Jom Menabung Untuk Anak-anak!

I Support Breastfeeding!

Lilypie Breastfeeding tickers

nuffnang i like!

Menabung Demi Pendidikan!

Wednesday, April 27, 2011

Afzal Oh Afzal!

Semalam, mama baru balik dari outstation kat Melaka. This month alone mama outstation 4 kali utara ke selatan. So, mama bawak adik mama untuk temnakan dan tengokkan Afzal. Mama bawak si kenit sekali sebab risau dia rasa mama kurang bagi perhatian kat dia. Mama ni memang woraholic tapi bila dah ada keluarga, mama letakkan kerja no 2. Jadi bila selau sangat kena outstation, mama buat plan baik2 supaya dapat buat kerja as well as spend masa dengan anak. Of course tak boleh bawak En Ayah sebab dia kerja...:o)

So, Last week, mama bawak dia pi JB tapi tak banyak yg menarik di JB. Even KFC and McD drive tru pun mama tak jumpa..hikhik..

Tapi trip ke Melaka is mind blowing. Kerja settle and dapat lagi bawak Afzal main layang2 kat tepi pantai Klebang. Actually the main plan is for horseriding. Mana le tau, kudanye dah takde. So, beli le layang2 RM5 tu main. Tapi last2 mama yg main. Budak tu sibuk main pasir. Org Key El....Kat umah tak jumpa pasir..Ahaks!

Masa balik semalam, mama lalu la kat Dataran Merdeka sebab nak hantar my lovely sister balik umah dia. Kat Dataran Merdeka tu kan ke banyak lampu yg meriah2. So, Afzal pun excited la "Wau....Cantik la....! Ma...Cantik la..Mapu...." Hahaha! Gelak mama dan Mok Su dia....Mapu tu lampu....Siap lagik dia nyanyi2 lagu untuk lampu2 yg meriah tu....Sian, lahir kat KL, dok kat Cheras, tapi macam tak penah tengok lampu kat Dataran Merdeka tu..Apa la Afzal...

Pastu sepanjang jalan, non stop pulak dia menceceh dgn bahasa pelat pekat tu...Bila kitorang tak layan dia pun panggil..."Ma....Ma...." Bila tak dilayan...."Ma...Iya....Ma...Iyaaaa....!" Dia ajuk pulak mamanye nih..Hish...baru 2 tahun dah pandai buat kelakar...Takpe yg penting kamu dah buat mama segar walaupun seharian kerja and drive jauh...:o)

Masa berenti makan dekat rumah adik mama tu, dia sibuk nak bagi keropok lekor dia kat kucing...Mama biarkan jelah...Biar dia belajar untuk sayang haiwan and biar suatu hari nanti, dia faham, Bila kita hidup senang, ada yang hidup susah, jadi makanan yg kita ada baiklah dikongsi tak kira manusia atau haiwan.. Sebab semuanya, makhluk Allah SWT....Semoga anak mama jadi insan yang baik dan berjaya di dunia dan akhirat..Amin...


Sunday, April 24, 2011

I Met Prince William In Person!!!!

Hahaha! Poyo je kan tajuk mama kat atas nun? Takde apa, sekadar nak bercerita masa mama ke Scotland 6 years ago....

Masa tu mama muda dan bujang trang tang tang lagik.... Pi sana menghabihkan duit simpanan... So, masa kat sana, mama tak lepaskan peluang untuk pergi Loch Ness, Scotland. Korang pernah dengar Loch Ness? Ala, yang konon2 ada Nessie tu... Takpe lenkali mama cerita. So, masa mama tengah tunggu bot datang, mama dok videocamwhoring ler sekeliling pier tu...Sekali, mama tertangkap gambar mamat ni. Mama punye le excited sebab mama ingat dia Prince William...! Mama ni dah la peminat Prince William dari kecik lagik...Klaka ko! Takkan la Prince William keje part time kat pier plak kan...Nak tengok gambar dia??







Haaa? Ensem tak?maybe sekarang dah separuh botak cam William tuh..kehkehkeh! Ala, ni kenakalan masa tak cukup umur lagik...En Ayah sedia paham perangai mama...

Monday, April 4, 2011

Hotel Ipoh City-Hotel Review

Lately banyak review mama buat..Bukan apa, sekadar berkongsi sebab hotel2 ni tak mahal, so, sesuai sgt kalau you all nak plan bawak anak2 bercuti...

So, Untuk kali ni, Hotel Ipoh City....
Terletak d Jalan Dass, Bandar Ipoh, Senang sangat nak cari sebab kat sini memang banyak hotel2 yg menarik tapi murah..
Macam yg ni satu bilik dengan katil Queen, perabot seperti meja tulis, almari 2 kerusi malas, meja tv, dan meja kopi semuanya dari kayu jati.
Owh, ada satu cermin jati yang besar. Ruangnya memang luas, maknanya, korang boleh tambah satu katil extra untuk anak. TV CRT 21 inci, ok lah...takde astro tapi kalau setakat nak tido, tv tak penting sangat...
Complimentary nescafe, teh,gula,krimer dan 2 botol air mineral....
Cek kat dalam peti ais dalam kabinet tv ada 2 botol mineral...
Then, toilet yang luas.Lagi satu yg org mesti suka ialah free WiFi utk semua bilik....
Ok lah kan?

Satu malam cuma RM94.00 Bagi mama berbaloilah...
Jom tengok sikit gambar2...








Saturday, April 2, 2011

Hop- Movie Review

Semalam, mama ajak En Ayah bawak Afzal pi tengok wayang. Biasalah baru gaji banyak je idea nak spend duit..Haha!
Actually mama lebih suka GSC sebab twin seat dia besar dan selesa and ruang depan kaki lebih luas. Sebab kitorang beli twin seat boleh duduk bertiga...Syukur En Ayah dan Afzal slim2 orangnye...Lagipun twin seat kat GSC cuma RM11 compare to TGV RM14. Kekurangan TGV pada ruang yg sempit, sofa yang kecik dan pop corn dia tak sedap tapi mahal....:o(

Tapi nak buat macamana, GSC kat area rumah mama tak tayang citer HOP. Mama dah janji dapat gaji nak bawak Afzal tengok rabbit and candies, so mama mesti tunaikan sebelum outstation next Monday.

So, malam semalam lepas Isyak, kitorg berduyun2 lah 3 beranak pi Jusco. Elok2 je seat yg mama cuba reserve kat website kosong. One more thing, e-ticketing TGV adalah sangat poor....cubalah sendiri!

Ok, berbalik kepada cerita.....
Cerita dia memang menarik dan can absoluely tickle your funny bones!

Especially dengan adanya James Marden yg cute tapi joker...!
Cerita mengenai E.B yang terpaksa menggantikan ayahnya sebagai Easter Bunny for that year. Tapi dia ada impian sendiri untuk menjadi drummer yg fames dan kaya....

So, dia larikan diri ke Hollywood. Kat situ, James Marden aka Fred O'Hare terlanggar dan terpaksa bawak balik rumah yg besar. Tapi bukan rumah Fred. Fred cuma jaga rumah bos kakak dia g pi Holiday...
Fred ni nobody yg takde keje and still living with his family...Tp Family dia tak suka and nak dia berdikari...
So many things happen...

EB berjaya dalam ujibakat dengan David Hoffman dalam Hoff Knows Talent and kena pi buat show on the Friday. Tapi hari tu jugak Pink barret a.k.a comando rabbit betina (that's why pink) datang untuk bawak dia balik. Tapi dengan kebijaksanaanya, dia berjaya lari masuk Limo The Hoff dan tinggalkan Fred yg jd mangsa keadaan....

Fred kena tangkap sebab disyaki membunuh EB. So, masa ni la si Ayam ni buat onak...Apatah namanya...dia nak rampas kuasa Ayah EB. So, tangkap Ayah EB dan Fred...Masa ni, EB rasa bersalah tinggalkan kawan dia. Dia balik tengok Fred dah akde meaning Pink Barret berjaya tangkap Fred.

Atas dasar persahabatan, dia balik untuk jernihkan keadaan...Tapi tak sangka Si Ayam dah tangkap semua orang...So, masa ni cam biasa lah. Ada gaduh2 sikit...Dan berjaya...

Akhirnya, EB minta Ayahnya lantik Fred sebagai co Easter Bunny...Oklah sebab Fred kan penganggur yg tak tahu apa dia nak jadi..

So, on the Ester morning, dia balik rumah to have breakfast with his family...Mula2 ayahnya sarcastic skit dengan costume dia...Tapi bila Easter Bunny datang jemput fred dengan Egg Cart, barulah dia sedar yang anak dia berjaya dalam sesuatu dan dia bangga dengan Fred Finally....

Yang kelakar:
1. Masa EB berak jelly bean candies
2. Masa kakak Fred makan jelly beans tu
3. Masa EB berlakon jd patung rabbit...Sangat cute tau!
4.Masa Fred dan EB buat kacau kat pemenasan Alex (anak angkat family Fred)
5. Banyak sangat part kelakar dalam cerita ni...
Rate: 5 star for funny

Actually cerita dia bukan apa pun, just sekadar cerita ringan yang mempunyai maksud yg simple. Biasanya, Si Ayah akan tunjuk rasa kecewa especially bila anak lelaki dia macam takde masa depan atau at the age of late 20's masih takde buat sesuatu yg boleh dibanggakan...So, mulalah si ayah akan pressure anak ni to do something even if he don't like it...So, anak akan rasa mcm tak best dan cuba buat sesuatu tapi masih tak mencukupi utk Si Ayah...Moral of the story, even how much you want your son to be somebody, kita sebagai parent must be with them. Jangan perlekehkan mereka, jangan membanding2kan mereka. Tapi show that you care is actually more than enough... Memang benar anak2 ni, at the age of 20's diorg tak tau apa diorg nak jadi and tend to do stupid2 thing...But, dgn memperlekehkan mereka takkan membawa apa2 yg baik. Hanya doa dan dorongan menjadi perangsang dan petunjuk buat mereka....Sebagai ibu kepada seorg anak lelaki, mama akan ingat perkara ni sebab mungkin mama akan alami perkara yg sama lagi 15-20 tahun. Who knows?

Friday, April 1, 2011

WAY WAY Q6031

Early this month mama beli GPS since itu merupakan kepentingan utama bila kerap outstation. Imaging nak pergi klinik2 kat ceruk2 ni.Mana ada kat google maps. So, spent la duit sikit...

Mama rasa berbaloi jugaklah 2-3 hari jalan2 tengok the less price for more..Of course lah, bila menda2 camni, kita takyah cari yg mahal2. sebab function dia sama je tetap utk GPS...

So, mama pi Low Yatt kat  kedai Apaq. Dia cakap ada offer for Garmin and Way Way. Papago takde offer masa tu. So, tolak tepi Papago, mama compare those 2. Yang tu cuma 3.5 inch and harga dia RM499 for Garmin nuvi205w and Way Way Q4331. Then dia cakap actually ada yg offer baik punyer...

Way Way Q6031 which is 6 inch, ada junction view baru RM499. Katanya nak habiskan stok. Mama cek2 ada segala basic yg diperlukan so, mama nak la....
Tapi have to wait one week to get new stock since stok yg ada cuma kat Berjaya Time Square. Maleh le pulok nok ke situ...So, the next week, mama call dia cakap ok, stok dah sampai. Mula2 ragu2 jugak kot kena ketuk...you know la Low Yatt ni...

Tapi bile dapat pegang and test button and all that,rasa macam wahhh! not bad! Cakap kat Ayah, I want this!
Ayah cakap ok lah. berbaloi apa, RM499 and boleh dapat this big. Masa ni lupa dah GPS, apa yg terbayang kat otak ni, boleh lah Afzal tengok tv kalau jalan jauh2....sebab dia boleh jadi media player and some more ada calculator, e book reader which mama tak penah pakai pun....Ok tak??

So, these 2 week, mama tryGPS ni bawak keliling KL...the result? Worth It! Seriously Worth It!!
Nak tengok? Ni..



Hari ni Hari Untuk Afzal!

Hari ni penagsuh Afzal terpkasa balik kampung. So, mama amik leave utk jaga dia... Dah lama tak spend banyak masa dgn dia. balik keje pun dah penat. Kadang2 asyik kena marah je bila dia ajak main.. Budak ni lasak so, boleh imagine la mcmaa dia punya main...Sakit jugak la satu badan kalau melayan...Agaknya dia ingat mama dia raksasa dia kamen rider n kot..ntah la...hehe

Dah lama jugak mama tak bercerita perkembangan Afzal. Skang selain dah pandai buat "witt...witt!!" kat sesapa yg dia rasa nak ajak berkawan (termasuklah budak2 nursing yg tinggal kat area rumah kitorg) dia dah pandai cakap "abis dah..." So, perkataan baru, kerap le telinga ni dok mendengornye...Kelakar and cute je dgar suara dia...Kalau nak suruh tukar pampers kotor, dia akan cakap "mama, lilak....ma..ma...ni..lilak" Anak mama ni dah besar sebenarnya, tapi mungkin sebab dia boy yg lasak, doktor cakap normal la kalau dia lambat boleh bercakap compare to his cousins yg girls, dah pun boleh bercakap. Lagi satu budak2 tu siap boleh nyanyi lagu Maher Zain...Alhamdulillah syukur mama untuk anak2 kakak mama... Afzal ni, mungkin kurang perhatian dari mama n ayah. Kitorg dua2 in business line. Ayahnya dok depan komputer almost 24 hours. And mama banyak outstation pulak tu. Kesian betul...

Sekarang pulak susah benor nak tido awal sejak2 dah stop breatsfeeding. Dah macam2 cara, tapi tak berjaya. Mama bimbang kot mengganggu pertumbuhan dan perkembangan dia pulak... Hish mintak dijauhkanlah...
Korang ada idea pasal nak tidurkan anak awal tak??? Kongsi la...:o)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...