Jom Menabung Untuk Anak-anak!

I Support Breastfeeding!

Lilypie Breastfeeding tickers

nuffnang i like!

Menabung Demi Pendidikan!

Saturday, May 28, 2011

Naik! Naik! Naik!


Mama tak tahu nak cakap apa lagi ni...
Dengan kemeriahan pak-pak buncit menaikkan harga sana sini, apa yg rakyat dapat???

Korang tahu tak all the bullshit they said?

1)yg duduk flat tu pakai letrik sikit2, yg dok banglo takpe pakai letrik byk2- sebab diorang nak naikkan tarif eletrik yg surely membebankan golongan berpendapatan rendah.

2)Harga gula naik sebab nak turunkan bilangan pesakit diabetes kat Malaysia- tak semua sebab gula. Banyak lagi sebab genetik. Napa tak buat kempen cegah diabetes? kita ada ramai graduate medikal and paramedikal yg takde kerja, bagilah diorg buat kerja tu. takkan nak bayar gaji pun gomen dah takde duit...cuba cek gaji2 ahli parlimen U...mesti masyuk..kalau tak takkan si toyol cakap rumah rm24juta hasil usaha dia sendiri....

3)Harga petrol naik sebab nak kurangkan kes penyeludupan poetrol ke negara jiran- Hello......Adakah semua rakyat Malaysia yg menyeludup petrol sehinggakan semua rakyat Malaysia yg terpaksa menanggng akibatnya...????Musykil!

4)Selagi kerajaan Selangor bagi air percuma kepada rakyat, dalam tahun 2012, kita akan mengalami masalah air habis di Malaysia.Jadi sokong lah U untuk memegang kembali tapuk pimpinan Selangor..Kuang!KUang!Kuang! Agaknya kalau Afzal pandai bercakap nescaya Afzal pun akan keluarkan kata2 yg sama macam mama dia....Nonsense lagi bullshit!
Takkan lepas ni hujan takkan turun??Dengan hujan yg dah tak kira musim tak kira musim tengkujuh di Pantai Timur di KL, dengan Indah Water yg boleh merawat air untuk diguna semula, takkan la air akan habis...Bukan ke kita sampai eksport air ke Singapore sehingga 2021 (sila search "kontrak air singapura-Malaysia"). Macam mana boleh kontrak sampai 2021 tapi kata air nak habis 2012??? Lagi musykil??? Afzal, sila gelak...HAHAHAHA! nak cakap biar dengan akal, bukan dengan perut buncit. Sebab dalam Islam ada cakap, terlebih makan, otak jadi apa Afzal?? LEMBAB....Pandai anak mama...

Mama dok kat S dan nak besarkan family kat S. Jadi janganlah U cuba nak memburukkan kerajaan S sebab setakat ni banyak peningkatan especially dari segi hubungan antara kaum. Mama suka bila dpt berkawan dgn semua kaum tanpa rasa curiga atau tak puas hati....

Sebagai seorang ibu yang berkerja, mama sentiasa berhati2 dalam menyimpan untuk kegunaan Afzal kot2 dia bejaya masuk U. Tapi kalau semua barang naik, INFLASI akan naik juga. So, cukup ke 8% profit yg kita dapat drp ASB. Menimpan, kena tahu. berapa profit dapat berapa pula inflasi yg kita hadapi?

ok, 8% profit tolak 6%inflasi = 2%nett profit. Cukup ke nak bagi anak masuk U? even Masterskill diploma pun cecah RM60k utk 3 tahun. Sedangkan mama amik degree kat IPTA baru RM21K utk 3 tahun...akan datang berapa agaknya kita kena ada utk hantar anak masuk U? nak masuk IPTA buka mudah sekarang. Kena menyimpan untuk fee IPTS untuk langkah yg lebih selamat.

P/s: tahun 2004, degree in medical di IMU RM150k
sekarang tak silap kakak mama cakap more than RM300k. gila lah wei!
INFLASI tu!

image sources: google images

p/s: Ini pandangan seorang ibu yang panik dengan inflasi. Suka baca, tak suka jgn baca. Bagi fanatik U, jgn mencarut di sini sebab blog saya, saya bebas utarakan pendapat saya.

-Saya yang berakal-

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...