Jom Menabung Untuk Anak-anak!

I Support Breastfeeding!

Lilypie Breastfeeding tickers

nuffnang i like!

Menabung Demi Pendidikan!

Friday, September 24, 2010

2nd Contest MamaRifqy


Ni la gambar yang dipertaruhkan. Gambar ni ambil masa raya pertama kat rumah mak mertua di Klang. Husband biasanya tak suka bergambar. So, mama bergambar ala2 kaku jela. Terkejut pulak bila En Ayah buat permintaan nak amik gambar raya tahun ni manja2...geli2 gitu...so, itu yg membuatkan gambar ni special...amik je la. Dalam hati segan ngan mak mertua..hiks!
p/s: gambar ni tak geli2 sgt, malu nak tunjuk kat org...hehe...

DiGi iPhone 4 Me


Wahhh! Elok-elok je nak bertukar ke postpaid DIGI, ada pula contest Iphone 4 me daripada DIGI. Tapi kenapa Iphone 4? Sini la nak cerita. Banyak kelebihan Iphone 4 ni. Sejak keluar berita Apple nak keluarkan produk Iphone baru yang dinamakan Iphone 4 ni, Saya dah banyak buat internet search. Jurutera Apple mengambil masa 3 tahun untuk mengkaji dan mereka Iphone ni supaya menjadi Smartphone yang terbaik (terbaik!!) bagi memenuhi keperluan setiap pengguna. Maka terhasil Iphone yang mempunyai ciri-ciri seperti "Engineered Glass", "Retina Display", "Stainless Steel Band", "Apple A4 Processor", Gyro + Accelerometer", Camera + LED", "Mic + Speaker","Multi touch" dan menggunakan IOS4 Software. Kan ke best tu? Tak cukup lagi? Telefon pintar ini juga mempunyai rekabentuk yang cukup menarik dengan ketebalan senipis 9mm. Hebat kan? Maka, DIGI, silalah hadiahkan saya DIGI Iphone4 sebab inilah alat terbaik untuk saya sebagai Application Specialist yang sentiasa  perlu dekat dengan pelanggan kami. dengan adanya DIGI Iphone4, urusniaga kami akan menjadi lebih mudah dan lebih maju! DIGI always the smartest choice!

"Sape nak hadiah free? =)"

www.nadiafarahida.blogspot.com.
Ni simple contest. Takyah buat apa pun. Tunggu je luck korang...:o)
Nak Join? klik

Saya nak tag

Mom&a Journey Called Life 1st GA

Dah lama tak join any contest or GA lately. Too busy blogwalking i guess....

well, hari ni nak join contest ni. simple je. Nak join jugak? klik sini

Thursday, September 23, 2010

Blogwalking Sampai Sengal...

Aduhh...pening rasa kepala ni. Kerja berat sikit hari ni. Abis je keje terus mama blogwalking...
tobat mama tak pandai bab edit gambar.heheheh....

Tapi baru 20 blog mama tinjau, kepala dah rasa sengal dah bebal. Kadang2 rasa macam nak stop sekejap blogging mengenagkan beban yg berat bila dah dekat nak benti keje ni. Tapi tak boleh jugak. Mama rindu nak berceloteh kat sini sambil menjenguk jiran tetangga (korang latu...). Apa2 pun chaiyok!chaiyok!

Wednesday, September 22, 2010

Mama Fobia Nak Ajak Afzal Makan Luar!

Korang yang dah ada anak pun mesti pernah alami kan? Mama dan En Ayah dah takut a.k.a FOBIA nak ajak Afzal makan kat luar. Last bawak makan kat restoran, Dia mengamuk sebab tak dapat tuang air dalam pinggan mama. Adehhh! Pastu baru2 ni bawak pi main kat Jusco. Elok je perangainye tapi once dia nampak mama beli ABC, terus tanak main playgorund. Dia mintak sudu, kuis2 ABC yang mama tengah makan sampai meja penuh warna warni kehidupan (kehidupan la sangat~). Orang keliling tengok sambil gelak2. Adusss! Malunye tak hengat! ABC tu tinggi kat setengah kaki, Azfal apalagi geram la nak tumbangkan. Bila tak bagi kuis menjerit! ARghhhhh! Mama kontrol cun tapi dalam hati hanya Allah SWT sahaja yg tahu. Sabarrrrrrrr..........Cuba korang cerita pengalaman korang dgn budak kecik plak. Kasi mama sedap hati sikit....Heiii...
image source: google image
ABC kat atas ni korang cakap besar? Haa..yang mama beli kat Jusco Bandar Mahkota Cheras laaaaaagiiiii besssarrrrrrrr punyeeee! (takde gambar sebab afzal dah terkam sebelum letak atas meja..huhu)

Tuesday, September 21, 2010

Mama dan Kerja.

Tup tap2x, dah pun hampir 7 tahun bekerja. Mama dah buat kerja macam2. Kerja kat klinik (siap cuci tandas lagi...), kerja kat restoran( lap lantai tak habis2...), kerja kat kiosk nescafe UKM, jadi coach tali tinggi PLKN, kerja Pegawai Sains Genetik dan yg terbaru sonographer kat sini.But to tell you the truth, Sonographer is the most wonderful job I ever wanted to do forever. Mama sebenarnye bercita2 nak jadi doctor. Tapi honestly, mama is just a timid little woman yang takut tengok dead body and blood bath. I don't watch cerita hantu pun. Penakut sangat wehh! So, mama pilih kerja yang kat spital boleh tolong masyarakat tapi bukan doctor. So, when a golden chance dtg bergolek mama pun sambar je. Jadilah sonographer. tapi bila dah ada anak ni, impian lebih menjurus kepada nak cari kerja yang lebih menjamin masa depan anak. Bukan tak menjamin kerja tu, cuma too many workloads with little pay. So, mama decide untuk kerja kat private sector pulak. Alhamdulillah things go the way I want. Cuma masih rasa sedih that i'm going to leave all my beloved frens yang sama2 menkecohkan 'Pagar' and kawan2 yang sama2 menggegarkan O&G kat sini...Gonna miss everything in HUKM....:o(

image source: google images

Friday, September 17, 2010

Kereta Terpakai or Kereta Baru?

Lagi sebulan mama dah start kerja baru. Meaning that, I have to buy another car untuk memudahkan pergerakan. Of course Auto will be the best choice. Cuma tak sure wether the used one or the brand new. Yang penting jimat petrol. Rasa2 cukuplah sekadar Perodua Viva, or Perodua Kelisa (terpakai la, ni dah obsolete) or Perodua MyVi, or Proton Savvy or??? Susah jugak nak buat keputusan ni. Kalau boleh nak je sambar Honda City, tapi selagi dok kat perumahan sekarang ni, tak payah la. Nanges je bila ada orang bodoh dan bengong buka pintu sampai tercalar or terkemek kete kita yg park kat sebelah. Itu la yang terjadi kat kete BLM kitorg. Dah tersagat2 padahal parking baik punye tak de kacau parking orang pun....Susah dok di kalangan orang yg selfish ni...

Current World Issue- Apa Salah Cooling Pad?

This is one great article to share with u guys out there yang guna lappy for blogging. Do check it out! from Current World Issue

Wednesday, September 15, 2010

I'm Officially An Abex on 1st Nov 2010

Mama dah sign offer letter tadi. Alhamdulillah offer yg cukup menarik. Mama tau salary yang macam tu, mesti dtg dengan kerja yang berat. Tapi mama akan cuba buat yang terbaik dengan niat untuk mencari rezeki untuk anak dan untuk membantu suami. Korang doakan yang terbaik untuk mama ye?

Raya Sakan Ke Korang?

Masih lagi N3 about raya... Sakan ke? Meriah ke? Baguslah macam tu. As for me, raya tahun ni cukup hambar. Tak sangka perasaan membuak2 nak balik kampung tu, hilang macam tu je. Mama balik raya pertama, ingatkan raya kedua dapat pi beraya. Tapi family mama nak sambut kat rumah, tunggu sanak sedara datang... Tapi tak ramai datang sebab ramai yang tak dapat cuti balik Kuantan. So, esoknya, plan nak gi beraya ke rumah sedara mara pulak...Eh, ada yang ke Kelantan, ada yang bekerja, ada yang macam2...Akhirnya, kitorg pi pantai berkelah..seronok jugak. Tapi tak rasa raya lah. Raya ke empat, mama dah balik KL. Raya kelima? ermm..kitorang beraya kat Midvalley. Beli baju kerja baru untuk masuk kerja tempat baru. Tapi baru selai mama pilih, Afzal si bubu dah buat perangai otomen dia. Terpaksa la, balik dalam keadaan bengkak hati...Malam tadi cukup stress sebab mama kena demam selesema, dan batuk Afzal pulak tak abis lagi dgn perangai otomen mengamuk....So, hari ni, mama antar dia ke nursery and mama dok opis sorang2 walaupun masih dalam cuti raya, tapi, mama need some space. Yg penting Afzal terjaga kat nursery tu. Ayah plak keje. Sorry ye sayang, mama tanak stress sampai marah anak. So, ini yang terbaik...:o)    

Thursday, September 9, 2010

A goldfish as big as a (big) dog

Besarrr punye! What do you guys think? Is it real fish or a fake?

Soal Raya Kampung Siapa? Perlu Bertolak Ansur.


Tetiba hati mata bernyanyi lagu P Ramlee....Bukan apa, kat bilik scan ni, tinggal mama sorang je yang bekerja. Yang lain dah selamat. Lepas tu, malam ni balik rumah mak mertua. Ok je, mama tak kisah raya rumah mak ke rumah mak mertua ke sebab dua2 family mama jugak. Tapi rasa sayu sebab rindu kat mak mama kat Kuantan. Malam ni macam biasa semua orang kumpul buat persiapan dan jugak BBQ malam raya. Tapi mama beraya di Klang. Mak mertua mama tak kisah pun kami raya kat mana tapi sebagai menghormati encek hubby tersayang, kita kena saling bertolak ansur ye tak? Masa mama bujang2 dulu, mama mesti tak lepaskan peluang untuk balik awal supaya dapat merasai kemeriahan malam raya. Masa bulan puasa pulak setiap minggu mama balik weekend untuk berbuka dengan bonda terchenta. Tapi bila mama dah kahwin, mama belajar bertolak ansur dan saling memahami. Balik kampung kami akan bergilir. Soal kampung siapa lebih lama tak timbul sebab kami akan pastikan kalau bukan cuti raya, kami akan cuba balik ke rumah mak kedua2 pihak. Jadi takde la macam lama sangat tak jumpa. Sebab bila dah jarang balik mulalah, hati memberontak.."asyik balik rumah mak youuuuu jeee...rumah mak I takkan tak balikkk!" Kalau dah parah mulalah bertempik bagai. Sebenarnya hari raya untuk bergembira. Hari untuk bermaafan. Tapi kalau bergaduh sebab nak balik kampung, apa cerita? Jadi, Esok dah nak sambut raya, kepada semua, SELAMAT MENYAMBUT AIDILFITRI. MAAF ZAHIR BATIN kot dlm blog mama ada perkataan yang menyinggung mana2 pihak. Bagi yang bujang, enjoy! Bagi yang dah kahwin, Jangan gaduh2 ye? Isteri kena bertolak ansur, suami kena rasional. Semoga raya tahun ni membawa seribu keberkatan dan kebahagiaan. Amin.

Wednesday, September 8, 2010

Berbuka Puasa @ Pu3Lagenda

Last weekend mama lepak umah pu3lagenda aka Kak long. Sedang elok encek hubby terpaksa berkerja di Klang. So, dia hantarkan kami ke sana.Fuhh! 2jam merangkak dalam jam. Barulah sampai. Bukan jauh nor umahnya tapi dah kat kl tak sah kalau tak jam. Tapi sempat juga la tolong dia masak sikit...Makan ape? huishh...sedapp2 semuanya...


















Ha...sedapkan? ada ayam goreng berempah, pari bakar, butter prawn, tomyam campur (tiada dalam gambar-dah kena bedal), pucuk jambu golok (ulam), tembikai sebagai desert and air jus tembikai home made yang memang slurppp!
 Mama makan sampai tak hengat diet....Sedap la kak long. Nanti kita wat lagi kat kampung ek...

Mandi Wajib? Betul ke cara kita?

Ni mama pinjam dari kawan blogger. Sekadar nak berkongsi info sahaja. Mama pun pernah terfikir betul ke cara mama selama ni. So, kat blog tu mama jumpa jawapannya....

Mandi wajib merupakan perkataan yang mudah disebut, tetapi jangan terkejut jika dikatakan banyak umat Islam di tanahair kita yang tidak sah mandi wajibnya kerana tidak melakukannya dengan betul.

Untuk melakukan mandi wajib yang betul, seseorang itu tidak boleh melakukannya dengan hanya mandi secara berdiri atau duduk mencangkung sahaja. Sebaliknya, ia mesti dilakukan dalam kedua2 keadaan bagi membolehkan seseorang itu meratakan air ke seluruh anggota badannya yang zahir.
Penolong Pengarah Bahagian Dakwah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Uztaz Haji Mat Jais Kamos, 49, menegaskan, bagaimanapun, berdasarkan pengalamannya sebagai bekas kadi di Pejabat Agama Islam Gombak Timur dan penceramah, didapati banyak umat Islam yang tidak mengetahui perkara ini.

“Akibatnya, mandi majibnya menjadi tidak sah kerana tidak memenuhi salah satu rukun mandi wajib iaitu meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir. Apabila mandi wajib tidak sah, ibadat yang dilakukan oleh seseorang itu juga turut tidak sah. Itulah akibatnya jika tidak melakukan mandi wajib dengan betul,” tegas beliau ketika ditemui di rumahnya di Taman Sri Keramat Kuala Lumpur .
Mandi wajib yang juga sebagai mandi junub atau janabah tidak boleh dipandang ringan oleh umat islam. Setiap orang yang mlakukannya mestilah mengetahui dan memenuhi rukun2nya. Jika tidak mandi wajib seseorang itu tidak akan sah.

Rukun mandi wajib ada 3 perkara. Pertama, niat. Kedua , menghilangkan najis di badan. Ketiga, meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir.



Niat mandi wajib: “Sahaja aku mengangkat hasar besar kerana Allah Taala.”

Atau ” Sahaja aku mandi wajib kerana Allah Taala.”



Niat itu di dalam hati dan ia hendaklah disertakan ketika air sampai ke mana2 bahagian anggota badan.



Bagi perempuan yang habis haid, niat mandi wajib ialah: ” Sahaja aku mengangkat hadas haid kerana Allah Taala.” Manakala bagi perempuan yang habis nifas, niat mandi wajibnya ialah: ” Sahaja aku mengangkat hadas nifas kerana Allah Taala”.



Niat itu jika dilambatkan atau ketika seseorang itu memulakannya selepas dia telah membasuh salah satu anggota badannya akan menjadikan mandi wajibnya tidak sah. Oleh itu dia mestilah memulakan kembali niatnya ketika dia mula menyampaikan air keseluruh anggota badannya. Sekiranya dia berniat sebelum air sampai ke badan, niat itu juga tidak sah. Oleh itu mandi wajibnya tidak sah.


Mengenai rukun mandi wajib yang ke2, iaitu menghilangkan najis yang ada pada badan , menurut Ustaz Haji Mat Jais, menurut Imam Nawawi, jika kita ada najis di badan, najis itu boleh dibasuh serentak dengan mandi wajib. Ertinya membasuh najis dengan mandi itu boleh disekalikan.

Sementara rukun mandi wajib yang ke3, iaitu meratakan air ke seluruh anggota badan yang zahir , meliputi kulit, rambut dan bulu yang ada di badan, sama ada bulu2 yang jarang atau lebat. Jika rambut seseorang itu ditocang atau disanggul, sekiranya tidak sampai air ke dalamnya, tocang atau sanggul itu wajiblah dibuka. Bulu2 dalam lubang hidung pula, tidak wajib dibasuh kerana dianggap batin. Tetapi sekiranya, bulu2 di dalam hidung itu bernajis, ia wajiblah dibasuh.

Mengenai kuku pula, jika di dalam kuku ada kotoran yg boleh menghalang sampai air ke badan khususnya di bahagian bawah kuku, kotoran itu wajiblah dibuang. Membuang kotoran di dalam kuku itu pula boleh dilakukan ketika sedang mandi.

Tentang rambut yg diwarnakan pula selain inai, inilah yang merumitnya. Sebenarnya jika rambut seseorang itu diwarnakan dengan pewarna selain inai, mandi wajib seseorang itu tidak sah. Oleh itu, seseorang yang mewarnakan rambutnya dengan pewarna selain inai, jika dia hendak mandi wajib, dia mestilah membuang pewarna pada rambutnya terlebih dahulu. Tetapi untuk membuang pewarna itu pula bagaimana?..



Inilah yang rumitnya. Sedangkan pewarna pada rambut itu sebenarnya tidak boleh dibuang begitu mudah.


Yang menyebabkan mandi wajib orang yang menggunakan pewarna pada rambutnya tidak sah kerana pewarna itu akan menyalut rambutnya yang menghalang air sampai ke rambut. Ini berbeza dengan inai. Inai sebenarnya akan meresap ke rambut, tetapi pewarna pula akan menyalut rambut menyebabkan air terhalang ke rambut.

Tetapi dalam hal ini, jangan pula ada yang salah faham. Sebenarnya pewarna itu jika dikeluarkan sijil halal oleh JAKIM dan sekiranya pewarna itu tidak bernajis, bukanlah bermaksud menjadi tidak sah. Dalam hal ini, sukalah saya menyatakan bahawa sembahyang dan mandi wajib itu berbeza. Jadi, mestilah dipandang dari sudut yg berbeza.


Dalam hal ini juga, sukalah saya menyatakan, huraian mengenai rukun mandi wajib seperti yang telah saya nyatakan ini adalah merupakan perbezaan sah atau tidak mandi wajib. Jadi, ia perlulah diberikan perhatian yang lebih oleh umat Islam.


Mengenai sebab2 seseorang itu wajib mandi wajib pula, Ustaz Haji Mat Jais menegaskan, sebab2nya terdiri daripada 6 sebab. 3 sebab melibatkan lelaki dan perempuan iaitu kerana bersetubuh walaupun tidak keluar air mani, keluar air mani dan mati. Manakala 3 sebab lagi hanya melibatkan kaum perempuan sahaja, iaitu keluar darah haid, nifas dan melahirkan anak(wiladah) .


Mandi wajib boleh dilakukan di mana2 dengan menggunakan air mutlak sama ada air telaga, air paip, sungai laut dan tasik.

Bagi pasangan suami isteri yang bersetubuh pula, mereka tidak semestinya mandi selepas bersetubuh, tetapi diwajibkan mandi ketika ingin beribadat.


Selepas bersetubuh pula, jika ia dilakukan pada waktu malam, jika tidak mahu mandi wajib, seelok2nya ambillah wuduk sebelum tidur itu adalah sunat, manakala tidak berwuduk sebelum tidur adalah makruh.


Wallahu a'alam

source: http://faridatulliana.blogspot.com/

Print Screen. Baru tau ke?

Hahaha! Hari ni entry yang biol sikit sebab tinggal mama je yang kerja. Kawan2 kecoh setaman dah pun start bercuti. Hari ni mama nak cerita pasal kejayaan mama dalam memprint screen. Mama dah agak korang mesti gelak guling2 punye. Walaupun mama blogger tapi mama jenis belaja sendiri. Try and error. Sampailah bab print screen. Tengok korang print screen mama pun nak cuba. Tapi tak tanya orang dulu, pepandai sendiri. Nampak button print screen kat keyboard, mama tekan. Tunggu kat seminit takde apa pun jadi...Ish..rosak kot keyboard nih. Tapi lepas tu dah lupa dah pasal print screen. Tetiba, last week mama and kakak mama (Pu3Lagenda) borak pasal blog. Tanya dia mcmana sebab dia programmer kat RTM. Dia cakap ko tak tau ke? la..senang je tu...tekan print screen pas tu pegi lah paste kat word. Lerrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr.................semudah tu je ke? Patut la kat seminit mama tunggu takde apa2 kuar...Kalau tunggu sejam pun takde selagi tak paste kat word cek kak oiiii! Aduss! Mama dok ajar orang wat blog tapi print screen haram tak tahu. Memang tak tau....Tadi mama try, HAHAHA tergelak besar dalam hati mama mengenangkan betapa naifnye mama dalam bab komputer nih...

Monday, September 6, 2010

Terima Kasih UmmiAbbiQisAdhwa!

Alhamdulillah, rezeki berganda. Mama dapat hadiah dari Yan untuk contest seiras wajah. Lama dah menunggu akhirnya sampai. Terima kasih banyak2 kepada Yan. Semoga Yan dan family serta baby baru (Adhwa) sihat walafiat di Johor sana...
Ni la hadiahnya...
Ni pun hadiahnye jugak....


pastu Afzal dapat lagi hadiah birthday...Ish...mana la budak tu tak nyanyi beday to youu tiap2 hari sampai la ni masuk bulan sembilan dah. Ni la hadiahnya...

Alhamdulillah...Berjaya Interview...

Pagi tadi mama pi interview kat (nama company dirahsiakan). Interview berjalan lancar. Yang seronoknya, interviewer tu boss nye sendiri, Mr Teoh. Baik orangnya and very casual. So, lebih kepada berborak la. Habis interview terus dia tanya so, macamana? boleh? Are you happy with the salary offered? (of course tapi takde la mama nak menggeletis melompat kegembiraan) cover macho la sket..Mama cakap nak fikrkan dulu tapi akan bagi jawapan secepat mungkin sebelum raya. Apalagi, keluar je terus call Mr Hubby,Kak Anson & Kak Long (Pu3 Lagenda). Alhamdulillah rezeki anak di bulan puasa. Malam ni, mama nak belanja Mr Hubby and afzal makan apa yang diorang suka la...Mama rasa la..Papa john la tu (faveret Mr Hubby) sempena kejayaan mama mendapat position yang mama teringin nak apply dari dulu tapi tak penah berani cuba.Gaji?? ish..rahsia la...yang penting sedap telinga mendengar sedap lagi tangan yang menerima.Ye dak? Apa2 pun korang doakan ye kejayaan dan kebahagiaan mama dalam menempuh dunia pekerjaan baru. InsyaAllah Nov ni la kot...

Saturday, September 4, 2010

Jalan-Jalan Shopping Raya @ Jalan TAR

Ni last week punye cerita. Mama and kawan2 sonographer mama pi shopping raya kat Masjid Jamek & Jalan TAR. Kemain lagi kitorang berjalan dalam keadaan berpuasa...Huish...Murah!Murah!

First time mama datang time orang solat Jumaat. Terkujat jugak bila hampir terlanggar orang tengah ready nak solat. Patutlah tetiba kedai tutup...

Kitorang pun lari ke Jalan TAR supaya tak ganggu orang nak solat. Hormatilah mereka...Tengok, ramai kan?masa ni mama dah pewaiii dah...


Haa..Ni lah kawan2 mama yang tolong mama pilihkan baju dan tudung raya...


Murahkan? Tapi murah2 pun kena beringat...Kang lepas raya nganga takde duit...
Dah pun habis shopping. Mama berjaya berbelanja dengan berhemah. Tudung raya untuk cik (mak mama), kerongsang untuk cik, baju kurung cotton, tudung dan kerongsang cute untuk mama...Afzal and Ayah kita beli kendian sebab masa tak cukup. Mama ni ponteng evening call beb! Mampus!

Friday, September 3, 2010

Misi Mencari Duit Raya.

Nampak kat atas meja tu? Haa..tu sebahagian daripada apa yang mama jual raya tahun ni. Boleh la lepas duit toll balik kuantan. Tahun ni promosi kurang sikit sebab busy berblogging...Tapi tetap Alhamdulillah...


Tahun lepas pun mama jual jugak. Ni le kuih2nye...Masa ni memang dapat banyak tempahan. Untung pun masyuk RM3++ beb!

Betul ke Mama Dapat Award ni?

Tadi terbaca kat shoutmix, Syaza cakap dtg amik award...award ni ke Syaza? Mama ni baru dalam dunia blogging so, memang sangat blur...
Pastu mama kena buat apa lagi? ish sungguh blur..Betul ke ni Syaza? Anyway, Mekasih ye Syaza. Mama memang dah lama teringin nak dapat award. Mekasih ye! :oD

1 . Apa yang bermain di fikiran you all sekarang ?
blogwalking and keje baru

2 . Apakah nama samaran you ?
mamaafzal


3 . Berikan 3 orang yang you sayang ?
encek suami
bubu si afzal
family and frens (including blogger frens)

4 . Panggilan untuk si dia 
abangggg...
abang
5 . Hadiah yang you all impikan dari seseorang yang istimewa .
ermmbyk tapi yg penting kehadiran encek suami disisi

6 . Blog mana yang you all suka visit ?
sume blog mama suka visit

7 . Sila tag satu blog...
 http://imansumi.blogspot.com/

Restoran Cerana

Ni kira hampir basi la jugak. Tapi ni baru mama free untuk berkongsi cerita berbuka puasa dengan family di Restoran Cerana.
family mama besar. Ni pun baru separuh je. Ada yang kerja and ada yang kat Kuantan. So, takleh le join. Yang mana ada je. Ni meja yang mama duduk.Meja lagi satu takde gambar yang clear untuk di share kat sini...
Punye la ramai berpusu-pusu amik makanan. Biasalah time lapar sume nak taruk dalam pinggan...

Tapi mama makan tak banyak. Nasi kat atas ni dengan sup ekor. Mama kan tengah diet....

Nah ko...penuh atas meja...Itu anak2 sedara mama punya selera. Orang posa la katakan...
Aicheh, air oren ngan teh tarik pun nak tayang. Sedap ni! (model sambilan kat belakang tu anak sedara sulung mama)
Haa...Thanks to my sis. Banyak duit dia, Dia blanja kitorang sume..Kitorang datang bawak perut kosong je.

Tengok si comot Afzal. Kalahkan orang posa.Aiskrim tu dia rembat Abg Boboy punya. Terkulat2 abang tu. Terpaksalah mama gi beli aiskrim baru utk abang Boboy. Eh, Sama plak rambut Afzal ngan Bapak...Kira korang dah geng la ye?

Berapa satu kepala buffet kat sini?? RM45 untuk dewasa and RM25 untuk bebudak kecuali Afzal (tak sunat lagi takyah bayar..kehkehkeh..)

Thursday, September 2, 2010

Jahat Tak Mama?

Tadi mama scan one patient. Foreigner la. Dia tak pandai cakap malaysia. Masa mama suruh dia baring, dia macam terpinga2. So, mama tanya, "paham melayu?" geleng "paham English" pun geleng...."Takpe lah, kita cakap macam ayam itik lah"...sambil senyum.Dia pun senyum...hehe...paham ke apa mama cakap. Pastu masa scan, mulut mama yang memang suka berceloteh ni, explain la kepala, kaki bagai...pastu teringat dia bukan paham pun. Mama pun wat la macam bahasa isyarat. Tu pun dia macam blur. Budak pratikal cakap, "kak, dia bukan paham pun" ish..selamba nor kamu cakap kuat2.Mentang2 orang tu tak paham. Tapi mama pun 2x5 jugek. almaklumlah orang tak paham pulak tu mata ngantuk. Mulalah wat joke bukan2 depan patient yang tak paham hanya tersenyum....Ya Allah, ampunkanlah hambamu yang nakal sampai ke tua nih...Amin.....(tetiba rasa bersalah pulak...)

Wednesday, September 1, 2010

Whack It!

Sempena Merdeka nih, ada lah satu yang mama nak kongsi. Joke la..apa lagi....Last week amam tengok whack it. Seronok juga tengok budak2 kena sembur air and macam2. Teringat masa kat Maktab dulu (MRSM)...Kalau sambut birthday je kena la macam dalam whack it tu. Dalam TV show tu, ada segment IQ. Soalannya ialah...................."Who is our 2nd Prime Minister?"

The first contestant jawab
.
.
.Tun Hussein Onn................ekkk...wrong!
.
................................The secong contestant jawab...........
.
.
.
.
........................."Tuanku Jaafar?"
.
.
.Kah!Kah!Kah! kalau la mama cekgu sejarah dia, memang mama datang kat studio tu, mama whack montot dia....Mana pulak datangnya Tuanku Jaafar????? Ayoooooo.....Tun Abdul Razak la weii! Bapa kepada our Prime Minister! Adussss!

Nanny 911....apa ke hal nye bela $%^&??

Last week, mama tengok Nanny 911. Berkisarkan kisah di Amerika, seorang ibu muda dengan 3 anaknya..err...2 actually tapi lagi satu tu sekor %^&*. Ada ke si mak tu cakap "They are like my own children"??? Apa kejadahnya! Yang 2 org girl tu memang anak dia. Lagi sekor tu khinzir ternakan dia yang dia bela dalam rumah. Tapi instead of samakan khinzir tu dengan anaknya, dia samakan anak2 dia dengan khinzir tu...Nauzubillah....Pulak tu, dia cakap dia tak suka anak2 dia perfect. Dia lebih suka anak dia minum air dari bekas minum khinzir, makan makanan yang diletak atas lantai and anak2 dia siap celup buku dalam mangkuk tandas and jilat balik buku tu! That is totally gross!!! Sungguh tak bertamadun. Bila nanny nak betulkan dia marah and cakap nak kick out that nannny. Manusia ke apa tu? Mama rasa "V" yang alien tu lagi smart pemikiran daripada manusia tu...Khinzir tu siap ada bilik yang diletakkan sampah untuk khinsir tu rasa SELESA...Anak2 dan suami pulak terpaksa duduk dalam rumah yang ada taik khinzir bersepah atas lantai sampai anak dia kaut masuk dalam mulut. Tu pun dia biarkan and boleh tersengih macam kerang busuk. Konolah kaum dia bertamadun tapi tahap pemikiran kalah monyet si Darwin tuh...Panas hati kalau ingatkan cerita tu. Cerita benar tuh. Sian anak2 dia dididik oleh orang yang takde akal...Panas.....

Afzal, Kuatkan Semangat ye?

Semalam, mama rasa badan Afzal panas sikit. Ayah cakap maybe sebab baru lepas mandi air panas. Tapi mama tak sedap hati. Mama tidurkan Afzal macam biasa. Pagi ni, masa nak sahur, Afzal macam biasa akan bangun sahur sekali. Ermm...suhu badan naik tinggi. Mama bagi makan aiskrim vanilla. Dia merengek "mama....akit...angan..akit..." Maybe muscle dia rasa sakit sebab suhu badan naik. Nasib baik ada lagi kool fever. Ayah tolong mama masukkan supp. Mama tau Afzal tak suka tapi makan ubat lagi afzal tak suka kan? Dah masuk supp nampak macam kurang sikit. Tapi Afzal still lesu. Kuatkan semangat ye sayang, hari ni mama kerja dulu. If thing doesn't look any better, mama amik cuti jaga Afzal. Hari ni mama banyak kerja. petang nanti mama amik Afzal awal. Mama sayang Afzal so much!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...