Terpanggil lak untuk komen ketiga2 pizza segera kat Malaysia ni. Banyak lagi restoran2 pizza yang ada. Tapi so far 3 tempat ni yang sesuai saya comparekan kat sini. Actually, fot almost 10 years, saya memang setia dengan Pizza Hut. Memang suka sangat dengan pizza Hut ni. Tapi for the last 3 years ni, rasa macam kualiti dia teruk sangat. Dengan topping yang sikit and cheese yang makin menipis, dah macam makan pizza bun kat kedai bakery pulak. Contohnya Chunky Loaded tu. Saya beria ajak husband pi makan yg tu. Hmm...tapi kecewa sangat bila 'loaded' tu hanya pada nama je. Bukan pada hakikatnya. Then, kitorang berpaling arah ke Dominos. Sedap jugak tapi selepas mintak extra cheese baru la pizza dia rasa best sangat! Tambah pulak spagetthi dia Afzal suka sangat. Tapi yang paling best pizza Papa John! Memang best sangat. Rasa betul2 makan pizza. Dengan topping yang cukup. Cheese yang cukup and side dishes yang best. Contohnya, roti yang dicicah dengan garlic butter. Nyum!Nyum! Then baked rice with cheese pun sedap. Afzal pun suka! Sampaikan Farul buat declaration Papa John is officially our family Pizza Place! Haha lawak betul!
No comments:
Post a Comment