Jom Menabung Untuk Anak-anak!

I Support Breastfeeding!

Lilypie Breastfeeding tickers

nuffnang i like!

Menabung Demi Pendidikan!

Friday, February 18, 2011

Minta Maaf kepada Semua...

Bukan mama ada buat salah besar, cuma mintak maaf kepada semua yang rajin dtg menjenguk tapi mama belum membalas kunjungan. Nak cakap busy tu takde la sangat,
cuma lately rasa macam tak sempat nak spend masa dengan Afzal.
Lagi2 pulak bila ukur ketinggian dia, dah pun cecah 90cm ni, mama terfikir, adakah mama menghayati dan memahami anak mama sepenuhnya?? Dari tapak kaki sebesar 2 jari tup2 sekarang dah sebesar tapak tangan mama, adakah mama betul2 kenal anak mama? mengenali segenap inci tubuhnya, memahami gerak gerinya? atau setidak2nya, memahami perasaan dan kehendaknya?
Sejak dah putus susu badan, Afzal susah nak tidur malam. Mata pun dah macam panda bear maybe tak cukup tido. Kalau dulu 9pm dah tido, sekarang, mama tido dulu sedar2 dia tido kat sebelah. Ayah cakap pernah beberapa kali dia tersedar pukul 4-5pagi ternampak budak tu baru panjat katil tido sebelah mama.
Kadang2 kesian bila fikirkan. Pagi2 lagi mama dah pergi kerja, balik petang, pergi pulak treatment London weight Management sampai pukul 8-9mlm. Balik rumah siap2 barang2 dia, mama terus masuk tido. Kadang2 tak sempat pun peluk dia cuma dalam tido. 
Owh, one more thing, lately suka benor dia panggil mama dgn panggilan 'baby'....

"baby....." "baby....."
Mulanya tak perasan, bila ayah cakap, baru mama perasan, dia start panggil mama baby sekarang...owh..cukup kasanova anak mama nih...
geli jugak telinga sebab ayah pun tak penah panggil macam tu...maybe ayah tak cukup romantik macam Afzal.

Jadi, mama kurangkan masa depan lappy. Malam bila balik kerja, mama bukak drawing block dan pencil colors dia and mama lukis sambil warna. Mama buat depan dia untuk encourage dia luahkan perasaan atau idea dia melalui drawing or lebih tepat contengan dia. 
Dia suka tapi kadang2 kurang fokus. 
Bila mama buat macam tu, bukan sahaja menjadi satu aktiviti bersama dengan Afzal, tapi jugak satu stress buster untuk mama. Mama rasa relax as well as puas dapat spend masa berkualiti untuk anak mama. Tapi mama akan sedaya upaya update blog walau tak sehebat blogger lain tapi cukuplah untuk tatapan korang dan Afzal bila dia besar nanti...:o)


Tuesday, February 15, 2011

"Beastly" nuffnang Contest!



If I were a Beast given ONE chance to prove that I am worthy to be human again, I would treasure what I have in my life. I will go back to my love, shower him with all loves that I have inside. The true love that gives me strength to go on with the new ugly look. The true love that never discriminate the physical of a beast. So I can prove myself worthy to be human again when I can really appreciate other human being instead of being arrogant and selfish.

Friday, February 4, 2011

LUAHAN PRINCE DUYONG

USAH NAIKKAN LAGI

apa sudah jadi

malaysia hari ini

benda sudah jadi

semua sakit hati

mana pergi janji

dulu kamu meterai

kata kami didahului

tengok apa sekarang jadi

usah berdolak lagi

kami tak tahan lagi

usah buat kami begini

wahai datuk menteri

cuba fahami kami

tak tahu mana lagi

kami nak bawa diri

tak tahu mana lagi

nak adu nasib kami

usah naikkan lagi

harga keperluan kami

hargailah kami…


Tuesday, February 1, 2011

Movie Review- Khurafat

First time dalam hidup mama tengok movie citer hantu kat panggung. Bukan apa, sekali sekala mama and En Ayah nak le tukar angin. Do something different. Actually mama and En Ayah memang tak suka citer hantu2 nih. Kat rumah ada kawan bagi cd citer thriller pun kami tak tengok. Bagi kami too negative auranya bile tengok citer macam ni. Tapi bila tertengok trailer kat tv macam best pulak. Apatah lagi, pengarahnya penah menang anugerah (tapi dengarnye Farid Kamil tak puas hati...Tu yg nak cek apa baguih sgt ke arahan pengarah muda Syamsul Yusoff anak si Yusoff Haslam ni?)
So, sementelah En Ayah cuti wilayah, mama pun amik cuti untuk berdating. Anak of course hantar kat pengasuh...
Kami pi Jusco Bukit Tinggi. 2 tiket RM22 tempat memang dah ok. Tunggu melayan jantung berdebar2 je ...
Okay, back to the story, ceritanya pasal Johan pembantu kat rumah mayat ni berkahwin dengan Aisyah lakonan Liyana Jasmay. Lepas balik dari kampung melawat mak dia, banyak gangguan2 yg dialami mereka ni. Dalam masa yg sama, bekas kekasihnya lakunan Sabrina Ali ni dok le datang merayu2 untuk Johan kembali kepadanya. Tapi Johan tak mau sebab Anna ni kaki clubbing and tak mo berubah menjadi calon isteri muslimah (berbeza dgn Aisyah). Apalagi Anna ni macam meroyan la sampai bunuh diri sebab tak sanggup hidup tanpa Johan (Aduss...kumbang bukan sekoq dik oiii!).
So, bila dah mati tu, jenazahnya takde sape tuntut. Maka Johan dgn rasa kesal sebab menyebabkan kematian Anna ni, pegang amanah ibu Anna yg sakit kat kampung untuk uruskan jenazah Anna dan bawa kebumi di kampungnya. Masa tu mcm2 la gangguan sampai la van jenzah yang dinaiki terbabas masuk gaung.....
Dalam scene ni, kononnya, Johan bangun kejutkan Man kawannya tapi dah meninggal. So, dia keluar untuk mintak bantuan. Tapi tak sampai hati dgn jenazah Anna, dia pun carry le jenazah tu macam carry pengantin perempuan di malam pertama (Apa ke halnye ko carry jenazah mamat???sengal apa?).
Masa tu la, hantu datang mengacau. Dia lari sekuat2 hatinya sampai dia terberhenti dan mengaku segala yang berlaku tu adalah kesalahan dia melakukan perkara khurafat ke atas Anna.

FLASH BACK
Johan pi clubbing, nanpak Anna. Pi tegur Anna tapi Anna tak minat kat mamat sengkek (ye la pembantu rumah mayat noks!). Dia simbah beer kat muka mamat tu. Apalagi dendam kesumat la. Dia jumpa bomoh dan kenakan ilmu hitam tanah kubur.Tapi syarat dr tok moh, jgn sekali2 tinggalkan Anna sebab ilmu ni paling kuat. Dia takkan berhenti menyayangi Johan sampai dia mati pun sebab hatinya akan bersekutu dgn mayat yg dipuja tok moh tu...
(huishhh dasatkan? Patut lah meroyan bagai si Anna tu).

Bila dah dapat Anna baru sedar Anna bukanlah wanita yg boleh dijadikan isteri. So, dia tinggalkan untuk berkahwin dgn Aisyah yang dlm cerita ini amatlah tinggi nilai islam dan kemelayuannya...(dlm cerita okay!)

Then tetiba dia balik rumah. Darah yang meleleh bagai tu, dah takde. Wifenya takde kat umah. Dia pi cari kat umah maknye pulak. Nampak ada keranda. Dia naik atas menangis bagai, baru perasan tu bukan jenazah mak dia tapi jenazah dia. Sedih la dia sebab tak dapat jalankan amanat maknya yg mintak dia jaga Aisyah dengan baik.

Then tetiba dia tersedar dari koma...rupa2nya dia nazak sebab accident tu...Tapi beberapa saat lepas tu dia menghembuskan nafas terakhir....Sungguh sedih TAPI...

ada TAPINYA...
sepanjang cerita tu, jalan cerita dia memang best dan prop and solekan nampak real. Lakunan Syamsul Yusoff pun tak kurang hebatnya. Kira kalau korang tengok memang tegak bulu roma lah. Masalahnya, kami duduk dekat dengan budak tak matured yg melatah2 macam mak nenek kat kampung2...
Bila part nak seram je, dia menjerit macam orang meroyan....Habis semua org gelakkan dia...So, thrill pun hilang lah..

Tapi kesimpulannya, tak heranlah kalau Syamsul Yusoff boleh menang, cerita dia memang best!
Mama bagi 4.5 bintang drp 5 bintang..okay lah tu..:o)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...