Jom Menabung Untuk Anak-anak!

I Support Breastfeeding!

Lilypie Breastfeeding tickers

nuffnang i like!

Menabung Demi Pendidikan!

Saturday, January 30, 2010

January Getaway: Zoo Negara

Hari ni berjaya juga plan kami untuk bawa Afzal ke zoo. Pagi-pagi lagi Afzal dah bangun. Kami bersiap dan bawa bekalan yang patut. Pukul 10.20am, kami dah sampai ke zoo.Nasib baik kami dah beli tiket di booth pameran Zoo Negara di Tesco (rm20 untuk dewasa siap dapat t shirt percuma...cantik!). Sampai di sana, ingatnya nak belikan si Afzal ni topi tapi dia campak sebab tak suka. So, tak jadi la beli. Kami beli tiket tram rm3.00 untuk dewasa. Afzal tak perlu tiket sebab belum cukup 2 tahun. Kami start dengan jalan kaki dulu. Sebelum tu, Farul awal-awal lagi dah belikan peta rm2.50 dan sourvenir untuk Afzal berupa VCD lagu dari Zoo Negara rm10.00 (not bad harganya.tak mahal sangat). The first part yang kami tengok, ular sawa. Farul cuba bagi Afzal pegang tapi dia takut. So, cuma ayah je la yang bergambar dengan ular. Mama pun takut...Lepas tu, kami terus ke akuarium. akuarium ni ada ikan Arapaima, Penguin dan beberapa ikan yang besar-besar. Hampir pukul 11am, kami ambil tempat duduk paling depan sekali untuk menonton Multi Animal Show. Pertunjukan 30minit merangkumi pertunjukan menarik daripada burung, anjing laut dan singa laut. Slepas tu, kami jalan lagi. target kami ialah nak round sluruh zoo negara untuk Afzal. Tapi sebelum sampai Savannah Walk, Afzal dah tertido atas dukungan ayah. So, kami berhenti sekejap bagi laluan untuk Afzal tidur tanpa gangguan. Nasib baik ada seat yang kosong. Kami duduk di Savannah Walk lebih 30 minit. Sambil tu, sempat juga tangan sebelah pangku Afzal, sebelah lagi ambil video haiwan Savannah. Sambil tu sempat lagi kami berdua makan ais krim yang sedap. Bila Afzal bangun je, terus jalan-jalan di kawasan Savvanah tu. Masa dia jalan-jalan sambil makan chicken finger tu, ada la perkara yang kelakar terjadi. First, masa nak ambil gambar afzal jalan jalan di situ, ada budak sorang ni kerap ke hulu kehilir masuk dalam video yang diambil. Sehingga last-last, cuma nampak muka dia je. Nasib baik mama dia perasan dan tarik dia ke tepi sebab maybe terdengar saya tercakap, la...orang nak amik gambar Afzal....(dengan nada lemah...hehe). Last-last kami dengan family budak tadi tu, tergelak besar dengan keletah anaknya...Budak-budak biasa la...suka tengok kamera kan..Then ada lagi perkara yang kelakar, sebelah family budak lelaki tadi ada satu lagi family, anak dia sebaya dengan Afzal. Budak B ni b=nampak chicken finger kat tangan Afzal, terus laju je dia pergi kat Afzal dan hulur tangan nak ambil chicken finger kat tangan Afzal. Cepat-cepat mama dia tarik and tergelak lagi kami kat situ. Seronok tengok keletah budak-budak bila berkumpul. Kesian juga budak tu, yelah budak mana tak suka chicken finger. Lagi kesian, itu the last piece yang ada.kalau tak, boleh bagi yang lain untuk dia. Dah puas Afzal jalan kat situ, kami berjalan lagi meneruskan perjalanan yang masih setengah lagi. Walaupun penat tapi berbaloi sebab Zoo Negara kali ni memang dah banyak improvement. Bersih! So, kami pergi tengok haiwan-haiwan lain. Antaranya, unta, beruang, kucing, burung, kijang, harimau, singa, zirafah, gajah, serangga dan macam-macam lagi. Di Insects Park, kami bayar tiket rm5.00 untuk dewasa. Kat situ, saya beli fridge magnet yang cantik cuma rm6.90 sebagai sourvenir. Di sini ada butterfly park tapi tak sehebat di Cameron Highland. Tapi tetap menarik. kemudian kami sempat juga ke bird park. Di situ banyak burung hornbill dan merak. Ada lagi beberapa burung tapi dah lupa namanya. Kemudian kami meneruskan perjalanan sehinggalah sampai ke penghujung. Sebelum sampai tu, kami ada berehat sekejap untuk minum. Afzal, dapat air twister orange, memang dah lupakan yang lain. Cukup suka dia minum orange juice yang sejuk. Maklumlah, panas hari ni. Sampai semual di pintu masuk utama, kami naik tram untuk pusing buat kali terakhir. Untuk meraikan kejayaan kami bertiga pusing zoo, kami ambil beberapa keping foto and naik tram dengan happynya. Kami beli t shirt Zoo Negara sebagai sourvenir untuk Afzal memandangkan kami berdua dah dapat t-shirt zoo. beli fridge magnet for rm8.90. Then kami terus balik rumah dengan badan yang penat tapi hati yang gembira.

Monday, January 11, 2010

UPT +ve?

Teringat when I first knew that I was pregnant. Actually my period was 2 days late. My friends are all very excited since i just got married. But i dont really want to know if I'm really pregnant. Sort of scare I guess...But, I still did the UPT test and it was +ve! clearly +ve!. My friend Salwa was really excited to be the first one to know. I'm just blanked. don't know wether to jump with joy or...puzzled is the best word for at that point of time. but, after few minutes, my brain starts working and found myself smiling all the way back home. My husband was so sceptical with my smiles and said, You're pregnant rite? I thought i want to keep it as secret but since he ask is very directly, i just smiled at him and he was so excited plus nervous to get to know that he'll become a father yet he felt that he still got a lot of thing to do as a husband before jumped in the fatherhood. But, as we were so excited about the news, we just let God help us through the way...to be continued...

Sunday, January 3, 2010

Tak sanggup berjauhan...

Last thursday, since mama and ayah dapat cuti jumaat, ayah plan untuk hantar Afzal duduk dengan nenek for the whole weekend. Bukan apa, nenek teringin nak jaga and tidur dengan Afzal. Maklumlah, Afzal cucu pertama and cucu kesayangan nenek. Jadi balik kerja mama siapkan Afzal. Macam tau-tau je, Afzal peluk mama berulang kali dan cium mama kat pipi banyak2....Afzal sengaja buat mama rasa berat hati. This is the first time mama akan tidur berasingan dengan Afzal. Mama tak suka perasaan ni. Mama rasa macam nak nangis je. Tapi sebab ayah dah janji dengan nenek, mama turutkan saja. Sampai rumah nenek Afzal taknak berenggang dengan mama. Sampaikan esoknya, bilamama tidurkan Afzal, Afzal merengek bila mama bangun dari katil. Bila mama baring, Afzal cepat2 peluk mama dan tidur.Afzal mengamuk. Jadi mama cuci muka Afzal and nenek cakap nak bawak Afzal pergi supermarket. Mama pakaikan baju kemeja kotak2. Afzal nampak hensem sangat. Semua orang puji Azfal comel. Mama pakaikan kasut and Afzal terus pergi dengan nenek. Tak pandang mama pun. Nak nagis mama tengok anak mama terlalu berdikari. Balik dari supermarket, Afzal main sampai penat dan tertidur dengan mama. Tapai mcm tadi Afzal merengek bila mama bangkit darikatil tapi mama bangkit juga bila AFzal dah lena dan makan malam dengan ayah dan nenek. Tapi tak lama Afzal bangun dan mengamuk. Mengamuk as if Afzal tau kejap lagi mama akan tinggalkan Afzal dan balik ke rumah kita. Maafkan mama ye Azfal. Bukan tak sayang. Tapi, mama kena ajar Afzal untuk inggal dengan nenek juga. Mama nak Afzal jadi anak lelaki yang kuat dan tak terlalu manja dan bergantung pada mama. Mama tak pernah lupakan Afzal dan sengaja tinggalkan Afzal untuk bersuka ria. TIDAK. setiap malam mama teringatkan Afzal. Bila susu mama banyak dan membengkak mama rasa nak menangis tapi mama kena kuatkan hati untuk kebaikan mama. sekejap lagi mama akan ambil Afzal balik. Kita boleh main sama2 dan mama rindukan gelak tawa dan kenakalan Afzal kat rumah kita. Mama terlalu menyayangi Afzal. Mmmmuahhh!

Friday, January 1, 2010

Kenapa Mesti Nak Berdengki?

Ntah la. Tadi mama dapat tau ada x-workmate ni tak mau mama dtg utk encounter any problem kat bilik scan yang berkaitan dgn ultrasound toshiba (mama kerja ngan toshiba skang). Dia nak org lain yg dtg. Padahal dia bukan la jawatan besar pun sekadar MLT atau lebih dikenali sebagai penolong pegawai. Dulu mama lebih tinggi jawatan dr dia. Pun dia tak puas hati sebab katanya dia lebih lama kerja drp mama kat situ. Abis, kalau dia takde degree dan dapat jawatan penolong pegawai, itu salah mama ke? aduss.....Orang ni lelaki tapi jiwa dia lebih sensitif dan tak munasabah. Tak tau mama nak cakap. Kalau nampak baju kita tak cantik dia ngata, kita amik ubat untuk suami dia tak puas hati siap cakap "ko ni asyik jaga laki ko je. Aku ni?" Ek eleh...lu mamat memang tak tau malu okay! Laki aku yang angkat nikah dgn aku bukan ko! of course la aku jaga laki aku and ko tu suruh la gelfren yg ramai2 yg kata ko sanggup bagi apa saja tu jaga...pe kehalnya aku nak jaga ko....Korang rasa dia ni otak centre ke?
skang bila mama visit sana, mesti dia tak layan. Agaknya dia ingat mama nak sembah dia?? Sorry, ko bukan key person kat sana okay....Yang penting semua prof kat sana masih layan aku dgn baik dan masih boleh bergelak ketawa sedangkan ko, tanak pandang aku. Bak kata org ko jeles sebab aku dapat masuk kompeni besar ni. Suka hati ko. Ko nak sakit hati bukan aku yg suruh. aku tetap macam ni. Nasik yg masuk perut aku anak beranak masih dr usaha aku suami isteri bukan dr hasil titik peluh ko yg suka menuang. Bukan aku sorang yg tau perangai tuang ko. Semua org tau tapi malas nak tegur sebab ko pernah maki aku sial bila aku tegur ko pasal ko tak buat kerja kan? Masa tu aku diber tanggungjawab untuk jaga kelancaran operasi bilik scan. Aku keje tak sampai setahun org dah bagi aku jaga bilik scan. itu yg ko sakit hati. Pastu dgn experiance baru 4 tahun, aku dpt offer ke private company. Dgn toshiba lagi ko sakit hati sebab ko dah 7 tahun keje. Tapi attitude ko tu takde sape boleh tahan. Ko cuba la bermuhasabah diri.kenapa ko tak laku kat private, nape ko selalu tak cukup duit, nape ko selalu gaduh dgn org, nape ko selalu sakit sampai kena buat ct scan.. Cuba tgok kelemahan dan kessalahan diri sendiri sebelum ko tuduh org sekeliling ko mcm2. Aku dah pernah kena dgn ko. Aku bersyukur Allah kasihani aku bawa aku keluar ke tempat yang lebih baik dan tenang. kadag2 kerja dengan kaum lain lebih baik drp kerja dgn sesama Melayu yg macam ko...
AllahuAkbar! kuatkanlah hati aku Ya Allah..Amin.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...