Jom Menabung Untuk Anak-anak!

I Support Breastfeeding!

Lilypie Breastfeeding tickers

nuffnang i like!

Menabung Demi Pendidikan!

Monday, May 30, 2011

Mama Akan Terus Berusaha Untuk Yang Terbaek!

Lately Afzal lasak sangat. Nak cakap mama dia nak dpt baby, takde le pulak.Kalau kat rumah, konfem, mama takleh nak blogging. Ni pun kat spital tengah demo machine baru le dapat berblogging kejap.
Makin besar Afzal punye energy mengalahkan energy org dewasa.
Last time mama n En Ayah bawak dia pi zoo, konon nak buat dia penat. Kitorang pusing zoo on foot je tau. Kat 3 jam pusing zoo, dia balik tido sat dlm kete and kat rumah carry on melasak. Yg pengsan?? Mama dgn En Ayah... Haha!hambik...lain nak buat lain yg terkena!

Dalam dia melasak, of course kita yg kepenatan kerja akan cepat naik hangin. Mama pun tak terlepas dr dgaan dan godaan utk babap budak ni. Nak suruh dok diam payah. Pastu, mama tak bleh dok sorg2 atau dekat En Ayah. Mesti budak ni dtg melekat sambil melompat2 atas mama.

Semalam memang dah tak tahan. Pastu kitorang ada 2 kenduri to attend. Masa keluar kete mama sound Afzal. Tolong jgn buat nakal tau. Mama nak jumpa kawan2. Nanyi malu mama kalau kamu buat nakal. Dia angguk.
So, first kenduri dia okay sangat. Makan nasi minyak satu pinggan habis. Sampai mama cuma dpt makan lauk je.Nak amik lagi segan..hehe..
Dah makan, energy dah generate, dia dah start tersengih2 sambil egur2 anak kwn mama. Budak2 tu semua dok diam. Mama pun ajak Ayah gerak sebab nak ke kenduri ofis mate plak.

Kat sana, mama reward dia dgn freedom untuk main dlm dewan sebab, kenduri almost over and orang tak ramai.
Balik tu pi rumah mertua. Lama tak jumpa dia. Afzal pun happy lah. berlari keliling rumah.
Petang tu, Nenek peluk dia, gosok2, dodoi2..walaupun dh nak masuk 3 tahun, budak ni manja sgt dengan neneknya. Suka beno le nenek dodoi. Tertidor le sampai malam..

Mama tanya nenek, macamana nak buat dgn Afzal makin lasak? Cakap saja mcm tak boleh jalan. Dia cakap, takpe cubit untuk mengajar. Lagipun lain budak lain caranya. Macam Afzal, cubit hanya bila dia buat salah dan tempat yg patut. Supaya mesej sampai. Betul juga. Then, tanya nenek (mak mertua mama) kalau susah nak tido macamana? Dia ada explain tapi panjang. Cuma mama perhati cara dia tidokan Afzal.

Balik tu, mama n Ayah dok bincang apa yg terbaik utk Afzal. Ye lah, budak lasak, selalu kena marah. Mama taknak menda ni effect dia sampai besar. Dia je anak kitorg so, kena didik dgn baik spy besar esok, kami boleh harapkan Afzal.

Balik tu, dia bangun tido, lepas tukar baju mama ajak tido. mama peluk macam nenek, usap pipi dia, usap kepala dia, sayang dia. Tak sampai 5 minit, dia pusing and tido sendiri sebelah mama.

Keajaiban sentuhan parents. Barulah mama faham, apa yg anak mama ni perlukan.Rupa2nya, dia rasa mama jauh agaknya dengan dia. Mana taknye, sejak kerja baru ni, mama banyak travel sampai mama lupa nak belai anak mama. Sekarang mama dah faham.

2 comments:

Keyphochee said...

yup mama...belaian itu penting...time anak tengah mamai nak tido tu kita pegang tangan+jari jemari dia n kita bercakap terus dgn dia..time ni dia akan pickup terus apa yang kita cakap..yakin pada diri kita..Insyaallah..

mamaafzal said...

mekasih..:o) mama rasa byk lagi yg mama patut belajar lagi plak ak membesarkan anak lelaki. sorang pulak tu....mama mohon supaya Afzal berjaya dunia akhirat...amin...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...