Jom Menabung Untuk Anak-anak!

I Support Breastfeeding!

Lilypie Breastfeeding tickers

nuffnang i like!

Menabung Demi Pendidikan!

Monday, March 21, 2011

World Invasion : Battle Los Angeles- Movie Review

Sabtu lepas, mama amik peluang pergi dating dengan En Ayah. Biasalah, dating kitorang mesti tak lepas dari tengok wayang cerita action punye. So, En Ayah ajak tengok cerita yg dah lama diidamkannya: World Invasion: Battle Los Angeles.
Ceritanye memang best giler!
Seriously, memang action pack. Penuh dengan adegan yang mendebarkan. Memang tak sesuai untuk budak2. So, kalau nak tengok, jangan bawak anak2. Sebab lepas mama tengok, tekanan darah mama naik sampai pening kepala. Tapi memang tak dapat lupa jalan cerita dia sentiasa fast pace. Never once you will feel bored or sleepy. Betul ni...

Ceritanya pasal serangan alien untuk menakluki bumi bagi mendapatkan air yang digunakan sebagai bahan api di planet mereka. So, serangan mereka memang dahsyat sangat. Bunuh segala manusia yang diorg jumpa. Tapi luckily, satu platun ni ada sorang sarjan yang berpengalaman. Sarjan ni actually pernah dapat pingat sebab berjaya bunuh 10 musuh dan survive. Tapi disebalaiknya, ada adik anggotanya  yang berdendam dgnnya sebab salah sorang anggota sarjan yg terkorban adalah abang kepada satu mamat ni.
Misi diorg adalah untuk evacuate all the civillian keluar dari kawasan yang akan dinuklearkan.
So, masa platun dia dikumpulkan, Leftenan baru ni, quite risau sebab sarjan tu join platun dia and sound baik2 sarjan tu jangan sampai anggota2 platun dia mati pulak...
Aduyaiii! Poyo je ko mamat!

So, bermulalah aksi bila diorg mula encounter alien2 ni. Satu persatu gugur berjuang. Sampai satu masa tu, diorg nak selamatkan civillian tapi chooper tak muat, so, cuma angkut anggota yg injured. tapi belum sempat terban, alien dah letupkan chopper tu. Sedihlah Leftenan dan sarjan tu sebab kehilangan anggota yg injured tadi....Then, they firgured out yang ruang udara mereka dah di konker oleh drone2 alien yang melambak.

Dengan penuh tekad, dia nak selamatkan civillian tadi. Salah sorang civillian tu adalah veterinar (of course la wanita yg cun). So, doc ni tolong sarjan figure out tang mana jantung menatang alien tu. Dengan Koperal Imlay yang terer dan comey (keciknye orgnya..) kerja diorg beraya settle. tapi masa sampai kat Front operational base (FOB), FOB dah diserang cuma tinggal base lagi satu. so diorg cuba ke base lagi satu tu,tapi diorang kena serang lagi sampai mengorbankan sorang civillian yg cuba menyelamatkan anggota sarjan ni dan juga Koperal Starvou yg cuba selamatkan Koperal Harris. Yang turut terkorban adalah Leftenan diorg yang sanggup korbankan diri sebab itu saja cara yang dia boleh buat utk pastikan semua civillian tu selamat. (Bagusnye...)

Disebabkan kematian civillian ni, diorg jadi makin bersemangat. So, diorg berjuang mati-matian sampai dapat chopper untuk selamatkan civillian. Bila civillian selamat, Sarjan dengan machonya cakap nak letupkan control centre alien tu. So, disebabkan semangat berpasukan semua anggota dan anggota baru join sarjan tu. So, berhempas pulas la diorang cari dan cuba sedaya upaya musnahkan pusat kawalan alien tu. Akhirnya, berjaya mereka memusnahkan pusat kawalan. So bila pusat kawalan dah musnah, diorg tak dapat lagi kawal ruang udara, ini membuka peluang untuk manusia kembali mengusai ruang udara dan menghapuskan mereka...itu sahaj ceritanya. Mama tak retila nak cerita, korang kena tengok sendiri. Kalau korang suka cerita askar2 atau perang2 ni, ni la cerita yang betul2 up to our imagination. Best tau!

Friday, March 18, 2011

Hop Movie Trailer




Mama tengok trailer ni kat Nuffnang.Harap2 dapat le premier screening tickets..Dapatlah tengok awal..Boleh share the review with you guys nanti..Doakan ye?

Sunday, March 13, 2011

Rango- Movie Review

Jumaat hari tu, mama balik dari outstation kat Johor, terus mama call ayah cakap nak bawak Afzal pi tengok Rango. Dari iklan nampak macam fast pace story sesuai untuk budak yg fast pace tu...
So, pukul 11.30mlm kami tiga beranak pi la tengok Rango kat Cheras Leisure Mall. Biasala, budak i tido pukul 12-1am, so no problem bawak dia tengok midnite.
Dari awal lagi, dah ada petanda something tak best gonna happen.
Mula2 kitorg parking kat tempat yg tangga semua dah kunci, so, kelam kabut jugak cari tangga yang boleh access ke panggung.
Then, masa kat dalam panggung, almost 30 minutes tunggu utk diorg start. padahal tiket 11.30 tapi kat pukul 12mlm baru start all the promo trailer tu..
Bila start, awal2 ok masih ada lawak yg boleh digelakkan. Tapi bila start crite, tak tau nak gelak kat mana...

Ceritanya pasal sekor cicak yg tercampak kat desert and to survive , dia kena pegi ke Dirt town (cowboy town). Kat situ dia jumpa cicak betina yg nampak psycho. Pastu kat town tu ada masalah kemarau dan gengster. So, si Rango yg penakut ni, buat2 la crite yg dia ni lawan 7 ekor penjahat dgn sebutir peluru. So, semua respek la. Sekali masuk gengster, semua harap dia pi lawan. So, secara kebetulan dan nasib berpihak sebelah dia, semua penjahat larik...bukan sebab dia, tapi sebab nampak ada burung helang datang. Then secara tak sengaja dia terbunuh burung helang tu...So, makhluk2 yg nampak pun respect abis kat Rango and Rango dinaikkan pangkat jadik Sheriff. Tapi of course sheriff yang hampeh....

All the jokes macam 'lame' sangat. Johnny Depp tak sekelakar macam pirate of the carribean. Of course la sebab dia just suara je kann...hehe
So, sepanjang crite tu, Afzal tak paham...so, dia pun dah start buat movie sendirik. Nasib baik amik couple seat so, takde le menggangu orang. Mama dah nak bwk budak ni kluar. Tapi tak sampai hati sebab Ayah beli tiket...

-sambung crite...-

So, sampai part Rango nak fight Jake the Rattlesnake tu, mama tak boleh nak criter lebih lanjut sebab bila mama terpandag sebelah kiri, couple sebelah kitorg dah lena dibuai mimpi, mama pun menguap dah kami dua beranak tido dgn nyenyaknye despite all the bising2 soundeffect....
Ayah masih setia menonton....
Bila dah abis, mama perasan betapa ramainya penonton yg tertido....So, mama cakap kat Ayah "sori tertido, tak larat nak tunggu part nak gelak"
Dia plak cakap..."Abang ingat nak keluar balik je tadi..tapi sebab sayang yang cakap nak tengok, abang stay je la"....hehe, haah mama tengok dlm mimpi je la....

So, korang jangan bazirkan duir korang tengok criter ni kecuali korang ada masalah tak boleh tido, baru korang pi tengok gerenti boleh tido..hehe
muka confuse mama bila tak tau nak gelak tang mana...

Saturday, March 5, 2011

NOKIA E7

Wahhh!!!! Cantiknye! Cantik kan?? Dengan body yg licin dan menarik. Qwerty keypad and 8MP camera! All in one yg amat menarik hati mama....Tapi reganya tak pasti pulak. Yg pastinya, kita boleh sambung ke TV untuk view photos or video yg kita amik. Ni kira wish list mama bila dapat bonus nantilah ye..hehe

Melepas Lah Lagi- Beastly

Last week, masa mama tgah busy pegi assist customer, mama terbukalah Gmail yg dah jarang dibuka since tak berapa aktif blogging ni. Ternampak invitation ke Beastly Premier Screening! Yahuuuuuu!
Tapi tetiba pulak, doktor panggil assist dia buat scan. Lepas tu, abis scan cepat2 lah mama nak confirm. Tengok2 dah ditutup 5 minit lepas and bila call, nuffnang dah bagi tiket kat blogger lain...Sedihnye....huhu...
Nak sangat tengok citer tu dgn hubby......Tapi takpe lah.maybe bukan rezeki mama. And maybe blogger yg dpt tu dah rezeki dia...Takpe lah....Tapi bila cuba lain2 contest for other movies, tak dapat lah pulak...Hmmm....Sabar.....:o)


Wednesday, March 2, 2011

Alhamdulillah, It Paid Off So Far!

Alhamdulillah..... Selepas beberapa treatment, makanya berat ni dah kembali menurun kepada sepatutnya....Mana taknya sejak mengandung  20 kg naik cuma turun 10kg je....Abis semua baju from s melonjak ke L and XL....Sedihkan???susah gile nak carik baju...Mesti sangkut kat bumper punye...

So, bila pi treatment yg terlebih charge tu..(Rasanya tak perlu byk tu tapi biasa la depa buat hard sell on me and I'm too bongok to say no kan...Melayang puluh K ok!

So, sekarang berat dah jadi 56kg...Not bad..Tapi diet plan kena lah ikut...So, korang nasihat mama kalau nak pi buat treatment to lose weight, first of all, jangan cakap keje bagus2...and jangan cakap korg ada byk kad kredit and jgn bagi sesuka hati kad kredit sebab diorg akan swipe before you say anything...Tapi kalau depa dah swipe, as long as you'all tak sign dia takleh amik duit korang..So kena beringat tu...Pengalamn mama, mama share kat sini supaya org lain tak terkena dgn mama. Since mama ada extra income, tak le terasa sgt nak membayor. Tapi kalau gaji cukup2 makan, nanti korg kurus bukan sebab treatment tapi sebab susah hati nak membayor...Owh, tempatnya? mama terkena di London Weight Management kat Mid Valley. Cakap free treatment tapi before bagi free treatment dia mintak kad kredit untuk swipe awal2...Betul ke macam tu? Penipu kan?

... Tapi Semua Slimming centre macam tu, Slimming Sanctuary dikatakan suka buat sales masa korang tgah buat treatment. Daripada nak relax dah jadi stress sebab dgn mulut potpet diorg suruh you'll bayar...Hampeh je kan..So far, kat London tu takde la kacau macam tu, cuma diorg akan jual kat u plan yg paling mahal and cakap takde yg lagi murah, lepas tu suruh swipe kat kredit, tak de kad kredit diorg bagi u borang apply kad kredit. sekali dia bagi 3 kad kredit. Kalau diorg pegang abis limit korang diorg akan swipe. And then, kalau tak layak kad kredit dia suruh korang buat personal loan esp RHB easy..Korang kena la berjaga2...Mama ni banyak jugak baca pasal loan so, mama smash balik la kat dia pasal interest, pasal term and all that la...Sampai dia tak tau nak jual cerita lagi dah. Pastu Dia suruh u beli kopi, beli fiber drink and then, Kalau korg selalu pening sebab panas sauna nanti dia akan buka cerita korang byk toksik and akan mintak lagi kad kredit untuk swipe sesuka hati depa utk treatment detox plak...Nasib baik treatment menjadi tapi tak perlu pun amik sampai 60 session...Korang kalau nak amik je 5-10 session cuma RM1900-3500 tak silap...Apa2 pun jangan tunjuk muka byk duit, dia akan charge gile2 ok...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...