Jom Menabung Untuk Anak-anak!

I Support Breastfeeding!

Lilypie Breastfeeding tickers

nuffnang i like!

Menabung Demi Pendidikan!

Saturday, December 24, 2011

BONUS HUJUNG TAHUN!

motivasi-kerja.com
Wahhh...hujung2 tahun ni mama sure semua orang senyum lebar sampai ke telinga ye dak? Apa taknya...bulan ni kebanyakan orang dapat bonus hujung tahun. Alhamdulillah mama juga bersyukur untuk rezeki semua. Tapi walaupun duit tu banyak, jangan lupa menyimpan untuk masa sesa2 esok. Lagipun mama ada borak dengan a few bussinessman. depa orang cakap sekarang telah masuk zaman gawat balik. Sekarang maybe tak terasa tapi tahun depan kita tak tau. So, pandai2 lah menyusun perbelanjaan dan jangan lupa untuk simpankan sebahagian sebagai emergency fund. Kalau korang nak tau macamana nak susun perbelajaan, korang email je mama. Nanti mama ajarkan caranya. Tapi buat kerja ni kena konsisten dan dalam hati kena sentiasa ingat, anak2 jangan sampai takde duit nak belajar esok...Kenapa?haa...yang tu nanti mama kongsikan dalam post seterusnya..Bye!

Sunday, December 18, 2011

Kasih Ibu Bawa Ke Syurga

Mama baru je balik dari rumah Kak Long di Jalan Duta. Saja nak berkumpul satu keluarga. Kami kalau cik (mak) datang KL mesti amik kesempatan berkumpul ramai2. Seronok. Masa tu la kita banyak je idea nak masak apa untuk jamu sekeluarga... Lagipun sebulan dua ni memang mama kerja penat sangat. Sampaikan rumahtangga pun dah sedikit terabai, badan lagi penat, otak pun dah beku sebab kelesuan. Mulalah fikiran sentiasa negatif dan cepat sangat moody. Kesian Afzal dan En Ayah. So, bila kakak mama cakap nak bawa cik datang KL. Mama ajak En Ayah pi kumpul dgn diorang. Seronok sangat! Kami buat Apam Polkadot yang gebu dan sangat sedap! Afzal sorang makan sampai berbelas bijik...Akhirnya, tak sempat nak bawak balik, dah licin...Pastu Pak Teh And Kakak buat cheese cake pulak. Tapi tak sempat merasa sebab Afzal dah ngantuk so kami pun beredar le balik...Tapi tak lupa kesedapan makan Laksa Johor, Nasi berulam petai lauk Ikan goreng mabung dan sambal bilis tempe termasuk all time favourite En Ayah SAMBAL BELACAN!! Perghh!! Memang nasi seperiuk besar pun habis...Before balik Kak Long pasang cerita Toyol...HAHAHA! gamat Apartment Kak Long dengan kami berbelas orang gelak... Yang kecik2 mula lah dok tiru gaya si toyol tu...Memang happening and stress mama yang berbulan tu memang gone with the wind lah bak kata Mat Saleh...Now kat umah...Diorg berdua dah tido tinggal mama yang mengantuk tapi tak lena...Kekadang teringat insiden kat tempat customer tempoh hari, kadang2 teringat macamana mama boleh kerja kat tempat ni...Banyak la yang dok terjah otak ni. Tapi mama malas nak fikir. Mama nak kembali ceria dan positif macam beberapa bulan lepas...Mama nak lupakan perkara2 yang tak best yang boleh mengganggu      momentum mama sempena tahun baru yang tak sampai 2 minggu lagi...Azam mama macam tahun2 lepas, untuk buat yang lebih baik dari tahun sebelumnya. Alhamdulillah, setiap tahun mama capai peningkatan so janganlah tahun 2012 ni tak berjaya ye tak. Okay lah, mama kena paksa diri untuk tidur untuk bergerak lebih aktif dan berfikir lebih positif dan proaktif! Balik tadi mama peluk mak mama kuat2. Rasa macam tanak lepaskan dia. Rasa macam nak tido je kat sana dengan dia. Sebab apa? sebab bila peluk dia, terasa tenang dan jauh dari segala masalah dan stress. Dia dokan mama murah rezeki..Mama happy masih dapat kasih sayang seorang ibu yang tak mungkin dapat mama balas hingga akhir hayat mama. Cuma mama doakan semoga Allah SWT sentiasa melindungi cik dan kurniakan kesihatan tubuh badan cik serta kuatkan kasih sayang kami sekeluarga supaya kami terus dapat menjaga cik dengan lebih baik. Amin.

Tuesday, November 22, 2011

Perkara Penting Untuk Saat Kelahiran!

Inilah perkara yang mama akan siapkan sebulan sebelum bersalin. Memang susah nak pastikan apa yang penting untuk dibawa terutama bagi yang pertama kali menjadi ibubapa. So kali ni mama nak share dengan korang : Hospital Bag Checklist.


1-Berus gigi, ubat gigi, sabun, syampu
Bagi yang suka mandi.

2-Diapers saiz newborn
10-15 keping.

3-Baju bayi
Baju mengikut berat jangkaan bayi. Bawalah 3-4pasang. Baju newborn tidak perlu disediakan banyak kerana   berat badan bayi akan cepat meningkat selepas sebulan kelahirannya.

4-Maternity Pad
Pastikan pad ibu bersalin kerana pad biasa tidak dapat menampung.

5-Seluar dalam

6-Bra Menyusu
Yang ini penting untuk memudahkan anda menyusu ketika di dalam ward. Susu ibu adalah yang terbaik untuk bayi.

7-Flask Air Panas
Ini penting untuk memudahkan anda membancuh air untuk sang isteri yang baru sahaja menjalani proses bersalin. Bancuhlah air milo atau nestum untuk membekalkan tenaga yang hilang di saat kelahiran bayi anda dan sekaligus dapat menambah bekalan susu ibu.

8-Baju Si Ibu
Inilah perkara yang paling mama lupa nak bawa ketika lahirkan Afzal. Makanya terpaksa lah mama pakai sweater yang sendat mendat. Pastikan pakaian yang dibawa mengikut saiz ketika mangandung kerana selepas bersalin anda tidak serta merta turun ke saiz sebelum mengandung (pstt..inilah yang berlaku kepada mama...)

9-Wet wipes
Ini digunakan untuk mengelap badan bayi atau ketika menukar lampin sekiranya anda berseorangan dan tidak mampu berjalan jauh.

10-Kain Napkin

11-Selimut bayi
Bayi ketika di dalam kandungan sentiasa berada dalam suhu yang sederhana dan apabila lahir, keadaan persekitaran mungkin asing baginya. Dengan membalut badannya dengan selimut, kita dapat menyediakan persekitaran yang hangat dan selesa. Selain itu dengan membalut badan bayi, bayi akan mudah tidur lena dan tiada masalah kembung perut.

12-Minyak Yuyi atau Minyak Telon
2 Jenis minyak ini penting untuk memastikan bayi sentiasa selesa dan mngelakkan kekembungan.

13-Bantal dan tilam bayi
Ini penting untuk bayi tidur lebih selesa dan lena.

14-Bakul/ Baby seat
Perkara ini juga penting apabila anda ingin membawa bayi pulag ke rumah selepas keluar daripada wad.

15-Kamera
Bagi setiap ibu bapa, perkara pertama yang ingin dilakukan ialah merakamkan saat-saat pertama kehidupan bayi. maka jangan lupa untuk membawa kamera dan pastikan anada mengambilnya dalam keadaan menutup langsir kerana di sesetangah hospital kerajaan, kamera adalah tidak dibenarkan.

Sunday, November 20, 2011

10 Perkara Yang Penting Ketika Mengandung

Dah lama tak mengupdate blog mama ni. Bukan apa, lately tenaga tak berapa mengizinkan. Terlampau berat tanggungjawab sebagai seorang isteri, ibu, anak, kakak, adik, pekerja dan juga seorang hamba Allah SWT. Tapi  mengenangkan minat terhadap blogging, mama cuba cari masa walaupun anak susah betul nak berenggang dengan mama dia ni..So hari ni mama nak share dengan you all berkenaan 10 perkara penting yang korang perlu tau untuk mengahrungi tempoh mengandung tanpa masalah.

1-Vitamin Pranatal
Vitamin Pranatal akan memastikan anda dan kandungan anda mendapat nutrien penting  yang diperlukan ketika mengandung dan ia bergantung kepada anda dan doktor anda unutk memilih apa yang terbaik untuk anda. Apa yang paling penting ialah anda perlu mengambil asid folik yang mencukupi di dalam diet seharian anda untuk mengellak berlaku ketidaknormalan pertumbuhan bayi di awal kandungan.


2-Baju Mengandung
Ketika mengandung, apa yang berlaku adalah perubahan hormon yang ketara. Maka badan anda akan berasa panas dan mudah berpeluh. Oleh itu pakaian mengandung dari fabrik yang selesa dan saiz yang sesuai mampu menyelesaikan masalah ini.

2-Coli Pranatal
Memilih bra yang sesuai adalah perkara yang penting yang perlu dilakukan untuk memastikan payudara yang membengkak dan membesar ketika mengandung sentiasa dalam keadaan selesa. Dengan memakai bra yang mampu menyokong berat payudara, dapat mengelakkan payudara anda hilang keanjalan. Terdapat beberapa jenama yang boleh anda pilih seperti Avon, Mothercare, Modernmum dan sebagainya.


3-Seluar Panjang Yang selesa
Seluar yang selesa amat diperlukan ketika mengandung. Pastikan anda membeli seluar mengandung daripada fabrik cotton yang menganjal kerana perubahan saiz akan berlaku sepanjang mengandung. Denagn ini anda tidak perlu terpaksa membeli seluar mengikut perubahan saiz dan berat badan terutama di trimester terakhir anda.

4-Kasut
Ketika mengandung, anda tidak lagi dapat menyarungkan kasut-kasut tinggi. Ini bagi mengelakkan berlaku perkara yang tidak diingini seperti jatuh. Ketika ini juga kaki anda akan mudah berpeluh dan membengkak. Oleh itu pilihlah kasut yang bertapak rata serta mempunyai pengudaraan yang baik untuk memberi keselasaan sepanjang mengandung.


5-Produk Kecantikan Yang Selamat
Kebanyakan produk kecantikan mempunyai kesan sampingan untuk bayi yang anda kandungi. Sebaik-baiknya elakkan daripada memakai sebarang produk kecantikan kecuali dipastikan ianya selamat untuk ibu mengadung.


6-Bantal
Nampak remeh, tetapi menggunakan bantal yang sesuai mampu memberi tidur yang mencukupi serta sokongan yang baik untuk badan anda yang membesar terutama diakhir trimester.


7-Produk Cucian Yang Selamat
Kehadiran bayi dalam rumah anda seharusnya disambut dengan keadaan rumah yang bersih dan selamat. Namun tidak semua bahan cucian yang kita gunakan adalah selamat. Maka pastikan detergen atau produk cucian yang digunakan selamat terutama untuk mencuci botol susu dan peralatan bayi. Baca label dan anda boleh juga mencari maklumat di website-website penguna untuk kepastian

8-Buku Kelahiran Bayi
Walaupun terdapat banyak maklumat di internet, tetapi membaca buku pranatal sambil berehat merupakan satu perkara yang boleh menenangkan diri anda serta dapat memberi maklumat terutama bagi anda yang amat tertunggu-tunggu kelahiran si comel. Banyak perkara yang dapat anda perlajari dengan membaca buku pranatal. Terdapat banyak buku-buku prantal yang dijual dipasaran. Pastikan ianya berbaloi!

9-Losyen Kulit
Perut yang kian membesar akan membuatkan kulit anda menegang dan berasa gatal. Dengan menyapu losyen dapat membekalkan kelembapan bagi kulit seterusnya mengurangakn rasa gatal. Terdapat juga losyen pelembap yang dapat mengelakkan 'strecth mark' hadir dalam kidup anda. Anda mungkin boleh memilih losyen dari jenama berikut : pureen, palmer's, bio oil dan lain-lain.

10-Dokumentasi Atau Diari Ketika Mengandung
Mungkin idea ini nampak kurang penting berbanding vitamin pranatal, baju dan buku pranatal. Tetapi dengan mendokumenkan tempoh mengandung anda, anda dapat mengingati kembali saat-saat manis tersebut terutama apabila anak anda sudah besar nanti. Anda akan bersyukur anda pernah mempunyai diari ini.











Monday, November 7, 2011

Hotel Review- Swiss Garden Resort, Kuantan Pahang

Kali ni mama nak bawak you all melawat ke Swiss Garden Resort, Kuantan. Mama dapat stay in this quite big room masa team building. This is a very spacey room an mama suka sangat!
 King size bed yg memang empuk utk doze off! Cuma mama tak berapa suka the lighting yg terlalu malap macam takde letrik gayanya...
Yup, selain daripada sofa kat dlm bilik, ada jugak kerusi rehat di balkoni. Tapi mama dapat yang menghadap semak samun instead of menghadap laut. Anyway, tetap best! Mama suka the facilities and makanannya.                                            

Friday, November 4, 2011

TGV Cinema Is Awesome!! Yeah!

701panduan.com

Mama baru je pi Nuffnang kat Heritage House semalam. Buat apa?? Apalagi....Birthday gurl kan....Amik hadiah bertuah!! Mama dapat 4 movie passes dari TGV which are valid until 16 Nov..Ermm..agak2nye apa citer yg best yek?? Tak sabar nak gi tengok wayang. Tapi takde plak citer yg best... Bagus betul TGV bagi mama movie pass. Macam tau2 je yang mama memamg selalu melebur duit kat TGV Jusco Balakong. Hehehe...

Apa pun THANK YOU SO MUCH to TGV Cinema for the thoughtful and awesome birthday gift. MMMUAHHHH!


p/s: check this out!

Tuesday, October 18, 2011

My Happiest Moment

Everybody has their own happiest moment. This is my happiest moment! To be able to capture my son's big and adorable smile! Look at how much he smile from his heart. From the moment I captured this photo, I vow that I will spend more time for him and shower him with a lot of loves. To be able see his big smile all his life and frame them just like freezing those moments to remember them whole of my life.
Captured on the day of his first attempt to scare his dad with  a choked-like drama..My son is a Drama King! Trust me! But sadly we lost the video in Car break-in last month.


More of his happy photos:











Friday, October 7, 2011

SAMSUNG GALAXY S II- Product Review


After my HP PDA, I never purhase any smart phone anymore since I was so frustrated with the HP PDA. And it has been a white elephant for more than 4 years now. But when I lost my basic samsung phone due to car break in last month, I never think twice to purchase SAMSUNG GALAXY S II a day after that incident. WHY? Because of all the sweet things my husband keep saying almost everyday. Finally I succumbed to those talk and swipe my credit card and suscribe DIGI smart plan. Well, that's the cheapest way to get it! RM1399!! So, affordable when you just swipe your credit card and now is the
time to empty out my wallet to pay since my BANK RAKYAT credit card didn't have the 0% EPP scheme. Cett!!! But of course after about 3 weeks exploring this smart phone, the more I familiar with it, the more I love it! So so so in love with it until my son and my husband are being left alone and lonely...Hehe..Well, it really happen! So many thing I can do with it since it has a big screen. Owh, you know what? have you check out the Samsung LED tv? The resolution of this galaxy S II is look like the same. Try download a music video from youtube, you'll get a very high resolution and seriously it's like watching it using the LED tv! Mindblowing! Pssttt...this info only for those who are married, you can also download the kamasutra ebook for free from samsung apps store..hehe..but I never download it yet coz...malu lah kat my hubby! ahaks! What else?? the camera has a flash which you cannot find in Iphone 4. The photo I took using its camera also won me third prize in my company photography contest. Soooo many things I wanted to share with you but I think you should get it and you'll never regret. provided you have the data plan. everything is wonderful!
nice? wait you capture it by yourself! I won 3rd prize with this photo!

Saturday, September 17, 2011

kuatkanlah semangatku.

Sedih betul mama. Dahlah penat kerja tk habis lg, jd pulak mcm ni. Kete mama kena pecah masuk. Habis semua hilang. Mama tanak maki2, mama doakan diorg bertobat.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Monday, September 5, 2011

Jemputan Ke Majlis Perkahwinan Ashraf Muslim?

nurizspace.com
Semalam, mama melawat kawan mama ummiprincess , ada post terbaru. katanya hubby dia dapat kad jemputan...Kad jemputan?? apa yg hebatnya dapat kad jemputan?? Ohhh...rupa2nya, dapat kad jemputan Ashraf Muslim!!! Wahhhh, jelesnye mama yg agak minat dengan kehenseman ashraf muslim (ingatkan minat bakatnya..ye dak?? hehe)... Kalau mama dapat, mesti mama tak lepaskan peluang amik gambar Ashraf Muslim di hari bahagia dia...Apa2 pun, mama doakan dia bahagia di samping Liyana isterinya yg sudah sah dinikahkan di Tanah Suci Mekah Aidilfitri hari tu...Kepada Ummiprincess, amik gambar cantik2 ye..bleh mama tumpang post kat blog mama...:o)
ashrafmuslim.blogspot.com


Wednesday, August 24, 2011

Nak Jadi Jutawan?

Haa...Sekarang ni mama kat Sarawak. Tengah keje...Semalam kawan mama bawak pi berbuka kat Sarawak Golf Club. Apalagi, faveret mama la, Butter prawn, Steamed cod fish, pucuk midin, chicken wings and soft tofu...Sedap sehingga menjilat pinggan! hehe takde la..tapi alhamdulillah, rezeki murah benor dtg sarawak bulan2 posa ni...

Lepas makan tu, kami berborak la mcm2. Tetiba James tegur satu old man ni. Dia bawak beg raket yg besar. James kenalkan kami kat dia and dia tengok mknana kami, dia cakap utk berbuka? Yup, mama and kawan mama jawab serentak. Hmm..nice food tapi kenapa tak habis? mama jawab, too full, cannot anymore. "then tapau la..." he said. James pun cakap everytime dia makan sini, dia akan tapau any lauk yg tak dpt habiskan.
Kat sini, moral of the story yg betul2 menginsafkan mama ialah, even the non muslim pun pandai sayang makanan. You know who is the old man?? One of the richest tokey balak kat Kuching. Wow! even rich people pun tak membazir. Cuba ingat balik, setiap kali berpuasa, Org Islam berpusu2 pi makan kat restoran. Mahal tak? Mahal kan..? Makan habis tak? 
Kita yg ISlam berpuasa untuk mengenang org2 miskin yg kelaparan, untuk menginsafi diri kita, tapi adakah kita benar2 menghayati erti berpuasa? Nampak macam tak je..Setiap kali berbuka kita beli kemain lagik..Makan sampai tak boleh bangun lagi dah. So, tak sampai mesej yg Allah SWT nak kita rasa.
Bila mama terdengar kata2 uncle yg kaya tu, terus mama teringat adakah selama ini mama betul2 menghayati Ramadhan? Agaknya, disebabkan uncle tu sayang makanan dan tak membazir, rezeki dia murah dan jadi jutawan. Lagipun rezeki tak mengira bangsa dan agama, Allah SWT janjikan sama rata asalkan kita berusaha dan tahu bersyukur. Jadi betullah, Uncle tu berusaha dan bersyukur so that dia tak membazir makanan. Lepas ni, mama akan terapkan dlm family mama skap yg baik mcm ni. Semoga cerita ini menjadi panduan dan pengajaran buat kita bersama...Amin.

Tuesday, August 23, 2011

Kerja Kosong!

We’re hiring, Nuffnangers! :D We need to fill in a few vacancies as below:
- Media Sales (Nom Nom Media)
- Media Sales (Churp Churp)
- Community Executive (Churp Churp)

Interested in applying for one of the vacancies? Read on to see if you fit the bill for the career you’re aiming for!


MEDIA SALES
Do all your friends unanimously agree that you’re the extrovert in the gang? If the answer is yes, you’ll fit in just well here! Media Sales Nuffies are at the frontline of Nuffnang & Churp Churp, spending their days out of the office meeting potential clients and pitching exciting ideas for social media campaigns to them. You’ll essentially be the person bringing in the clients and growing the Nuffnang & Churp Churp business, so you gotta be one tough cookie! You’ll need to work well under pressure and in the face rejection, all while exuding confidence like a pro.

JOB SCOPE 
- Meeting and building rapport with potential clients
- Pitching and preparing creative proposals and presentations for exciting campaigns
- Researching and preparing case studies on cool ideas for potential client’s ad campaigns
- Overseeing the execution of your social media advertising campaigns
- Liaising with and coordinating Nuffnangers & Churpers engaged for advertising campaigns
- Attending to client’s needs on social media campaigns
- Seek creative ways by researching and networking to bring in digital advertising revenue for the company

REQUIREMENTS
- Candidates must possess at least a "A" Level/Pre-U, Diploma, Advanced/Higher/Graduate Diploma, Bachelor's Degree, Post Graduate Diploma, Professional Degree in any field.
- Fresh graduates between the age of 21- 28 are welcome to apply.
- Must be able to write and converse fluently in English.
- Possess own transport.
- Articulate with good communication and presentation skills.
- Self-motivated, target driven and able to work independently.
- Must possess some knowledge in Social Media Advertising.
- Good team player with a proactive attitude.
- Dynamic, bubbly and have passion for the media industry.
- Preferably Junior & Senior executives specializing in Advertising/Media Planning or equivalent.
- Application only open to citizens or PR holders.


COMMUNITY RELATIONS
If you love meeting new people, planning events and are active on social media, look no further for the perfect job! Community Relations staffs spend a lot of their time planning community events for the Nuffnang/ChurpChurp communities, liaising with Nuffnangers and Churpers on everything from events that members of the communities are invited to, or just attending to any questions bloggers and Churpers might have.

JOB SCOPE 
- Being the direct contact point for Nuffnangers/Churpers – maintaining good relations & liaising directly with them
- Planning and organizing events, seminars/workshops, parties, movie screenings and the like for Nuffnangers/Churpers
- Identify potential partners and manage Nuffnang/Churp Churp’s partners in events, campaigns, charity campaigns and initiatives
- Maintaining all communication platforms with bloggers/Churpers (the official blogs, Facebook and Twitter accounts)
- Managing the micro-communities in Nuffnang & Churp Churp (e.g. Glitterati Plus, Evangelist Programs)
- Creating content for the Nuffnang & Churp Churp official homepage
- Attending to bloggers’/Churpers’ enquiries via the helpdesk
- Attending post-mortem meetings, preparing reports on events and campaigns and liaising with clients and sales team on performance of initiatives.

REQUIREMENTS
- Candidates must possess at least a "A" Level/Pre-U, Diploma, Advanced/Higher/Graduate Diploma, Bachelor's Degree, Post Graduate Diploma, Professional Degree, any field.
- Fresh graduates between the age of 21- 28 are welcome to apply.
- Must be able to write and converse fluently in English.
- Articulate, with good communication and presentation skills.
- Self-motivated, target driven and able to work independently.
- Must possess some knowledge of social media.
- Good team player with a proactive attitude.
- Dynamic, bubbly and have passion for the media industry.
- Must be willing to work after standard working hours and on weekends when occasional events/activities are being held.
- Application only open to citizens or PR holders.

Reckon you’re the perfect candidate for one of the openings above? Write in to mycareer@netccentric.com and state the position you’re applying for in the subject of the email, and you may also attach a copy of your CV.

Hurry and send in your application today! Come on and join us, we're a lot of fun, we promise ;)

Cheers,
Teoh Xinxian
Senior Community Executive
Nuffnang Sdn. Bhd.

Wednesday, August 17, 2011

Setelah 3 tahun bergelar ibu..

mm...dah lama tak mengetuk keyboard. Buka apa, boring dgn broadband maxis yg kekadang menyakitkan hati. Sekarang a bit okay, so mama nak share pengalaman 3 tahun bergelar ibu kepada Afzal.

Sejak sebelum kahwin, mama dah tak sabar nak ada anak sendiri setelah bertahun dok menumpang kasih anak sedara. Akhirnya lepas 2 bulan kahwin, mama dapat tau mama mengandung. Asalnya, mama dah 2 kali cek tapi negatif. So, mama malas nak cek. Kebetulan kawan mama bawak anaknye (sekarang dah arwah..innalillah). Anak dia ada sakit jantung. Mama suka sgt baby, so mama dukung. Baby tu baik je and senyum kat mama. So sweet...So, kawan mama cakap. Ntah2 akak mengandung. Tu baby rasa selesa je. Cek punye cek, betullah, mama mengandung...

Masa mengandung memang mcm2 dugaan...dipendekkan cerita, lahirlah putera sulung seberat 3.27kg. Happy sangat mama dan Ayah. Setiap saat mama dok belek muka Afzal. Sayang memang tak berbelah bagi. Dalam otak dok pikir nak beli baru cantik, nak beli insurans, edu plan, tdika esok nak masuk mana..mcm2 lagi lah...
Setiap hari sepanjang berpantang jgak, mama amik gambar Afzal...

Alhamdulliah, walaupun tak ekslusively breastfeed Afzal, mama tetap teruskan susukan dia sampai umur 2 tahun lebih. Susu yg mama guna untuk back up bila tak cukup susu ialah, Enfalac (dlm pantang), NAN1 (hingga setahun), Friso Gold (a few month), Enfagrow sampai sekarang. 

Afzal ni sensitif dgn nursery. Almost everyday, hidung berair and kerap demam panas. Mama jumpa doktor yg juga suami kawan mama. Dia cakap semua tu bagus utk build up imun dia. Then kawan mama yg ada masalah yg sama, dia suggest amik pneumococal vaccin. So, mama amik 2 dose and alhamdulillah he is so healthy and energetic ever since.

Afzal boleh berjalan sejak 10 bulan. but dia ada masalah sikit bab bercakap. memang lambat tapi dia boleh terima arahan dan kalau dlm mood yg baik, dia boleh ikut apa yg kita cakap. Contohnya, buka kasut dan letak tempat yg betul, buang sampah dlm tong sampah, tlong mama simpan bakul baju, kalau air tumpah kena lap, lepas makan basuh tgn, dll...Cuma bercakap tu yg merisaukan mama. Semalam, masa mama nak antar dia pegi rumah pengasuh, tetiba je dia cakap "oh no, what happen?"...aik??? pandai kamu bercakap anak? mama teruja dan bersyukur...

bersambung.....

Saturday, July 23, 2011

Malaysia v/s Singapore Sesi Kelayakan Piala Dunia Pusingan Kedua

syeddizz.blogspot.com

Siapa menang? Singapore dgn 5 berbalas 3. Mama tengok ng En Ayah. Afzal dah lama tito. So, mama sambil memangku Afzal, tengok sampai terjerit2. Ayah relek je.. Sori la, I kan wanita, cepat stress gitew..Ahaks! Team Malaysia nampak sedikit lemah di bahagian pertahanan dan pejaga gol kita nampak sedikit loklak...Banyak terlepas...duh! Mana Apex ni??? Mama konpius, sejak mama tengok Piala Suzuki macam kerap uga dia tak masuk padang....Awek Apex, sila jawab..hehe..gurau jek...Apa2 pun mama tetap bangga walaupun sedikit hampa..Ingatkan mampu la kita seri, so that lebih selamat. Nah, ni second leg kena la depa berusaha lebih gigih dan fokus. Jgn hanya harapkan Safee Sali je...Safiq Rahim dah kad merah. Konpem takleh masuk dah...Kome main le elok2..Sori la mama hanya tengok kat tibi. Anak kecik lagi aktif...Kang, dok sorak-menyorak, anak plak dah lari masuk padang. Tak ke haru??? Anyway, Next week,you all mesti tinggalkan diorg 2 mata utk mara ke pusingan ke3..Pecah record tuh!!!! Konfem Malaysia cuti sehari korang...Okaylah, anak dah bangun, nak entertain before pi outstation ke Johor esok..Daa!

Friday, June 24, 2011

Who is Selena Gomez? Siapa Selena Gomez?

selenagomez.com
Siapa lagi gilfren Justin Bieber la..
Semalam mama ternampak video clip "who says" mama cakap kat En Ayah, comel Selena Gomez tu. Nampak familiar sangat la tapi bukan as a singer sebab mama jarang tengok entertainment show or baca entertainment magazine.
Pastu En Ayah cakap, dia pun macam tu, rupa2nya, tak lain tak bukan dia pernah berjiran dgan kitorang kat oversea dulu...caya?
Tak payah le korang caya...hehe..
Bukan, kitorg rasa familiar sebab dia lah salah sorang pelakon Barney and Friends yang Afzal dok tengok setiap hari  7 hari seminggu sampai kitorg boleh hafal lagu2 barney. Mama plak siap hafal choreography video Barney tu. Memang mama selalu pay more attention to this cute girl. cuba korang tengok. comel sangat dia masa kecik2..
Tak sangka sekarang jadi artis yg femes. Bukan semua pelakon Barney berjaya jadi artis femes tau bila besar...

flikr.com
fanpop.com- selena with demi lovato in Barney show
eclecticbanana.tumblr.com

@ 18 y.o-selenagomez.com




Tuesday, June 21, 2011

BIla Lisa Surihani Dating Yusri KRU

ohbulan.com
Krang mesti dah tau kan yang depa berdua ni selalu attend dinner or any event bersama.
Hari tu, kawan mama nak pi cuci kete, dia ternampak la satu kereta yg memang diminati dia. So, pay more attention la to the car. Tapi dah rezeki mata utk memandang ye tak...
Dia ternampak Yusri kat dlm kete tu. sebelahnya Lsa Surihani. Wah....
Bestnye...Pandai Lisa Surihani cari pasangan. Bagus3x..mama sokong kalau Lisa pilih Yusri. Bukan apa, sama bujang (walaupun Yusri bukan lagik teruna ahaks!), sama muda, sama cantik, sama educated lagi sophisticated...
Apa sophisticatednye? ntah, mama rasa sedap je sebut perkataan tu lately...hehe
Yang penting, mama doakan mereka berdua betul2 get serious and get married.
Kalau dah jodoh, mama tak doakan pun, tetap akan bersatu depa berdua. Cuma mama rasa happy mcm tengok prince William kawin dulu. Biasalah bila kita tengok couple yg sepadan mcm dlm fairy tale kita rasa mcm satu aura yg baik terpancar...chewah...sorry yek, mama bukan nak jual bio aura atau apa2 produk aura kat sini cuma obsess dengan LISA SURIHANI lately..hikhik...
Chow!

say-it-freely.blogspot.com


Monday, June 13, 2011

Macamana nak kuruskan badan tanpa senaman?



Senang je, kira kalori yg korang ambil setiap hari. Contohnya, hari ni:

Pagi (8am)
100ml choc milk-75kcal
2/3 cup cornflakes-70kcal
plain water

Tengahari (1.00pm)
1/2 plate brown rice-83kcal
1 senduk vegetarian chicken-200kcal
1 wantan goreng-40kcal
1 glass chinese tea-10kcal

Tea break(4.30pm)
1 glass mocha with equal-55kcal
1 slice choc cheese mousse-200kcal
1/2 fried chicken breast-150kcal
plain water

Dinner(6.30pm)
1/2 roti pita-125kcal
1/2 roasted chicken breast-100kcal
1 salad-50kcal
plain water

Total Calories untuk hari ni= 1158kcal

ni dari: www.cekodok.com a.k.a kevin zahri yg encem tu..


BASAL METABOLIC RATE (BMR)

The BMR is the amount of energy you need to sustain your life. This includes your breathing, organs and everything else you need to keep alive:
Men: BMR = 66 + (13.7 x wt in kg) + (5 x ht in cm) - (6.8 x age in years)
Women: BMR = 655 + (9.6 x wt in kg) + (1.8 x ht in cm) - (4.7 x age in years)

DAILY CALORIE REQUIREMENT (DCR)

Next, we factor in how active the person is, by using the Activity Multiplier:
  • Sedentary = BMR x 1.2 (little or no exercise, desk job)
  • Lightly active = BMR x 1.375 (light exercise/sports 1-3 days/wk)
  • Moderately active = BMR x 1.55 (moderate exercise/sports 3-5 days/wk)
  • Very active = BMR x 1.725 (hard exercise/sports 6-7 days/wk)
  • Extra active = BMR x 1.9 (hard daily exercise/sports & physical job or 2xday training)

DAILY CALORIE REQUIREMENT (DCR)

You are a 30 year old female, 30 years old, 5' 6 " tall (167.6cm) and weigh 120 lbs (54.5 kg).
  • Your BMR = 655 + 523 + 302 - 141 = 1,339 calories/day
Your DCR = 1.55 x 1339 = 2,075 calories/day






so contohnya mama la;

BMR==>>655+(9.6x51.5)+(1.8x155cm)-(4.7x31)
                 =655+494.4+279-145.7
                 =1282.7

untuk mama yg malas exercise ni kena la darab 1.2

DCR mama= 1282.7x1.2
                       
                     =1539kcal

so, selagi kita makan kurang dari DCR, maka automatiknya berat kita akan menurun.tapi yg penting pemakanan mesti seimbang....setakat ni dgn diet plan yg teratur dan treatment berat mama dah turun 10kg dlm masa 3 bulan.sekarang mama tak gi treatment dah.mama jaga makan.tapi sekali sekala makan juga sedap2 sebab husband nak makan satu family sama2. Tapi mama tetap makan ikut sukatan 1/2 portion dr biasa kecuali butk sayur2 dan fiber. Korang cubalah...insyaAllah...:o)

Saturday, June 11, 2011

Piala FA- Kelantan v/s Terengganu

Masa tengah menaip nih, mata mama tengah tengok Terengganu lawan Kelantan...
Mana mama sokong??
soccernet.com

Hmm...susah jugak...Terengganu negeri arwah ayah mama, Kelantan pulak negeri Arwah Ayah Mertua mama...

petehterengganu.blogspot.com

superwarriors.com

Tapi mama lebih minat team Kelantan sebab diorg main dgn cemerlang..hehe...
First gol, Kelantan mendahului dengan hasil 'chip' dr player yg mama tak kenal. Cantik je gol tu. 
Tapi sayangnye, saat2 akhir, player Kelantan sendiri tersilap tanduk bola masuk gawang sendiri...Sekarang tengah masa tambahan kedua....Apa keputusannya? 

TERENGGANU MENANG!!!!!!

Tahniah kepada Team Terengganu kerana berjaya menggondol Kejuaraan Piala FA 2011!


Friday, June 3, 2011

Terima Kasih....

Sekarang ni mama kerja kat Penang. Ada event kat Equatorial. Yang paling
mama tak sangka, mama jumpa pediatrician yg selalu mama jumpa bila check up Afzal kat KK Klang....Dr Mimita. Memang mama takkan lupa lah muka dia and kebaikan dia sepanjang mama pi folow up Afzal.
Lagi satu, mama perasan ada satu muka familiar sangat. Mama senyum dia pun balas senyum tapi tak penah tegur. Mama pikir maybe mama pernah jumpa or kawan sekolah tapi try2 ingat tak dpt jugak...

Kebetulan kawan dia pregnant. Dia dtg bertiga tanya if kitorg boleh scan baby kwn dia. Since mama in charge
bab images, mama mintak tolong Kak Anson scankan. Masa tu la mama borak2 and dpt tau dia kerja kat KK Klang jugak. Then barulah mama ingat.....
Dia ni S/n yg cek mama! S/N yg buat home visit masa mama baru 3 hari bersalin...Dia yg detect Afzal kena demam kuning. Then mama demam, dia jugak yg cek kat umah...Nama dia Nurse Zainab! Dia memang ikhlas buat keje. Senyum je sepanjang buat keje.
Yg kelakarnye, dia boleh ingat tu rumah kitorg kat Jalan mana. Bila dia sebut je, mama terkejut. Betul la tu! Anak saya kena kuning, saya pulak demam. Dia cakap dia ingat..Haha! Siap ingat lagi mak mertua mama yg jaga mama masa tu....

Kuasa Allah SWT...Walaupun Afzal dah nak masuk 3 tahun, mama boleh ingat lagik muka diorg and the SN boleh ingat lagi umah mama kat mana...

Mama nak ucapkan terima kasih kepada Dr Mimita, Nurse Zainab dan semua nurse2 yg bertugas kat KK Klang...Mama doakan mereka yg terbaik dalam hidup mereka. Amin... 

Monday, May 30, 2011

Mama Akan Terus Berusaha Untuk Yang Terbaek!

Lately Afzal lasak sangat. Nak cakap mama dia nak dpt baby, takde le pulak.Kalau kat rumah, konfem, mama takleh nak blogging. Ni pun kat spital tengah demo machine baru le dapat berblogging kejap.
Makin besar Afzal punye energy mengalahkan energy org dewasa.
Last time mama n En Ayah bawak dia pi zoo, konon nak buat dia penat. Kitorang pusing zoo on foot je tau. Kat 3 jam pusing zoo, dia balik tido sat dlm kete and kat rumah carry on melasak. Yg pengsan?? Mama dgn En Ayah... Haha!hambik...lain nak buat lain yg terkena!

Dalam dia melasak, of course kita yg kepenatan kerja akan cepat naik hangin. Mama pun tak terlepas dr dgaan dan godaan utk babap budak ni. Nak suruh dok diam payah. Pastu, mama tak bleh dok sorg2 atau dekat En Ayah. Mesti budak ni dtg melekat sambil melompat2 atas mama.

Semalam memang dah tak tahan. Pastu kitorang ada 2 kenduri to attend. Masa keluar kete mama sound Afzal. Tolong jgn buat nakal tau. Mama nak jumpa kawan2. Nanyi malu mama kalau kamu buat nakal. Dia angguk.
So, first kenduri dia okay sangat. Makan nasi minyak satu pinggan habis. Sampai mama cuma dpt makan lauk je.Nak amik lagi segan..hehe..
Dah makan, energy dah generate, dia dah start tersengih2 sambil egur2 anak kwn mama. Budak2 tu semua dok diam. Mama pun ajak Ayah gerak sebab nak ke kenduri ofis mate plak.

Kat sana, mama reward dia dgn freedom untuk main dlm dewan sebab, kenduri almost over and orang tak ramai.
Balik tu pi rumah mertua. Lama tak jumpa dia. Afzal pun happy lah. berlari keliling rumah.
Petang tu, Nenek peluk dia, gosok2, dodoi2..walaupun dh nak masuk 3 tahun, budak ni manja sgt dengan neneknya. Suka beno le nenek dodoi. Tertidor le sampai malam..

Mama tanya nenek, macamana nak buat dgn Afzal makin lasak? Cakap saja mcm tak boleh jalan. Dia cakap, takpe cubit untuk mengajar. Lagipun lain budak lain caranya. Macam Afzal, cubit hanya bila dia buat salah dan tempat yg patut. Supaya mesej sampai. Betul juga. Then, tanya nenek (mak mertua mama) kalau susah nak tido macamana? Dia ada explain tapi panjang. Cuma mama perhati cara dia tidokan Afzal.

Balik tu, mama n Ayah dok bincang apa yg terbaik utk Afzal. Ye lah, budak lasak, selalu kena marah. Mama taknak menda ni effect dia sampai besar. Dia je anak kitorg so, kena didik dgn baik spy besar esok, kami boleh harapkan Afzal.

Balik tu, dia bangun tido, lepas tukar baju mama ajak tido. mama peluk macam nenek, usap pipi dia, usap kepala dia, sayang dia. Tak sampai 5 minit, dia pusing and tido sendiri sebelah mama.

Keajaiban sentuhan parents. Barulah mama faham, apa yg anak mama ni perlukan.Rupa2nya, dia rasa mama jauh agaknya dengan dia. Mana taknye, sejak kerja baru ni, mama banyak travel sampai mama lupa nak belai anak mama. Sekarang mama dah faham.

Saturday, May 28, 2011

Naik! Naik! Naik!


Mama tak tahu nak cakap apa lagi ni...
Dengan kemeriahan pak-pak buncit menaikkan harga sana sini, apa yg rakyat dapat???

Korang tahu tak all the bullshit they said?

1)yg duduk flat tu pakai letrik sikit2, yg dok banglo takpe pakai letrik byk2- sebab diorang nak naikkan tarif eletrik yg surely membebankan golongan berpendapatan rendah.

2)Harga gula naik sebab nak turunkan bilangan pesakit diabetes kat Malaysia- tak semua sebab gula. Banyak lagi sebab genetik. Napa tak buat kempen cegah diabetes? kita ada ramai graduate medikal and paramedikal yg takde kerja, bagilah diorg buat kerja tu. takkan nak bayar gaji pun gomen dah takde duit...cuba cek gaji2 ahli parlimen U...mesti masyuk..kalau tak takkan si toyol cakap rumah rm24juta hasil usaha dia sendiri....

3)Harga petrol naik sebab nak kurangkan kes penyeludupan poetrol ke negara jiran- Hello......Adakah semua rakyat Malaysia yg menyeludup petrol sehinggakan semua rakyat Malaysia yg terpaksa menanggng akibatnya...????Musykil!

4)Selagi kerajaan Selangor bagi air percuma kepada rakyat, dalam tahun 2012, kita akan mengalami masalah air habis di Malaysia.Jadi sokong lah U untuk memegang kembali tapuk pimpinan Selangor..Kuang!KUang!Kuang! Agaknya kalau Afzal pandai bercakap nescaya Afzal pun akan keluarkan kata2 yg sama macam mama dia....Nonsense lagi bullshit!
Takkan lepas ni hujan takkan turun??Dengan hujan yg dah tak kira musim tak kira musim tengkujuh di Pantai Timur di KL, dengan Indah Water yg boleh merawat air untuk diguna semula, takkan la air akan habis...Bukan ke kita sampai eksport air ke Singapore sehingga 2021 (sila search "kontrak air singapura-Malaysia"). Macam mana boleh kontrak sampai 2021 tapi kata air nak habis 2012??? Lagi musykil??? Afzal, sila gelak...HAHAHAHA! nak cakap biar dengan akal, bukan dengan perut buncit. Sebab dalam Islam ada cakap, terlebih makan, otak jadi apa Afzal?? LEMBAB....Pandai anak mama...

Mama dok kat S dan nak besarkan family kat S. Jadi janganlah U cuba nak memburukkan kerajaan S sebab setakat ni banyak peningkatan especially dari segi hubungan antara kaum. Mama suka bila dpt berkawan dgn semua kaum tanpa rasa curiga atau tak puas hati....

Sebagai seorang ibu yang berkerja, mama sentiasa berhati2 dalam menyimpan untuk kegunaan Afzal kot2 dia bejaya masuk U. Tapi kalau semua barang naik, INFLASI akan naik juga. So, cukup ke 8% profit yg kita dapat drp ASB. Menimpan, kena tahu. berapa profit dapat berapa pula inflasi yg kita hadapi?

ok, 8% profit tolak 6%inflasi = 2%nett profit. Cukup ke nak bagi anak masuk U? even Masterskill diploma pun cecah RM60k utk 3 tahun. Sedangkan mama amik degree kat IPTA baru RM21K utk 3 tahun...akan datang berapa agaknya kita kena ada utk hantar anak masuk U? nak masuk IPTA buka mudah sekarang. Kena menyimpan untuk fee IPTS untuk langkah yg lebih selamat.

P/s: tahun 2004, degree in medical di IMU RM150k
sekarang tak silap kakak mama cakap more than RM300k. gila lah wei!
INFLASI tu!

image sources: google images

p/s: Ini pandangan seorang ibu yang panik dengan inflasi. Suka baca, tak suka jgn baca. Bagi fanatik U, jgn mencarut di sini sebab blog saya, saya bebas utarakan pendapat saya.

-Saya yang berakal-

Tuesday, May 24, 2011

Hari ni Afzal Nak Post N3

hai, saya afzal.mama ajar saya taip kt blog mA ,MA.7ui]mm  vikoofgg.hbcmldlcclllfd;;d;;[ddddd;;;;p;;;;;;;;
hhhhhhhh;;[lzz;\
]    nkoi90=9oiutr.,xuuuuuuuu6fjjknkoih,,iki9887yip[[llkhk88-887888koryang pahamkdjiir5 hsie9..

korang paham ker??hmm...layannn....

lppppppppppppppppppppbbbbbbbbbbbbbbbbbbb
tt

Tuesday, May 17, 2011

Hadiah Untuk Mama! Alhamdulillah Syukur...:o)


Dah lama tak post anything in my blog. Hari ni mama cuti sambil ditemani Afzal. En Ayah kena kerja. Takpelah, mencari rezeki yang halal...:o)

Mama takde apa nak membebel, cuma nak memanjatkan rasa syukur di atas khabar2 gembira sempena hari ibu, hari bapa, hari guru..:o)

1) En Ayah dapat anugerah pekerja cemerlang untuk tahun 2010. Alhamdulillah, abang deserve it!

2) Afzal dah mula pandai bercakap, dia lambat sikit bercakap maybe sebab terlalu lasak dan kurang fokus. Sekarang dah pandai bila suruh buat kerja sikit "Oh, man....." pernah dengar???Tak pernah dengar pi tengok citer Dora, korang akan dengar frasa tu...:o)

3)mama dah confirm kat tempat baru.Alhamdulillah....


4) En Ayah dapat bonus! kuikuikui! apalagi, Ayah dapat bonus, kira mama pun dapat bonus le ye tak?

Jadi, sekarang banyak menda positif yang mama lalui, mama rasa bersyukur dan akan cuba untuk kekalkan aura positif ni. Sebab bila kita kekal dalam aura yang positif, lebih banyak perkara yg baik2 akan berlaku pada kita...InsyaAllah....
Kita merancang, Allah SWT yang menentukan...

chewah, macam Adam dalam Nur Kasih plak...chiow!

opps: terjumpa gambar ni....betul isteri org ada intan berlian, isteri abang yang ni ada abang di sisi dah cukup..:o) (bersyukur atas apa yg Allah SWT kurniakan-pesanan untuk diri mama sendiri supaya sentiasa dalam keadaan Redha dan bersyukur...)

credit: google images

Tuesday, May 3, 2011

“I’m a Pirate, Take Me To Stranger Tides!”

Pirates of the Caribbean 4

3 Best things about being a pirate are:

Jeng! Jeng! Jeng!

1)GOLD!!!
why? simple, I can have them without have to buy them but just rob them! No one ever dare to fight you because you are pirate lah!

2)NO LAW NEEDED
of course being a pirate means outlaw. Who cares? 

3)ADVENTUROUS
Robbing, fighting, killing! What an adventure no ordinary people will ever dare to do!

Wednesday, April 27, 2011

Afzal Oh Afzal!

Semalam, mama baru balik dari outstation kat Melaka. This month alone mama outstation 4 kali utara ke selatan. So, mama bawak adik mama untuk temnakan dan tengokkan Afzal. Mama bawak si kenit sekali sebab risau dia rasa mama kurang bagi perhatian kat dia. Mama ni memang woraholic tapi bila dah ada keluarga, mama letakkan kerja no 2. Jadi bila selau sangat kena outstation, mama buat plan baik2 supaya dapat buat kerja as well as spend masa dengan anak. Of course tak boleh bawak En Ayah sebab dia kerja...:o)

So, Last week, mama bawak dia pi JB tapi tak banyak yg menarik di JB. Even KFC and McD drive tru pun mama tak jumpa..hikhik..

Tapi trip ke Melaka is mind blowing. Kerja settle and dapat lagi bawak Afzal main layang2 kat tepi pantai Klebang. Actually the main plan is for horseriding. Mana le tau, kudanye dah takde. So, beli le layang2 RM5 tu main. Tapi last2 mama yg main. Budak tu sibuk main pasir. Org Key El....Kat umah tak jumpa pasir..Ahaks!

Masa balik semalam, mama lalu la kat Dataran Merdeka sebab nak hantar my lovely sister balik umah dia. Kat Dataran Merdeka tu kan ke banyak lampu yg meriah2. So, Afzal pun excited la "Wau....Cantik la....! Ma...Cantik la..Mapu...." Hahaha! Gelak mama dan Mok Su dia....Mapu tu lampu....Siap lagik dia nyanyi2 lagu untuk lampu2 yg meriah tu....Sian, lahir kat KL, dok kat Cheras, tapi macam tak penah tengok lampu kat Dataran Merdeka tu..Apa la Afzal...

Pastu sepanjang jalan, non stop pulak dia menceceh dgn bahasa pelat pekat tu...Bila kitorang tak layan dia pun panggil..."Ma....Ma...." Bila tak dilayan...."Ma...Iya....Ma...Iyaaaa....!" Dia ajuk pulak mamanye nih..Hish...baru 2 tahun dah pandai buat kelakar...Takpe yg penting kamu dah buat mama segar walaupun seharian kerja and drive jauh...:o)

Masa berenti makan dekat rumah adik mama tu, dia sibuk nak bagi keropok lekor dia kat kucing...Mama biarkan jelah...Biar dia belajar untuk sayang haiwan and biar suatu hari nanti, dia faham, Bila kita hidup senang, ada yang hidup susah, jadi makanan yg kita ada baiklah dikongsi tak kira manusia atau haiwan.. Sebab semuanya, makhluk Allah SWT....Semoga anak mama jadi insan yang baik dan berjaya di dunia dan akhirat..Amin...


Sunday, April 24, 2011

I Met Prince William In Person!!!!

Hahaha! Poyo je kan tajuk mama kat atas nun? Takde apa, sekadar nak bercerita masa mama ke Scotland 6 years ago....

Masa tu mama muda dan bujang trang tang tang lagik.... Pi sana menghabihkan duit simpanan... So, masa kat sana, mama tak lepaskan peluang untuk pergi Loch Ness, Scotland. Korang pernah dengar Loch Ness? Ala, yang konon2 ada Nessie tu... Takpe lenkali mama cerita. So, masa mama tengah tunggu bot datang, mama dok videocamwhoring ler sekeliling pier tu...Sekali, mama tertangkap gambar mamat ni. Mama punye le excited sebab mama ingat dia Prince William...! Mama ni dah la peminat Prince William dari kecik lagik...Klaka ko! Takkan la Prince William keje part time kat pier plak kan...Nak tengok gambar dia??







Haaa? Ensem tak?maybe sekarang dah separuh botak cam William tuh..kehkehkeh! Ala, ni kenakalan masa tak cukup umur lagik...En Ayah sedia paham perangai mama...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...