Jom Menabung Untuk Anak-anak!

I Support Breastfeeding!

Lilypie Breastfeeding tickers

nuffnang i like!

Menabung Demi Pendidikan!

Friday, December 31, 2010

Elia Kekasih Khairul Fahmi?

Dalam dok busy melayan kerenah Afzal yang tak leh tido ni, mama sempat jugak la berblogwalking.
Tetiba tersangkut kat setengah jam dok baca
cerita cinta Penjaga Gol Team Malaysia kita ni...

Wahhh...jangan tak tau.Si Apex suda berpunya ye..
So, kepada mana2 wanita out there yg tergila2kan mamat berwajah Korea ni,
calm down ye..
Awek Apex ni blogger jugak.Dalam masa setengah jam mama baca entry2 dia, dah 20 orang follow blognya..
Dasyat kan?
sekarang follower dia dah pun 4828. MAsa mama buka tadi dalam 47++.

Cerita dia best jugak and harapan mama semoga kisah cinta Fahmielia ni 
berjaya ke jinjang pelamin...
Nampak sesuai je...

Nak kenali Fahmielia lebih dekat?
jom klik


Akhirnya Piala AFF Suzuki Milik Malaysia Terchenta

Akhirnya, setelah bertungkus lumus menonton, berjaya jugak mama tengok Malaysia menjulang kejuaraan.
En Ayah cakap this is one of the strongest Malaysia Team. 
Betul tu.
Dengan Coach Yang Hensem mcm Rajagobal,
striker hebat macam Safee Sali,

Playmaker yg genius Nurshahrul Idlan

Goal Keeper yang cool and terer mcm Khairul Fahmi,

We have a great team
Maybe lepas ni, stadium bola kita akan mula penuh dan tiket habis terjual.
Era baru bola sepak akan bermula tahun ini
dengan kehadiran pemain2 muda yang matang dan berbakat.
TAHNIAH
kepada

Harimau Malaya sebagai JUARA piala Suzuki

Safee Sali sebagai Penjaring Terbanyak
Agaknya kalau ada Penjaga Gol terbaik,
confirm la si Apek kita kan?

Happy rasa bukan setakat sebab Malaysia menang, tapi sebab kehebatan adik2 bermain bola, maka dapatlah mama ni cuti di hari Jumaat maknanya? 

Maknanya, takde la presentation depan my manager esok..Yahuuu!

Lagi satu yang best, esok En Ayah setuju balik my kampung!!

Yeay! Yeay!
Seronok kan? Lagi pulak dah lama tak balik kampung dengan En Ayah.
Boleh la bawak si kenit yg genit ni pi main pasir kat pantai Batu Hitam..

Ermm..Tak sabarnyeee!
Kampung, Here I come!

image source: google.com

Wednesday, December 29, 2010

Perlawanan Akhir Piala Suzuki MALAYSIA v/s Indonesia


Tak sabar pulak rasanya nak tengok Malaysia lawan malam ni. Tapi kesian. Dengarnya, diorang tak boleh nak buat latihan dek kerana penyokong2 Indonesia yang fanatik dah tunggu nak ganyang player kita..Ish..ish..ish...
Katanya nak balas kejadian laser itu hari. Tapi kan?? betul ke ada laser atau si Markus tu saja buat onak sb tau penyokong dia akan meletup bila dia diusik..alololo..manjeeerrr......
Pastukan, Indonesia mengarahkan 3000 polis bertugas malam ni untuk menjaga keselamatan player dan penyokong malaysia..Alhamdulillah...Nasib korang sedar kepentingan hubungan politik antara negara ni penting.
YANG PENTING!
mama ni, mama dah berdoa sama2 dengan Imam muda kat ERA tadi semoga player dan penyokong kita selamat di sana dan player kita dapat menjulang KEJUARAAN setelah 14 tahun ketandusan...Amin...

Imam Muda mintak 5-1
Mama mintak 5-0
jgn kasi peluang!
Gempur!!!
owh..sungguh fanatik rasanya mama ni...huhu

Monday, December 27, 2010

ChurpChurp | Social Share » Catch Korean Pop Stars live in Malaysia! (Preview)

ChurpChurp | Social Share » Catch Korean Pop Stars live in Malaysia! (Preview)

Kemenangan Leg Pertama Milik Kita!


Semalam, mama join En Ayah tengok bola. Mulanya macam hambar je permainan. Maybe player kita kurang yakin tapi masuk je separuh masa kedua, pemain kita mula dapat rentak. Permainan diorg cukup menarik dengan kehadiran playmaker Nurshahrul Idlan jersi no 9. Gol pertama disumbat oleh Safee Sali walaupun mulanya agak kecoh bila penjaga gol Indonesia membuat bantahan sebab katanya ada pancaran laser ke mata dia dan i tu mengganggu fokus dia. Monyet betul la penyokong yg buat macam tu. Itu mesti tak tau apa2 pasal bola. Kalau Referee cakap kita bersalah, silap2 free2 je Indonesia menang 3-0 (mata penalti kata En Ayah). Tapi nasib menyebelahi pemain kita yang bertungkus lumus berperang kat padang.

Dalam leka menonton, ada pulak budak yg kurang dapat perhatian semalam buat terjun tiruk sampai terhantuk kepala kat dinding. Makanya hilang fokus mama menonton bola semalam sebab nak memujuk budak bertuah tu. nAsib tak benjol~

Permainan diteruskan walaupun ada masnya, Malaysia nampak kelam kabut tapi, ketajaman playmaker kita bermain, membantu la pasukan kita memperoleh gol kedua menerusi Ashaari. Ayah, cakap kalau dapat tengok Safee heading macam hari tu best sikit..
Hmm...lepas tu, tak silap minit ke 80 kot, Safee Sali berjaya menunujukkan ketangkasan kepala dia menheading bola masuk cateeekkk ke gol lawan....

Sudahnya? KITA MENANG 1st LEG!
tak sabar nak tunggu second leg kat Indonesia
Semoga player2 kita kuat sebab kat sana, mama yakin penyokong sana lebih fanatik!

Tahniah Harimau Muda!
Ngauuum!!!

image sorce: www.harimaumuda.com

Saturday, December 25, 2010

25 Dec- Happy Birthday Mak!

Seronok hari ni mama dapat sambut birthday mak mertua dengan cukup meriah. Semalam, mama
dapat half day off, so gunakan masa untuk temankan 'birthday girl' beli barang.
Walaupun mak punye birthday, dia tetap nak masak sendiri sebab katanya nak jemput bebudak yang banyak tolong dia masa kitorg takde. Baguslah tu. 
So, menunya? cukup menarik







Yang penting semua happy termasuk Afzal yang tak habis2 nyanyi lagu 'Happy birthday to youuuu'

Happy birthday mak!
Semoga mak dipanjangkan umur, murah rezeki,
Segala doa mak termakbul
dan mak akan menikmati kebahagiaan dan kesenangan hidup selamanya....

Thursday, December 23, 2010

50 Bloggers Diperlukan II




Korang, sempena ketiadaan lappy mama, terpaksalah mama cari aternatif baru untuk blogwalking. So, Ni lah cara terbaik untuk encounter problem serious mama nih! Apalagi join le bloglist 100penulis. Bagusnya, bukan saja masuk blogroll tapi dgn cara ni, kita daat PROMOSI BERGANDA! baguskan? so, mama nak share dengan kawan2 mama. semua boleh join tapi mama sempat letak nama ni je. NAk cepat ni. Nak amik amik si budak Afzal kat Klang pulak...

umar yg cute

Yang lain2 pun boleh join jugak.klik je kat sini
SINI

HP G42-352TU Kepunyaanku hancus!

Mesti korang pelik mama ni macam chocfudge.Kejap ada, kejap takde.
Bukan apa, masih bersedih dgn apa yg dah mama buat kat lappy mama..huhuuhu....
Kalaulah ada org sanggup derma lappy kat mama nih. Ada kerrr...?

Apa dah jadi?
Hmm..gara2 nak makan Secret Recipe, mama tertutup lappy tapi tak sangka atas keypad ada pebutup modem.
Apa lagi, crack le screen LED mama yg canggih tapi fragile amat giteww..
menangis air mata darah pun tak bleh nak undo my negligence and clumsiness!

Arrrghhhhhhhhhhhhh!
Dah la esoknya nak outstation! 
Alamatnye, terpaksa angkut lappy office yg lebih berat dari Senjata M16.
Dah macam org nak gi perang je bawak beg berat2..Apppuuuu!!!!!!!(bak kata kwn mama)

Macamana ek? korang boleh suggest tempat yg boleh dpt screen LED murah drp rm300 ker?

Sunday, December 19, 2010

Juara Bowling Kategori Wanita? Macam tak cayeee.....


Korang tau tak? Hari ni, mama dengan penuh semangat waja pi pertandingan bowling persatuan keluarga Bakti kat Plaza Alam Sentral.
 Of course my lovely angel terpaksa di hantar ke rumah nenek kesayangannya di Klang.
Bukan apa, mamat ni suka angkut bola bowling and baling kat lane. Perasan pandai main bowling la...apa lagikk...
So, dapatlah mama main dengan penuh fokus!
Point kali ni ok la. Tapi agak menurun daripada pencapaian mama masa pertandingan antara fakulti perubatan. itu pun dah lama. Mama dah jarang main sebab tak sempat. 
Akhirnya, korang tau, kira terbalas jugak rindu nak masuk pertandingan bowling yang sekian lama terpendam...

Mama berjaya sebagai pemain wanita terbaik!

Fuyyohhhhh! Tergelak besar sebab mama dah sikit frust dengan 3rd game mama yg tak berapa menjadik.
Tapi, yg penting hati happy dan Alhamdulillah...sebab ni aktiviti persatuan keluarga sebelah husband mama.
Persatuan Bakti ni memang aktif and mama suka bila bergaul dengan diorg. Ramai di kalangan diorg ni kira berjaya samada street smart or book smart. tapi bila beraktiviti, semua sama level. peramah and tak kekok bila bersama2. Harapnya, next time ada lagik aktiviti yg menarik macam ni ye Mak Long?

Saturday, December 18, 2010

What's For Lunch?

Hmm...pagi tadi mama ajak ayah pi taman. Ingatkan nak jogging but ended up mama memfolo buntut afzal jalan2 merata termasuk kejar burung. Takpelah, next monday mama out station so, kena spend masa dgan dia supaya tak meragam bila balik dari Johor nanti. Then hmm....memandangkan ada macam2 dalam peti ais and most probably next week, takkan masak sebab balik lambat and outstation, mama nak masak special untuk my lovely boys. So, mama cuba create one new menu. Tak le pandai no...biasa je....

Mama namakan sebagai "Cream Cheese Sauce Salmon with Butter Mushroom Rice".....Ok ke namanye?
Mama dapat idea nak masak ni bila ayah cakap, cubalah buat create new menu yang sihat dan bagus untuk Afzal...Of course bagus untuk ayah jugalah...So, inilah rupenye...idokle menarik tapi sedap sampai licin la kami makan. Afzal takle licin sebab mama ter bagi adult portion kat dia.Excited sgt mama ni gamaknye...

Saturday, December 11, 2010

TOLONGLAH KAMI



Bab merokok ni memang takkan habis selagi kilang rokok masih wujud kat dunia ni. Saya pernah mengalami macam2 pengalaman dengan orang yang merokok. Salah satu yang paling tak boleh lupa masa saya pi BBQ nite Jabatan O&G tempat kerja lama saya. Masa tu of course la buat open air tapi masih dalam kawasan hospital. So, masa makan2 tu saya ajak my husband pergi tempat jauh sikit. Biasala pengantin baru masih lagi nak privacy. Tapi, tetiba je ada yang kacau daun. Asap rokok berkepul2 menusuk hidung yang tak berapa mancung nih. Geramnya, saya ni alergik bau rokok, hidung saya mesti gatal and merah. So, saya dengan penuh sopan santun (biasala, org baru kawin-kontrol beb!) cakap" Encik, kawasan hospital tak boleh merokok. Tu guard tengah round nanti kena marah" Encik tu tersipu2 "Yeke? sori ye..." Ingatkan abis kat situ.Tapi budak pompuan kat sebelah dia boleh cakap kuat2 "Eleh, pandai je nak tegur orang.Ingat dia bagus ke?" Aduss! Dalam hati nak je cakap memang aku bagus dari ko!
Tapi saya kontrol sebab inai masih merah dijari so, kena la jaga kesantunan depan suami. Tapi husband cakap, pompuan tu jgn dilayan.Cara pemakaian pun boleh agak apa lagi yang dia boleh cakap pada saya. So, saya cuma urut dada tahan marah (psst:saya ni pantang org kurang hajar dgn saya...).
Pastu, saya tanya kawan2 siapa budak tu. Katanya dia kerani baru kat situ. "Oooo..." 
*
*
Seminggu lepas tu, dia datang nak collect form and surat for ward tempat dia kerja. Dia masuk je office saya, dia terkejut (psst: depan bilik office saya ada kerani lama yang menjaga urusan admin kami yg pegawai2 ni...). Dia ternampak saya, terdiam. Lama dia tercegat depan pintu. Saya tengok je muka dia. Terus dia patah balik and tak jadi masuk. Saya tanya kerani kenapa dengan dia? Kak Ros aka kerani yang baik lagi bagus cakap "ntah!kenapa ye?"...
Sejak dari hari tu, saya perasan, kalau saya tanya atau minta apa2 keperluan dari budak kerani baru tu, dia akan cepat2 sediakan sedaya upaya. Agaknya, rasa bersalah kot. Tapi saya tak simpan dendam. Saya dah lama maafkan pun.
/
/
/
moral of the story, jgn sebab rokok kita jadi hilang budi bahasa, tatasusila...rokok tak kemana.
Saya cakap sebab dalam keluarga saya, rokok pernah meragut nyawa org tersayang saya. salah satu sebab brain tumor adalah kerana kuat merokok. Sebab tu saya pilih suami yang tak merokok. 7 dr 8 adik beradik  saya dan anak2 sedara saya pun tak merokok. Diorang ni tau keburukan merokok dan lebih sayangkan kesihatan diri. Kalaulah semua orang berfikiran mcm ni kan ke bagus...

p/s: pernah ketuai delegasi HKL untuk kempen Anti Rokok pada hari tanpa tembakau sedunia. Naik basikal keliling UM. 

Teen hacker apologises to Lady Gaga

haa...len kali jgn buat pasal ngan org glamer....kan dah kena sebijik...senang citer jgn carik pasal ngan org...hehe


 
BERLIN, (AFP) - A German teenager under criminal investigation for allegedly stealing pictures and unreleased songs from top pop stars has sent a letter of apology to Lady Gaga, a newspaper reported Wednesday.
"Dear Lady Gaga," begins the letter by the 18-year-old self-described hacker identified only as Deniz A which was published in the daily Bild .
"I am ashamed of what I have done. I did not think about the consequences."
Prosecutors in the western city of Duisburg have opened a probe against Deniz A. for allegedly trying to sell brand new music by stars including Justin Timberlake, Kesha, Kelly Clarkson as well as Lady Gaga on the Internet.
Deniz A., who reportedly called himself DJ Stolen, told Bild he was "unbelievably sorry".
"I realise that my ambition was a big mistake," he said. "I will apologise to everyone I caused problems for with my hacking."
Duisburg state prosecutor Rolf Haferkamp said the investigation was well underway.
"We are pulling together what we have learned," he told Bild. "They already fill two fat binders. If nothing else happens we could wrap up the probe soon."
Deniz A.'s lawyer Burkhard Benecken said the teenager had been intoxicated by the power of accessing celebrities' personal data.
"My client felt like he was in a movie," he said. "It is almost unbelievable that such a boy could hack into the accounts of superstars. He knows he made a mistake."
Prosecutors say Deniz A. and a 23-year-old accomplice used Trojan horse programmes to penetrate the computers of people close to the artists such as managers.
They also allegedly published an explicit private photo of Kesha on their website.
But Haverkamp has told the German press he thinks it is unlikely they managed to access data directly from the celebrities themselves.

credit to:news.mylaunchpad.com.my

Tuesday, December 7, 2010

Syabas Nak Naikkan Tariff Air di Selangor?

Marah betul mama dengan Syabas sebab mama dok selangor. Mama search pasal demo air ahad lepas yang dengarnya banyak yang tak best berlaku.. Ni la info yang paling lengkap mama dapat...Feel free to read this!

http://xavierjayakumar.blogspot.com

Khir Toyo Didakwa?

The truth will prevail. Lama dah mama tunggu tindakan seterusnya bila secara terang2 (bukan sekadar kabar angin) pasal harta dia nih. Husihhh...mama keje gomen tak penah terpikir mampu beli kete BMW apatah lagi memiliki rumah bernilai BERJUTA JUTA JUTA ringgit. Mama kenal satu doktor yang 24 hours carik duit sana sini pun tak termampu beli.Maka, apakah maksudnya kemampuan dia ni memiliki harta sebegitu mewah?? Tak sabar nak dengar berita selanjutnya...Sabar....

opps: i came across this tadi and feels like sharing it with you.Malu weh bila dia lebih tau pasal Nik Aziz more than me...huhu (but i am not into any political party here.just sharing this....DON'T GET ME WRONG)

**


John vasudevan
Just for a comparison, can someone please post a picture of MB Tok Guru Nik Aziz’s humble mansion and show the BN and UMNO fellas who is truely practising his religion, and who people ought to exemplify.

**source from http://www.blablabla.com

Monday, December 6, 2010

Afzal First Movie- Rapunzel A tangled Tale


Dah berapa kali En Ayah plan nak bawak Afzal for his first movie. 
Semalam sepatutnya Ayah kerja tapi disebabkan tak puas hati tak dapat beli tiket Rapunzel hari Sabtu sebab full for the whole day, Ayah try lagi semalam. Akhirnya berjaya beli...
Kitoang pi tengok 3 beranak. bagi chip satu paket, terus dok diam tengok sambil mengunyah chip perisa BBQ. Nasib baik mood dia ok. Sampai habis cerita dia dok baik2. Siap lagi gelak and menjerit bila ada part2 yang kelakar..Seronok, Ayah lagi la seronok sebab akhirnya, apa yang dia nak sangat buat dengan anak bujang dia sowang ni tercapai....Nanti kita pi lagi ye Ayah?(itu mama yang cakap...:p)

Opps! Gula, Petrol dah naik. Air pun nak naik???

Mama dengar2 ada parade untuk hantar tandatangan membantah kenaikan tariff air kat Selangor semalam. Diorang berjaya kutip 250 ribu tandatangan. Kalaulah mama boleh join. Bukan apa ini untuk kebaikan rakyat jugak. Semua benda naik sekarang. Gula naik 20 sen, petrol yang katanya takkan naik, dah naik lagi 5 sen (tapi mama tak cek lagi kat stesen.petang ni la...). pAstu air pulak nak dinaiikan tariff. Macamana pulak dengar nak naikkan taraf hidup kita kalau gaji statik tapi brg semua naik. Semalam mama pi makan sate. Bulan lepas sate yang sama ni besarrrr. Tapi semalam, sate dia kecikkkk je. Biasa mama makan 5 cucuk dah kenyang sangat.tapi semalam makan 7 cucuk pun rasa macam cuckup2 jek...Tak tau la lepas ni, macamana kedudukan org2 yang bekerja kais pagi makan pagi kais petang makan petang ni...huyaiiii.....

Friday, December 3, 2010

Jom Sebarkan Kepada Semua-Lee Xin Ru

Ini Sticky Post sehingga diberitahu. Untuk post terbaru, sila scroll ke bawah....:o)



Setiap kali mama dengar atau terbaca kes2 kanak2 hilang ni,
hati mama tak pernah lari dr bimbang.
Anak mama pun kecik lagi,
kalau mama tak boleh sehari berenggang dgnnya,
apa pulak perasaan ibu kanak2 di atas

mama mintak jasa baik kawan2 mama semua, kita sebarkan berita ni.
Harap2 kita dapat membantu menyelamatkan kanak2 ni.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...