Jom Menabung Untuk Anak-anak!

I Support Breastfeeding!

Lilypie Breastfeeding tickers

nuffnang i like!

Menabung Demi Pendidikan!

Wednesday, May 13, 2015

Ibu Kaulah Ratu Hatiku

Dah terlalu lama tak mengetuk jari di sini. Tadi tertengok video pasal seorg motivator bercakap tentang sedihnya dia bila terlewat menyedari betapa pentingnya ibu dalam hidupnya.
Tatkala tu juga, teringat kat sang ibu yg meniti hidup tuanya di kampung. Walaupun semua adik beradik pulang menjenguk, namun anaknya yg sorang ni terlalu sibuk dengan urusan dunia hinggakan jrg meluangkan masa menemaninya makan, berborak dan memanjakan dirinya seperti mana yg dilakukannya terhadap anaknya ini..
Dialah ibu yg berkorban jiwa dan raga demi anak2...ibu yg sanggup berjalan berkilometer demi menghantar anaknya ke stesen bas untuk ke MRSM.
Dialah ibu yg berkerja mengangkat kayu kayan demi membantu suami mencari sesuap nasi untuk seluruh keluarganya..
Betapa besar jasanya dalam menjadikan anak ini berjaya.
Hari ini, malam ini, aku teringin mendengar suaranya..teringin bercerita dengannya...lantas tanganku cepat mencapai talifon dan terasa sangat bahagianya masih berpeluang melepaskan rindu kepada suara itu..suara yg mendodoi tidurku. Suara itu yg kerap memberi leteran demi hidup yg lebih baik yg kukecapi hari ini.
Kuucapkan terima kasih atas doanya yg kuyakini tiada hijab untuk Allah SWT perkenankan. Sejak hari dimana dia ceritakan bahawa kelahiranku membawa rezeki kepadanya dan arwah ayah malam itu, sejak itu aku yakini doanya. Sejak itu juga hidup ini berubah menjadi lebih mudah. Kerana keyakinan terhadap doa seorg ibu terhadap anaknya ini. Kerana kuyakini janji Allah memperkenankan doa seorg ibu tanpa sebarang hijab. Sejak itu hidup ini berubah menjadi lebih baik. Lebih bahagia. Lebih ceria. Tiada apa yg lebih penting melainkan pentingnya doa seorang ibu. 

Ya Allah, syukurku padaMu menghadiahkan aku seorg ibu yg terbaik yg takkan mungkin aku tukar dengan apa sahaja harta dunia. Engkau Maha Pemurah lagi Maha Mengasihi...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...