Jom Menabung Untuk Anak-anak!

I Support Breastfeeding!

Lilypie Breastfeeding tickers

nuffnang i like!

Menabung Demi Pendidikan!

Thursday, August 14, 2014

Days Hotel At Zhongshan Park, Jalan Rajah, Singapore

 So untuk trip kali ni mama dok kat Days Hotel. Very convinient. Ada shuttle ke MRT station Novena. Kat sebelahnya pulak ada shopping mall so untuk kita yang muslim boleh beli apa2 makanan yang no pork no lard kat mall tu la. Untuk malam pertama sebab dah sampai lambat and mama berpuasa, beli sushi dan buah plum je untuk berbuka dan sahur. Bila on the way balik hotel baru ternampak rupa2nya, restoran hotel tu ada sijil halal..Hahahaha!

Hotel ni baru so nampak kemas sangat dengan staf dia yang sangat cekap dan professional..Suka senyu pulak tu...Namanya Madeline...




Yang bestnya ada pulak hotel ni sediakan arah kiblat untuk kita yang muslim n solat. Internet plak laju dan free, buleh je download jadual solat tu...

Ni shopping mall dia... beli sushi dan buah kat sini le...

air mineral 1.5L SGD0.60, Buah plum SGD 3.25 for 8 pcs dan sushi SGD7.00
syokkan tengok price dia?  yg lain mahal jugak...haha!


Kampung Glam, Bussorah Street, Singapura 2014






 Alhamdulillah, rezeki Allah SWT, mama dapat ke Singapura untuk berkerja sebenarnya. Tapi since berpuasa ni, mama teringin sangat nak makan NAsi Briyani dan Murtabak Singapore. So habis kerja tadi, mama minta tlg Raymus hantarkan ke Arab Street. Sampai je memang sengih je la kerjanya...Berjalan dan snap gambar banyak2. First destinasi ialah Masjid Sultan yang paling famous di Singapura. So, apalagi amik kesempatan solat di sana. Cantik...bersih dan doa yang dibaca oleh imam sangat merdu..Alhamdulillah...



 Pastu solat dah sudah..phew lega lah sikit nak berjalan2...So, mama round area tu je..Ye lah..sorang2, takut juga..



.Pastu dah 6pm, mama nak beli makanan untuk berbuka dan bersahur di bilik hotel..puasa Qada...hehe..So pegi le ke Zamzam Restaurant yang famous dengan nasi briyani dan murtabak singapore. Silalah jamu mata ye...hehe
restoran zamzam
Murtabak Kambing Singapore SGD 6.00

Briyani Kambing SGD 6.50


Monday, August 11, 2014

Anak Suka Mengamuk Bila Bawak Keluar Berjalan?

Ok, memang ramai yg ada masalah anak mengamuk bila kat luar ni. Bukan perkara pelik sebab mereka hanya kanak-kanak yang menggunakan isyarat badan untuk ekspresikan perasaan mereka.
So, sebagai ibu bapa, kita tengok mereka buat perangai kita marah or cubit mereka. Jadi hati mereka tercalar dan akan meraung-raung yang bukan sekadar bingit tetapi memalukan.

So, mama nak share sikit la pengalaman mama sepanjang 7 tahun bergelar ibu kepada sepasang anak ni.
Biasanya mama dan En Ayah akan keluar awal pagi sebab anak2 ni masih lagi segar dan baru je bangun tidur. After breakfast tu memang masa yang sesuai la untuk keluar berjalan. Tapi untuk anak yang masih menyusu badan biasanya dalam pukul 11 tu dia akan mintak dah habuannya!

Tapi jika nak bawa anak2 keluar pada waktu petang, kenalah kita bersiap sedia sebab petang adalah masa tidur anak2. So apa yang perlu kita titik beratkan adalah masa rehat anak yang cukup. So, apa yang mama dan En Ayah amalkan ialah, tutup langsir dan tutup segala tv dan hiburan yang ada dan ajak semua tidur sekali. So depends on anak2 tu la. Ada yang tidur kejap je, ada yang tidur sejam dua. So, pepandailah setkan masa.

Macam mama buat, mama akan paksa diorg tiso macamkat nursery kan. Selepas tu, mama kejut after an hour and let them relax first and hydrate diorg dgan any juice or just water. 

Then kita dah ready untuk berjalan2 dengan gembira! yeay!



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...