Jom Menabung Untuk Anak-anak!

I Support Breastfeeding!

Lilypie Breastfeeding tickers

nuffnang i like!

Menabung Demi Pendidikan!

Saturday, December 11, 2010

TOLONGLAH KAMI



Bab merokok ni memang takkan habis selagi kilang rokok masih wujud kat dunia ni. Saya pernah mengalami macam2 pengalaman dengan orang yang merokok. Salah satu yang paling tak boleh lupa masa saya pi BBQ nite Jabatan O&G tempat kerja lama saya. Masa tu of course la buat open air tapi masih dalam kawasan hospital. So, masa makan2 tu saya ajak my husband pergi tempat jauh sikit. Biasala pengantin baru masih lagi nak privacy. Tapi, tetiba je ada yang kacau daun. Asap rokok berkepul2 menusuk hidung yang tak berapa mancung nih. Geramnya, saya ni alergik bau rokok, hidung saya mesti gatal and merah. So, saya dengan penuh sopan santun (biasala, org baru kawin-kontrol beb!) cakap" Encik, kawasan hospital tak boleh merokok. Tu guard tengah round nanti kena marah" Encik tu tersipu2 "Yeke? sori ye..." Ingatkan abis kat situ.Tapi budak pompuan kat sebelah dia boleh cakap kuat2 "Eleh, pandai je nak tegur orang.Ingat dia bagus ke?" Aduss! Dalam hati nak je cakap memang aku bagus dari ko!
Tapi saya kontrol sebab inai masih merah dijari so, kena la jaga kesantunan depan suami. Tapi husband cakap, pompuan tu jgn dilayan.Cara pemakaian pun boleh agak apa lagi yang dia boleh cakap pada saya. So, saya cuma urut dada tahan marah (psst:saya ni pantang org kurang hajar dgn saya...).
Pastu, saya tanya kawan2 siapa budak tu. Katanya dia kerani baru kat situ. "Oooo..." 
*
*
Seminggu lepas tu, dia datang nak collect form and surat for ward tempat dia kerja. Dia masuk je office saya, dia terkejut (psst: depan bilik office saya ada kerani lama yang menjaga urusan admin kami yg pegawai2 ni...). Dia ternampak saya, terdiam. Lama dia tercegat depan pintu. Saya tengok je muka dia. Terus dia patah balik and tak jadi masuk. Saya tanya kerani kenapa dengan dia? Kak Ros aka kerani yang baik lagi bagus cakap "ntah!kenapa ye?"...
Sejak dari hari tu, saya perasan, kalau saya tanya atau minta apa2 keperluan dari budak kerani baru tu, dia akan cepat2 sediakan sedaya upaya. Agaknya, rasa bersalah kot. Tapi saya tak simpan dendam. Saya dah lama maafkan pun.
/
/
/
moral of the story, jgn sebab rokok kita jadi hilang budi bahasa, tatasusila...rokok tak kemana.
Saya cakap sebab dalam keluarga saya, rokok pernah meragut nyawa org tersayang saya. salah satu sebab brain tumor adalah kerana kuat merokok. Sebab tu saya pilih suami yang tak merokok. 7 dr 8 adik beradik  saya dan anak2 sedara saya pun tak merokok. Diorang ni tau keburukan merokok dan lebih sayangkan kesihatan diri. Kalaulah semua orang berfikiran mcm ni kan ke bagus...

p/s: pernah ketuai delegasi HKL untuk kempen Anti Rokok pada hari tanpa tembakau sedunia. Naik basikal keliling UM. 

3 comments:

nur said...

kan dah sendiri malu dak kerani baru tu.. moga ada org tersedar bila baca ni kan..
ALL IN ONE

Mamaafzal said...

betul tu.lenkali pikir sebelum bercakap...kan?

ummiprincesses said...

mama...ye ke?!!..tak tau pun cerita pasal rokok ni masa bbq.sapa budak kerani tu..:)..nak tau juga...hehe..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...