Jom Menabung Untuk Anak-anak!

I Support Breastfeeding!

Lilypie Breastfeeding tickers

nuffnang i like!

Menabung Demi Pendidikan!

Friday, July 30, 2010

Afzal Tepon Sapa Tu???

Tengah2 lunch hour yg boring ni, apalagi, dok menengok kembali gambar2 anak bujang mama yg sowang tu....Tetiba tergelak sowang2 teringat dua hari lepas. Mama call Kak Long mama. Pastu tengah2 borak, ada orang menyebuk nak bercakap kat tepon jugok... Mama bagi tapi dia tak bercakap. Mama pun amik phone mama and letak atas ironing board. Agak dia tak boleh capai la. Hmm...Tak sempat duduk, dengar ironing board jatuh. Si bujang jatuhkan sebab nak amik phone mama! Mama maleh nak bising, mama angkat tapi lupa nak amik phone yg dah tergolek dog tu. Mama dok sambung kerja menyusun resit2 dan bil2 yang perlu diselesaikan...
Sambil2 tu, heran jugak apa si bujang tu buat. Baik benor dok sambil mulut mengomel2 ntah apa bahasa...Tiba-tiba..........telinga mama yang macam lintah terdengar suara pompuan sayup dicorong tepon mama...Menjerit mama..."Heiiiiiiiiiiiiiiiiiiii! Azfal tepon sapa??????" mama amik phone tu, Afzal gigit mama sekuat hati. Mama tahan je sakit tu. Kak Long call balik. Dia cakap dapat call, ingatkan mama call and bagi Afzal cakap dgn dia. Sebenarnya, budak bertuah tu sudah tidak puas hati lalu menge'call' Kak Long a.k.a Umi untuk berborak dlm bahasa Uganda dia. Ada la kat 5 minit berborak baru mama perasan. Kalau tau, biarkan je. Ingatkan ntah sape2 dia call. Sudahnya, malam tu menyaksikan mama tidur dengan ada dua tanda lebam dan bengkak disebabkan digigit oleh si bujang yang ganas. Gigit sampai terketar2 kepala....Bertuah....Bak dalam cerita Ahmad Albab...Ala, Intan...Ala Payung...Sayang punye pasai...Mama senyum je tengok bengkak kat tangan tu...

Thursday, July 29, 2010

Penting Sangat ke Main Ping Pong tu??

Aduss...petang2 ni la nak buat mama pening. Mana la mama tau yg student utk workshop petang ni ramai. Mama just set upkan dlm bilik mesyuarat. Tuo2 diorg terpaksa guna meja ping pong sb takde maja spare. Sudahnya org yang nak main ping pong bising. Dan2 tu semua tunding kat mama. Ternaik juga suara mama masa nak explain tadi. This is my first time jaga wokrshop family planning...Sori la kalau tersilap. Just give me good suggestion and I will do as you guys said. End of misery and what so ever. Kerja pun settle. Tak perlu la bising2...Nasib la kita ni pegawai muda...Nasib badan....

Baby BIRU Contest

Jom Join Ni Pulak!
Syarat2.
1. Ada blog sendiri   Memang dah ada...
2. Contest ini terbuka kepada baby yang berumur 1hari hingga 4tahun.  ok, check!
3. Letakkan SATU gambar sahaja memakai apa2 yang berwarna BIRU.No problemo!
4. Contest ini bermula pada 8hb Julai 2010 dan berakhir pada 8hb Ogos 2010 (11.59pm)  Nasib baik sompek laie...
Apa perlu dibuat: *senang aje
1. Wajib jadi follower  Dah...
2. Buat 1 entry mengenai contest ni, dan pastikan link back ke contest ini 
3. Letakkan banner contest di tepi sidebar blog anda dan juga entry anda. (harus ada link back ke contest ini iye)   okeh..
4. Letakkan SATU gambar sahaja dan nyatakan NAMA & UMUR anak anda itu
 Afzal Akhtar
Dah 23 bulan. Ni je gambar terbaekkk dlm blue...:o)


5. Submit LINK entry anda itu pada comment box ENTRY contest ini sahaja .
HADIAH.
*Hadiah menarik akan diberikan. 3 Hadiah, (tempat pertama, kedua & ketiga)

Wednesday, July 28, 2010

Father Figure Contest by Iceboxrivet.

Father figure dalam hidup saya ialah (Arwah Hj Jusoh bin Ismail). Kenapa? sebab yang tak asing lagi sebab dia ayah saya. Kebaikan dia terlalu banyak tak terbanding dan takkan pernah terbalas walaupun 8 orang anak2nya berusaha sedaya upaya pun, tetap takkan bisa membalasinya. Dialah yang mengajar saya bersolat seawal umur 6 tahun. Dialah yang akan merotan saya sekiranya malas bersolat atau mengaji. Semua itu adalah untuk kebaikan saya. Dia suka bercerita terutamanya cerita para Nabi kepada kami adik beradik. Masih segar diingatan kata2nya mengharapkan suatu hari nanti saya akan berjaya dalam pelajaran dan mempunyai kerja yang baik untuk diri saya dan anak2. Dia kerap berpesan agar sentiasa sayang pada cik (mak saya), hormatinya, kasihinya terutama apabila dia tiada suatu hari nanti. Dia pernah menjadi nelayan semasa kecil saya. Setiap petang kami akan menunggunya di bawah pohon rhu. Dia tidak pernah lupa untuk menyimpan bekalan roti canainya untuk makan bersama2 kami. Sikap penyayangnya tidak pernah saya lupakan. Setiap makanan yang ada dia akan kongsikan dengan anak2 walaupun bahagian kami cukup, dia tetap akan ajak kami makan bersama2nya. Dia juga gemarkan air kopi bancuhan anaknya. Apatah lagi anak2 ramai perempuan. Cukuplah setakat ni. Sebak rasanya mengingati orang yang tiada. Tapi itulah father figure saya. selamanya tetap di hati saya.

Siapa Father Figure kawan2 semua? Jom kongsi cerita korang kat sini

Mama rindu sangat kat Tok Ki....hwaa..

Malam tadi mama tido awal sebab terlampau penat dek kerja kat bilik scan yang melambak. Tu pun mama dah tolak dua kes detail scan ke hari ni. Maknanya, petang ni mama busy! Hmm...Dalam tidur semalam mama mimpi arwah Tokki (ayah mama la...). Mimpi masa dia masuk spital dulu. Dia dah koma. Masa mama cium2 pipi dia, doktor cakap dia dah pergi. Sama macam masa dia pergi dulu cuma keadaan mama dlm mimpi tak sama. Mama dulu kuat. Tapi dalam mimpi semalam mama menangis macam baby. Terisak2 sampai bila tersedar pun mama masih lagi terisak2 menangis. Nasib baik ayah tak sedar. Maybe sebab contest father figure tu kut. Mama terlalu fikirkan kebaikan Tokki. Rindu sangat nak peluk dia, cium pipi dia, berborak dengan dia masa mama muda2 remaja dulu. Semoga Arwah Tokki sihat di sana. Berada di kalangan hambaNya yang beriman dan bertaqwa kepadaNya. Amin...

Children Photo Contest!


Welcome to children photo contest!

Photo contest for all
children ages 0 to 5 years of age. Children are not judged based on beauty but on their expressions and the photo because - All Children Are Beautiful! Therefore, every child has a chance to win!



CONTEST RULES
For Bloggers
1. Must be Littlestore2u & Muslimahstore2u follower. DAH FOLLOW...
2. Link this blog in ur blog list / Like littlestore2u pages in facebook OK..
3.
Make an entry about this giveaway on your blog/facebook that link back to this blog
(for facebbok user pls
Post about this contest 4 times anywhere in facebook
(if you don't own a blog/facebook - email to at least five of your friends and cc to us ).
4. Leave a comment at this entry

NAME : AFZAL AKHTAR
AGE: 23 MONTHS
BOD: 080808
5. Photos must be entered by a parent, family.
6. Photos must not be professional photos.
7. Judging main criteria is based on Photo Quality, Naturalness and Overall Impression.
8. Photos must be emailed in good quality and we reserve the right to crop or resize the photos to fit our site accordingly.
9.Please consider these items below when sending in your picture(s).
It could effect the scoring of your child:
-Crisp, clear pictures with no red eye.
-No enhanced/altered pictures.
-Upper body shots are best.
-Judges must be able to see your child's entire face.
-A picture you believe that would WOW the judges.

10. The deadline for the contest is end 31 July 2010.


KORANG PUN NAK JOIN?? JOM KLIK SINI

Tuesday, July 27, 2010

Benjol Kepala Mama...

Hari Ahad lepas, mama bangun lambat giler sebab tido lambat dek kerana nak tengok sangat video This Is It by Michael Jackson. Afzal bangun macam biasa la. Kalau tak dicari air, dicarinya biskut. So, nak dijadikan story mori morning glory, si Afzal maybe amatlah kelaparan. Dia bangun angkat tin susu dia letak atas katil sebelah mama. Bila mama kalih badan je terkejut depan mata ada tin susu. 
Mama pun bangun bancuhkan susu and bagi dia breakfast cereal . Mama pun baring balik (ngantuk dowh!) Tetiba je mama dengar "Kteng!" Aduh!!!!!!!!!!!! Sakitnya kepala mama! Afzal terlandingkan tin biskut atas kepala mama. Sedar tak sedar, mama terjerit "Ayah!!!! Hwaaaaa!" Menangis macam budak kecik mama. Sakit Tuhan je la yang tahu. Benjol dan pedih mama rasa. 
Pedihnya sampai la ke hari ni. Nasib baik tak lebam. Kalau tidak, orang mesti ingat mama gaduh dengan ayah ke apa...Bertuah betul. Dia pun bukan sengaja. Dia memang tak pandai cakap nak makan apa. So, mama letakkan tin biskut and susu tempat yang mudah dia tunjuk. Tapi maybe lapar sangat dia angkut tin2 sekali tunjuk. Kahkahkah! Padan muka mama. Lepas ni, tobat...tido awal, bangun awal!

Lensa Buruk Contest

Tajuk foto : Snorkling di Pet Shop @ Carrefour BTHO (original. tak edit punyeeer!)
Model Telefon Bimbit : My Long Gone Sony Ericsson C510 (3MP) (The Best handphone camera  so far!)
Slogan : Saya suka blog Lensa Buruk kerana saya amat menghargai segala seni yang wujud di muka bumi termasuklah seni fotografi yang merakam keindahan alam semulajadi.



"IT'S NOT ABOUT THE CAMERA,
ITS ABOUT HOW YOUR HEART LOOK THROUGH IT "
-Ti Anne-
 
Korang nak join jugek??? Jom klik sini!!

Monday, July 26, 2010

Giveaway 1 tahun Anniversary


Ni pulak, mama masuk giveaway dari Azie sempena 1st anniversary. Hadiahnya, sepasang maxi dan 1 beg untuk si comel. Nak Join??? Meh klik sini

ejaMaria GiveAway

Ni Giveaway yang seterusnya mama nak join. kalau dapat hadiah ni, Cantekkk!

ape nak kena buat?
1. kena la ambil dan tepek banner dan buat entry pasal GiveAway ini... di blog masing-masing

2. peserta yang layak menyertai giveaway ini hanya di dalam Malaysia...

3. kena jadi follower :) klu tak nak tak pe la... kecik ati sikit je...
(eh nnt mesti pilih follower sebagai pemenang... hehehehe)

4. Sila tinggalkan link diruangan komen apabila menyertai contest ini... karang macam mana Maria nak refer balik kan?


5. 5 pemenang bertuah akan dipilih dgn 2 cara... 2 org melalui hit no. bertuah... manakala 3 org lagi melalui cabutan bertuah (akan dicabut oleh Laila, Nayli & Luqman)

6. No. bertuah yang Maria kehendaki ialah 7008 dan juga 10078 - sesiapa yg dapat nombor ini sila print screen - dan email kpd Maria sebagai bukti :)

 7. Tarikh tutup sehingga 31hb. Julai 2010 atau sehingga mencapai hit no.10078 - mana-mana yang terdahulu :)

kawan2 nak join jugak? klik here

Gelfren...?

Tadi masa mama tengah buat kerja kat fetomat unit. Doktor sorang ni tergesa2 keluar jawab call. Lepas tu dia masuk sambil tersenyum2..."Hehe, gelfren call....lebih 3 kali sehari dia call.sekarang dia dah tak busy dia akan call macam biasa..." Happy je muka dia. Gelfren tu maksudnya isteri kesayangan dia tu la... Dia ni memang sayang sangat isteri dia. Suka mama tengok doktor sorang ni. Walaupun anak dia dah 4 and yang sulung pun dah PMR, dia still excited dengan love life dia. Tak pernah pun cerita yang tak best. Cayalah doc! Tetiba mama teringat pulak kat Ayah ni...Hehe...

Sunday, July 25, 2010

Gatalnye!!!

Malam semalam sampai la ni badan mama penuh dengan rashes. Rasanya maybe ada tersalah pegang masa kat pasar malam semalam. Bila garu je, keluar rashes tebal2. Kaki punsampai nak bengkak sebab kulit dah penuh dengan rashes. mama takde pulak salah makan. Petang semalam just makan ayam goreng and nasi goreng and kek gula hangus kat rumah nenek. Pastu balik Cheras, kita pegi pasar malam. Mama makan nasi ayam dengan Afzal, ayah makan laksa. Takde pulak tersalah makan. Maybe sebab air ikan yang mama pegang masa pilih2 tadi. Seksa gatalnya. Dah mandi air panas pun tak ilang tapi dah berkurangan la. Terus malas nak masak sebab takut pegang ikan. Apalagi special delivery la.Dominos!

Friday, July 23, 2010

Season 4- Cute Funny Eating Baby

 
Ni masa nenek pujuk dia lepas kena sakat dgn mama. Nenek bagi sekeping biskut. Dia makan dengan gelojoh sebab takut mama amik.(moral of the story: jgn suka nyakat anak.gini le jadiknye...heheh)

Afzal Akhtar

23 bulan

Penaja contest adalah : anje a.k.a mama balqis
Penaja bersama adalah: MALINASIAM.COM

"GRAND PRIZE FOR FINALE SEASON IS 3D/2N FULL PACKAGE @ REDANG/LANGKAWI ISLAND & 70 PCS 4R SIZE PHOTOS SPONSOR BY MALINASIAM.COM"

sapa2 nak join. Dont hesitate to click here! http://www.suziey.com/

Aduh...Bracess Punya Pasal...

Last Tuesday, mama pegi pasang ring  kat gigi mama. Ala untuk pasang bracess atau dlm bahasa melayunya pendakap gigi. Mula2 rasa ok. Tapi bila mengunyah makanan baru la rasa ketidakselesaannya. Sudahnya, pagi ni dah macam orang pelat bercakap. Mana taknya, lidah  dah luka tersangkut kat ring tu. Ni belum buat bonding lagi. Ntah apa la gayanya for the whole 2 years ahead ni...?

Macam ni ke mama nanti??? Tidak!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Countdown to 08082010


It's less than 2 weeks, We'll be celebrating your 2nd birthday. Soon, I will have to stop breastfeeding you and teach you and nurture you to be a wise young man. You know how much I love you with all my heart I'll do anything just to make you happy. To see your sweet smile is a trigger for me to be stronger and stronger day by  day. Looking at  your innocent face while you're sleeping makes me want to live forever by your side. My world trembling without you. If ever I scolded you, it was just a sign to tell you what is right and what is wrong. I always want the  best for you. For your whole life. I love you....

Thursday, July 22, 2010

Kisah MLM...

Semalam, mama dapat call dari Azura. Katanya buat bisnes travel agency and looking for anybody yang nak buat part time promoting the agency's name. So, mama pun berminat la since mama ni suka berceloteh tanpa henti. So, dia cakap minta mama datang Kelana Jaya sebab kompeni dia ada join venture dgn restoran ni. So, mama pujuk la ayah. Akhirnya kita tiga beranak berduyun2 lah ke sana. Tapi yang mama tak puas hatinya. Rupa2nya MLM! dah tanya dia cakap bukan tapi bila dah kat situ for almost 3 hours. Memang betullah MLM. Dia cakap for gold club RM41k lump sum! That's crazy to me. Takpelah, rasanya biarlah dulu. Mama belum abis lagi serik pasal IRC tu. Duit cash yang mama ada pun tak banyak. Mana nak bayar duit lawyer rumah lagi, nak simpan untuk masukkan Afzal ke Smart Reader lagi, nak tambah baby lagi...Keinginan nak beli netbook pun terpaksa dipendam buat sementara waktu. Banyak cara untuk tambah pendapatan tak semestinya dengan modal yang banyak. Dengan menggunakan kebolehan kita pun boleh generate extra income. Lupakan lah MLM....

Tuesday, July 20, 2010

"HAPPY ANNIVERSARY MRS BUBU"

"HUHUU dah 4 thn ghupernnya hidup bersama...
alhamdulillah dh spasang cahaya mata"
Moh same2 jadi kawan alam maya ai...
korangz cuma perlu jd kawan ai dlm dunia blogger nie...sbb ai suker bkawan
*cuma letak blog ai nie dlm bloglist korangz...
* tampal la pic atas tue dlm n3 korang...n3 y simple je, xperlu cite byk2...
*sebarkan pada semua...hebahkan...
*yang penting tinggalkan komen dlm n3 nie...
"HAPPY ANNIVERSARY MRS BUBU"
ada cenderahati dr melaka ai nk bg korangz...
apa dia? belacan ke? cencaluk ke? hehehe
ADE LEEEE...
ingat...sampai 29 julai nie tau...

Tak abis2 lagik dengan contest. Try yang ni lak....

Sweet Cute Baby Smile Contest!!!

Create your own banner at mybannermaker.com!
http://intankuterpilih79.blogspot.com

Create your own banner at mybannermaker.com!
http://cutebabyonline.blogspot.com


NAMA SI MANJA : AFZAL AKHTAR
UMUR SI MANJA : 23 BULAN
NAMA IBU : NOR AMIZU

Nuffnang Ads Ney Ezzo' Giveaway!

Apekah mama sudah kena virus contest craze???? Ni lagi satu contest mama join. Tolongla kasi mamaafzal menang...HAHAHA! (gilos~)

JOM JOIN GIVE AWAY RUSIA & MESIR

Contest yang seterusnya ni pulak hadiahnya dari rusia and mesir. Join jek yang penting usaha tu ada ye tak?

"SimplyStyleShop 1st Giveaway"

hehe..mama ni dah takde idea nak post entry. so, mama join contest2 kawan2 blogger jela...

SimplyStyle Shop bermurah hati nak mengadakan Giveaway untuk semua pengunjung2 simplystyleshop

Syarat2 mudah je, hadiah pun Hot & Hit di pasaran


1st : Mesti ada Blog masing2 yer
2nd : Jadi follower kt SimplyStyle SHOP..ni bukan ape...supaya u all x ketinggalan info waktu announce pemenang peserta bertuah nanti :)
3rd : Buat satu entry tajuk "SimplyStyleShop 1st Giveaway" isi kandungan nya bebas..nak copy & edit ni pn ok
4th : Copy banner atas ni & letak kt sidebar u all & dalam entry pun kne ada banner ni tau
5th : Jemput/tag kan seorang rakan blogger anda & dia mesti tau die di tag...
6th : Inform penyertaan anda kat bwh post ni :) sertakan 
FOLLOWER ID :
&
URL ENTRY :
FYI: kalau comment problem email je kt saya simplystyleshop@gmail.com

Untuk melayakkan diri anda mesti
-Berada dalam Malaysia, kalau xde skrg pun masa penghantaran hadiah nnti alamat Malaysia je diterima ye-
-lelaki & perempuan boleh join-

hadiahnya ini
TADAAAA

Saje tayang muka...nampak x pe hadiahnya...hanger tudung/Tie/Belt
Multipurpose hanger
color : x semestinya sama dengan gambar ye
2 Peserta bertuah utama akan dipilih melalui cabutan bertuah untuk dapat hadiah di atas
3 cabutan seterusnya akan mendapat hadiah saguhati
hadiah saguhati belum ada gambar :) nnti gnie update
tapi yang berkaitan dengan tudung la..untuk lelaki..terpaksa la bagi kt isteri/awek/anak perempuan...huu sori

Important!!
GiveAway end 31st July 2010
Pemenang akan diumumkan on 1st August 2010
Hadiah akan dihantar on 2nd August 2010 (after semua tuntut hadiah)
sbb 1st aug hari ahad :)
Kepada pemenang2 sila alert & tuntut hadiah dalam masa 3 hari dari tarikh pengumuman, kalau x tuntut cabutan akan dibuat sekali lagi  untuk peserta lain pula :)
Seorang peserta hanya layak untuk terima 1 hadiah je ye :)


Harapnya bertuahlah badan...:o)

Monday, July 19, 2010

My Journey To Beautiful Body Part 1

Hari ni kali ketiga mama masuk Gym. Ala, bukan gym berbayar pun. gym untuk pegawai2 kat HUKM tu. Since dah join member, baiklah mama gunakan segala yang ada. Start Jumaat 2 minggu lepas. Mama set 1 jam atas treadmill. Then, Jumaat last week mama set 30 minit dengan speed 4.0. Alhamdulillah, badan rasa ringan and bertenaga untuk the whole weekend. Takde rasa nak tidur and lesu macam biasa. Since badan rasa segar je, mama pi gym lagi. Hari ni, lepas habis patient, mama masuk gym pukul 1.30 pm. Mama kat atas treadmill for 30 minutes with 4.9speed. Then buatlah exercise untuk kempiskan kebuncitan yang ada. Hmmm..best gila rasa badan ni. I've never been this fresh! Esok, maybe tak sempat pegi sebab ada appoinment ortodontik di KCKL. Takpe lusa masih ada..Chaiyok! Chaiyok!

Mama Zharfan 1st GA : ole2 from UK

http://suzie284.blogspot.com/2010/07/mama-zharfan-1st-ga-ole2-from-uk.html

  "I follow Miles of Smile because I always wanted to travel all around the world and reading your blog giving me a virtual travel to those kind of places. Love it!

Macam Orang Ketagih....

Hahaha! Itu la statement ayah semalam. Masa nak masuk tido, mama ajak "Afzal, jom tido. Mama nenenkan and Afzal kena masuk tido tau..." Afzal punya la happy. Seriously, tak penah sehappy tu. Yela, daripada pagi mintak nenen mama tanak kasik. dah besyar... Dia melompat sambil tepuk2 tangan lepas tu buat satu gaya yang pelik sangat. Ayah apalagi otomatik la terkeluar ayat "Macam orang ketagih!" Kitorang ketawa kuat gila semalam. Bila si Azfal rasa diri digelakkan terus je dia hempas badan atas katil buat golekan cute. I'm so happy to have you guys in my life....

Friday, July 16, 2010

... Lucky Draw RASP ...

Buat kesekian kalinya saya masuk contest and lucky draw. harap2 bertuah la badan hendaknya...amin...



Syarat2nya adalah :-

1) Just copy paste gambar lucky draw tu ke blog uols...

2) Buat a simple entri kat blog uols pasal lucky draw ni or nak copy paste syarat2 nie pun ok je...

3) Tinggalkan komen kat entri ahkak ni bila dah settle steps 1 & 2 ...

4) Peserta tak semestinya follower pun, and tak perlu jadik follower i ....


5) Peserta haruslah mempunyai alamat di Malaysia ya.....

Tu je syarat2nya...sap sap soi.....tarikh tutup 28 Julai 2010, 12 tengahmalam. Nama pemenang lucky draw akan disiarkan pada 30 Julai 2010. Cabutan nama-nama pemenang yang bertuah akan dilakukan oleh SH. 3 pemenang akan dipilih...Keputusan adalah muktamad!
GOOD LUCK TO ALL!!!!

Harga Petrol dan Gula Naik Lagi

Hmm betul2 tak faham kenapa hidup dalam Malaysia ni susah sangat?? Setahun 2-3 kali harga barang naik. Katanya nak meningkatkan taraf rakyat menjadi lebih tinggi. Dengan kenaikan harga barang yang makin melambung tapi gaji rendah dan takde bonus, BOLEH KE?? Susah nak dicerna dek akal seorang pekerja makan gaji macam aku ni. Agak2 ada tak orang yang boleh ekplen sikit apa yang dikatakan sebagai meningkat taraf rakyat kepada rakyat berpendapatan tinggi dengan gaji tak naik, bonus takde tapi kos sara hidup meningkat 2-3 kali setahun. Akai ada ka?? Gula naik sebab nak kurangkan penggunaan gula. Masalahnya, bukan kat rumah je guna gula. Para peniaga kedai makan akan ambil kesempatan kat sini. Buat air tawo heber pastu naikkan harga 20-30sen. Esp kedai *****! Air milo dah rm 2.50!! Nak raya ni lagi naikkan harga barang ke? Lama2 rakyat kat sini dah jadi macam negara miskin yang lain yang jurang kekayaan terlampau nyata. Orang politik dok gaduh2 yang jadi mangsa sapa? rakyat jugak.....

Ayah Dah Balik?

Semalam, lepas balik kerja ayah keluar for his second job. Mama masak a simple dinner. Nasi himpit untuk dimakan dengan nenek's sambal mentaram & kuah kacang dan goreng udang big size untuk Afzal. Kecur air liur bila teringatkan sambal mentaram yang dibekal oleh mak mertua masa balik Klang hari tu. Lepas dah masak, mama pergi mandi. Masa mandi dengar macam ayah dah balik. so, mama keluar tanya Afzal " Ayah dah balik ke?" "Ayah? Aaa...Yahhh? hu-uh" sambil geleng kepala and buat muka frust. Mama ingat Afzal main jawab je sebab mama konfiden ayah dah balik. Mama tanya lagi "Afzal, ayah ada? ayah dah balik?" "Ayah...?" dia geleng kepala sambil cemikkan muka macam orang kecewa sambil sambung main kereta merce kesayangan dia. Agaknya dia kecewa sikit kot takde orang nak main dengan dia. Ayah terpaksa kerja lebih, mama kena masak untuk kita makan. Sori ye sayang? Nanti kita dah banyak duit, mama dok umah jaga Afzal je...Mmmuah!

Thursday, July 15, 2010

Hadiah Untuk Afzal....

Petang ni mama quite free since takde clinic petang. So, I will have all the time alone in my room. So, apa yang mama nak buat adalah menyiapkan projek rahsia untuk anak mama sempena birthday akan datang.

Afzal ni apa kena???

Huarggghhhh! Menyuap yang ntah keberapa kali dah. Mengantuk sangat sebab tak cukup tidur. Semalam dah la tidur lambat sebab Afzal tanak tidur. Asyik nak mengunyah je. Bila dah tidur, pukul 3-4pagi dia dah bangun menjerit2, menangis nakkan sesuatu. Bila bagi tanak, tunjuk menda lain pulak. Main tarik2 tali pagi2 buta yang mama malas ni. Sudahnya, mama terpaksa dukung Afzal dengan mata yang ngantuk. Dah tu, bila mama dah ngantuk sangat, mama tidurkan Afzal sambil duduk. Afzal dah lena, mama sakit tengkuk sebab terlelap dalam duduk. Pukul 7 pagi baru mama bersiap nak pergi keje. Afzal dah pengsan dah. Disebabkan mamai tak habis lagi, mama tertinggal beg sekolah doktor (nursery kat spital) Afzal. Terpaksa la buat muka kesian nak mintak ayah tolong naik amik beg tu. Tapi lambat tetap lambat. Ewarga mama dah merah sebab lewat seminit! .Harap2 malam ni jangan la buat hal lagi. Mama kena buat sesuatu ni..Tapi apa ek??

Wednesday, July 14, 2010

Afzal's 2nd Birthday...

Hmm...Semalam Ayah and mama dok terfikir apa nak buat untuk sambutan birthday Afzal yang ke 2 ni. Tahun lepas, kita cuma pi makan kat luar je and balik potong kek ngan uncle Hariz. But this year rezeki ayah and mama lebih sikit berbanding tahun lepas. Rasanya, nak buat something special. Sambutan besar2 tu kita buat je kat nursery. Biar Afzal kongsi kegembiraan dengan kawan2 kat sekolah doktor Afzal tu. Sambutan kita 3 beranak ni, mama nak plan yang special. Aktiviti yang paling boleh buat Afzal happy sampai kepenatan. Apa ek?? Hmm...

Mama Yang Menanti...

Setiap hari mama dok tunggu bila la nak terima hadiah dari contest yang satu ni. Rasanya dah lebih sebulan kot. Excited pun dah hilang..Takpe la, maybe takde rezeki Afzal dah mama nak merasa hadiah tu. Baru terfikir nak post entry pasal hadiah tu tapi tak terima2 jugak..:o)

Nak Nenen bagi High Five!

Malam semalam, ayah ada keje sikit kat luar. Tinggallah Afzal dengan mama. Baru lepas makan terasa berat la sangat mata ni. TV pun takde cerita menarik. So, main je la dengan Afzal. Bila dah penat mula la dia dok baring sebelah.."ma...nenen..." kata Afzal dengan manjanya...Manja ada makna..biasa dah...Mama cakap  "Masa tido je boleh nenen..." So tau apa Azfal cakap? "Ido la....Do la...." sambil tarik tangan ajak tido sama. Masa nenen tu, Mama cakap..."kalau nak nenen bagi mama high five!"..Dia bagi high five..."Kalau Afzal tanak nenen, Afzal bagi mama high five!" Dia pejam mata buat2 tak tau je...Tergelak mama...Ulang beberapa kali pun result tetap sama...Hmm..Nampak gaya susah jugak nak stop breastfeeding ni...Tapi sekurang2nya, dia faham bila mama cakap nenen masa tido je...Siang takde nak mintak dah...Sayangggg anak mama ni!

Monday, July 12, 2010

Kelakar Betul!

Semalam, lepas dah 3 hari dok rumah Kak Long. Ayah datang amik kitorang. Masa dah salam2 dengan semua orang, Afzal, pusing and babai kat semua orang and cakap 'lik lik'..Hahaha! agaknya dia nak sebut balik dulu tapi pelat. Tapi nampak bersemangat sangat dia bila tengok ayah datang. Kemain lagi nak lik lik. Makin hari makin besar mama nampak Afzal. Rasa macam baru je bersalinkan kamu..dah pun besar...

Thursday, July 8, 2010

MC lagi...

Dah 2 minggu tak berapa sihat. Tak tau la kenapa lately badan macan seasoned je rasanya. Sindrom 30's kot. Kepala pulak sakit macam kena kepit je. malam nak tidur pun tak lena. So, tadi pergi jumpa doktor kat ENT clinic. Actually appoinment next week tapi dah tak tertanggung lagi azabnya. Orang nampak kita ceria happy tapi tak tau dalam ni menanggung sakit yang amat sangat. Kalau tak kuat semangat agaknya melepek je lah kat atas katil. Tapi disebabkan tak suka dok diam, tahan jugak. Pergi keje jugak. Tadi pergi klinik, sakit bagai nak pecah kepala ni sampai meleleh air mata. Doktor buat skop. Biasanya bila dah bius tak sakit bila skop. Tapi hari ni, sampai white coat doktor pun kena tarik. Pastu menangis sampai terjerit. Dah la ada student 4th year..Malunya!!!! Doktor tak berani teruskan skop sebab terlampau bengkak and ada mucus yang congested dalam ruang sinus tu. Patutlah kepala rasa berat. Doktor cakap instead of my rhinitis, dah jadi pulak sinusitis. So, dia bagi mc for 2 days. Maknanya, blog ni akan senyap sementara aku cuba  merehatkan diri buat sementara waktu ni..

Wednesday, July 7, 2010

Shopping Raya???

Sejak2 dapat gaji bulan lepas, rasa2nya, asyik dok membeli untuk raya je. Tengah2 sempit ni la nafsu beraya aku membuak2. Sudahnya, dah lebih Rm200 aku spent dalam masa seminggu. Huish, dasyatnya...Harap2 rezeki murah. Mana la tau, Prof nak bagi detail scan byk2.boleh gak buat duit raya...InsyaAllah..Amin...

Tuesday, July 6, 2010

Kalsium Itu Penting!

Dah dekat seminggu selsema dengan kepala pening. Semalam terpaksa EL. So, semalam jugaklah menggunakan masa untuk memikirkan kenapa lately ni selalu sangat sakit gigi and kerap pergi klinik gigi. Akhirnya baru lah terperasan, selama ni tak pernah kisah pasal kalsium. Tapi bila dah mengandung dan menyusukan anak, pernah sekali ukur kalsium. 77% tu maknanya saya dah osteopenia. Berpotensi untuk kena osteoporosis. Masa tu, beli banyak2 pil kalsium tapi tak makan pun. Simpan je... Tapi bila fikirkan balik semalam, maybe sebab kurang pengambilan kalsium dan pada masa yang sama menyusukan  anak menyebabkan gigi saya ni selalu sakit dan mudah rosak. Time tu la kelam kabut, beli susu and makan pil kalsium yang dah beli hampir 6 bulan lepas. So, kepada para ibu yang menyusukan anak, jagalah diri kita juga di samping jaga anak dan suami...

Thursday, July 1, 2010

Antara Pizza Hut, Dominos dan Papa John....

Terpanggil lak untuk komen ketiga2 pizza segera kat Malaysia ni. Banyak lagi restoran2 pizza yang ada. Tapi so far 3 tempat ni yang sesuai saya comparekan kat sini. Actually, fot almost 10 years, saya memang setia dengan Pizza Hut. Memang suka sangat dengan pizza Hut ni. Tapi for the last 3 years ni, rasa macam kualiti dia teruk sangat. Dengan topping yang sikit and cheese yang makin menipis, dah macam makan pizza bun kat kedai bakery pulak. Contohnya Chunky Loaded tu. Saya beria ajak husband pi makan yg tu. Hmm...tapi kecewa sangat bila 'loaded' tu hanya pada nama je. Bukan pada hakikatnya. Then, kitorang berpaling arah ke Dominos. Sedap jugak tapi selepas mintak extra cheese baru la pizza dia rasa best sangat! Tambah pulak spagetthi dia Afzal suka sangat. Tapi yang paling best pizza Papa John! Memang best sangat. Rasa betul2 makan pizza. Dengan topping yang cukup. Cheese yang cukup and side dishes yang best. Contohnya, roti yang dicicah dengan garlic butter. Nyum!Nyum! Then baked rice with cheese pun sedap. Afzal pun suka! Sampaikan Farul buat declaration Papa John is officially our family Pizza Place! Haha lawak betul!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...