Father figure dalam hidup saya ialah (Arwah Hj Jusoh bin Ismail). Kenapa? sebab yang tak asing lagi sebab dia ayah saya. Kebaikan dia terlalu banyak tak terbanding dan takkan pernah terbalas walaupun 8 orang anak2nya berusaha sedaya upaya pun, tetap takkan bisa membalasinya. Dialah yang mengajar saya bersolat seawal umur 6 tahun. Dialah yang akan merotan saya sekiranya malas bersolat atau mengaji. Semua itu adalah untuk kebaikan saya. Dia suka bercerita terutamanya cerita para Nabi kepada kami adik beradik. Masih segar diingatan kata2nya mengharapkan suatu hari nanti saya akan berjaya dalam pelajaran dan mempunyai kerja yang baik untuk diri saya dan anak2. Dia kerap berpesan agar sentiasa sayang pada cik (mak saya), hormatinya, kasihinya terutama apabila dia tiada suatu hari nanti. Dia pernah menjadi nelayan semasa kecil saya. Setiap petang kami akan menunggunya di bawah pohon rhu. Dia tidak pernah lupa untuk menyimpan bekalan roti canainya untuk makan bersama2 kami. Sikap penyayangnya tidak pernah saya lupakan. Setiap makanan yang ada dia akan kongsikan dengan anak2 walaupun bahagian kami cukup, dia tetap akan ajak kami makan bersama2nya. Dia juga gemarkan air kopi bancuhan anaknya. Apatah lagi anak2 ramai perempuan. Cukuplah setakat ni. Sebak rasanya mengingati orang yang tiada. Tapi itulah father figure saya. selamanya tetap di hati saya.
Siapa Father Figure kawan2 semua? Jom kongsi cerita korang kat sini
2 comments:
Jasa ibubapa x dpt dinilai dgn wang ringgit, hanya doa mengiringi pemergian mereka. Sy plak suka mkn atau minum roti canai dan kopi arwah ayah dlu.
check.
tq for joint.
:P
Post a Comment