Jom Menabung Untuk Anak-anak!

I Support Breastfeeding!

Lilypie Breastfeeding tickers

nuffnang i like!

Menabung Demi Pendidikan!

Monday, March 21, 2011

World Invasion : Battle Los Angeles- Movie Review

Sabtu lepas, mama amik peluang pergi dating dengan En Ayah. Biasalah, dating kitorang mesti tak lepas dari tengok wayang cerita action punye. So, En Ayah ajak tengok cerita yg dah lama diidamkannya: World Invasion: Battle Los Angeles.
Ceritanye memang best giler!
Seriously, memang action pack. Penuh dengan adegan yang mendebarkan. Memang tak sesuai untuk budak2. So, kalau nak tengok, jangan bawak anak2. Sebab lepas mama tengok, tekanan darah mama naik sampai pening kepala. Tapi memang tak dapat lupa jalan cerita dia sentiasa fast pace. Never once you will feel bored or sleepy. Betul ni...

Ceritanya pasal serangan alien untuk menakluki bumi bagi mendapatkan air yang digunakan sebagai bahan api di planet mereka. So, serangan mereka memang dahsyat sangat. Bunuh segala manusia yang diorg jumpa. Tapi luckily, satu platun ni ada sorang sarjan yang berpengalaman. Sarjan ni actually pernah dapat pingat sebab berjaya bunuh 10 musuh dan survive. Tapi disebalaiknya, ada adik anggotanya  yang berdendam dgnnya sebab salah sorang anggota sarjan yg terkorban adalah abang kepada satu mamat ni.
Misi diorg adalah untuk evacuate all the civillian keluar dari kawasan yang akan dinuklearkan.
So, masa platun dia dikumpulkan, Leftenan baru ni, quite risau sebab sarjan tu join platun dia and sound baik2 sarjan tu jangan sampai anggota2 platun dia mati pulak...
Aduyaiii! Poyo je ko mamat!

So, bermulalah aksi bila diorg mula encounter alien2 ni. Satu persatu gugur berjuang. Sampai satu masa tu, diorg nak selamatkan civillian tapi chooper tak muat, so, cuma angkut anggota yg injured. tapi belum sempat terban, alien dah letupkan chopper tu. Sedihlah Leftenan dan sarjan tu sebab kehilangan anggota yg injured tadi....Then, they firgured out yang ruang udara mereka dah di konker oleh drone2 alien yang melambak.

Dengan penuh tekad, dia nak selamatkan civillian tadi. Salah sorang civillian tu adalah veterinar (of course la wanita yg cun). So, doc ni tolong sarjan figure out tang mana jantung menatang alien tu. Dengan Koperal Imlay yang terer dan comey (keciknye orgnya..) kerja diorg beraya settle. tapi masa sampai kat Front operational base (FOB), FOB dah diserang cuma tinggal base lagi satu. so diorg cuba ke base lagi satu tu,tapi diorang kena serang lagi sampai mengorbankan sorang civillian yg cuba menyelamatkan anggota sarjan ni dan juga Koperal Starvou yg cuba selamatkan Koperal Harris. Yang turut terkorban adalah Leftenan diorg yang sanggup korbankan diri sebab itu saja cara yang dia boleh buat utk pastikan semua civillian tu selamat. (Bagusnye...)

Disebabkan kematian civillian ni, diorg jadi makin bersemangat. So, diorg berjuang mati-matian sampai dapat chopper untuk selamatkan civillian. Bila civillian selamat, Sarjan dengan machonya cakap nak letupkan control centre alien tu. So, disebabkan semangat berpasukan semua anggota dan anggota baru join sarjan tu. So, berhempas pulas la diorang cari dan cuba sedaya upaya musnahkan pusat kawalan alien tu. Akhirnya, berjaya mereka memusnahkan pusat kawalan. So bila pusat kawalan dah musnah, diorg tak dapat lagi kawal ruang udara, ini membuka peluang untuk manusia kembali mengusai ruang udara dan menghapuskan mereka...itu sahaj ceritanya. Mama tak retila nak cerita, korang kena tengok sendiri. Kalau korang suka cerita askar2 atau perang2 ni, ni la cerita yang betul2 up to our imagination. Best tau!

2 comments:

ummiprincesses said...

hai mama, sejak bila suka tengok cerita action ni?

mamaafzal said...

ler...memang kitorg drp zaman dating2 dulu tgok citer action what...en ayah bukan kaki citer romantik...kalu romantic comedy tu layan la..:o)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...