Jom Menabung Untuk Anak-anak!

I Support Breastfeeding!

Lilypie Breastfeeding tickers

nuffnang i like!

Menabung Demi Pendidikan!

Saturday, January 15, 2011

Bukan Kehendak Mama Jadi Macam Tu...

Semalam lepas beli barang dapur, kami nak pi makan.
Pusing2 cari kedai makan (Suami saya cerewet bab kedai makan ye..hehe)
Last2 sampai je kedai makan yang hampir memenuhi citarasa En Ayah, hujan lebat mencurah2...
mencurah2 macam nak banjir la...series sangat!
So, kami lepak dlm kete for about 20 min.
Bila hujan dah reda sikit, kami pi la masuk kedai makan tu...
Di sebabkan mama nak terkucil amat, letakla si Afzal atas kerusi biasa sambil tunggu kerusi baby sampai.
En Ayah pi cari sandal Afzal yg tecicir ntah ke mana...
So, sesampai je kerusi tu mama baru je hulur tangan nak alih ke baby seat,
Terjatuh la budak bertuah tu.

Bukan salah dia pun. dia berdiri sambil sandar ke kerusi tu. kebetulan lantai penuh air so mudah la terjatuh ke belakang.
Mama panik and terkaget la. Nampak dia jatuh tapi mama punya reaction lambat utk tangkap dia.
Terjatuh tu biasa je tapi kat belakang dia ada tiang grill yg kat bawahnya ada lubang kunci. So, dagu Afzal terkena kat situ. 
Datang satu abang ni cakap, dagu dia kena besi.
Mama tengok, Ya ALLAH!
Dagu anak mama ni terbelah besar. Darah meleleh2.
Cepat2 mama tekan luka dengan baju.mama peluk Afzal kuat2 sedang dlm diri mama sendiri terketar2.
Mama tak boleh tengok anak mama luka,
mama jadi lemah satu badan.
Semua orang tengok kami 2 beranak dengan Afzal menangis kuat.
 Ayah cepat2 datang. Mama ajak pegi klinik.
Nak masuk kereta tu, air dah naik, mama redah je air.
Kami pergi clinic surgeri. 
Tapi nasib baik doctor cakap tak perlu jahit, cuma letak glue.
Katanya boleh kecilkan parut.
Walaupun dia boy, mama tak sanggup tengok parut tu kat muka.
Itu tanda mama tak pandai jaga anak.
Sejak perkara tu, mama sentiasa rasa mama tak jaga Afzal dengan baik.
Mama rasa bersalah dengan Afzal dan Ayah.
Mama rasa mama serba kekurangan untuk bagi yg terbaik utk Afzal.

8 comments:

Ellen said...

Sis..Bukan semua perkara yang kita harapkan akan berjalan dengan baik , ada masanya masalah seperti ini akan terjadi, harap sis kuat dan bersabar..jangan menyalahkan diri sendiri kerana itu dah tersurat yang anak sis akan alami cam ni, semua ibu mengharap yang terbaik untuk anak mereka tapi kita tak leh melawan takdir.

Sabar ya Sis..

Anonymous said...

astagfirullah..banyak2 sabar k..insyaallah semuanya ok nnt..

jgn salahkan diri taw sebolehnya rawat anak sebaik mungkin..mungkin ada hikmah sema jadi=)

moga cepat sembuh k..

Mawar Merah said...

Mama, incidents like this to babies sometimes are hard to prevent. Sabar ye. Ti dia sembuh la tu. Dagu sy pun terkoyak gak n doc pakai glue tu. Cuma make sure bb xkorek glue tu bila dia dh kering coz luka kat dlm lmbt sembuh kak. Sy TERkorek n luka still xcantum. Huhu. Sib baik minyak gamat jd penyelamat.

ummiprincesses said...

mama..budak tengah lasak,memang macam tu.jangan lupa sapu minyak vit E ye.insya Allah hilang parut kat dagu tu.jangan terlalu salahkan diri sendiri.ummi paham rasa bersalah tu.takdir Allah.mana tau,kot jadi lain pulak kalu tak sebab jatuh tu.chillax ye..!

Farizwana Ridzwan said...

Salam, saye search pasal nursery ppukm last2 jumpe blog akak.. Nak tnye sal prosedur nak msukkan anak dlm nursery mcm mne yea? Sy br dpt jwtn kt ppukm so tgh pening mne nak letak anak.. anak br 3 bulan.. Cmne yea.. Hope leh share info ;) Btw, faham mcm mne rase bersalah if ape2 jd kat anak.. sedih sgt ='(

Mamaafzal said...

thanks sebab korang bagi semangat kat mama. Mama teringat2 lagi masa dia terjatuh mama tak sempat nak sambut.Baru semalam dia lompat tersengguk kepala mama sampai luka terbelah balik.berdarah byk sgt. mcmana yek nak sembuh cepat?budak ni tak nangis pun luka dia terbelah.dia nangis bila kita nak letak ubat.lagi susah jadinya...:o(

Mamaafzal said...

Farizwana: prosedur dia senang je. awak pi nursery, jumpa sendiri puan salmah, cakap awak nak mintak nursery.then isi borang and tunggu depa call awak balik.Kalau betul2 terdesak, just bagitau je puan salmah masalah awak.InsyaAllah dia tolong.

Farizwana Ridzwan said...

Oh yeke.. TQ mama afzal TQ! ;) Nnt akan ku jumpe puan salmah itu =p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...