Jom Menabung Untuk Anak-anak!

I Support Breastfeeding!

Lilypie Breastfeeding tickers

nuffnang i like!

Menabung Demi Pendidikan!

Thursday, January 27, 2011

Li Na-The First Asian To Win Grand Slam Tournament

(CNN) -- China's Li Na made history on Thursday by becoming the first Asian tennis player to reach the final of a grand slam tournament in the Open era, ending the Australian hopes of world No. 1 Caroline Wozniacki.


Baru seminit tadi mama tengok CNN, She is the Grand Slam Tournament Champion this year! Wauuu....FIRST ASIAN Tennis player...


Bila ditanya mak dia tak dtg ke? dia cakap mak dia busy dgn menda lain so tanak dtg tgok dia masuk final...Semua penonton tergelak dgn cara dia yg selamba n nampak joker sikit.


Anyway, congratulations for being the First Asian to win this grand slam!

Jalan2 di Bandar muar

Hari ni mama 6.30pg dah bertolak ke Muar. Ada user training kat sini. Alhamdulillah setakat ni semua berjalan lancar. Hotel pun sangat menarik! Sekarang mama sedikit busy nak prepare utk jumpa customer jap lagi. Nanti mama akan upload serba sedikit gambar kat sini...Ermm dengarnya, mee bandung muar paling ngetop...Yang mana satu yek?? Malam ni nak pi meronda sekitar bandar muar!

Sunday, January 23, 2011

LWM part 1. Betul ke Cara Kita Diet?

Last week mama pi London,
Mulanya just nak try free trial.
Tapi bila berborak2 pasal masalah berat mama ni, mama rasa,
ni masa terbaik untuk mama invest duit untuk kesihatan diri dan kecantikan diri (apalagi untuk menambat hati suami la kannn...)

Ha..pastu mulala, dia buka cerita pasal lemak, selulit, toksik, kolestrol bagai...
Baru lah mama tau...
So, meh dekat2 sikit mama nak share...

Hari ni, mama nak share ngan korang.

Berdiet dengan tak makan pagi memang boleh kurus. Tapi sebenarnya, kita kurus sebab kelaparan. 
Dengan makan pagi sebanyak 200kcal, kita meningkatkan 1% metabolisme rate.
TETAPI! kalau kita TAK MAKAN PAGI,
metabolisme rate kita akan turun 3%.
Maknanya? Takde maknanya!
Kalau nanti kita rasa boring ikat perut, kita makan macam biasa,
badan kita akan lebih cepat naik sebab metabolsme rate dah rendah dan badan kita tak tau nak buat apa dgn makan2 tu, so, dia tak buang tapi store as fat.
Lama2 badan makin kembang seperti apa yg berlaku pada mama ni!
Kalau korang nak first trial free, korang cakap kat mama, mama mintak consultant mama call korang.
Tapi untuk Klang Valley je tau...

Friday, January 21, 2011

Mama Berjaya Stop Breastfeeding! Yahuu! Sukses!

babynursingblog.com

Hari ni genap 14 hari Afzal tak menyusu. Mama actually dah lupa yang budak bertuah ni
dah patut berhenti breastfeed.
So, genap dia 2 tahun 5 bulan, mama cuba la malam tu.
Dia ni dah stop menyusu siang start 2nd birthdaynye.
So, mdah lah sikit sebab asalnya, mama nak stop breastfeeding. Guna lah sirap kononnya darah....
Siang dia takut le, tapi malam dalam gelap dia dah tak nampak merah, takde la takut. Semerdang le dia bergayut.
Tapi masa genap 2 tahun 5 bulan, mama terfikir nak stopkan sebab tido malam mama tak selesa terpaksa mengiring selagi dia tak lepaskan. Sakit pinggang minggang yg tak ramping nih!

So, mama tukar strategi menggunakan sos tomato kimball. Dia ngap je terus muka berubah. Sian tau kalau korang tengok....Muka terkejut and sedih sangat tengok.
Dia amik towel muka dia, dia suruh mama bersihkan.
Mama cakap tak boleh sebab dah sakit Afzal buat.
Dia merengek sekejap. Pastu nak cuba lagi, tapi tak tahan bau sos tu kan masam.
Mama ajak tido rapat2 ngan mama,
dia merajuk...
Dia amik bantal tidur kat ujung katil.Agak2 sikit lagi nak jatuh...(buat kisah sedih kan?)
Mama sayu jugek. Tapi sampai bila nak bergayut cam tu. Kang dah masuk Unibersiti mintak nenen tak ke haru jadinye???
Terpaksalah dikuatkan semangat pejam mata je..
Alhamdulillah....Sekarang kalau tanya je, dia akan cakap
"eeiii...Eli la mama...tak alu aaaa....."
Haha, mama plak yg tak malu. Kamu tu dulu lagi tak malu...hehe
mybroadband.co.za


Thursday, January 20, 2011

What To Do?

Sekarang mama tak boleh tido mengenangkan sepupu mama yang terlantar kat spital Kuantan. 
Dia ada SLE so sekarang dah effect kidney.
Dah la tu, anak2 dia kecik2 lagi.Kesian bila pikirkan masa depan anak2 dengan ayahnya sakit kat spital.
Chances untuk kembali sembuh 100% is very low memandangkan kedua2 buah pinggang dah rosak. Walaupun mama tak rapat dgnnya, tapi mama sentiasa ingat jasa baik mak dia membantu mama dan adik beradik dari segi kewangan masa masing2 masuk U.

Masalahnya, mama tak dapat nak balik.
Bukan tanak balik tapi, mama kepenatan baru abis meeting and training. Tambah pula this Friday kena buat preparation untuk Post Sales Training untuk customer next week di luar daerah. Meaning I have to travel by car. Penat!

Dengan Afzal yg tak sembuh2 lagi luka dagu dia tu sebab semalam luka tu terbuka balik sebab dia lasak sangat..Kids....
Sekarang sejak mama cakap kat Ayah nak plan pregnant this year, budak ni nampak manja terlebih pulak.
Terasa penat kadang2 nak melayan kemanjaan anak bujang sorang ni.
Maka hasrat utk pregnant lagi this year maybe terpaksa di bawa ke tahun depan je lah...Tengok le cemana...hehe..

Pening tak korang rasa apa yg bermain kat kepala mama sekarang?

P/s: Sekarang budak comel yg dagu terbelah tu tanak tido lagi. Sedang merengek2 cuba sangkut towel mandi dia kat kerusi...HAHA! LAYANNNNN! Zasssss!

Saturday, January 15, 2011

Bukan Kehendak Mama Jadi Macam Tu...

Semalam lepas beli barang dapur, kami nak pi makan.
Pusing2 cari kedai makan (Suami saya cerewet bab kedai makan ye..hehe)
Last2 sampai je kedai makan yang hampir memenuhi citarasa En Ayah, hujan lebat mencurah2...
mencurah2 macam nak banjir la...series sangat!
So, kami lepak dlm kete for about 20 min.
Bila hujan dah reda sikit, kami pi la masuk kedai makan tu...
Di sebabkan mama nak terkucil amat, letakla si Afzal atas kerusi biasa sambil tunggu kerusi baby sampai.
En Ayah pi cari sandal Afzal yg tecicir ntah ke mana...
So, sesampai je kerusi tu mama baru je hulur tangan nak alih ke baby seat,
Terjatuh la budak bertuah tu.

Bukan salah dia pun. dia berdiri sambil sandar ke kerusi tu. kebetulan lantai penuh air so mudah la terjatuh ke belakang.
Mama panik and terkaget la. Nampak dia jatuh tapi mama punya reaction lambat utk tangkap dia.
Terjatuh tu biasa je tapi kat belakang dia ada tiang grill yg kat bawahnya ada lubang kunci. So, dagu Afzal terkena kat situ. 
Datang satu abang ni cakap, dagu dia kena besi.
Mama tengok, Ya ALLAH!
Dagu anak mama ni terbelah besar. Darah meleleh2.
Cepat2 mama tekan luka dengan baju.mama peluk Afzal kuat2 sedang dlm diri mama sendiri terketar2.
Mama tak boleh tengok anak mama luka,
mama jadi lemah satu badan.
Semua orang tengok kami 2 beranak dengan Afzal menangis kuat.
 Ayah cepat2 datang. Mama ajak pegi klinik.
Nak masuk kereta tu, air dah naik, mama redah je air.
Kami pergi clinic surgeri. 
Tapi nasib baik doctor cakap tak perlu jahit, cuma letak glue.
Katanya boleh kecilkan parut.
Walaupun dia boy, mama tak sanggup tengok parut tu kat muka.
Itu tanda mama tak pandai jaga anak.
Sejak perkara tu, mama sentiasa rasa mama tak jaga Afzal dengan baik.
Mama rasa bersalah dengan Afzal dan Ayah.
Mama rasa mama serba kekurangan untuk bagi yg terbaik utk Afzal.

Tuesday, January 11, 2011

Ana Rafali Menang AJL 2010?

Betul ke tajuk di atas tu? 
of course lah betul sebab mama baca dlm paper.
mama tak tgok pun AJL sebab tak berapa layan sgt lagu2 sekarang ni kecuali lagu2 lama
Celine Dion dan Siti Nurhaliza.
Dulu mama suka la tengok sebab artis pujaan mama confirm menang punye.
Tapi seingat mama sejak Siti Nurhaliza cakap tak nak bertanding
sebab nak bagi can artis baru, mama dah tak berapa tengok dah.
Lagi pulak pengacara sekarang tak best macam Salih Yaakub dan akak
Ogy Ahmad Daud kita.
Lawak diorg kelassss!
Kalau tengok FBI dgn Elly buat lawak suam2 kuku tu, bukan tersenyum tapi
makin berkerut sebab tak tau bila nak gelak.. :o(
Ok 
berbalik kepada Ana Rafali,
Tahniah untuknya.
Walaupun tak tgok show dia, 
tapi rasanya baguslah kot sampai dinobatkan
Juara Lagu tahun 2010.
Rezeki murah...

Agaknya, bila mama nak merasa dapat hadiah duit cash ni?
korang doakan mama dapat dr contest petronas jadi le...
Pengguna setia Petronas nih...

Sunday, January 9, 2011

Harga Tepung Mahalnya!

Wah..wah..wah....Ni nak bebel nih!
Bengang betul la dengan kedai mamak nih.
Tadi mama balik kerja, dengan pecutan 80km/h (takde la laju pun..kan?)
Mama bergegas ke kedai runcit mamak semata2 nak beli tepung
nak buat cekodok pisang. Mengenangkan pisang mak mama bagi dari kampung tu dah msak benor and Si Budak Bertuah tu suka makan cekodok pisang.
Mama amik la tepung cap Sauh.

Korang tau harganya?
Mestilah korang tau. ye dak?
Mama dah lama tak beli tepung. Kat setahun. Masa tu baru RM1.60 rasanya.
Tup-tup tadi masa bayar, mamak tu cakap RM2.70!
Korang, betul ke harga dia semahal tu??
Sebab mama tengo kat katalog Carefour baru RM1.98.
Mahal 90 posen tuuuuuuu!!!!!

Tapi mama bayar je la sebab mengenangkann nak jamu anak dan suami supaya 
terubat hati si anak sebab mama terpaksa bekerja weekend ni....

Tapi apa2 pun, walaupun mahal, berbaloi jugak sebab, dia makan banyak!!!
So, sekarang dia tertidur kekenyangan kat depan tv.
Hmm..Berbaloi-baloi!
Malam ni nak bawak dia pi jalan2 kat Jusco.
Nak ganti balik masa untuk dia...
Mama sayang Afzal!

Friday, January 7, 2011

Bukan Diriku

Setelah kupahami

Ku bukan yang terbaik

Yang ada di hatimu
Tak dapat kusangsikan
Ternyata dirinyalah
Yang mengerti kamu
Bukanlah diriku



Kini maafkanlah aku

Bila ku menjadi bisu
Kepada dirimu



Di kala malam sunyi ni, mama terpanggil lak nak cari lirik lagu ni. Suka sangat lagu ni masa tgah top tahun 2006. Ni lah bait2 lagu ni...



Bukan santunku terbungkam

Hanya hatiku berbatas

Tuk mengerti kamu
Maafkanlah aku



Reff:

Walau kumasih mencintaimu
Kuharus meninggalkanmu
Kuharus melupakanmu
Meski hatiku menyayangimu
Nurani membutuhkanmu
Kuharus merelakanmu



Dan hanyalah dirimu

Yang mampu memahamiku
Yang dapat mengerti aku



Ternyata dirinyalah

Yang sanggup menyanjungmu
Yang lama menyentuhmu
Bukanlah diriku




More lyrics: http://www.lyricsmode.com/lyrics/s/samsons/#share

Thursday, January 6, 2011

Bila Orang Tanya Bila Nak Kawin?

Hmm...mama yakin ramai yang mula rimas bila org dok tanya bila nak kawin kan?
Actually, mama ada cerita nak share dgn korang semua.
Dulu masa mama kat U, mama pernah le kapel for 6 months. Then, mama putus sebab nak blaja (alasan...)
Then, mama tak penah lagi kapel sampai la dah berumur 25. Masa tu mama keje kat HKL.
Masa ni mama kapel la dgn kwn kat U. Tapi tak lama sebab tangan dia suka nak peluk and cakap benda2 lucah.
Terus mama putus jek.
Then, masa tu rasa macam takde harapan untuk berkenalan dgn lelaki yg layak buat suami.
maka, mama pun membawa hati ke Scotland.
Apalagi perabiskan duit simpanan ASB.
Dari London ke Scotland
Scotland ke London
Then balik ke London
London ke Paris pulak
balik semula ke London,
Then barulah balik Malaysia....
23 hari bertapa ke sana,

Maka balik lah mama dengan hati yg melonjak riang nak jejak kaki ke Malaysia.
Sebab apa, best mana pun, tanah tumpah darah tetap menyelesakan..:o)
Then, balik je, mak mama selalu cakap dia segan bila adik2 dia tanya, anak2 dara dia taknak kawin ker? atau memilih, atau tak laku?
(itu mama yg tambah ye..)

Then, mama pun mulalah berdoa semoga Allah SWT tunjukkan jalan yang terbaik.
google image

"Ya Allah, sekiranya ada lelaki yang mampu menyayangi ku sepenuh hatinya, menjagaku, menghormati kewanitaanku serta mampu membawa aku lebih dekat padaMu, maka dekatkanlah dia kepadaku.
Namun sekiranya dia bakal membawa keburukan bagiku, jauhilah dirinya dariku. Kuatkanlah keimanan ku, tabahkan lah hatiku, jauhilah aku dari kemaksiatan dan kehinaan. Sesungguhnya, Engkau Yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untukku. Amin."

Setiap kali mama amalkan selepas solat. Alhamdulillah. tak lama, mama bertemu dgn En Ayah kat Friendster. Kami satu kelas dulu tapi tak pernah bercakap.
Seterusnya...korang tau je la ye..

Wednesday, January 5, 2011

Kenaikan Harga Diesel, Akibatnya Kepada Para Nelayan?

padang-today.com
just like my arwah ayah menganyam jala...miss him so much! Al-fatihah

Ni mama nak bebel sikit. Tadi mama borak2 dengan En Ayah. En Ayah ni orang yang suka berbincang tentang politik, ekonomi Malaysia dan sukan. So, bila part Ekonomi Malaysia ni, mama terfikir bila harga diesel naik, macamana nasib nelayan kita? Bayangkan seliter diesel berharga RM1.80 dah sama dengan harga minyak petrol. Orang pi kerja makan gaji pun rasa sesak nak beli petrol yang harga mahal apatah lagi nelayan kecil kita? Nak cakap pasal subsidi? bukan semua org dapat kan?agaknya la sebab bila part subsidi ni, mesti banyak tol nak kena lalu and last2 sampai kat nelayan, ntah berapa sangat kan? 
p/s: don't quote me. this is just a say from a mom and a daughter of nelayan.

So, mama imagine, kalau dulu masa arwah ayah mama jadi nelayan, kitorg terpaksa berala kadar dr segi makanan dan pakaian sebab mak mama lebih mementingkan pelajaran,
imagine, macamana nelayan sekarang nak survive??
dulu, harga disel berapa puluh sen je. Itu pun kami sekeluarga hidup susah sangat.
Bagi nelayan kecil zaman sekarang, dengan harga diesel rm1.80, pendapatn ikan bukan banyak macam nelayan laut dalam. Walaupun harga ikan mahal, tapi itu harga org tengah yang mark up. Harga borong rendah je. Mama tau la....Mama pernah tengok susah payah arwah ayah mama jual ikan kat peraih. berapa hinggit je dapat. kira pendapatan bulanan ayah mama tak lebih RM250. Nak tampung pelajaran 6 org anak sekolah, 1 anak kat Uitm dan nasib baik kakak mama pi kerja tak pi sambung belajar. Tapi dengan gaji RM180 sebulan, apa la sangat???

Walaupun hidup mama tak mewah, tapi lebih baik drp dulu, mama masih sentiasa mengenang kesusahan hidup anak nelayan. Kesian bagi anak nelayan sekarang. Kalau mak diorg takde kesedaran dlm pelajaran mcm mak mama selalu terapkan, maka tercicir lah anak tu dan seterusnya membawa taraf hidup yg sama ke anak cucu pula.

Cubalah renung2 kan, kenaikan harga petrol dan diesel boleh menyebabkan keluarga nelayan terpaksa skip satu meal dalam sehari. Patutkah itu berlaku sedangkan Malaysia mencapai taraf negara membangun? 

Cutenye Dato' Siti Nurhaliza


kiut kan?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...