Jom Menabung Untuk Anak-anak!

I Support Breastfeeding!

Lilypie Breastfeeding tickers

nuffnang i like!

Menabung Demi Pendidikan!

Saturday, November 27, 2010

Afzal Hilang???

Ya Allah....Ni la yang mama risaukan. Budak Afzal ni tahap tak takut org. Semalam, mama bawak pi dinner since ayah takde, mama makan kat luar jek. Tapi Afzal ni, sesampai je jusco, dia tak mau makan. Nak main je. Perut mama kemain berkeroncong. Ikut jela.. Tapi sekali tu, mama tak tahan. Mama ajak dia pi beli roti. masa mama nak bayar dlm 5 minit je, dia dah hilang. Berlari sambil nagis la mama ni pusing satiu jusco. Rupa2nya, dia tolak kiddie car ke receptionist semula. Pastu guard pegang dia takut hilang. Mama rasa nak gugur jantung ni. Alhamdulillah semua selamat. Tapi my new lesson, mama takkan bawak dia pi jln2 selagi ayah takde....sekian...

Sunday, November 21, 2010

Seribu Kenangan~

teringin makan lobster

at the beach with his cousins

his very first block building success

thanks so much dear!

my life won't complete without this

It always Afzal, car and  food

like aunty like nephew...errr boleh ker?

my fav Pillsbury pan cake! yummy!

kena tag dr cik meow!

kena tag dek cik meow


syarat yang mesti kena buat (ada syarat siap,haha)

  • kena buat entry sendiri..gunakan kekretifan sepenuhnya
  • tulis 25 perkara yang orang tak tahu pasal korang..kire rahsia yang dah lame terperap tu kasi tunjuk la..
  • tagged 25 kawan yang lain..sekian..mudah bukan?haha

aduss....25 perkara yg org tak taw pasal mama? secret la....


okeh yg tak brapa secret la yek

1. mama ibu kepada seorg boy yg ganas, energetic dan playful
2.isteri yg setia
3.pekerja yg baik punye....
4.kawan yg baik
5.nama betul mama bermaksud air sejuk dlm bahasa jepun
6.mama ada dua blog   http://malaysiansonographer.blogspot.com
7.mama suka masak western food
8.mama dah penah gi 4 negara, rasa2 nak gi pusing satu dunia...
9.kerja mama banyak travel
10.mama ada 8 org adik beradik
11.mama org peng heng
12.mama pernah jadi jurulatih tali tinggi PLKN kem gambang
13.mama pernah minat giler dgn justin timberlake
14.fb mama utk kawan2 je...
15.mama suka bercakap tanpa hentii...
16.mama seorg yg garang 
17.cita2 pertama mama jadi peragawati...kehkehkeh...lawak sotong betul kan?
18.hobi mama masa sekolah rendah basuh pinggan dan sapu sampah...series la...
19.mama pernah buat 3 kerja dalam satu hari (hkl, tusyen,insurans)
20.mama penah jadi askar simpanan
21.mama pernah gila gadget dulu2
22.pernah berangan nak jadi treasure hunter (habis berlubang tanah kat umah kena gali...)
23.pernah jatuh chinta dgn lecturer sendirik
24.pernah lesbian ingat mama sekaum dgn diorg...eyyuuuwwwww!
25.selalu kena kutuk askar penakut dgn hubby sb takut cicak (jerit kuat punyer kalau nampak cicak!)


nak tag sape ye?

semua follower mama di tag untuk ini...azab tau....hehe

Friday, November 19, 2010

PERMATA BAIDURI

Tak silap mama ini lah tajuk buku tu. korang mesti ada yang penah dengar or baca buku ni kan? Kisah ni masa mama bujang trang tang tang lagi. Baru habis study. Mama dok umah bujang kakak mama. Nak dijadikan cerita, ada la kawan kakak mama ni, nak kawin so sibuk buat persiapan. Sekali tu ternampak dia dgn kakak mama berbisik2. Mama malas nak campur. Esoknya, kakak mama mintak tolong. Dia cakap kawan dia ni nak beli satu buku tapi segan sebab cashier tu lelaki. Mama dgn machonya cakap, eleh, beli buku pun segan. Takpe esok org tolong belikan (tanpa tau apa2 pun pasal buku tu.tak pernah dengar sebelum tu....) 

Mama pun pegilah. Akak tu cakap tajuk Permata baiduri, kaler bla-bla-bla (dah lupa). Masuk je terus jumpa. Mama pun pegilah bayar kat mamat cashier. Dia pandang mama mcm terkejut. mama buat2 tak tau (ingat org nak ngorat kita.buat2 la jual mahal...). So settle bab buku tanpa byk cerita...

Sekali bila mama nak kawin (kira kat 2 tahun slps tu), kawan mama ni (bujang lagi tau budak ni...) Dia pinjamkan mama buku tu. Bila mama bukak and baca buku tu, barulah mama recall balik. Cessss!!!! Patutlah mamat cashier yg ensem tu tgok semacam!!! Aku beli buku org nak kawin tu rupenye!!! Nasib baik aku tak jumpa lagi mamat tu dah. Malu beb!

Nak tau kandungan buku tu????

Shhhhh!!!!!!!!!!!

Thursday, November 18, 2010

Mama Dah Dapat Broadband!!

Haha! Mama hepi ni.
Ni tgah guna my OWN laptop and Broadband after a few months of considering samada nak
beli or just guna office punye. But, rasanya lebih baik beli sendirik and pendapatan tu kira bersih sikit la. Sekarang mama tgah lunch sorang2 kat Taj Curry House. Jess ada lunch date so, mama dgn hepinya dapat mengupdatekan belog yang dah bersawang ni. Anyway, Harap lepas ni boleh aktif dgn  blog ni.Daaa!



ALL MINE! Yahuuuu!

Wednesday, November 17, 2010

New Friends, Training, Makan2, Goodbye~

Seminggu ni, mama banyak belajar and make new friends. Seronok jugak walaupun dalam hati ada rasa rindu untuk scan fetus ni. Tapi mama cuba sesuaikan diri dan belajar secepat mungkin. Kerja ni tak terlalu berat buat masa ni. Mama rasa kerja ni yang paling mama kuat makan. Pastu free pulak tu. Our senior belanja kaw2 punye. Panmour, KFC, Pizza Hut, Briyani, Italian Food. Dasyat tak? Daripada turun 1 kg, dah naik 2 kg.kihkih...apalagi, balik tadi mama pun panjat le tangga dr ting 5 ke ting seploh. Risau beb, tadi mama entertain Carla (sila baca post sebelum ni yek..hehe). Jess nak bawak dia pi makan seafood kat airport subang. 
Mulanya tanak ikut tapi Jess cakap kat situ ramai Malay makan. Ok lah. Hmm...awal2 lagi mama cakap kt En Ayah, malam takyah beli sbab mama nak diet. Last2 tukaq plan, mama pi makan seafood dgn Carla and other colleagues (tapi mama dh mintak kebenaran utk balik lewat dr En Ayah~kebenaran suami ni penting okay!)
Tapi yang bagusnya, Carla tak minum so, mama rasa amatlah selesa dgn makcik ni.
Sebenarnye byk gambar nak tunjuk kat korang tapi dgn berukbeng ni mama rasa later la mama upload some pics (mcm2 gambar nak upload utk share ng korang...tungguuu~). 
Sebelum berpisah tadi, mama bagi sesuatu kat Carla. Mama beli balik keje smalam. Berpusing kat BMC tapi cuma ada satu kiut miut je. Yang penting dia happy. Carla happy sebab sesuatu tu ada tulis malaysia and ada beberapa gamba tourist spot yg fames kat sini. Mama happy dpt bagi sesuatu sebagai tanda penghargaan mama sebab dia betul2 care about me ( siap bagi basic on cardiac ultrasound utk mama baca dan belajar. niceee kan?)

Anyway, anyhow, still hoping that our senior will have a GOOD reason to make her come back here again sebab banyak lagi mama nak belajar dgn dia.
Thanks Carla. It is nice knowing you and I learn a lot from you!
Till we meet again
Have a nice trip back to Netherland!

Sunday, November 14, 2010

Carla Witkam-Clinical Application Specialist

Mama kenal Carla masa first time mama ikut Stanley untuk user training for carrdiac ultrasound machine Artida. di KPJ Selangor Specialist Hospital. Mula2 mama segan jugak dengan Carla ni. Rupa2nya dia peramah. She's from Netherland. Sama macam mama Application Specialist for Toshiba. Cuma dia berpengalaman for 13 years in Toshiba Europe.Banyak mama belajar dengan dia. Dia tak lokek ilmu macam kebanyakan european yang mama pernah dengar drp kawan2 specialist yg pernah belajar kat UK. Carla ni peramah, ceria and very motherly. Kami suka berborak pasal anak, pasal my turning point to be an aps and pasal my interest in being a sonographer. Actually, kami share the same turning point. Kami sama2 sonographer but of course she has 10 years exp while mama cuma 4 years exp. Our turning point is nak career advancement and something new and more to explore. But at the same time we never lessen our interest in ultrasound. We love ultrasound by heart. Kelakar bila fikirkan, mama jumpa someone yang sama dengan mama (that's what she said to me!) tapi dr berlainan bangsa, agama, umur dan background. Next week, she'll be back to Netherland and mama ingat nak cari souveniir from Malaysia untuk  dia.

Walking Is the Best Exercise

Pernah dengar tak? haa...ni la salah satu motto kat tempat kerja mama. Bangunan Wisma Abex ni cmua tiga tingkat. So, takde la lift. kena turun naik tangga. Tapi ok jugak sebab mama boleh exercise. Bila ada kerja kat hospital luar pun mama cuba jugak turun naik tangga. Bukan apa, bila dok bahagian cardiac ultrasound. Rasa macam tetiba concern pasal kesihatan jantung. Yelah, lagi pulak baru2 ni kita dikejutkan dengan berita Artis senior Shamrin fotograf meninggal dunia disebabkan serangan jantung. Tinggallah isteri yang masih muda dan sarat. Takziah untuk keluarga Allahyarham. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya. So, korang pun jalan lupa jaga kesihatan diri. Cuba exercise. kalau takde masa, banyakkan berjalan dan menaiki tangga masa berkerja...Mudahkan?

Friday, November 5, 2010

Alhamdulillah....Thanks Nuffnang!

Mama actually dah ngantuk. 
Tapi disebabkan masa ni je mama boleh BW, mama kuatkan juge mata ni.
 Susah kerja sekarang takde masa nak buka2 internet. 
berukbeng celcom ni pulak slow jek....
so, bila time cuti baru boleh BW...

Tadi dah lama tak jenguk nuffnang...
rupa2nya dah byk yg jd metered earning.yelah dah sebulan pun
Tapi alhamdulillah BE baru tak stop masuk
Harapnya boleh le kumpul macam RedMummy
Dasyatkan akak tu?

Tapi mama tetap ikhlas blogging 
bukan setakat kejar duit tapi memang mama suka berceloteh
sekurang2nya, sekarang kakak mama rindu
dgn celoteh mama.
mama dah tak berceloteh sangat sejak ada blog
sebab...

MAMA ADA KORANG UTK BERBORAK DGN MAMA
TAK GITU?





Thursday, November 4, 2010

My First Week In Abex!

Sedar tak sedar dah pun seminggu mama di Abex. Seronok jugak kerja kat sini. So, far mama dah baca all the specifications of all those 8 machines in Abex. Mama dah pun ada table of comparison. My secret weapon untuk any demo so that I can help my sales friend. Mana tau, bila sales banyak, mama dapat tempiasnya...bonus la apalagi....Stanley dah ajar mama famio 5. InsyaAllah kalau ada request or order from any klinik, mama akan turun demo. Hopefullu my first task will be a success!

Wednesday, November 3, 2010

Kerja Kosong- IT Support

kat tempat mama kerja sekarang, ada jawatan kosong IT support Junior and Senior
If any of you yang berkaliber, berpengalaman dengan personaliti yang menarik,
sila lah mencuba nasib anda...
Macamana? korang pi website abex medical system,
cari email HRD and send resume korang

Sori tak dapat nak bagi email address tu. Mama tak ingat and berukbeng ini sungguhla slow utk mama cek kalau2 mama ada simpan lagi email address dlm yahoo mama. So, korang cek la sendiri kat website tu. mesti adanya. Cepat! 

psttt...gaji kat sini best tau! ahaks!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...