Jom Menabung Untuk Anak-anak!

I Support Breastfeeding!

Lilypie Breastfeeding tickers

nuffnang i like!

Menabung Demi Pendidikan!

Wednesday, August 24, 2011

Nak Jadi Jutawan?

Haa...Sekarang ni mama kat Sarawak. Tengah keje...Semalam kawan mama bawak pi berbuka kat Sarawak Golf Club. Apalagi, faveret mama la, Butter prawn, Steamed cod fish, pucuk midin, chicken wings and soft tofu...Sedap sehingga menjilat pinggan! hehe takde la..tapi alhamdulillah, rezeki murah benor dtg sarawak bulan2 posa ni...

Lepas makan tu, kami berborak la mcm2. Tetiba James tegur satu old man ni. Dia bawak beg raket yg besar. James kenalkan kami kat dia and dia tengok mknana kami, dia cakap utk berbuka? Yup, mama and kawan mama jawab serentak. Hmm..nice food tapi kenapa tak habis? mama jawab, too full, cannot anymore. "then tapau la..." he said. James pun cakap everytime dia makan sini, dia akan tapau any lauk yg tak dpt habiskan.
Kat sini, moral of the story yg betul2 menginsafkan mama ialah, even the non muslim pun pandai sayang makanan. You know who is the old man?? One of the richest tokey balak kat Kuching. Wow! even rich people pun tak membazir. Cuba ingat balik, setiap kali berpuasa, Org Islam berpusu2 pi makan kat restoran. Mahal tak? Mahal kan..? Makan habis tak? 
Kita yg ISlam berpuasa untuk mengenang org2 miskin yg kelaparan, untuk menginsafi diri kita, tapi adakah kita benar2 menghayati erti berpuasa? Nampak macam tak je..Setiap kali berbuka kita beli kemain lagik..Makan sampai tak boleh bangun lagi dah. So, tak sampai mesej yg Allah SWT nak kita rasa.
Bila mama terdengar kata2 uncle yg kaya tu, terus mama teringat adakah selama ini mama betul2 menghayati Ramadhan? Agaknya, disebabkan uncle tu sayang makanan dan tak membazir, rezeki dia murah dan jadi jutawan. Lagipun rezeki tak mengira bangsa dan agama, Allah SWT janjikan sama rata asalkan kita berusaha dan tahu bersyukur. Jadi betullah, Uncle tu berusaha dan bersyukur so that dia tak membazir makanan. Lepas ni, mama akan terapkan dlm family mama skap yg baik mcm ni. Semoga cerita ini menjadi panduan dan pengajaran buat kita bersama...Amin.

3 comments:

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

selalu sangat lupa masukan nasi lebih dalam peti ais ..pastu nakmakan takut sakit perut.. buang..mm..patutla tak kaya2...

mamaafzal said...

hehe...hah tu la pasal...selamat hari raya!

ummiprincesses said...

mama...sama la dengan en ayah ummi.dia cukup tak suka kalu makan tak habis,depan orang pun dia bole marah anak dia sebab bair.sabo je la.ambik yang rasa nhabis nak makan aje,takde membazir tapi biasa la nafsu menguasai segala nye..hehehe...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...