Jom Menabung Untuk Anak-anak!

I Support Breastfeeding!

Lilypie Breastfeeding tickers

nuffnang i like!

Menabung Demi Pendidikan!

Thursday, August 26, 2010

Dapat Duit Raya? Yesss!

Last week, my sis sibuk cakap dapat sms yang ceupacs cakap kakitangan gov dapat RM1500-RM2000. Kira bonus raya la tu. Punye la mama happy. Siap plan nak buat apa kalau dapat duit tu. Tapi Yang Terindah Hanya Sementara, kawan mama cakap "ko tak baca habis sms tu, sebenarnya ada lagi ayat kat bawah tu..." "Pranggg!" jatuh gugur satu persatu harapan mama. Sedihnya nak raya tahun ni...huhu...Tapi semalam dapat berita yang benar2 sahih. Dapat RM500 untuk semua kakitangan and pesara gov. Haaa! Barulah mama melonjak balik kegembiraan. Walaupun sikit, ada lah jugak.Tapi sepatutnya dapat lebih sikit pun ok gak sebab dah lama tak merasa bonus lately nih...(Ni yang buat nak pi private nih..kehkehkeh!). Anyway, terima kasih lah kepada Ceupacs yang berjaya memujuk supaya kami semua diberi wang bantuan khas untuk kami yang memerlukan ni....:o)

Wednesday, August 25, 2010

Kuatkan Hatimu Ibu...

Pagi tadi masa mama scan satu patient ni, mama tanya ni kandungan ke berapa. Dia cakap ke tiga tapi anak ada sorang. Yang sorang lagi stillbirth. Mama tana apa masalahnya. dia ceritakan seringkas mungkin. Tapi lama kelamaan mama terperasan, suara dia makin sebak. Mama terkesima sebab mama memang tak boleh tengok orang nangis. Takut nanti mama pun nangis jugak. kesian, anak dia meninggal masa dilahirkan disebabkan masalah uri yang tak normal.

"Tabahkan hatimu wahai kaum ibu. Sesungguhnya kau diuji oleh Allah SWT. Di sana nanti anakmu itu akan menanti mu untuk membantumu. Ketahuilah olehmu bahawa engkau beruntung di sana kelak..."

Komputer crash....huhu....

Sori la kawan2. dari semalam lagi tak dapat menjenguk blog korang. Bukan apa, komputer mama dah crash. Tak tau le nape jadi cenggitu...
adekah disebabkan si meow bergolek atas keyboard maka computer mama alergik kat bulunye?
Kalau ikutkan hati panas nih, mau jek mama ketuk
Tapi mama pose...kena banyak bersabo..lagi pulak, komputer tu hak kerajaan Malaysia. Tak baik Membazirkan duit gomen...So, pagi tadi mama call PTM mintak diorg buat apa yang patut. Nak clearkan pun takpe. Senang keje mama nih...Tapi sedih la...
macamana nak hidup tanpa komputer nih...Pening...

Tuesday, August 24, 2010

Tu Bukan Mama la....

Peristiwa ni masa kitorang nak pergi beli barang dapur. Masa tu kat parking kat umah la....Ayah yang tengah dukung Afzal cuba nak letakkan dia kat kiddie car seat and mama pulak dah masuk kete. Tetiba dia boleh pulak tunjuk kat kete sebelah sambil cakap "mama...mama..." Ayah yang tengah pelik macam mana mama ada kat kete sebelah tu toleh le ke belakang. Korang nak tau apa yang Afzal nampak? Haa...sila la scroll ke bawah...

>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
Dia nampak......Gambar ORANG DENGAN PERUT BUNCIT!!!(korang tau kot maksud aku.takleh tulis kang kena saman) hish! satu "hint" kepada mama dan perut mama!
TIDAKKKKKKKKKKKKKKKKKKKK!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Ayah gelak macam nak pecah perut! Mama nekad pose ni mama mesti kurus dan slim kembali seperti dulu.....Berusahalah! Hmmph!

p/s: cerita di atas tiada kena mengena dengan sesapa dan tiada unsur penghinaan kepada mana2 pihak.

Mc D Pun Dah Tak Halal Lagi....

Ermm... Nasib baik last week tak berbuka kat Mc D. Kalau tak sia2 jelah posa aku...aku terbaca kat satu blog ni. Ni lah buktinya..katanya la...

Siap ada surat dari Jakim mengatakan Mc D tak halal. So, betul lah kot....
* Ini isi kandungan drp blog tersebut : http://azilas.blogspot.com

Sebagai seorang pengguna Islam, aku rasa bertanggungjawab untuk sebarkan kepada semua pembaca. Anda juga digalakkan untuk menyebarkan berita menggemparkan ini pada semua pengguna Islam.

‘Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayah, sesudah Kami menerangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk. Kecuali orang-orang yang bertaubat, dan memperbaiki (amal buruk mereka) serta menerangkan (apa yang mereka sembunyikan); maka orang-orang itu, Aku terima taubat mereka, dan Akulah Yang Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani’. (Al-Baqarah: 159-160)

Maklumat tentang Mac Food

Bagi yang tak percaya Mac Food Services supplier McDonald boleh rujuk ni (direct daripada laman web McDonald Malaysia):
http://www.mcdonalds.com.my/abtus/corpinfo/76.pdf
Terang-terang tulis..Mac Food Services supplier UTAMA McDonald!!

Info lanjut:

Address :
7 Jalan SS 13/5
45700 Subang Jaya
Selangor Darul Ehsan
Malaysia

Tel : 603-5633 0222
Fax : 603-5634 0189

Contact for Sales/Export :
Mr Bob Chan
(Managing Director)

Present Market :
Malaysia, Brunei Darussalam, Hong Kong, Singapore, Middle East, Vietnam

Product Manufactured :
Chicken (Bone-in), Patties (Chicken), Fish Portions,
Chicken Nuggets, Fish Nuggets, Beef Patties, Beef Nuggets

Brand Names :
FIRST PRIDE, MCDONALD’S

dan

Kenyataan akhbar yang merujuk Mac Food Services adalah supplier UTAMA McDonald (direct daripada laman web McDonald Malaysia: http://www.mcdonalds.com.my/abtus/corpinfo/76.pdf

Kepada semua pembaca, tolong sebarkan informasi ini pada semua saudara seIslam. Moga dengan perkongsian ini, kita akan lebih berwaspada dan di ampunkan oleh Allah.

Friday, August 20, 2010

Korang Perasan Tak??

Last month mama reg ads lain selain nuffnang. Kurang bijaknya tindakan mama ni menyebabkan iklan2 yang masuk berduyun2 tu dpt sikit je sebab dah dikira non executive.  Takde akalkan? Hubby cakap apsal tak baca policy?? Biasa la..mama ni buat dulu baru baca.  Pastu mulalah terkial2 padam iklan lain2 tu. Tapi tunggu2 tak jugak tukar status and mama perasan nuffnang xchange pun takde. Cek2 punye cek rupenya, mama tak delete n3 iklan dari company *tut* (dirahsiakan). Bila dah delete. Barulah nampak tenggelam timbul menda tuh...Fuh...Lega..Mama teringin gak nak dapat metered earning atau yang seangkatan denganya...(sebenarnye tak tau pun ape benda tu...sape boleh xplen. Angkat tangan!

Dah Settle Bab Interview BP....


Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar. BP dah lepas. Tunggu from another company pulak. Interview hari ni memang best sebab apa, sampai2 je tersedia sebijik parking untuk mama. Betul2 depan BP Healthcare tu. Tapi tunggu punyalah lama sampai mama tertidur. Kalau bukan time posa lama dah mama melepak kat kedai mamak layan teh tarik ngan roti telur. Apakan daya...Dugaan tu bulan posa2 nih...Masa interview tadi, interviewer tu berkenan pulak dengan experience mama dalam cytogenetics. So, dia kalau boleh nak mama buat kerja multitasking la. Well, tengoklah nasib ye dak? Ni pun belum tentu lagi sebab experience mama dalam O&G ultrasound. Tapi sonographer yang dia nak kena boleh buat semua..general... Abdomen kenalah belajar dulu....Gaji?? Ermm..susah jugak nak dapat apa yang kita nak. Tapi kenalah jual experience yang ada. Itu pun belum finalised sebab next week, there will be a second interview. Agak2 ok ke ha?

image source: http://www.acetheinterview.com/interview/

Thursday, August 19, 2010

Esok interview!

Esok mama ada interview kat BP healthcare. Entahlah.Dah lama sangat tak interview nih.mahu tergeliat lidah nak berspeaking bagai...korang doakan lah mama yang terbaik k?

Wednesday, August 18, 2010

Megahasz Giveaway #3/2010

Siapa nak menang buku Wardina: Mama Saya Lapar sila angkat tangan?



Jom join Megahasz Giveaway #3/2010.


Saya nak menang buku Wardina: Mama Saya Lapar di http://megahasz.blogspot.com


Hadiah adalah untuk seorang pemenang merupakan buku Mama Saya Lapar hasil karya Wardina. Pemenang dipilih secara cabutan. Tarikh tutup giveaway ini adalah pada 31 Ogos 2010.
Jom ikut saya join....klik here!
Selamat mencuba!

GA Rumahku Syurgaku

Bermula 4 Ogos 2010 - 31 Ogos 2010

Simple je nak menyertainya. Jom tengok apa syarat syaratnyer :-

1. Sambung ayat ni Rumahku Syurgaku kerana di situlah aku dan keluargaku menikmati kehidupan dengan penuh kebahagiaan, keceriaan dan ketenangan yang pastinya sukar bila berjauhan(tidak melebihi 20 patah perkataan ya.....kalau lebih juri akan reject)-part ni payah sket sebab bila bercakap pasal rumah, panjang berjela la jadinya...:o)
2. Terbuka kepada mereka yang mempunyai blog.mestilah ada...:o)
3. Link kan http//ezna-daniayasmine.blogspot.com di dalam N3 anda.
4. Upload gambar di atas di dalam post anda.dah... 
5. Tinggalkan komen di N3 ini. Sertakan :-
Nama :
Link N3 :
Email :
6. Pemenang berdasarkan sambungan ayat yang paling menarik.
 
KORANG PUNNAK JOIN JUGAK? JOM KE  http//ezna-daniayasmine.blogspot.com

Monday, August 16, 2010

Bday Celebration @ Umah Nenek

Kat rumah nenek kira penutup la. Since nenek busy, nenek buat sekali dengan berbuka puasa satu keluarga. Kecoh Tuhan je la yang tahu. Budak ni pulak dah tau2 orang nak sambut bday dia, dari pagi sampai le malam dok nyanyi "bday to youuuu...bday tooo youuuu..." Yelah Afzal, mama ngan ayah tau la bday boy...Tapi dah seminggu ni..kalah anak raja tau...
Ni la kek yang nenek belikan...Kek Blueberry. Sodap...Hehe..mama pulak yang lebih2...

Afzal apalagi, nanges la nak potong siap dah nyanyi 'bday to youuu...bday tooo youuu....bday tooo Aaayahhh.." Hmpph...Ayah jugak dapat nama....Dah jadi bday ayah pulak semalam....kehkehkeh!



So, terpaksa la ayah yang encem ni potong kek sekali..Bday boys kann...hiks!

Bday Celebration @ Nursery

Biasalah anak baru sorang ni, mama tak abis2 lagi sambut bday si bujang mama. Actually nak buat majlis kat rumah. Tapi rumah kecik sangat kot tak muat nak jemput ramai2. So, kali ni buat untuk kawan2 kat nursery pulak...


NI le keknye....sedap tau. Coklat moist kukus. Order je..Mama tak sempat le nak buat2 kek ni...


Itu bukan potong tu Afzal...Tu tikam kek namanya...heiii...budak bertuah nih...


Kena kerumun Afzal..lambat sangat kamu potong kek tu...Sian kawan2 dah tak sabar...

Friday, August 13, 2010

Terkenang Raya Tahun Lepas...

Tiba-tiba terasa banyak pulak masa nak tengok gambar2 lama yang hampir lebih 30Gb kat dalam external HDD ni. Tertengok pulak gambar masa raya. Seronokkan? Sampai ada yang siap tunggu depan pagar malam2 pun ada...
Pastu siap pulak berebut tenong yang dibekalkan dek kerana kesian kot lapar masa balik nanti....
Apalagi, terkejut lah Afzal melihat beberapa orang abg2 dan kakak2 ni sedang berebut...
 
Untuk menyelesaikan masalah tersebut, kitorang buatlah BBQ untuk bebudak kurang matang ni supaya tak berebut lagi dah...

Bila dah kenyang mereka pun bersalam-salaman, bercium-ciuman (di pipi ye..) memohon maaf...


Akhirnya, setelah dinihari barulah mereka pulang ke katil masing2 untuk tido....

Thursday, August 12, 2010

Dalam Dilema...

Mama tengah penin ni. Senior mama ajak mama kerja dengan dia. Gaji lebat jugak. Mama ni suka sangat kerja kat sini tapi disebabkan ketidak tetapan ni le yang membuatkan mama rasa amatlah sedih. Dah 4 tahun berhempas pulas tapi takde rezeki. Kat tempat baru ni private sector. Kerja kat sini lebih mencabar sebab jumpa client instead of pesakit. I don't know...Dua2 best tapi kalau fikirkan untuk kebaikan anak, kerja baru tu lebih baik. Kepala pun pening, tidur pun tak lena fikirkan apa yang terbaik. Nak kena buat solat istikharah jugak ni....

Wednesday, August 11, 2010

Perfume-A-Holic Contest

Saya sangat sukakan perfume kerana ia menceriakan hidup saya!

Nak join? klik sini

Mix & Match- The way You Like It! -Bahagian 5

Ni kalau dah tak tau lagi nak gayakan, pakaikan aje dengan apa2 seluar yang ada...



Ok tak? Ni la sebahagian wardrobe Afzal untuk this coming raya. Mama memang hantu bab gaya anak ni. Walaupun mama bukan stylo or fashionable tapi anak mesti pakai yang sesuai dan kena tema dan warna....Tapi yang paling penting raya ni adalah untuk kita menikmati dan menyelami maksud sebenar Ramadhan dan Aidilfitri....

Selamat Menjalankan Ibadah Berpuasa. Semoga kita semua mendapat keberkatannya...:o)

Mix & Match- The way You Like It! -Bahagian 4

 
T-shirt belang dengan seluar denim short. Memang nampak tomey sangat bila anak kita pakai. Tapi kalau nak nampak gaya yang lebih macho, pakaikan kemeja yang sedondon. Tak sabar nak tengok Afzal bergaya raya tahun ni..:p

Tuesday, August 10, 2010

Mix & Match- The way You Like It! -Bahagian 3

Nak lagi gaya menarik?


Macam ni pun ok. Korang perasan tak mama guna seluar yang sama? Jimat kan?

Mix & Match- The way You Like It! -Bahagian 2

Baju berkolar pulak memang cantik pakai dengan khakis long pants. Tapi dengan denim short pun nampak bergaya!
Ni dah dapat 2 pasang!

Mix & Match- The way You Like It! -Bahagian 1

Pening kepala nak beli baju raya anak tapi perlu berjimat?? Senang saja. Ni mama tunjukkan...


Baju yang sama tapi kita tukarkan je seluar tu...Dah nampak gaya yang berbeza...Seluar tu tak semua yang baru. Dah dapat 3 pasang. Masih nampak bergaya kan??

Monday, August 9, 2010

Raya Sakan Sambil Berjimat? -Tips Berguna

Senang je. Tadi kita belajar macamana nak jadi Super Sales Shopper kan? Yang ni pulak macamana nak berjimat tapi anak2 masih boleh beraya sakan.

1)Tahu mana lokasi sales berdekatan (Jauh2 tu tak payah la pergi..petrol mahal..tak berbaloi...)
2)Ada ciri2 Super Sales Shopper..
3)Kreatif 
Tak semestinya kena beli semua baru. You all boleh mix and match. Ala, budak kecik bukan kisah sangat baju baru atau tak asalkan baju tu cantik dan bersih serta selesa dipakai...
(Esok, entry saya pasal being kreatif..Jangan ketinggalan!)

Member's Sale @Sogo/Jusco- Tips Berguna


 V/S


Ni mama nak kongsi sikit. Korang semua mesti pernah pergi member's sale kan? Seronok? Atau susah? Kena beratur and bersesak-sesak kan? Memang very the penat!

So, entry kali ni adalah khas untuk berkongsi tips macamana nak jadi Super Sales Shopper yang berjaya...

1)Berbadan kuat dan tegap
Senang nak merempuh atau senang bertahan bila dirempuh....

2)Pantas
Senang sikit korang nak berebut...

3)Berani bersuara
Haha...Ni kalau orang terambil baju yang korang dah pilih, korang boleh mintak balik...eh, time sales everything limited tau!

4)Sanggup berebut
Sama seperti di atas...:o)

5)Sanggup beratur panjang
Beratur panjang jangan cakap la...mama sendiri penah beratur 2jam untuk bayar baju RM50 je. Tapi sanggup...

6)Peramah
Yang ni memang mama selalu buat bila shopping sorang atau kawan2 dah tinggalkan kita. Buat2 la borak. Pastu mintak tolong cop kejap sebab nak gi cari lagi baju...kehkehkeh..pandai tak?



Ok? Haa...kalau ada sebahagian dari kebolehan di atas, memang korang bole jadi Super Sales Shopper! Selamat Mencuba dan Selamat Berjaya!

Bday Celebration @ Taman Tasik Permaisuri

08.08.2010 genaplah Afzal berumur 2 tahun. So, mama and ayah plan for close celebration sebab nak lebih masa untuk layan Afzal. So, kami pilih buat kat taman sebab bagi peluang Afzal main kat playground sampai penat.

Bday Celebration @ Rumah Umi

Sabtu lepas, Afzal sambut pre-birthday kat rumah umi. Since Tok Cik And Ateh's family ada sampai mlm Sabtu je, kita pi sambut awal ngan diorang. nak sambut raya nanti lewat sangat. Not fair to Afzal. So bersiap2 la kita pi Jln Duta.
 Dah bersiap tu, kek hasil tajaan Achik dah tersedia. Kami terlambat sampai sebab jam teruk GILER sepanjang ke KL...

Nasib baik kek cantik dan sedappp...nyum!nyum! (jgn risau..fat free...katanya la...)

Masa nak potong, Afzal moody sebab dah terlelap dalam kete sebelum sampai. So, takde dlm gamba....
 Ni Ateh tengah bagi hadiah kat Afzal. Happy sakan dia...
Afzal, senyum Afzal...."cenyum..." Nampak hadiah terus pandai bercakap.hehe..Ni Kak Ain tolong Afzal bukakan hadiah. Baikkan Kak Ain? 
Masa ni Tok Cik and Ateh's family dah pun balik. Nangis Najwa and Najla tak puas main. Ye la, ramai kawan..Yang penting kita semua happy!








Friday, August 6, 2010

Sogo Sale!!!!

Hahahahaha! Senangnya rasa hati, dapat shopping baju Afzal...lalalla~ Dah settle shopping baju si budak, baju bapak budak ngan mak budak je belum. Silap2 tak shopping, pakai baju yang ada jek...Bukan apa, sejak ada anak ni, selera shopping untuk baju sendiri dah kurang, asal gi shopping mesti gi children dept. Yang penting raya Afzal tahun ni biar sakan sket. Dia pun pantang mama beli baju baru. Kalau nampak confirm dia pakai dan2 tu jugek... Mat smart le katakan...pstt..pstt...tu anak ayah....hiks!

Mana Nak Klik?

Hari ni mama ada pot luck kat scan room. Siap tapau nasi lemak.kihkihkih! Haaa...ada lagi satu cerita kawan mama ni. Dia terbaca n3 mama pasal dia. So, dia nak komen. Mama cakap komen je la...Dia pun dengan semangat waja menaip komen tapi pastu tanya mama balik, "Ni mana nak klik ni?" hehe..Dia nak post pun tak tau mana nak klik post! Kah Kah Kah! Gelak besar lagi hari ni...

Thursday, August 5, 2010

Orang Blogger, Dia Pun Nak Jadi Blogger Jugek...

Mama ada kawan sorang ni. Bila tengok blog mama dah ok, dia pun nak blogging gak. Mama happy sebab dapat ajak kawan buat sesuatu yang boleh membantu kawan2....Ye la, dia ni suka bisenes. so, melalui blog lagi senang nak build network. So, mama tolong la dia...Sejak dari hari tu, hidup mama tak penah kering gusi kat office ni dah. Asyik tergelak je. Bukan apa, kawan mama ni kurang pengalaman. Banyak yang nak kena tunjuk. Sampaikan nak buka blog dia sendirik pun dia tak tau. Gelabah! Ni mama taip kat sebelah dia je. Dia tak tau kot...Heheh!

Wednesday, August 4, 2010

Negaraku.......

Semalam Afzal bangun semula pukul 10 mlm. Apalagi, mama amik kesempatan untuk suapkan makan. 3 cucuk sate and ikan goreng. Nasi dah abis so, makan je la lauk2..dia bukan makan nasi pun. Dah kenyang, dia menyibuk kat laptop ayah. Ayah tengah busy dgn 2nd jobnya. Tapi dek kesiankan dia, ayah pasang lagu negaraku. Masa tu mama nak solat isyak, dengar je lagu tu, Afzal dengan penuh bersemangat nyanyi lagu negaraku version pelat pekat dia. Dari mula sampai abis dia nyanyi. Kehkehkeh...mama jujur cakap la, tangguh sat solat sebab nak amik video dia nyanyi lagu Negaraku dengan semangat yang waja!

"CUTIEST Stripe & Line Contest"



AFZAL AKHTAR
2 Y.O

"Gorgeous Baby In Shirt @ Skirt"



http://solovelycollection.blogspot.com/
http://cutiesgorgeous.blogspot.com/
http://mamapapaaqish.blogspot.com/2010/08/gorgeous-baby-in-shirt-skirt.html



AFZAL AKHTAR
2 Y.O
08.08.08

kenapa saya suka blog mama aqish? sebab saya suka GA and suka tengok gamba Balqis masuk GA. very the cute. pandai posing!! tapi secara jujurnya, baru jadi follower...:o)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...