Jom Menabung Untuk Anak-anak!

I Support Breastfeeding!

Lilypie Breastfeeding tickers

nuffnang i like!

Menabung Demi Pendidikan!

Friday, July 30, 2010

Afzal Tepon Sapa Tu???

Tengah2 lunch hour yg boring ni, apalagi, dok menengok kembali gambar2 anak bujang mama yg sowang tu....Tetiba tergelak sowang2 teringat dua hari lepas. Mama call Kak Long mama. Pastu tengah2 borak, ada orang menyebuk nak bercakap kat tepon jugok... Mama bagi tapi dia tak bercakap. Mama pun amik phone mama and letak atas ironing board. Agak dia tak boleh capai la. Hmm...Tak sempat duduk, dengar ironing board jatuh. Si bujang jatuhkan sebab nak amik phone mama! Mama maleh nak bising, mama angkat tapi lupa nak amik phone yg dah tergolek dog tu. Mama dok sambung kerja menyusun resit2 dan bil2 yang perlu diselesaikan...
Sambil2 tu, heran jugak apa si bujang tu buat. Baik benor dok sambil mulut mengomel2 ntah apa bahasa...Tiba-tiba..........telinga mama yang macam lintah terdengar suara pompuan sayup dicorong tepon mama...Menjerit mama..."Heiiiiiiiiiiiiiiiiiiii! Azfal tepon sapa??????" mama amik phone tu, Afzal gigit mama sekuat hati. Mama tahan je sakit tu. Kak Long call balik. Dia cakap dapat call, ingatkan mama call and bagi Afzal cakap dgn dia. Sebenarnya, budak bertuah tu sudah tidak puas hati lalu menge'call' Kak Long a.k.a Umi untuk berborak dlm bahasa Uganda dia. Ada la kat 5 minit berborak baru mama perasan. Kalau tau, biarkan je. Ingatkan ntah sape2 dia call. Sudahnya, malam tu menyaksikan mama tidur dengan ada dua tanda lebam dan bengkak disebabkan digigit oleh si bujang yang ganas. Gigit sampai terketar2 kepala....Bertuah....Bak dalam cerita Ahmad Albab...Ala, Intan...Ala Payung...Sayang punye pasai...Mama senyum je tengok bengkak kat tangan tu...

1 comment:

IMAN'S UMI said...

Garang Afzal ni rupanya ye...isk2 smpi berbekas gigit mama?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...