluarga suami sebelah arwah ayahnya). Program tu sekadar sebagai aktiviti untuk berkumpul dan beramah mesra dengans saudara mara. seronok juga bila dapat berkenalan dengan orang baru. So, semalam jugaklah hari pertama mama jadi ahli keluarga Bakti secara officialnya.



Perlawanan futsal boleh tahan sengit juga.
Ada 3 team je. Ayah team Hitam (The A Team, uncle Hariz team Kuning (Jogho) and satu lagi team Merah. Maybe kalau Uncle Yap ada dia team merah kot. Tapi emmandangkan Kuning dah nama Jogho maka, dirog le juaranya. SApe lagi kalau tak Uncle Hariz jadi top scorer. Biasalah orang muda..Tenaga masih banyak.Afzal dok tido je dalam kete.







Bukan apa, awal2 lagi Afzal dah warming up.tawaf satu centre tu.bukan ikut dalam tapi ikut luar yg tengah panas terik tu..mama jugak jadi mangsa. Dah tu bila tengok ayah masuk court, nanges..agaknya ingat ayah dia kena kurung kot..Itu yg mama kasi nenen bagi tido dulu.






Bila dah abis matches tu, mama pulak kena masuk..Rupanya ni la aktiviti misteri untuk mama. kena masuk court la pulak..Mama ni bab main memang tak suka main2..So, jadila mama org pompuan yg hebat kat dlm court tu.. ayah cakap semua org kagum ngan mama. diorg tak tau.mama tak tau langsung rules.setakat sepak bola tu memang la. dah selalu nyebuk bila ayah main bola.. yang penting we had a good time kat sana. Best!

Friday, June 4, 2010

O&G Nite Dinner -Superhero Theme

Ni masa Annual Dinner Department mama. Dengan tema superhero, mama ingat nak jadi family GI Joe. Ayah GI Joe, mama jadi GI Jane and Afzal jadi Joe Junior Tapi baju loreng mama and ayah loreng Malaysia, baju untuk Afzal takde pulak saiz.Yg mama jumpa cuma skirt loreng...Last2 ayah belikan baju and acssesories Ben 10. Tapi Afzal taknak pulak jadi Ben 10. Ape pun kita tetap sporting malam tu...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...