Jom Menabung Untuk Anak-anak!

I Support Breastfeeding!

Lilypie Breastfeeding tickers

nuffnang i like!

Menabung Demi Pendidikan!

Monday, January 30, 2012

Hafiz Juara AJL 26- Awan Nano

Akhirnya berakhirlah sudah apa yang ditunggu-tunggu... Hafiz akhirnya menyandang Anugerah Juara Lagu melalui lagu Awan Nano ciptaan Lirik oleh Buddhi, Musik dikompos oleh Sifu. Lagu tu bila dengar betul2 baru terasa best. Tapi mama konfius nih...pakcik yg buat gimik sbg ayah Hafiz dlm persembahan tu bapak Hafiz betul ke?? Macam Hermantino jek...Sori lah mama ni bukan pengikut industri tanah air mahupun antarabangsa. Mama kurang arif sangat bab2 artis. kalau tanya jenama dan harga pampers, susu, baju dan mainan untuk anak2 memang mama lebih arif sebab mama ni terlalu obses dengan Afzal Akhtar..hihi..Oklah, berbalik kepada AJL..
rentakartis.com
Juara Lagu- Hafiz ( Awan Nano)
Tempat Kedua- 3 Suara-Ning Baizura, Jaclyn Victor, Shiela Amzah ( Beribu Sesalan)
Tempat Ketiga- Faizal Tahir

Vokal Terbaik- Hafiz (Awan Nano)
Persembahan Terbaik- Alyah (Kisah Hati)
gua.com.my
Kalau ikutkan minat, mama suka kalau Alyah menang sebab lagu dia best and suara dia mantap. Tapi Hafiz lebih bertuah sebab lagu dia memang best dari segi lirik dan muzik serta pembawaan Hafzi memang sempurna.... Walaupun investment Hafiz paling rendah malam ni, tetapi dia berjaya membuktikan dia sememangnya berbakat. Syabas Hafiz! Kepada yang lain-lain, teruskan mewarnai industri muzik tanah air! 

Monday, January 23, 2012

Macamana Nak Stop Anak Pakai Pampers/ Diapers/ Nappy?

Post kali ni specially for kawan blogger mama Wan Nurul Hezrina  dan semua ibu2 yang cuba untuk potty train your child for the first time!

How to potty train your child?? Hmm..Panjang ceritanya..mula2 mama slow talk dgn afzal. lagipun afzal dah 3 tahun so mama rasa dia boleh faham walaupun tak pandai cakap lagi. then mama cakap "mama nak tengok afzal tak pakai pampers.kalau afzal sayang mama, afzal tolong mama ye.." Then dia pun setuju tapi ada masa2 dia akan mintak "mama nak pipers.." mama cakap pampers dah abis, mama takde duit nak beli.." dia pun ok je. Pastu slowly drp siang je, mama cakap lagi kita cuba satu hari...then mama up sket kita cuba tido tanpa pampers pulak dgn syarat tempat tido kita alas kain byak2. afzal kencing tak byk so ok la..Awal2 cuba memang dia akan terkencing dlm seluar sb tak perasan. So, after a few days mcm tu mama akan cuba marah atau cubit just to make him more alert bila nak terkencing (dlm hati niat dgn penuh ikhlas, kita cubit utk buat dia cepat faham bukan saje nak sakitkan.jgn cubit kuat sgt sekadar bg dia tau kencing dlm seluar salah..) Mama ajar dia during weekend je..3 weekends, then the fourth week, mama terus sorok segala saki baki pampers and beli child toilet seat yang cute utk attract. Alhamdulillah minggu kedua dia dh pndai kencing sendiri, n letak toilet seat sendiri bila nak melabur. pendapat mama, kita cuba slow talk biar dia faham, then cuba implement slowly tanpa marah, last baru kita cuba ajar hard way (cubit klau dia lambat improve potty skill). InsyaAllah...Yg penting anak kita pandai communicate...bercakap tak semestinya pandai communicate..Communicate tu bila dia pandai cakap dia nak kencing, dia sakit, dia lapar, itu communicate...Meaning dia tau meluahkan perasaan dia, then try tanya soalan, "afzal nak kencing?" every 5 minutes to remind him that he is not wearing diaper, so he HAVE to tell if he needs to go. InsyaAllah, within few days dia akan cepat belajar. Cubalah! Any queries or kejayaan share dgn mama ok?

Saturday, January 14, 2012

Towards Better Mama Part 2

Hari ni hari Sabtu. Cutiii!!!!
YAhuu....
Owh, lupa nak cakap Afzal dah berjaya berpisah dengan diapers. Caranya? tak susah sangat sebab every weekend mama akan cuba ajar tak pakai pampers. Sampai dah beberapa kali nampak dia dah ok, baru lah implement sepenuhnya. Alhamdulillah dah 2 minggu dia tak pakai pampers.

Hari ni, mama bangun pagi buatkan breakfast kesukaan Afzal. Pancake! Dia memang akan makan 2 keping dengan syarat biar dia sendiri yang picit chocolate atas pancake dia...Macam2 kan? Habis makan pancake dia dok layang vcd cerita ice age. Abis ice age, Garfield, abis garfield, ice age 3 pulak..Lantok le asalkan kamu happy.

Tengahari mama teringin nak makan ala2 jepun. So, masak nasi dengan miso sup. Lauk simple je.Mama masak chicken crunchy macam kat domino pizza tu...Dia makan semangkuk. Then dah abis makan, dia tolak kerusi kat sinki. Katanya nak basuh pinggan. Mama bagi dia bekas2 plastik. Haa basuh le. Muka dia serius buat kerja. Mama saja biarkan. Nak bagi dia rasa macam orang besar. LAgipun budak jenis dia ni memang suka try apa yg org dewasa buat. Asalkan tak merbahaya, mama bagi lah dia buat tapi mama memang ada kats sebelah takut dia jatuh kerusi...

Petang, masa mama tertido depan tv, tiba2 Afzal kejutkan. katanya lapar nak makan roti. Alamak roti pulak takde. Nampak dia mencari2 makanan. So, mama bagi dia biskut. Suka sangat dia. Abis makan biskut mama ajak dia makan buah. Tapi dia nampak dah layu je mata. Tak sampai seminit, Dia dah tarik bantal and tido depan tv. Now dia tido dengan lenanya. Kesian tengok dia. Dah la takde adik beradik nak main, mama plak busy. Next week nak kena outstation. Nak ajak dia, kut dia penat. Jauh sgt...

Towards A Better Mama part 1

Semalam, mama cuba sedaya upaya untuk meluangkan masa untuk Afzal. Bukan apa, Afzal makin membesar dan mama makin busy dengan kerja. So, mama nampak Afzal makin nakal maybe sebab cuba tarik perhatian mama. So, sempena tahun baru mama ingat nak cuba luangkan masa untuk Afzal apatah lagi mama pun plan nak dapatkan anak no 2. So, before tambah lagi sorang biarlah yang ada ni happy dan dapat perhatian yang secukupnya.

So semalam, balik kerja, mama cakap En Ayah, kita makan kat luar je.So, semalam makan je kat Jusco and then sambil tu biarkan dia main kat playground.
Dah makan, mama bawak Afzal main bowling kat arcade. Nampak dia happy sangat. Dah habis semua coins, Kiotorang pun balik le ke rumah.
Kat rumah mama nampak dia acam dah ngantuk, so mama bacakan buku cerita chugginton sambil teka2 color. tapi dia jadi segar balik. So, mama ajak dia kira syiling. Mama bagi dia sepuluh keping syiling and suruh dia kira. Laju je dia kira 1-10. Lama2 dia pun masuk bilik amik bantal dan tertido sebelah ayah depan tv.
Nampak muka dia happy and tido pun awal...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...