Berkongsi pengalaman membesarkan anak lelaki yang energetic, lasak dan banyak akal serta si gegel bambam yg sangat kelakar!
Sunday, January 3, 2010
Tak sanggup berjauhan...
Last thursday, since mama and ayah dapat cuti jumaat, ayah plan untuk hantar Afzal duduk dengan nenek for the whole weekend. Bukan apa, nenek teringin nak jaga and tidur dengan Afzal. Maklumlah, Afzal cucu pertama and cucu kesayangan nenek. Jadi balik kerja mama siapkan Afzal. Macam tau-tau je, Afzal peluk mama berulang kali dan cium mama kat pipi banyak2....Afzal sengaja buat mama rasa berat hati. This is the first time mama akan tidur berasingan dengan Afzal. Mama tak suka perasaan ni. Mama rasa macam nak nangis je. Tapi sebab ayah dah janji dengan nenek, mama turutkan saja. Sampai rumah nenek Afzal taknak berenggang dengan mama. Sampaikan esoknya, bilamama tidurkan Afzal, Afzal merengek bila mama bangun dari katil. Bila mama baring, Afzal cepat2 peluk mama dan tidur.Afzal mengamuk. Jadi mama cuci muka Afzal and nenek cakap nak bawak Afzal pergi supermarket. Mama pakaikan baju kemeja kotak2. Afzal nampak hensem sangat. Semua orang puji Azfal comel. Mama pakaikan kasut and Afzal terus pergi dengan nenek. Tak pandang mama pun. Nak nagis mama tengok anak mama terlalu berdikari. Balik dari supermarket, Afzal main sampai penat dan tertidur dengan mama. Tapai mcm tadi Afzal merengek bila mama bangkit darikatil tapi mama bangkit juga bila AFzal dah lena dan makan malam dengan ayah dan nenek. Tapi tak lama Afzal bangun dan mengamuk. Mengamuk as if Afzal tau kejap lagi mama akan tinggalkan Afzal dan balik ke rumah kita. Maafkan mama ye Azfal. Bukan tak sayang. Tapi, mama kena ajar Afzal untuk inggal dengan nenek juga. Mama nak Afzal jadi anak lelaki yang kuat dan tak terlalu manja dan bergantung pada mama. Mama tak pernah lupakan Afzal dan sengaja tinggalkan Afzal untuk bersuka ria. TIDAK. setiap malam mama teringatkan Afzal. Bila susu mama banyak dan membengkak mama rasa nak menangis tapi mama kena kuatkan hati untuk kebaikan mama. sekejap lagi mama akan ambil Afzal balik. Kita boleh main sama2 dan mama rindukan gelak tawa dan kenakalan Afzal kat rumah kita. Mama terlalu menyayangi Afzal. Mmmmuahhh!
Labels:
afzal
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment